Thursday, October 28, 2010

The one with my name

Bismillah,

Ok, agak excited nie..sebab tak pernah jumpa makna nama sendiri dalam mana2 website atau buku kecuali buku arwah baba aku.

So anyway, aku berkenalan dengan seorang budak baru hari nie. Baru tak baru da sebulan laa tp masa dia masuk aku kat bangi. Nama dia Sakinah. She happens to be kawan kepada seorang kawan kepada seorang kawan di Maybank. Pening? Ok. So kawan aku kat Maybank cakap nama dia old skool. Klasik. Aku mengaku. Manis jer muka dia. Tetiba aku rasa nak google maksud nama 'Sakinah'. Walaupun bleh agak, tp just nak buat clarification.

Aku pun type 'Sakinah' kat google. Dan ada satu website nie..aku saja nak tgk kat huruf 'I' ada tak nama sendiri. Dan..klik sendiri laa:

Klik sini dan sini

Well, walaupun ejaan dia kurang satu huruf, but still sebutan dia sama, dan itu yang penting. Yang lima huruf tu sekadar nak mencukupkan syarat jer sebab nama kedua-dua kakak aku pun 5 huruf. Nama salah seorang kakak aku pun ada dan pertama kali aku tengok betul kali ni nama tu utk orang perempuan. Sebab kalau lelaki bermula dengan huruf 'A'. Nama kakak aku lagi sorg xde. Tapi nama tu mmg diketahui ramai kot maksudnya. Siap Man Bai buat lagu lagi utk kakak aku tu.

About my name, betul laa tu maksud dia. Cuma kalau ikut buku arwah baba aku, ada penambahan satu atau dua makna lagi. Apa itu? Rahsia. Nak tau, tanya personally ok.

Ok tu jer. Excited nak share. As I said, sebelum nie aku google tak pernah keluar nama aku. First time jumpa.

Back to work.

Saturday, October 16, 2010

Konflik diri + emosi tak stabil

Nak shopping, takde duit.

Nak bercakap, dengan dinding.

Nak bermanja, tiada siapa.

Nak study atau buat kerja2 rumah, tiada motivasi.

Nak kena orang suruh ke?

Aku tidak setuju dengan apa yang berlaku di sekeliling, tidak bermakna aku cemburu dengan kebahagiaan mereka dan harus mengikut

Duduk jer diam-diam!


Alhamdulillah, got a call. Keluar minum dengan kawan2. Refresh otak sikit.

Sunday, October 10, 2010

Untitled..5?

Bismillah,

Hmm..lama rasanya aku tak 'memberi' apa-apa. Segala input untuk diri aku sendiri, buat masa ini. Aku lebih gemar memerhati dan menilai sendiri. Cuba memahami di sebalik kelakuan dan kejadian.

It's been two weeks of training. Two more weeks to go. Lepas tu, bersedialah menempuh alam pekerjaan semula dan expect yang semua orang akan expect kau tau everything lepas sebulan training.

Expectation. Tiring or motivating?

Tiga hari di Port Dickson utk kursus Team Effectiveness. Banyak yang aku belajar. Selain good values in life yang orang anggap brainwashing dan membosankan, aku belajar semula tentang mindset orang tempatan. InsyaAllah bila ada masa lebih nanti aku cerita dgn lebih detail. Bila, itu yang aku tak tau. Sebab tak tau bila ada masa lapang yang panjang untuk aku bercerita dgn detail. Cuma ada kurang dari 2 hari untuk siapkan presentation. Aku punya part, senang jer kot, insyaAllah. Will try my best.

One thing yang aku perasan, aku makin malas. Macam mana nak berjaya kalau malas kan? Well, itu semua orang pun tau secara teori. Secara praktikal, aku mengaku aku gagal buat masa ini. Maybe sebab training ni terlalu detail sampai aku da tak dapat terima lalu aku memberontak. Tapi bukan semua aspek laa, ada yang best gak cam aktiviti2 dalam kelas, mengenali personaliti dan lain-lain yang tak berkaitan dengan finance e.g. equity valuation, share price, bla bla.

Aku selesa dgn wide-view rather than deep-view. Dengan itu, aku bersyukur kerana ditempatkan di posisi skarang di Maybank sebab aku tak perlu nak tau satu2 benda in detail tapi aku bleh tau semua but not to detail. Faham ke? Macam instead aku faham vertically (deep-view) tapi aku faham horizontally (wide-but-not-too-deep-view).

So why am I here? Well, training ni utk budak2 yg Maybank baru recruit, tapi dorg hantar budak2 lain gak termasuk aku. Nak tak nak, kena laa datang gak kan. Actually, banyak benda baru aku tau. Aku paling suka session 'Banking Basic'. Memang sungguh sangat basic. I like.

For my presentation part, aku pilih buat Financial Analysis. Daripada buat Valuation and Proposal yang aku tak faham sangat, baik buat benda yang aku rasa aku faham. Lagipun training ni sbenarnya untuk dorang yg kena belajar in deep. Setakat financial analysis, itu laa pun yang aku buat kat Maybank selama nie masa nak proses loan, walaupun takdela hebat sangat. Nak kena refer gak.

To be honest, one thing that I enjoy here is observing people. How they work, and how they think.

On other note, pernah tak korang rindukan sesuatu sgt2 sampai da malas nak layan perasaan rindu tu dan komponen2 yang menyebabkan kerinduan tu?

Asyik cakap dan tulis perkataan 'rindu' membuatkan 'rindu' itu kurang nilainya. Setakat 'rindu' tapi sampai situ saja..nothing more..and it hurts..

I received a message from Welly. From someone I value my love for Allah. From someone that I think I have hurt the heart out of love and missing that person a lot. Tapi aku tak nak baca. Bukan benci. Tapi terlalu rindu. Complicated? That's me.

Do not dare to ask anything about it. I won't answer.

Rindunya kak Wani. Apa khabar dia sekarang? Apa khabar usrah online?

Apa khabar kehidupan aku di Welly?

Kepada rakan2 di Welly dan New Zealand yang lain, yang kita pernah rapat dan mesra --> atas kekangan masa, walaupun kini aku tak bertanya khabar korg, atau tak semesra dulu, ketahuilah kalian sentiasa di hati. Janji ukhuwwah kita, bahawa bertemu dan berpisah kerana Allah, sentiasa tersemat jauh di sudut hati. Janji untuk kita sama2 melangkah ke syurga sentiasa aku ingat. Walaupun cara berbeza dan kita tak tahu di mana pengakhiran kita, aku tahu kita akan sama-sama berusaha, dan usaha itu yang Allah pandang kan?

Tolong ingat aku dalam doa kalian. Kerana dgn cara hidup aku sekarang, aku sangat2 perlukan doa kalian sebagai sokongan..

Friday, October 1, 2010

Imaginasi

Bismillah,

Aku tengah buat group assignment bila tetiba roommate aku, Cik S gelak2 sambil tgk laptop. Aku pun busy body nak gi tgk jugak. Rupanya dia tgah tgk video kat Facebook yang seorang perempuan bergelar Teacher Shida menyanyi dan menari macam nak rak lagu Shakira (Waka waka).

Aku macam 'apehal laa minah nie..semangat sungguh'. Aku pernah tengok kat wall FB aku ada orang post video ni tapi guna lagu Stacy tapi aku xde hati nak tgk. Kali ni aku saja nak tgk dan cari kat YouTube. Ada dua video, satu lagu Jahat, satu lagi lagu Pakai Buang. (Lagu Jahat tu nak suruh orang jadi jahat agaknya, asyik sebut 'jahat' jer..selalu sebut nanti jadi doa kan susah).

Adoi, sakit dada aku tgk dia nyanyi. Bersungguh macam nak keluar dari skrin video tu dan terkam orang yang tgk (kalau dalam cite hantu atau bunuh2 ada mesej "sape suruh kau tgk video nie, kan da tak bangun2"). Dengan mimik muka, gaya bagai. Siapa nak tgk, sila cari kat YouTube sendiri ok. Aku tak tahan nak tgk sampai habis pun. Sebab dia tau dia akan dihentam dengan begitu banyak, dia 'disable comment'. Ditulis kat bawah video tu katanya tak kisah dengan apa orang nak kata, yang penting enjoy. Hmm..malas nak komen. Biar dalam hati jer.

Aku terus klik kat video lain yang berbaris di sebelah kanan tu. I chose one of my favourite songs "Yang Terindah" by Dakmie, OST Adamaya.

Aku memang dah suka lagu ni, pastu video yang aku klik ni pulak ada orang buat sendiri tapi cantik dan meaningful. For Abah katanya, so sweet..

Ok video nie aku boleh post kat sini:



It somehow meaningful to me in some ways. I mean, currently. Paling penting, suka dengan doa yang dimasukkan sekali pada bahagian akhir video tu. Sama-sama kita aminkan ok :-)

Aku cakap kat Cik S,

"Kite nak buat lagu ni jadi lagu tema kahwin kite laa"

Cik S: "Aaa comelnya..sesuai sangat"

"Ni kite tengah tgk lirik dia ni sesuai ke tak. Nak pasang masa pengantin masuk ataupun lagu latar untuk video kahwin"

Cik S: "Haa untuk video kahwin sesuai..suka suka"

"Haa..haa..awak jangan ambik tau, ni lagu kahwin kite"

Cik S: "Hahaha"

Amboih, awal-awal dah pilih lagu kahwin ni. Bila nak kahwin pun tak tau.

Ni lagu kedua yang aku pilih. Lagu pertama "Barakallah" oleh Maher Zain. Tapi tak tau nak pasang masa bila. Mungkin masa orang da datang, duduk dan makan sambil tunggu pengantin masuk.

Wah, imaginasi tak tahan..

Esok ada kelas. Da lewat. Sila tido.

Selamat malam.

Touch ourselves, touch them

Bismillah,

It is amazing to see on how Allah has touched so many hearts in various ways..subhanallah..semoga tenang dan istiqamah hati yang telah disentuh dan diketuk lembut dengan hidayahNya..

Kenali erti 'mujahadah'..insyaAllah, biar sekuat mana pun syaitan dan iblis memegang teguh janjinya untuk menyesatkan manusia yang berusaha meningkatkan keimanannya, perlindungan dan rahmat Allah tetap lebih utuh..kerana dalam al-Quran telah disebutkan, bahawa tipu daya syaitan itu adalah lemah.

Jika lemah, mengapa masih ada yang melakukan jenayah lagak zaman jahiliyyah?

Kerana mereka tidak betul-betul mengenal dan mencintai Pelindung mereka..

Tidak memahami erti sebenar seorang hamba yang sentiasa diawasi sepanjang saat..

Tugas siapakah untuk membawa mereka ini kenal Pelindung mereka, dan faham akan status diri mereka?

Fikir-fikirkan..

There are so many ways..be creative..with one true and checked intention..

Wednesday, September 29, 2010

'Mimpi' indah itu..

Bismillah,

Pernahkah kalian 'bermimpi'?

Tidak, bukan mimpi tidur, tapi 'mimpi' realiti. 'Mimpi' realiti yang indah, yang termanis pernah terjadi. Kalian 'berpegang' kepada 'mimpi' itu, mengharapkannya berterusan dan tidak 'terjaga' dari 'mimpi' indah itu.

Tapi sampai suatu masa, 'mimpi' itu semakin lama semakin pudar, apabila kalian sedar hanya kalian sahaja yang masih 'berpegang' kepada 'mimpi' itu, sedangkan unsur-unsur lain di dalam 'mimpi' itu semakin menjauh..tiada lagi tangan-tangan yang menolong..

Dan akhirnya, apabila kalian 'terjaga' dari 'mimpi' indah itu, segala-galanya sudah terlambat..

Kalian kembali ke realiti asal..

Namun, biarpun sudah 'terjaga', impak 'mimpi' itu terlalu kuat. Kalian masih tidak mahu melepaskannya kerana 'mimpi' indah itu telah memberi suatu sinar buat kalian. Memberi nyawa dan harapan baru.

"Mengharapkan sesuatu yang baru, itulah impian aku" - Situasi, Bunkface.

Lagu ini selalu aku mainkan di awal-awal 'mimpi'. Mendengar dan mentafsir liriknya dari sudut yang berbeza. Dengan penuh harapan menyanyikannya, ia menjadi doa..

Kini, aku mendengarnya lagi. Tetapi dengan harapan sinar itu tidak hilang kerana aku masih mahu 'berpegang' kepada 'mimpi' itu.

Aku mendoakan yang baik-baik sahaja untuk semuanya. Terima kasih yang tidak terhingga kerana telah dan pernah menarik aku ke dalam 'mimpi' indah itu. Doakan aku tidak tersasar jauh di realiti asal..


Berada di kalangan orang-orang yang berkata-kata hikmah setiap kali perbualan adalah paling dirindui..kini aku hanya mendengar kata-kata yang sia-sia..dan aku, semakin lama terjerat sama..

A student for a month

Bismillah,

I am currently in a month training, sent by my employer..i thought by being a student again i'll got plenty of time to update..apparently i'm wrong..being a student in Malaysia is not the same as being student overseas, particularly at the only place i've been to for studying i.e. Wellington, New Zealand.

Individual assignments, group presentations, meetings (although not as much meetings as other groups, the most relax group i think, hehe).

Still..hmm..nothing much to say..just get this over with..two more weeks to go..

Ouh, a school friend of mine joined the training yesterday..apparently he was just being recruited..welcome aboard :-)

And I like this quote:

"...if you are mindful about God He will be mindful of you, and if you are mindful of God you will find Him before you..." (Ahmad, Tirmidhi)

Monday, September 20, 2010

Show your LOVE

When you have loads of LOVE inside you,
Ready to be shown,
But you are unable to shout it out loud,
Or shower it to the people around you,

The LOVE becomes..

DEAD

temporarily..

because when you realize that Allah creates you with full of His Great LOVE,
you are ready to LOVE again..

Show your LOVE, to those who worth it..especially to your Creator and His Messenger

Family,
Friends,
Ummah,
Religion,

and the list goes on..

You decide.

Untitled 2

Bismillah,

Apparently, I don't know what to write.

But I want to write something.

Terlalu banyak dalam kepala, menunggu untuk dikeluarkan.

Tapi hati-hati itu perlu dijaga.

Cemburu? Mungkin.

I wish I can make it happen right now and show it to all of you the right things to do..legally

But will I be boastful by then?

Seperti seorang pakcik di dalam penjara berkata-kata kepada Fahri dalam filem 'Ayat-ayat Cinta':

"Allah sedang berbicara kepadamu tentang kesabaran"

Sejak dari hari itu, aku sedar Allah sedang berbicara kepadaku:

Tentang IKHLAS

Menunggu memang memeritkan. Tapi mungkin itu yang aku perlukan.

Tunggulah. Aku dapat rasakan banyak yang aku boleh kongsikan selama sebulan akan datang bermula esok, insyaAllah. Hopefully I can use the time wisely. Mengurangkan kemungkinan menjadi orang yang rugi dalam memanfaatkan masa.

Time, is all I want, right? (Walaupun dah banyak masa tetap rasa tak cukup jugak)

Now, Allah knows that I need it and give 'time' to me.

I better use it wisely.



*makan banyak benda manis hari ni. Waffle with ice-cream and float with ice-cream at A&W. Kena neutralise balik dengan air. Aku masih sayang badan aku. Tubuh ini amanah Allah untuk dijaga sebaik-baiknya.


Monday, September 13, 2010

My passion

Bismillah,

Salam Aidilfitri buat semua. Harap tak terlalu lewat ucapan ini.

“Kullu ‘am, wa antum bi khair” - "Semoga sepanjang tahun ini, kamu berada dalam kebaikan"


Semoga Ramadhan yang telah berlalu adalah bermakna mengikut diri masing-masing, dan sama-sama kita berdoa semoga dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang.

Sebenarnya, sebelum raya lagi rasa macam nak buat perubahan kat blog nie. Dari segi layout dan macam-macam. Tapi kesuntukan masa membataskan. Tapi macam sayang pulak layout nie. Putih dan cantik. Mungkin nak tukar hiasan sekeliling, insyaAllah bila ada masa nanti. Nak buat semua tu bukan bleh sekejap, berjam jugak.

Apa yang membuatkan aku nak buat perubahan kat blog nie?

First, aku rasa boring. Aku rasa, aku sendiri sebagai pembaca pun rasa boring baca blog sendiri. Sikit-sikit sedih, sikit-sikit tak puas hati itu ini. Aku dah tak tahu macam mana nak luahkan rasa happy dah kot. Rasa happy semua aku bleh share dgn orang lain, tp kalau bab-bab sakit hati nie, konon nak simpan sorang pastu luah kat blog pastu boring sendiri bila baca.

Time to change and be more proactive!

Second, dalam perjalanan balik dari kerja minggu terakhir sebelum cuti raya, aku dengar radio IKIM (aku dengar jugak Riuh Pagi Era setiap pagi dan HOT FM), kebetulan ada temubual tentang seorang penulis muda bernama Hilal Asyraf yang dikenali melalui blog beliau iaitu Langit Ilahi. Hmm, macam pernah baca. Menarik laa temubual tu. Beliau baru berusia 21 tahun kalau tak silap tapi dah berjaya hasilkan beberapa buah karya novel, cerpen dan puisi.

Sepanjang temubual tu, aku tersedar. Somehow aku dah lupakan 'my passion'.

Menulis karya.

If you browse through my previous entries yang lama-lama, fuhh, ayat tak tahan. Especially ayat-ayat cinta. Ayat-ayat penuh perasaan. For me, berkarya mesti datang dari hati. Baru terkesan orang yang membaca.

Apa yang membuatkan aku sort of berhenti berkarya?

Nak kata tiada perasaan, masih ada, tapi kurang. Bak kata kakak aku, aku kini berhati kering. Punca? Tidak diketahui. Atau aku malas nak mencari punca. Sebab sekarang, I think I've found my passion again. Tapi kosa kata dah berkarat laa. Dengan kesuntukan masa kerja etc, masa yang lama diperlukan untuk polish semula. Nak banyak membaca sekarang pun susah, nak update apetah lagi. Ada mata-mata sedang memerhatikan apa yang aku buat di pejabat. Di rumah, ada kerja jugak menanti (walaupun kebanyakan masa rehat duduk di depan tv membuat justifikasi sendiri dengan cerita-cerita melayu kini, takleh ambil bulat-bulat semua benda, menonton sambil berfikir). Aku dah tak rasa bebas untuk membaca dan berkarya lagi dengan mata-mata yang suka memerhati dan mengacau.

That explains kenapa post aku sekarang byk copy and paste. Boring.

Tapi kalau dah kata nature tu, nak buat macam mana kan, nak jugak cari peluang. Asalkan tak mengganggu kerja, sudah.

Sedang membaca entri-entri menarik di blog Langit Ilahi, aku terjumpa satu entri yang aku tercari-cari jawapan untuk justifikasi aku selama ini.




Honestly, aku rasa something wrong bila aku asyik baca entri-entri keras di laman-laman lain yang mengatakan couple itu haram dan sebagainya. Membaca "Aku Terima Nikahnya" merungkai sedikit persoalan, tapi itu dari seseorang yang telah berkahwin dan beranak. Bagaimana dengan insan-insan muda lain yang masih belum berkahwin? Adakah semuanya menentang sekeras-kerasnya perasaan anugerah Ilahi itu sebelum berkahwin? Sometimes, aku rasa tak fair. Zina mata, zina hati dan lain-lain. Kita manusia, bukan maksum! Sebaik-baik manusia, kita masih ada nafsu, cuma perlu pandai kawal. Bukan menafikan terus!

Kerana cinta, aku tahu potensi diri aku. Kerana cinta, aku mula berkarya dari hati. Kerana cinta, aku belajar mengenal diri.

Kerana cinta, I've found 'my passion'.

Maybe ada yang akan kata aku nie tak sabar nak bercinta, nak membolehkan sesuatu yang tak boleh dan sebagainya. Terpulang kalau kamu sebagai manusia biasa sudah pandai nak menghukum. Biasalah. Cepat melatah. Aku dulu pun sama jugak. Sekarang pun mungkin masih cepat melatah.

Baca entri di atas baru kalian tahu apa yang aku fikirkan adalah sama dan sudah dijelaskan dengan baik oleh saudara Hilal Asyraf.

Ya, aku sudah ada perancangan. Terpulang kepada usaha manusia dan keizinan Allah yang membenarkan, kerana perancanganNya adalah yang TERBAIK.

I wonder when I can write my next post. Nak curahkan dan sambung balik 'my passion'.

Monday, August 30, 2010

Final Match of Ramadan League : Second Half Prediction [Updated]

Assalamualaikum wbt para penonton,




Tepat jam 12 malam 16 Ramadan 1431 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.



Untuk makluman saudara sekalian,



Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Tamak meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi David Serakah, Carlos Tamak, Mario Berahi dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari)



Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros, Yaya TakIngatDosa dan James Maksiat yang menggunakan kaum Hawa sebagai alat menganggu konsentrasi pemain Taqwa United terutama di sudut padang sekitar pusat membeli-belah dan bazaar Ramadhan.


Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho Kolo TidoLajak dan dibantu oleh Jerome BosanBeribadah, JBB. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti tembok besar pasukan Nafsu City itu agar gol-gol kemenangan dapat dijelmakan.




Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih: Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.



Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.



Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.




Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini ? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.



Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini.




Sekian dari saya, Hizbullah Awang untuk anda yang masih termenung di luar sana.



Ibn Abd Rahim



Klang, Selangor


http://afiqizzudin.wordpress.com/2010/08/24/final-match-of-ramadan-league-second-half-prediction-updated/

Tuesday, August 24, 2010

Susah tetapi tidak mustahil

" Tetaplah dalam kebenaran walaupun kamu sendirian..kalau sudah tau mana yg benar dan mana yg salah, tetaplah berpegang pada yg benar. Jgn atas dasar toleransi pada teman akhirnya menghalalkan sesuatu yang diharamkan, ini toleransi yang salah, dan bisa jadi hal ini juga merupakan bentuk ketidak pahaman teman-teman terhadap adab-adab syar'i. Jelaskan pada mereka bahwa hal itu tidak dibenarkan, sampaikan dengan bahasa hikmah, mudah2an anti bisa jdi jalan teman2 yang lain untuk lebih memahami aturan-aturan islam"

-anonymous- 
 
 
Selagi hati inginkan kebaikan dan anggota mengamalkannya, insyaAllah akan sentiasa berada dalam persekitaran yang baik :-)

Friday, August 20, 2010

Typing speedtest 2

70 words
Typing Speed Test



There you go, 2nd trial.

With 7 as my favourite number at front.

Stress relieved.

Alhamdulillah..

Typing speedtest

64 words
Typing Test


Effort to relieve working stress.

64 words..not good enough.

Strive for more!

Tuesday, August 10, 2010

Attention!!

Bismillah,

Dengan ini, saya Iynas binti Omar dengan setulus hati ingin memohon maaf jika ada salah dan silap atau menyinggung perasaan pembaca dengan apa-apa cara sekalipun. Semoga Ramadhan kali ini dipenuhi rahmat dan kasih sayangNya. Sama-sama kita berusaha memanfaatkan Ramadhan tahun ini dan semoga bermakna buat kita dalam cara yang tersendiri.

Selamat Berpuasa kepada semua :-)

Friday, August 6, 2010

Pujuklah Dirimu

Bismillah,

Found this at my friend's blog. I can really relate to it. Whatever it is, I wanna make sure to myself that I must always be thankful to Him. Always. Can't thank Allah enough. Never.
________________________________________________________________




Bila kita rasa tertekan, kita mahu orang pujuk. Bila kita rasa nak menangis, kita kalau boleh mahukan crying shoulder.



Tetapi sama ada kita sedar atau tidak, tiada siapa yang bersama dengan kita dari kalangan manusia ini, sepanjang 24 jam penuh.



Saya bercakap dalam konteks manusia. Ya, kita boleh kata Allah ada. Itu satu kenyataan yang tidak punya penafian. Tetapi manusia fitrahnya perlukan manusia lain juga untuk menyokongnya. Jika tidak, Allah tidak akan mengajar kita berukhuwwah, Islam tidak akan mendidik kita untuk bersilaturrahim.



Walaupun mungkin kita mempunyai sahabat terbaik, tetap sahabat terbaik itu tidak dapat bersama kita 24 jam penuh.



Dari kalangan manusia, yang bersama kita 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, dan bertahun-tahun dalam sepanjang kehidupan kita, hanyalah kita sahaja.



Maka belajarlah memujuk diri sendiri.



Selain Allah, yang paling memahami diri kita adalah kita sendiri sebenarnya.



Menyediakan dasar yang kuat

Bukan mudah hendak memujuk diri sendiri. Perlukan kekuatan dan tenaga yang besar. Hendak menggembleng fikiran dan rohani agar kekal tenang bukan satu perkara semudah 123.



Justeru untuk melatih kita agar berjaya memujuk diri dalam situasi yang menekan, perlu ada dasar yang sangat kuat, agar mampu menampung tekanan dan bebanan yang menimpa kita.



Apakah dasar itu?



Itulah dia keimanan.



Saya, secara jujurnya, tidak nampak apakah lagi dasar yang lebih utuh daripada dasar ini.



Hanya dengan keimanan sahaja, kita akan berjaya memujuk, merasionalkan, dan menenangkan diri.



“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” Surah Ali-Imran ayat 139.



Menangis

Kadangkala, ‘pemujuk’ itu sudah wujud di dalam diri kita. Saya jumpa satu ‘pemujuk’ yang menyeronokkan.



Itulah dia satu makhluk bernama tangisan.



Ya. Menangis. Menangislah. Menangis puas-puas. Lepaskan segalanya.



Hakikatnya, menangis itu sendiri satu pujukan untuk diri. Kita lepaskan bebanan itu dalam bentuk air ibarat membuka empangan yang menahan air.



Tetapi jangan menangis seperti orang biasa. Kita orang beriman adalah manusia luar biasa. Menangislah sambil berfikir. Berfikir akan masalah yang sedang dihadapi, ujian yang sedang ditanggungi. Jika ada apa-apa masalah yang tersimpan di dalam hati, keluarkan semuanya di dalam tangisan yang sedang mengalir.



Biar kita menangis untuk melapangkan jiwa. Bukan tangis kita tangis yang menambah kelemahan. Di samping air mata yang mengalir itu, ambil peluang ini untuk rasa kerdil di hadapan Allah SWT. Rasakan air mata yang tumpah itu, adalah satu bentuk kerendahan kita betapa kita ini manusia dan tak mampu nak tangani ujian ini. Air mata, itu adalah bukti kelemahan kita di hadapan Allah.



Moga-moga dengan terhapusnya ego kita, Allah mendamaikan jiwa, melapangkan hati, dan memberikan kita ketenangan dan jalan keluar kepada masalah kita.



“…kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk); Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.” Surah Al-Israa’ ayat 107-109.



Nanti apabila air mata kita telah berhenti, kita akan rasa satu kelapangan yang besar.



InsyaAllah, ketika itu kita sudah sedikit tenang dan mula kembali menyusun strategi untuk menyelesaikan masalah kita.

Muhasabah

Satu lagi cara memujuk hati adalah dengan muhasabah.



Ya. Dengan kita memandang semula apa yang telah kita lakukan sehingga Allah menguji kita sebegini rupa. Kita lihat kembali apakah yang telah kita lakukan.



“Oh, aku masih tak tinggal dosa yang ni. Patutlah Allah tak bagi aku yang ini”



“Oh, aku silap di sini. Patutlah”



“La, memang salah aku rupanya”



“Hem… benda ni bolah selesaikan macam ni je rupanya. Apa fasal la tak nampak tadi”



Dan begitulah.



Dengan muhasabah, hati akan rasa tenang. Kita akan melihat kembali di mana kesalahan kita. Kita akan dapat menyusun pula rancangan kita yang seterusnya.



Dan orang yang hebat, adalah apabila dia jatuh, dia cepat-cepat naik semula.



Bagaimana dia cepat-cepat naik semula?



Dengan dia mengambil pengajaran atas kejatuhannya = muhasabah.



Penutup: Hadapi masalah. Jangan lari

Justeru pujuklah diri. Kuatkan hati, teguhkan jiwa, tenangkan kalbu.



Jangan lari dari masalah. Hadapinya. Langkahinya. Lari tidak menyelesaikan apa-apa.



Dan kemungkinan besar selepas kita bersemuka dengan ujian itu, penyelesaiannya adalah apa yang selama ini kita hajat-hajatkan. Mungkin selepas kita tabah menghadapinya, kita akan bertemu dengan sesuatu yang kita harapkan.



Siapa tahu.



Tetapi yang saya tahu, Allah tidak akan menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.



Termasuklah ujian.



Mesti ada sesuatu yang Allah hendak berikan, Allah hendak ajarkan, Allah hendak beritahu kepada kita dengan hadirnya ujian itu.



Tinggal kita sahaja tidak memerhatikan.



Maka hadapilah ujian.



Pujuklah diri.



Tenanglah jiwa, damailah hati!

-langitilahi.com-

Thursday, August 5, 2010

An experience

Bismillah,

Baru aku perasan, my previous post tak dimulakan dgn kalimah Allah.

So what? Nak tunjuk yg aku beriman sgt ke?

*muka masing2 jd pelik* kenapa tetiba aku kata mcm tu?

Once upon a time, less than an hour ago at the office, a Chinese friend of mine was helping me with my pc. It's a he. The help needs the pc to be restarted. While waiting for the pc to restart, he took my phone and browsing through my fb account *suka hati dia tp watever laa kan*. He saw the word "Rasulullah S.A.W." at one of my status and out of curiousity he asked me what does 'S.A.W.' mean. "Is it Assalamualaikum?" I said "No, it's Sollallahualaihiwassalam *please correct my spelling* which is a praise to our Prophet".

Then he browsed his eyebrows and said to me: "So what? You're supposed to be so religious is it?"

Honestly, I was shocked with that sudden question, but able to maintain my calmness.

Tak sempat aku nak jawab pape, pc da restart, and there was this one application called e-solat, appeared everytime I turn on the pc. Mind you, it was the previous officer who download the application. I am happy to have it.

Looking at that, he looked at me with 'that one look' and said, "Ni pun u ada? Nak tunjuk yang u beriman la nie?"

Spontaniously being defensive, I said "it's the previous officer ok, haloo'"

Then only I realized. Ya Allah, why am I being defensive? Mcm x suka jer kan. Rasa bersalah masa tu. Cepat2 aku mengucap dan beristighfar.

On the positive side, it was a good training and experience to encounter with honest and outspoken people like that.

Bila aku dah bertenang, aku yakin aku x kesa part dia kata aku religious dan beriman sbb nikmat iman adalah antara nikmat terbesar dr Allah. Yang buat aku tersentap ialah bila dia kata aku menunjuk.

Menunjukkah aku?

Wednesday, August 4, 2010

"Nak tunggu apa lagi?"


Aku kerap bertanya ikhwah yang masih bujang dan sepatutnya sudah kahwin setiap kali bertemu mereka: “Bila nak kahwin? Calon-calon akhawwat kat Baitul Muslim dah makin ramai?”. Macam-macam jawapan bersahaja yang diberikan: “Insya Allah ustaz bila sampai masanya”, “belum ada feel lah”, ekonomi belum kukuh”, “masih banyak perkara yang perlu didahulukan (priority)”, “nantilah dulu, tak fikir lagi…”

Bagi aku jawapan begitu tidak pelik kalau orang itu orang biasa yang tidak pernah diperdengarkan fikrah Islamiyyah dan dididik dengan perjuangan. Tapi andainya jawapan itu lahir dalam kalangan mereka yang telah ditarbiah dan hadam manhaj tagyir Islam, kurang logik dan tidak boleh diterima akal. Bahkan sepatutnya mereka mesti faham bahawa mereka perlu segera kahwin kerana:



i) Perkahwinan seorang da’ie bukan sekadar diasaskan oleh nafsu bahkan kerana ia satu tuntutan dakwah. Bukan sekadar menyelamatkan diri dari fitnah tapi menyelamatkan ummah dari musibah. Kalau tunggu feel, rasa dan bernafsu, setengah orang prioriti nafsunya pada harta, kerjaya, kereta, melancong, pangkat dan kedudukan melebihi feel terhadap wanita dan perkahwinan. Bila sudah senang dan mencapai impiannya baru mula berfikir untuk berkahwin, waktu tu juga bukan kerana feel tapi sekadar menjadi pelengkap diari hidup seorang lelaki. Waktu itu kalau pun belum terlambat tapi pastinya kurang produktiviti. Sedangkan sumbangan paling besar seorang akh adalah melalui rumahnya.



ii) Perkahwinan merupakan tangga kedua untuk menegakkan semula Islam. Musuh pula menjadikannya medan untuk menghancurkan Islam. Lihat sahaja kes perceraian yang berlaku di negara kita (http://www.islam.gov.my/informasi). Setiap tahun meningkat. Ini memberi gambaran buruk terhadap imej Islam dan menakut-nakutkan golongan teruna dara untuk berkahwin. Kalau orang yang memiliki kesedaran dan faham matlamat berumahtangga lambat berkahwin, pastinya arus kehancuran itu akan menang dan kita lemas dalam ombaknya. Berkahwinlah dan lawan arus itu dengan arus. Anda perlu buktikan bahawa rumahtangga da’ie adalah binaan kebahagiaan dan di dalamnya penuh keseronokan bukan seperti yang digambarkan.



iii) Kita perlu bersegera mempersiapkan barisan pejuang yang mantap tarbiahnya. Setiap orang yang ditarbiah wajib mentarbiah. Setiap yang memperolehi fikrah wajib mewariskan fikrah dan perjuangannya. Orang yang paling sesuai menerima semua itu adalah anak-anaknya sebelum orang lain. Lantaran itu sepatutnya setiap akh berusaha memperolehi zuriat yang ramai dan mendidik setiap seorang dari mereka memahahami apa yang difahami oleh ibu bapanya. Mana mungkin beroleh ramai kalau perkahwinan dilakukan di senja hari ketika matahari hampir terbenam. Musuh pula dengan mudah menyediakan tenteranya dan memasukkan jarum pelali untuk membekukan langkah ummah ke hadapan. Kes anak luar nikah (http://berita-harian-online.com/statistik-anak-luar-nikah-di-malaysia/), buang bayi dan bermacam isu sosial memihak kepada mereka dan memberi kekuatan perjuangan mereka.



iv) Nak tunggu urusan keluarga selesai? Tanya balik diri anda… bila? Bila tarikh selesainya. Urusan keluarga takkan pernah selesai. Dari kenduri kendara hinggalah sakit mati, itu perjalanan peristiwaa dalam keluarga yang bakal silih berganti. Cuma akan tamat bila anda telah ‘tamat’. Seoang akh perlu faham bahawa mereka bukan ditarbiah hanya untuk dikecapi kejayaannya oleh keluarga. Anda adalah harapan ummah untuk mengeluarkan mereka dari permasalahan yang belum nampak noktah penamatnya. Setelah ditarbiah dengan isu-isu besar, kenapa jadi mengecil ‘himmah’ anda? Anda mengagalkan impian dan wawasan.



v) Nak tunggu kaya? Nak tunggu settle semua? Ermm, kalau tanya orang paling kaya di dunia pun dia akan menjawab saya belum cukup kaya lagi, banyak lagi impian saya belum tercapai. Satu lagi, hidup di dunia ini tak akan ada istilah settle. Selesai satu masalah pasti datang masalah lain. Semua masalah akan selesai hanya kalau kita menjejak kaki ke syurga. Kalau ke syurga, Ameen. Perkahwinan adalah antara wasilah orang saleh mengintai syurga. Orang yang nak tunggu settle segalanya dan cukup duitnya mungkin terlupa janji Allah SWT dalam al-Quran:



وَأَنْكِحُوا الأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ) النور/32

Dan kahwinkanlah orang-orang yang masih sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (al-Nur:32)



Kata Ibnu Abbas r.a: “Allah SWT memerintahkan supaya bernikah dan memberikan galakan, ia memerintahkan hambanya menikahkan orangyang merdeka dan hamba sahaya. Allah berjanji untuk memberikan kesenangan kepada mereka”. Kata Ibn Mas’ud r.a: “Carilah kekayaan melalui pernikahan” (lihat: Tafsir al-Tabari: 19/166)



Kata Ibnu Kathir: “ Yang termaktub dalam kemurahan dan kelembutan Allah SWT terhadap hamba-hambanya ialah Ia akan memberi rezeki kepada lelaki dan wanita yang berkahwin sesuatu yang mencukupi keperluan keduanya”. (Tafsir Ibn Kathir: 51/52)



Berkata al-Saadi dalam tafsirnya: “Maka tiada yang menghalang dakwaan kamu yang menyangka bahawa apabila berkahwin kamu akan menjadi fakir kerana banyaknya tanggungan kamu, sedangkan ayat ini menggalakkan kamu berkahwin dan Allah berjanji kepada orang yang berkahwin untuk mengkayakan mereka setelah hidup dalam kefakiran”. (Tafsir al-Saadi: 567)



Jadi apa alasan anda lagi untuk lambat kahwin, menangguh-nangguhkan perancangan dan sengaja menghabiskan usia muda dengan urusan-urusan dakwah yang ringan. Anda bukan lelaki tulen atau jangan marah kalau dipersoalkan ‘kelelakian’ anda.


Oleh: Ustaz Sarip Adul

YDP ISMA Sabah

Sumber: Blog Abu Syifa’

Tuesday, August 3, 2010

Untitled

I need tarbiyah. Mentarbiyah dan motivate diri sendiri untuk jangka masa yg lama tanpa sokongan secara langsung memerlukan daya tahan yg sgt kuat dan itu agak memenatkan. Seperti kata saudaraku di Auckland yg sgt dirindui, "Dulu kita yang 'mengawal' masa kita, tapi di tanah air kita 'dikawal' masa dan tanggungjawab". Kalau ada yang mempersoalkan tanggungjawab aku hanya kerja dan aku belum kawen, think again. Lain orang lain jalan yang Allah sediakan. Dan jalan yang disediakan untuk aku, tidak mudah untuk aku, tapi aku percaya aku mampu sebab Allah mengetahui keupayaan hamba2Nya. Kerap aku kalah, makin kerap aku bangun. Aku berdoa diberi kekuatan, kerana aku tahu iman aku sedang diuji. Siapa yang boleh jamin dengan iman senipis kulit bawang (mungkin lebih nipis), segala amalan diterima Allah? Aku paling takut jika semua amalanku ibarat debu-debu yang berterbangan, dipandang tanpa signifikan.

Ya Allah..

Aku impikan menjadi ganjil seperti ganjilnya Islam muncul dahulu, tetapi kini aku semakin ke arah kebiasaan.

Aku impikan menjadi logam yang berkualiti dan bersinar, tetapi kini aku tidak tahu di mana logam itu.

Ramadhan hampir tiba, sedangkan Syaaban pun berlalu begitu sahaja tanpa persiapan rapi menyambut bulan yang penuh barakah.

Ramadhan..semoga bermakna untuk aku..

Monday, June 28, 2010

Bukakan simpulan

Bismillah,

"Kenapa cinta sungguh serabut?"

"Itu kerana kau fokus kepada cinta manusia sahaja. Cinta manusia memang serabut."

"Kenapa sebelum kahwin, bercinta semuanya indah sehidup semati tetapi lepas 2,3 orang anak, tiada persefahaman dan bercerai?"

"Aku tiada jawapannya, kerana aku sendiri sedang serabut."

"Kenapa kau serabut?"

"Sebab manusia memang suka menyusahkan benda yang senang. Manusia yang bikin serabut."

Kagum melihat ketabahan Anne Ngasri yang masih tersenyum manis mengaburi kedukaan di wajahnya. Terpancar jelas ketenangan dan keredhaannya menyambut ujian Ilahi. Semoga Allah mempermudah urusannya dan memberkati hidupnya. Aminn.

Monday, June 21, 2010

Marah, Upset, You Name It

Bismillah,

Ya Allah, sungguh banyak dugaan yang Kau berikan padaku. Hanya padaMu aku mohon kekuatan.

Dan yang pasti, kesabaran harus berlipat kali ganda bila pulang ke Malaysia. Dulu macam mana aku dapat cope?

Sebab aku lahir di Malaysia, tinggal di Malaysia, dan belum nampak dunia luar. And I don't care about some things. Things that have to do with my religion and the Protector.

Then I see some things. Know more and understand more. Ketahanan harus kuat, sebab syurga bukan untuk sebarangan orang-orang beriman. Semakin kita menambah keimanan, semakin kuat syaitan ingin memesongkan.

Kembali pulang di Malaysia, ketahanan semakin berkurang. Kerana sikap orang-orang Malaysia yang aku sedar semakin memenatkan.

Biarlah orang kata aku nak lupa asal-usul atau apa pun. Kenapa orang Melayu yang mengaku Islam tak boleh jadi jujur macam orang bukan Islam?

Dan kenapa kalau ada kemalangan berlaku, contohnya hari tu anak saudara aku berumur 2 tahun masuk hospital kerana terlanggar air panas di badannya, ada yang boleh bertanya, "Macam mana kau jaga anak?"

Lagi kalau ada barang hilang, ada yang kata "Tu laa, beli barang mahal/canggih sangat".

What's wrong with the mentality? Ada ke mak yang sengaja nak anak dia kena air panas? Ada ke orang yang sengaja nak biarkan barang dia hilang?

Bukan menagih kasihan, but show some support and offer to help. Bukan cakap-cakap yang menambahkan tekanan. That's not the way to show your concern.

I have a group of friends sharing the same views. My generation and later generation, Malaysia is counting on us!

Islam is counting on us!

*Terlalu speechless sampai takleh tido dan terbangun pukul 3 pagi walaupun tido nak dekat pukul 1.

Saturday, June 19, 2010

Be there and learn

Bismillah,

"If you want to be religious and generous, this is not the path for you. In reality, this is the world of 'mata duitan'" - Dr Lee Mei Pheng

"I heard bankers go to heaven" - A participant
"Bank only give loans to those who meet their requirements, that is the rich guys, although sometimes they don't even need the money. But those who are poor and in needs couldn't get the loans because they are disqualified. Do you still think that bankers go to heaven?" - Dr Lee Mei Pheng

Itu adalah antara kata-kata terakhir sebelum kursus Banking and Financial Institutions Act (BAFIA) selama 2 hari itu selesai. Don't get her wrong, she is a very nice lady. Full of knowledge and wisdom. She wrote best-selling books about banking, including Islamic Banking. She is a lawyer cum banker. I can say that all the participants are impressed by her and her successful family. On the first day, she gave a few rules for being in her class. As usual, no handphones and we have to answer all her questions. If not, then we have to be the entertainer after lunch hour as the punishment. One of us asked her,

"What if we feel sleepy and take a short nap?"
 "U know in your religion you are not allowed to sleep together in a room with a guy that is not your mahram right? There's a few guys here"

and we laughed.

Back to the first quote above.

During lunch, my friend asked:

J: "Do you think we have chosen the right path?"

Me: "You mean, after what she said just now?"

J: "Yeah"

Me: "Personally, I don't agree with her. We still can do something. After all, that's why we're here in banking area. To learn and to make difference."

S: "I don't agree with her too"

You see, maybe ktorang terlalu mentah untuk tak setuju dgn dia yang dah bertahun-tahun pengalaman. Konon nak jadi optimistik. Tapi aku tau kami berkongsi tujuan yang sama, iaitu untuk belajar tentang conventional banking dan cuba buat sesuatu untuk menaikkan islamic banking. Tak dinafikan islamic banking semakin diterima ramai, tp spt Dr Lee katakan, "there are still loop and holes in islamic banking that the smart people can manipulate".

Dr. Lee banyak menceritakan kisah-kisah benar dalam dunia perbankan. Terkejut. Ada sesetengah yg dia tak boleh nak cerita sbb katanya terlalu kotor dan disgusting, and it is regarding how the rich become richer.

Yesterday, I read an article about the Government thinking to stop sending student overseas, and one of the comments from the readers goes like this:

"The Government send students to study Islam, but they come back here and do what?"

Memalukan tak?

Menunjukkan diorang tak nampak sgt apa perubahan orang-orang yang belajar di Timur Tengah dah buat. Bukan semua, tapi ada yang balik memang tak buat apa-apa. Yang meneruskan kerja-kerja dakwah, orang-orang spt saya  masih memerlukan anda untuk mengingatkan kami.

But the thing is, tak dinafikan ada yang memandang serong kpd orang2 yg kerja di bank, sebab ada kaitan dgn riba'. Yes, i know that. Ada kawan yg mintak kerja di Maybank, cuma nak kerja di bahagian Islamic Banking jer. Tapi seperti orang di Islamic Banking sendiri yang cakap,

"Islamic banking pun ada sikit2 pengaruh conventional banking, sebab kalau tak, orang tak terima Islamic banking. Yang penting sekarang, nak Islamic Banking semakin diterima, then perlahan-lahan kita buat perubahan"

Macam mana nak buat perubahan? Dengan belajar selok-belok conventional banking. Dan untuk belajar, nak atau tidak, kena masuk ke dalam situasi tu sendiri. Walaupun orang kata gaji tak berkat sbb riba' dan lain2. Yang penting, niat yang satu tu kena pegang.

Macam mana orang bukan Islam boleh ambil alih ilmu2 orang Islam? Sebab dorang belajar, even al-Quran pun dorang belajar. Tapi bukan semua yang terbuka hati, malah berdegil dan menggunakannya untuk menaikkan sistem mereka dan melemahkan orang Islam. Dorang berjaya tak? Tengoklah sekarang.

So pada pendapat aku, we have to make the same thing. Masuk ke conventional banking tak semestinya ktorang setuju dan meninggalkan solat. Walaupun ada yang kata solat pun tak diterima, gaji tak berkat, itu semua kerja Allah. Dia nak terima atau tidak. Lagi sekali, niat yang satu tu kena pegang dan berusaha ke arahnya.

Cabaran untuk berada bersama orang-orang yg bermata duitan nie memang tinggi. Semoga Allah menjauhkan aku dan rakan2 dari menjadi spt golongan tersebut, Nauzubillah. And it's interesting, macam mana nak buatkan orang2 miskin yang memerlukan duit qualify untuk dapatkan loans, sedangkan sistem sekarang kalau nak bg loan, salah satu kriteria ialah tgk dia  mampu bayar ke tak. Aku rasa jawapannya ada dalam Islamic Banking, sbb kalau nak beli rumah pun sebenarnya  kalau kita tak mampu, bank yang tolong belikan dan pastu bg kat orang yang nak beli tu, bukan amek untung dpdnya. There's lot more to learn in Islamic Banking.
But at the mean time, nak kenal dengan lebih lanjut sistem conventional banking.

We have the intentions to make things different, slowly, and it is going to be very very challenging.

Doakan aku dan rakan-rakan aku sentiasa di jalan yang lurus dan iman kami tidak goyah.

Tetiba aku teringat quote "niat tidak menghalalkan cara". As for now, in banking, aku tak nampak cara lain sbb everywhere is conventional banking.

Wednesday, June 9, 2010

Tekanan


Bismillah,

Aku tak sepatutnya tulis blog sesuka hati semasa waktu bekerja. Rasa tak amanah. Justifikasinya ialah, printer tengah rosak dan kerja jadi pending. Ada jer kerja lain yang tak perlukan printer, tapi kerja yang memerlukan printer lebih banyak, takut nanti start kerja baru tak boleh fokus yang sekarang. Aku percaya aku seorang yang multi-task, tapi aku tak nak ambil risiko dengan due-date yang semakin mengejar memerlukan printer elok semula. Di tempat printer kelihatan orang "Ricoh" tengah baiki, so why not just for a while.

Da agak lama hati nie kehausan. Iman harus diperbaharui.


ABu Hurairah r.h meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sentiasalah memperbaharui iman kamu”. Para sahabat bertanya, “Bagaiman kami memperbaharui iman kami, wahai Rasullah?”. Baginda s.a.w. bersabda, “Perbanyakkan ucapan LAILAHAILLAH [Hadith riwayat imam Ahmad]

Dalam satu riwayat, baginda Rasulullah s.a.w bersabda, “Iman akan lusuh seperti mana pakaian menjadi lusuh. Oleh itu hendaklah kamu sentiasa memohon kepada Allah supaya Allah memperbaharui iman kamu. Maksud iman menjadi lusuh ialah dengan kemaksiatan yang dilakukan makan kekuatan iman dan nur iman akan pudar.


Telinga dah lama tak dengar lagu-lagu menenangkan. Hari nie hampir setengah hari telinga disumbat ipod sampai orang sebelah panggil pun tak dengar.

Dah lama tak baca artikel dan blog. Masa inilah nak baca. Tapi macam sekilas lalu, kurang melekat. Allah..banyaknya dosa hambaMu ini.

Memang benarlah kesibukan bekerja adalah satu ujian. Mengambil keseluruhan masa. Sampaikan masa solat pun da terikut-ikut dengan kebiasaan solat-Zuhur-dilambatkan-sebab-nak-solat-Asar-cepat-dan-terus-balik-buat-kerja. Bukan takda solat jemaah. Alhamdulillah surau di Maybank sentiasa dipenuhi. Tapi waktu nak habis Zohor mendekati Asar paling ramai sebab nak kumpul solat sekali sebab nak kejar masa. Bukankah solat di awal waktu disukai Allah? Jemaah lagi. Masa tu kan hak milik Allah. Kesempurnaan kerja pun dengan keizinan Allah.

Tapi tidak semudah itu. Kadang-kala aku goyah juga mengikut. Lambakan kerja dengan due-date memberi tekanan. Aku cuba memanfaatkan solat dengan mencari ketenangan di situ. Tapi dengan melambatkan waktu? This is not right.

Bukan niat untuk berbangga diri, tetapi menjadi sumber pendapatan utama di rumah menambah tekanan. Sometimes aku rasa aku belum layak dan bersedia nak memikul tanggungjawab besar itu. I have to limit my own spending. Very very limited. Keperluan rumah dan kecemasan adalah paling utama. Pernah sekali situasi kecemasan berlaku, aku bersyukur masih ada baki yang mencukupi. Baru dua bulan bekerja. Tertekan.

Kerja-kerja rumah lagi. Pejam sebelah mata tengok rumah bersepah. Seminggu sekali diperuntukkan menjadi suri rumah sepenuh masa, tu pun tak sempurna. Most of the time weekend habis begitu saja. Tertekan lagi.

Tekanan lagi satu, I think I need to see her. Aku membiarkan dengan harapan aku dapat melupakan. Tapi aku mesti berhadapan dengannya. Selagi aku tak berhadapan dengannya, selagi tu perasaan tak puas hati akan selalu datang. Untuk ketenangan aku juga.

Ya Allah, sungguh banyak dosa hambaMu ini. Aku mohon ruang untuk membersihkan segala dosa-dosa. Maha Penyayang dan Pemurah Mu Ya Allah, masih memberikanku kesihatan yang baik dan kecukupan rezeki untuk aku meneruskan hidup. Aku mohon agar aku tidak terlepas dari pandanganMu Ya Allah, dan permudahkanlah urusan ibu bapaku dan keluargaku. Hanya Kau Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami dan Kaulah sebaik-baik Perancang. Bimbinglah aku ke jalanMu yang lurus, dan lindungilah saudara-saudara Islam di Palestin. Aminn.

Thursday, May 20, 2010

The awaking line

Bismillah,

"Jangan terikut-ikut. Nanti sesat"

Gulp.

Terkena diri sendiri akibat tak tau nak jawab apa dan dengan harapan dapat melepaskan diri dengan jawapan tu. Semuanya bermula apabila disebabkan hujan lebat, aku stay back kat pejabat dan didatangi salah sorg bos yg tgah tanya aku buat apa. Dia nampak aku buat credit papers on the screen dan dia terus tanya if i know what i was doing.

Aku terdiam. Jawapan aku, "I think so".

Dia terus tanya aku tentang produk2 kredit Maybank yang ditawarkan kepada para pelanggan. Secara jujur, aku tau 'on the surface' jer, sebab produk mmg agak banyak, dan aku belum faham semuanya. I was doing my 2nd credit paper, so aku fikir it's a learning process la, sambil buat, sambil belajar sikit2, ditambah plak dengan nak mengejar due date.

Then dia tanya da brapa lama aku kat sini. Dia jawab sendiri, da sebulan lebih. So by right i should know all the products already.

Jawapan aku pada masa tu, sebab senior aku bg kerja2 ad-hoc byk, i.e. other than credit papers. Filing, memos, letters. Orang yg lambat masuk dari aku pun da buat credit papers dulu dari aku. Tapi kelebihan aku pada masa tu ialah, aku da tau sket2 buat kerja ad-hoc dpd dorg yg blom dapat kerja ad-hoc lagi.

Pastu lagi dia kata macam mana aku nak buat the best credit papers kalau aku tak faham apa yang aku buat. Aku jawab, aku ikut jer credit papers yg sebelum nie senior2 lain pernah buat. And that's when the line above came out from his mouth.

Yes, he was right.

Sedangkan dalam ibadah pun kita selalu diingatkan supaya faham dengan ibadah yang kita buat dan jangan terlalu terikut-ikut dengan kebiasaan orang lain, takut tersilap dan tersesat. The same goes dalam kehidupan seharian. Dalam kes aku, pekerjaan.

Dia cadangkan supaya orang2 baru duduk semeja dan bincang pasal produk2 kredit. Not long after that, one of the seniors said to me that he was complaining that the new staffs do not know anything about our own products. Adakah aku telah bagi imej yang tak baik kat budak2 baru lain? Aku rasa, ada jer budak2 baru yang lagi tau dari aku, cuma dia tak pergi tanya dorang lagi kot, aku rasa la. Rasa bersalah plak. Mana tau sebab dia tanya aku sorg, dia assume budak2 baru lain pun tak tau jugak.

The next day, I was given motivation to work harder and to be on par with the others. Jangan ingat budak2 baru tak diperhatikan oleh pihak pengurusan. Kami sebenarnya berada dalam golongan org2 yg bekerja keras, dan kami pun mesti setanding mereka. Kalau tak faham, kena banyak bertanya.

Haa, mesti ada yang macam rasa takut kan nak masuk alam pekerjaan. Hehe. Teguran yang membina, apa salahnya. Lagipun senior mengambil langkah cepat dgn menasihati dpd membiarkan terus dibuai khayalan. I regarded it as motivation and challenge. Baru laa best keje. Hehe.

Hidup mesti positif ok! Tiada apa akan berlaku tanpa usaha dan keizinan Allah S.W.T.

Ouh btw, he was the same man yang ingatkan kami budak2 baru supaya bagi 1st gaji sket kat mak ayah utk lebih berkat. Bagus kan dikelilingi orang2 yg lebih berpengalaman dan selalu mengingatkan. Alhamdulillah :-)

Monday, May 17, 2010

Doa Buat Kekasih

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, Seandainya telah engkau catatkan Dia milikku, tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ke tepian yang sejahtera dan abadi. Maka jodohkanlah kami. Tetapi ya Allah, Seandainya telah engkau takdirkan...Dia bukan milikku bawalah dia jauh dari pandangan ku. Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti, Berikanlah aku kekuatan menolak bayangannya jauh ke dada langit dan hilang bersama senja yang merah agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya. Ya Allah yang tercinta, pasrahkanlah aku dengan takdirMu. Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini. Ya Allah… Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah engkau biarkan aku bersendirian di dunia ini mahupun di akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah. Ya Allah, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Amin. Ya rabbal ‘aalamiin".


Haa okay, okay. Aku tau ada yang akan rasa teruja bila aku post doa nie. Hehe.

Indahkan doa ni. Kenapa indah? Mungkin sebab ikut protokol doa.

Protokol doa? Apa tu? Doa pun kena ada protokol ke?

Nak jumpa pegawai berjawatan besar kena ada protokol, nak jumpa raja lagi banyak protokol. Bila nak memohon dengan Yang Mencipta, haruslah lagi protokol, kan? Walaupun argument yang akan kedengaran Allah itu Maha Mengetahui, memang betul, tak cakap apa-apa pun, Allah tahu semua dalam hati kita. Tapi bagi aku, protokol ketika berdoa membuatkan kita lebih sedar siapa diri kita di hadapan Pencipta, dan lebih jelas dengan apa yang kita mahu bila kita berdoa dengan bersungguh-sungguh bersaksikanNya.

Pendek kata, it feels good emotionally and spiritually.

Please let me share this with you, from iLuvislam.com:
_________________________________________________________________________________
Protokol Doa


Setiap kali saya berdoa, saya jadikan doa buat kekasih sebagai panduan berdoa. Bagi saya doa buat kekasih adalah doa yang terbaik susunan doanya.


Doa buat kekasih mempunyai protokol doa iaitu:
1. Tawasul


2. Khusus


3. Sebab atau alasan


4. Tawasul


5. Pasrah
Cuba saudara perhatikan contoh doa buat kekasih di akhir artikel ini dan bacakanlah untuk sekali. Terasa ketenangannya. Saudara boleh mengubahkannya untuk memohon hajat lain yang tertentu. Namun setiap doa mesti mengikut protokol.


1.Tawasul :

Sebelum memohon perlulah memuji Allah SWT. Allah suka dipuji. Sesungguhnya memang berhak Allah dipuji kerana rahmat yang Allah berikan kepada kita ini tidak mampu ditandingi.


2. Khusus :

Kebiasaan doa adalah terlalu umum seperti, “Ya Allah murahkanlah rezekiku”. Kita menganggap Allah mengetahui apa yang kita inginkan walaupun hakikatnya Allah memang mengetahui.


Tetapi sifat kita ini tidak bersungguh di dalam memohon lalu untuk memudahkan diri kita, kita meminta secara umum. Apabila kehendak dan keinginan kita tidak dimakbulkan, kita menyalahkan Allah. Sedangkan kita lupa doa kita adalah memohon kepada Allah agar murahkan rezeki. Maka nikmat kehidupan dan masih bernyawa juga merupakan salah satu rezeki.
Di dalam memohon semestnya mempunyai protokol yang tersendiri iaitu;


SMART
1. Specific (khusus)


2. Measurable (boleh dikira)


3. Achievable (mampu dicapai)


4. Realistic (Realistik)


5. Timeline (Tempoh masa)


Di dalam berdoa, kita perlu khusus. Jika ingin meminta duit, sebut sahaja berapa jumlah yang kita inginkan. Jika kita mempunyai 10 keinginan, sebutkan satu persatu tetapi mesti SMART.
Jika kita ingin pergi menunaikan haji hujung tahun ini sedangkan wang yang terkumpul hanya RM100 , adakah ia SMART? Walaupun bukanlah mustahil kita mampu mencapai tujuan tersebut tetapi seboleh-bolehnya biarlah ia adalah 'Achievable' dan 'Realistic' di dalam 'Timeline' yang kita inginkan.


Sebagai contoh, jika saudara mula mengumpul RM100 untuk pergi menunaikan haji mulai bulan ini dan bercadang untuk menunaikan haji 2 tahun lagi, kemudian saudara kini sedang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan juga mempunyai sumber pendapatan dari pelbagai sumber, maka ia boleh dikatakan SMART. Hanya saudara yang tahu samada apa yang saudara inginkan itu memenuhi SMART atau tidak.
3. Sebab atau Alasan :


Di dalam berdoa, kita perlu ada alasan. Mengapa kita inginkan sesuatu itu. Contohnya jika kita ingin pergi haji, kita perlu beri alasan kenapa kita ingin pergi haji. Walaupun Allah memang mengetahui tetapi jika kita beritahu Allah, maka sebenarnya diri kita akan lebih bersemangat untuk berusaha mencapai tujuan itu dengan bersaksikan Allah yang mendengar sebab dan alasan kita.
4. Tawasul :
Di dalam setiap doa, kita hendaklah menyelanginya dengan tawasul. Kita boleh menggunakan firman-firman Allah untuk mengukuhkan permohonan kita seperti berkata;
“Ya Allah, bukankah Engkau berfirman jika aku berdoa, pasti Engkau makbulkan ya Allah”
Inilah tawasul yang dimaksudkan di protokol ke-4 ini.


5. Pasrah :


Menyerahkan 100% kepada Allah doa yang telah dipohon. Jangan tertanya-tanya, bilakah Allah akan makbulkan ini, bilakah Allah akan memberi rezeki ini, bilakah Allah nak buat itu dan ini. Pasrah bermakna bukan tidak melakukan apa-apa kerja atau usaha, tetapi pasrah menerima samada dimakbulkan atau tidak. Keizinan Allah di dalam permohonan kita diberi tanpa kita sedari.


Yang pasti kita hendaklah terus berusaha dan insyaallah jika Allah mengizinkan pilihan yang kita buat itu, maka dimudahkan kita di dalam segala urusan.


Perniagaan kecil-kecilan kita semakin membesar. Jika kita belum pandai berdoa dan cara mengerjakan haji, ada sahaja jalan ke arah itu yang Allah akan berikan. Contoh di atas adalah satu contoh iaitu hajat mengerjakan haji. Namun protokol itu sama untuk memohon apa sahaja keinginan dan hajat. Kita manusia yang lemah di mana sentiasa mempunyai hajat walaupun hajat yang kecil.
Sepertimana yang biasa saya katakan, HIDUP INI PENUH DENGAN PILIHAN.


Masalah utama kita tidak tahu apa akan terjadi walaupun sesaat kehadapan. Sebab itulah kita memerlukan Allah SWT yang maha mengetahui agar dapat memberi panduan kepada kita agar pilihan yang dipilih merupakan yang terbaik di sisiNya. Setiap yang terbaik disisi Allah pasti terbaik untuk diri kita.


Elakkan berdoa seperti mengarahkan Allah melakukan kerja seperti, “Ya Allah murahkanlah rezeki aku” atau “Ya Allah, panjangkanlah umur aku”. Bukankah bunyi doa itu seperti mengarahkan Allah melakukan kerja. Seharusnya doa yang baik adalah dengan meminta permohonan.


“Ya Allah, Yang Maha Pemberi, Yang Maha Mengasihani, Yang Maha Kaya. (Tawasul)….Aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku dimurahkan rezeki …. (sambung dengan permohonan yang khusus)….(beri alasan kenapa memohon)…. Aku ini lemah ya Allah, aku perlukan pertolongan diriMu ya Allah. ….ya Allah Jika keinginan aku ini baik ya Allah, aku memohon agar Kau makbulkan permohonan aku ini ya Allah. Bukankah Engkau berfirman, jika aku berdoa kepada Engkau, akan Engkau makbulkan permohonanku ya Allah (Tawasul). Tetapi ya Allah, jika ini bukan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, maka buangkan keinginan ini dari hati aku ya Allah. Agar aku tidak akan mengingati keinginanan ini lagi ya Allah. Agar aku sentiasa tenang ya Allah. (Pasrah)….. ya Rahman, Ya Rahim. Amin".


Ini adalah satu contoh doa yang ringkas mengikut protokol doa. Saudara boleh menyusunnya semula dengan lebih baik dengan tawasul yang lebih banyak. Doa yang umum tidak melihatkan kita bersungguh di dalam mendapatkan sesuatu. Maka susunlah doa mengikut protokol doa yang dinyatakan. Semoga segala hajat, impian, keinginan, cita-cita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

________________________________________________________________________________

Akhir kata, protokol doa ni bukan khas untuk pasangan hidup saja okay, semua jenis doa dan permohonan sebaik-baiknya ikut protokol nie. Baru laa indah doa kita kepada Allah kan, Allah pun suka nak dengar :-)

Sunday, May 9, 2010

Thank you

Bismillah,

Hari nie ternampak satu application yang menarik di Facebook. Islamic Names. So aku type nama aku, Iynas tapi takde, tapi dia ganti dengan lagi satu nama, Inas. Sebutan sama, ok laa kot kan. Eja dalam jawi pun alif ya nun alif sin bunyi sama gak kan.

Meaning of Inas is: Sociability.

Selalu orang tanya makna nama aku, aku jawab "yang ramah, yang jinak, yang manja", sbb itu yang arwah ayah aku bagitau melalui buku Bahasa Arab. Setiap kali aku curious dgn maksud nama aku sbb takda dalam kamus nama Islam biasa, aku tanya arwah, dan setiap kali tu dia akan suruh aku ambil satu kamus Bahasa Arab dan tunjukkan pada aku maksud nama aku.

Sociability, i guess sama laa kan makna dia.

Secara jujur, kalau tengok secara kasar maksud sociability, aku gerun jugak. Sosial sgt ke aku? Tapi ada kawan2 pernah bgtau, aku pandai buat kawan dan senang dapat kawan. Alhamdulillah, mungkin di situ nama aku applicable.

Tapi semalam, kawan2 aku dengan berterus-terang:

"U selalu emo laa dulu, takut ktorang"

Ayat nie bukan sekali dua aku dapat, berkali-kali.

Teruk sgt eh aku emo dulu sampai byk orang kata takut dengan aku?

Aku yang dulu menjadikan aku hari ini. Aku terima ia sbg takdir yang sudah tertulis. Nak kecewa dgn diri sendiri pun dah xde makna. Nak kata sekarang aku da tak macam dulu pun aku tak berani.

Thanx for putting up with me, friends. Sorry for everything.

Jangan salah faham, aku bukan terasa. Aku appreciate. So that aku bleh tahu kelemahan aku dan cuba memperbaikinya. Jadi lepas nie, dgn sejujur hati, terus-terang jer apa yang pasal aku yang tak berkenan di hati kalian. Penting utk proses muhasabah diri. Yang mana aku bleh ubah, aku ubah, demi membina sebuah hubungan yang mesra dan utuh kerana Allah.

Apa yang boleh aku katakan setakat ini, aku da byk kurang emo berbanding dulu. Emo tu still ada, tapi insyaAllah dalam kawalan. Emo menjurus kepada kemarahan. Marah itu api. Api itu syaitan. Jadi dari awal lagi kena kawal emo.

Tetiba teringat cite kakak aku semalam yg dia pernah dikatakan perempuan tiada perasaan selepas break up. Habis, nak meraung-raung? Emo habis tu. Of course nangis, tapi takkan depan orang plak kan.

Tuesday, April 20, 2010

Inspirational

Bismillah,

I have been inspired by this one person, because of his success and determination to contribute to ummah.

Rasanya dia nie sebaya, tapi langkah kemajuannya melangkaui rakan-rakan sebaya, bahkan yang lebih tua daripadanya.

Mari sama-sama kita berdoa untuk kejayaan beliau dan iLuvislam yang lebih lagi di masa hadapan, dan harapan agar kita sama-sama tergolong di dalamnya.

Demi semangat untuk memberi.

_________________________________________________________________________________

Alhamdulillah, iluvislam.com 'Live' di TV9
Im Koyube
Editor : Im Koyube

 
"Saya Azean dari TV9 nak jemput Imran untuk ditemuramah untuk program Nasi Lemak Kopi O esok pagi. Ia tentang usahawan muda yang telah berjaya. Boleh ke?"



Begitulah lebih kurang soalan yang diberikan oleh Puan Azean (kakitangan TV9) kepada saya. Ketika itu, saya sedang 'meeting' dengan Encik Zakaria (Pengurus Karangkraf Network Sdn. Bhd.) pagi semalam (16 April 2010).


Alhamdulillah, saya bersyukur sambil terkejut dengan panggilan itu. Selepas pertemuan dengan Encik Zakaria, saya terus hubungi abang ke-2 saya, Md. Fairuzzani Bin Koyube untuk meminta bantuan esok pagi (hari ini) kerana kaki saya masih 'kurang sihat' untuk bawa motosikal. Tambahan pula, apabila naik kereta, boleh berborak-borak dengan dia sebab adik-beradik saya semua pernah join program iluvislam.com kecuali dia.


Kebetulan, petang semalam (selepas solat Jumaat), En. Fitri ('full time programmer' iluvislam.com), En. Lukman dan saya mempunyai 'meeting' dengan Dato' Hussamuddin Yaacob. Pelbagai perkara kami bincangkan termasuk perancangan Lukman dan saya untuk menulis novel berkenaan sejarah hidup Dato' supaya novel itu mampu memberikan inspirasi kepada orang lain. Mohon doakan usaha kecil kami diberkati Allah.


Syukur alhamdulillah, pagi tadi, abang saya dan saya bergerak ke Sri Pentas, Damansara. Usai kami tiba, kami disambut baik oleh Puan Azean. Sepanjang saya di dalam Sri Pentas, saya melihat kemudahan-kemudahan yang ada. Saya sentiasa teringat akan visi iluvislam :



'To be the world's leading ISLAMIC media of choice.'



Saya berkata kepada diri sendiri :



'InsyaAllah dalam 10 tahun dari sekarang, saya berharap iluvislam akan menjadi sehebat Media Prima dan Karangkraf.'



Alhamdulillah, inilah kali pertama saya keluar di TV secara 'live' dan saya sangat bahagia kerana saya mewakili iluvislam. Saya bertambah bahagia kerana saya mampu membuatkan abah dan mak saya menangis kerana melihat anaknya berjaya.


Selepas saya keluar secara 'live' di TV9, orang pertama yang saya hubungi adalah mak saya. Mak saya kata :



"Terima kasih Im.."


Dan ibu saya menangis. Saya merasa sungguh bahagia dan tenang. Alhamdulillah. Allahuakbar.


Jutaan terima kasih kepada TV9 kerana memilih dan memberi ruang kepada iluvislam dan saya.

Sesungguhnya, masih banyak impian saya dan iluvislam yang belum dicapai. Saya sentiasa ingatkan diri saya bahawa saya belum lagi berjaya. Jadi, saya perlu teruskan belajar dan bekerja secara 'smart' serta kuat. Jika saya merasa bahawa diri saya dan iluvislam sudah berjaya, saya pasti saya dan iluvislam tidak mampu 'grow.'


Di iluvislam, kami yakin bahawa Islam dan Muslim adalah 'rahmatan lil 'alamin.' Islam adalah solusi kepada segala masalah di dunia. Muslim perlu menjadi contoh kepada yang lain. Maka, di iluvislam, kami perlu terus bekerja kuat dan 'smart' supaya ia berterusan memberi 'rahmat' kepada alam semesta.


Ketika sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW :



"Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling berguna di muka bumi?"



Maka, jawab Baginda :

"Manusia yang paling berguna adalah mereka yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.



Dengan memahami apa itu fitrah kehidupan, yakinlah bahawa apabila kita membantu orang lain, pada masa yang sama, kita turut membantu diri sendiri.





Yakinlah wahai Im dan sahabat-sahabatku bahawa :



"Memberi tidak akan mengurangkan apa yang kita ada."



Semoga iluvislam terus-menerus memberi manfaat kepada ummah dan mampu melahirkan generasi Muslim Super!



Mohon jangan lupa doakan kami ya! ^_^

 
"All praises to Allah."

Luv Everybody. Hate Nobody.



Mohd Nurul Imran Bin Koyube

_______________________________________________________________________________


Untuk mendalami dengan lebih lanjut tentang pemuda berjaya ini, klik sini

Diriku masih jauh dari kejayaan.

Motivasi untuk hari ini:

"Memberi tidak akan mengurangkan apa yang kita ada."

Tuesday, March 30, 2010

Saya sudah bertunang


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

Insyirah Soleha,
19 Januari 2010
Baiti

 
__________________________________________________________________________________
 
Terima kasih Ya Allah kerana mengingatkan aku tentang mati, dan juga ini:
 

“Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’. Beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan engkau daripada kedua-duanya.”

 

Astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..perlu sentiasa check amalan ibadah diri..ikhlas, atau tidak?