Bismillah,
Aku tak sepatutnya tulis blog sesuka hati semasa waktu bekerja. Rasa tak amanah. Justifikasinya ialah, printer tengah rosak dan kerja jadi pending. Ada jer kerja lain yang tak perlukan printer, tapi kerja yang memerlukan printer lebih banyak, takut nanti start kerja baru tak boleh fokus yang sekarang. Aku percaya aku seorang yang multi-task, tapi aku tak nak ambil risiko dengan due-date yang semakin mengejar memerlukan printer elok semula. Di tempat printer kelihatan orang "Ricoh" tengah baiki, so why not just for a while.
Da agak lama hati nie kehausan. Iman harus diperbaharui.
ABu Hurairah r.h meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sentiasalah memperbaharui iman kamu”. Para sahabat bertanya, “Bagaiman kami memperbaharui iman kami, wahai Rasullah?”. Baginda s.a.w. bersabda, “Perbanyakkan ucapan LAILAHAILLAH [Hadith riwayat imam Ahmad]
Dalam satu riwayat, baginda Rasulullah s.a.w bersabda, “Iman akan lusuh seperti mana pakaian menjadi lusuh. Oleh itu hendaklah kamu sentiasa memohon kepada Allah supaya Allah memperbaharui iman kamu. Maksud iman menjadi lusuh ialah dengan kemaksiatan yang dilakukan makan kekuatan iman dan nur iman akan pudar.
Telinga dah lama tak dengar lagu-lagu menenangkan. Hari nie hampir setengah hari telinga disumbat ipod sampai orang sebelah panggil pun tak dengar.
Dah lama tak baca artikel dan blog. Masa inilah nak baca. Tapi macam sekilas lalu, kurang melekat. Allah..banyaknya dosa hambaMu ini.
Memang benarlah kesibukan bekerja adalah satu ujian. Mengambil keseluruhan masa. Sampaikan masa solat pun da terikut-ikut dengan kebiasaan solat-Zuhur-dilambatkan-sebab-nak-solat-Asar-cepat-dan-terus-balik-buat-kerja. Bukan takda solat jemaah. Alhamdulillah surau di Maybank sentiasa dipenuhi. Tapi waktu nak habis Zohor mendekati Asar paling ramai sebab nak kumpul solat sekali sebab nak kejar masa. Bukankah solat di awal waktu disukai Allah? Jemaah lagi. Masa tu kan hak milik Allah. Kesempurnaan kerja pun dengan keizinan Allah.
Tapi tidak semudah itu. Kadang-kala aku goyah juga mengikut. Lambakan kerja dengan due-date memberi tekanan. Aku cuba memanfaatkan solat dengan mencari ketenangan di situ. Tapi dengan melambatkan waktu? This is not right.
Bukan niat untuk berbangga diri, tetapi menjadi sumber pendapatan utama di rumah menambah tekanan. Sometimes aku rasa aku belum layak dan bersedia nak memikul tanggungjawab besar itu. I have to limit my own spending. Very very limited. Keperluan rumah dan kecemasan adalah paling utama. Pernah sekali situasi kecemasan berlaku, aku bersyukur masih ada baki yang mencukupi. Baru dua bulan bekerja. Tertekan.
Kerja-kerja rumah lagi. Pejam sebelah mata tengok rumah bersepah. Seminggu sekali diperuntukkan menjadi suri rumah sepenuh masa, tu pun tak sempurna. Most of the time weekend habis begitu saja. Tertekan lagi.
Tekanan lagi satu, I think I need to see her. Aku membiarkan dengan harapan aku dapat melupakan. Tapi aku mesti berhadapan dengannya. Selagi aku tak berhadapan dengannya, selagi tu perasaan tak puas hati akan selalu datang. Untuk ketenangan aku juga.
Ya Allah, sungguh banyak dosa hambaMu ini. Aku mohon ruang untuk membersihkan segala dosa-dosa. Maha Penyayang dan Pemurah Mu Ya Allah, masih memberikanku kesihatan yang baik dan kecukupan rezeki untuk aku meneruskan hidup. Aku mohon agar aku tidak terlepas dari pandanganMu Ya Allah, dan permudahkanlah urusan ibu bapaku dan keluargaku. Hanya Kau Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami dan Kaulah sebaik-baik Perancang. Bimbinglah aku ke jalanMu yang lurus, dan lindungilah saudara-saudara Islam di Palestin. Aminn.
Salam
ReplyDeleteYa ukhti, mg dipermudahkn segala urusan ya. Allahu qareeb (yes, He is ever so close).
Berat mata memandang/membaca, berat lagi bahu yg memikul.
This is for you:
Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla, wa anta taj'alul khazna izza shi'ta sahla (
Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang susah boleh Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya)
[Kitab Hisnul Muslim,Sheikh Said bin 'Ali bin Wahf Al-Qahthani]
Be strong...
You are never alone... May our prayers be heard by The One in the Highest of Heavens, though we have never met, I know you can go through this - remember the supplication Allah taught the prophet? la yukallifullahu nafsan illa wus'aha [al-baqarah:286]...
Make many istighfar and salawat [Nuh:10-12]
Take care ya...
With love,
your sister in iman&islam