Friday, July 31, 2009

Terlanjur kata buruk padahnya

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Diberi peluang lagi untuk menulis dan berkongsi sesuatu, sebahagian daripada perjalanan hidupku, yang diharapkan dapat memberi sedikit manfaat kepada yang membacanya, insya-Allah.

Sewaktu berborak dengan housematesku, terpacul ayat ini, keluar laju dari mulutku:

"Kita (aku) kan, kalau kurang berusaha memang laa akan dapat teruk kan, tapi kalau berusaha banyak mana pun, result yang keluar nanti biasa jer, tak hebat sangat pun," -merujuk kepada studies-

Astaghfirullah. Aku terdiam sesaat selepas keluar ayat itu.

Kemudian rakanku menyambung:

"Ye laa, masing-masing ada kelebihan sendiri".

Aku mengangguk tanda setuju. Tapi aku masih tak puas hati. Ayat itu seperti mengganggu hati aku, terngiang-ngiang di telinga aku.

Seperti tak bersyukur. Kenapa aku boleh cakap macam tu? Berdasarkan pengalaman tahun kedua dan semester lalu? Tak sedar ke walaupun dah berapa kali aku frust sebab test, tapi akhirnya Allah dah tetapkan result aku cukup memberangsangkan. Result 1st year? SPM? PMR? UPSR? Peluang dapat belajar oversea? Semua tu tak nak ambil kira ke?

Allah tak pandang kepada hasil, tapi usaha seseorang.

See, aku faham itu. Aku yang gunakan ia untuk motivate diri sendiri dan rakan-rakan yang down.

Nak bagi ingat lagi? Kisah yang diriwayatkan dari hadis bahawa seorang pemuda yang telah membunuh 100 orang, bagaimana akhirnya Allah telah menetapkannya masuk ke syurga hanya kerana usahanya untuk berubah. Cerita ini telah banyak kali diberitahu kepada aku, dan alhamdulillah aku hafal dan dapat mengambil pengajaran daripadanya.

Tapi tengoklah, dalam masa beberapa saat jer aku boleh terlupa. Manusia memang diciptakan pelupa. Ya Allah, ampunkan hamba-Mu yang pelupa dan terlanjur kata ini.

Yea, aku 'ter'cakap begitu mungkin berdasarkan apa yang sedang dan baru berlaku, tapi ingat setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah dah susun yang terbaik untuk kita.

Bercakap pasal penyusunan terbaik, seronok dan terharu betul dapat bersembang dengan pegawai MSD yang baru. Baik sungguh. Aku meminta pandangannya tentang rancangan masa depan aku. Dia yang mengingatkan aku balik bahawa penyusunan Allah adalah yang terbaik. Rasa nak nangis kejap bila cakap dengan dia tadi. Berhikmah sungguh kata-katanya. Dia menceritakan serba-sedikit pengalaman dan latar belakang hidupnya, lantas aku teringat ayat ini:

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
(Al-Baqarah, ayat 216)


Sangat suka ayat ini. Ayat Allah ini telah banyak membantu aku, terutamanya tentang suatu perkara yang aku sangka aku akan mengambil masa yang sangat lama untuk kembali tenang. Ok, itu nanti insya-Allah akan aku kongsikan kemudian. Dah lama menyimpan niat.

Atau mungkin tidak perlu.

By the way, seperti kawan aku cakap, masing-masing ada kelebihan. Dan aku, dengan segera teringat kelebihan yang aku ada. Baru ada. Dalam usia semuda ini, tak ramai yang ada apa yang aku bakal ada, insya-Allah. Dan itu juga, aku anggapnya sebagai ujian dari Allah, sejauh mana akan aku gunakan nikmat yang diberikan-Nya dengan sebaik mungkin.

Jadi pengajaran yang aku dapat hari ini, walaupun aku cuba mengawal kata-kata, tapi apabila rasa terlanjur kata, cepat-cepat beristighfar dan memohon ampun. Anggap ia sebagai teguran dari Allah yang kasihkan hamba-Nya. Jangan sekali-kali jemu memohon kepada-Nya, kerana Dia tidak pernah jemu dengan kita, sedangkan kita yang selalu merintih kepada Dia yang Maha Sempurna yang suka mendengar rintihan hamba-hamba-Nya yang lemah lagi hina.

Malu kan dengan Allah?

Betapa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Subhanallah.

Dengan ini sekali lagi saya memohon, jika didapati yang saya terlanjur cakap atau melampaui batas, sila tegur :-)


Saturday, July 25, 2009

Husnul Khotimah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Husnul Khotimah, bermaksud "kesudahan yang baik". Begitulah nama yang menggambarkan 'keluarga' baru aku. Insya-Allah, semoga perjuangan secantik namanya. Bersama-samalah kita berusaha mencapai Husnul Khotimah! :-D

Hari ini seperti hari pertama persekolahan di semester kedua. Kedatangan penuh dan masing-masing bersemangat berjumpa dan berkenalan semula dengan ahli keluarga baru. Semoga prestasi hari ini berkekalan, insya-Allah. Sekali lagi, mari kita sama-sama beristiqamah! :-D

Yea, aku sungguh gembira hari ini. Alhamdulillah. Seperti berfungsi semula.

Untuk menambahkan kegembiraan, aku sudah nampak spring break akan datang bakal terisi. Selain mukhayyam Badar, baru lepas plan road trip ke South Island. Ketika itu Ramadhan juga baru sahaja menjelma, insya-Allah. Ya Allah, panjangkan umurku agar aku dapat menghayati Ramadhan kali ini dengan sebaiknya. Dan semoga perjalanan road trip mendapat berkah dari-Mu, aminn. Betulkan niat masing-masing kerana Allah Taala :-)

Namun tidak dapat kunafikan, di sebalik kegembiraanku, masih terselit sedikit kekesalan terhadap diri sendiri. Sedikit? Adakah aku pasti? Sedikit itu mungkin besar maknanya di akhirat nanti.

Bagaimana?

Ustaz kata, jangan putus asa. Tak bermakna kita dah buat sekali, maka terus lepas tanggungjawab kita. Harus cuba lagi. Usaha itu yang penting, kerana Allah melihat kepada usaha.

Adakah aku berusaha?

Masih ada perasaan tidak yakin. Iynas, itu bukan alasan! Allah kan ada. Mohon kekuatan dari-Nya.

Baik!

Monday, July 20, 2009

Bukan Kebetulan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Baru pulang dari ski trip malam tadi. Terima kasih kepada penganjur dan drivers yang sungguh berhemat dan bersemangat, memandu dari awal hingga akhir. Anda semua semestinya penat dek kerana tak cukup tidur. Main ski, kena uruskan itu ini, drive. Jazakillah. Semoga anda semua dirahmati Allah S.W.T.

“Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain.” (HR. Ad-Daruquthni dan Ath-Thabarani)

Salji. Ini bukan pertama kali aku nampak dan merasainya sepanjang di New Zealand. Tapi ini pertama kali aku berada dalam kawasan salji yang lebat dan merasakan sendiri salji turun. Atau mungkin sebenarnya ia adalah hujan ais. Cuaca pada ketika itu memang sangat sejuk dan jalan licin. Ketulan-ketulan ais menampar-nampar muka. Sakit. Itulah pengalaman. Merasa juga salji turun di North Island.

Lihat ini:

video

Walaupun cuaca seperti tidak sesuai dan kelihatan semakin ramai orang turun dari tempat bermain ski, ia masih dibuka. Kami meneruskan jua hasrat bermain. Yea laa, datang dari jauh, macam tak best kalau tak teruskan. Ada jugak yang ambil keputusan tak nak main. Yang penting ketika itu, keselamatan masing-masing perlu dijaga.

Bermula dari situ, masing-masing terpisah mengikut kumpulan-kumpulan kecil. Ada yang nak main ski, ada yang nak main snowboard, ada yang nak start awal, ada yang nak start tengah hari, ada yang nak buat snowman. Aku, as a first timer (da tahun ketiga baru nak main) bermula dengan ski.

Pengalaman bermain? Memang seronok. Kasut berat sampai lenguh kaki. Bayangkan bermain ski melawan arah angin dan hujan ais. Tanpa mafla menutup muka, hanya shades menjadi pelindung mata. Muka memang sentiasa pedih dipukul hujan ais. Saat itu aku terfikir, kalau begini pun tak tahan, apatah lagi azab seksa Allah di akhirat nanti.

Ok, tujuan utama aku menulis ni bukan untuk bercerita tentang perjalanan keseluruhan trip, tetapi untuk bercerita tentang secebis kecil peristiwa yang memberi kesan kepada aku. Aku bersyukur kerana ditempatkan dengan dua orang rakan di dalam van yang sama, di mana dalam perjalanan pulang, kami bertukar-tukar pendapat tentang peristiwa itu.

Hanya satu perkara yang bermain di minda aku daripada terjadinya peristiwa itu, iaitu betapa tersusunnya perancangan Allah S.W.T. dan itu merupakan salah satu daripada banyak nikmat yang aku sendiri jarang sedari betapa Allah sangat mengasihi dan menyayangi hamba-hamba-Nya.

Cerita bermula dengan A, C dan O yang tak nak main. Hanya nak buat snowman dan menjadi pemerhati berdekatan dengan tempat equipment rental. Aku, N dan K satu kumpulan bermain ski yang start awal sebab ambil pakej yang ada lesson. Half way through the lesson, N dah tak larat, lalu mengambil keputusan untuk berehat. Tinggal aku dan K meneruskan pembelajaran kami. Lepas habis lesson, memang habis basah satu badan. Jaket dan seluar kalis air seperti tiada kesan. Kesejukan. Aku dan K mengambil keputusan untuk berehat sebentar memanaskan badan di cafe. Disebabkan aku mengambil masa agak lama, K start main dulu sorang-sorang. Aku menyusul kemudian. Lepas satu round main tanpa instructor, aku rasa dah cukup. Nak berhenti. Aku mengambil masa agak lama untuk buat keputusan berhenti main. Adalah dalam 5 minit aku hanya berdiri tegak. Berfikir.

Glove kain aku dah lencun. Tangan sejuk. Satu badan sejuk. Cuaca masih seperti itu. Teknik main ski pun aku macam dah dapat kuasai. Rasa bosan sikit pun ada jugak. Lagipun aku perlukan masa untuk mengeringkan badan, tukar baju, solat, dan makan sebelum kena berkumpul pada masa yang ditetapkan. Masa ketika itu ada lagi dalam 2 jam.

Tak cukup berfikir di bawah hujan ais, aku sambung termenung di dalam bangunan equipment rental. Agak lama. Equipment pun aku belum pulangkan. Di mana N, C, O, dan A yang tak main? Aku tahu mereka pasti selamat tapi aku mahu bersama-sama mereka.

Aku teringat handphone dalam poket seluar jeans aku. Ouh, tidak! Basah! Aku menekan-nekan butang. Alhamdulillah, masih boleh digunakan. One new message. Dari N. Minta aku bagitahu dia kalau aku dah berhenti sebab kunci locker dan tag kasut ada dengan aku. Aku reply, minta dia turun. A tanya kalau-kalau aku tahu makanan yang disediakan trip ada di mana. Aku tak tahu.

Beberapa lama kemudian, N dan A turun. Pulangkan equipment dan ambil barang-barang. Menurut N, C dan O ada di bangunan medical di atas, kesejukan. Kaki C dah mula kebiruan akibat kesejukan. Aku faham, pasti mereka lapar. A tahu makanan trip ada dalam salah sebuah van yang dipandu oleh L. Nak cari L, tak tahu di mana.

Selesai semuanya, kami bertiga nak ke cafe sebentar. Beli minuman panaskan badan. Bukan setakat badan sejuk, kaki pun sama sebab kasut dah basah. Dalam perjalanan ke cafe, terserempak dengan L. Alhamdulillah, A minta kunci van.

Lepas minum, kami naik. Aku beli glove baru, then ke bangunan medical jumpa C dan O. Dalam hati aku, macam mana aku nak tukar baju, beg aku dalam van yang dipandu K.

"Kunci van K ada dengan saya", kata C.

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat.

Kaki C biru. Kesian dia. C dan O lapar. Kesian mereka. Handphone mereka pun dalam van. Kami bergerak, berpegang erat berjalan di atas jalan yang licin dan penuh dengan ais menuju ke van.

Sebaik sahaja masuk ke dalam van, kami settle down, dan masing-masing menarik nafas lega. Keadaan lebih selesa di dalam van. Alhamdulillah, semua selamat :-)

Dapat dilihat di sini, takdir Allah menentukan:
  • N berhenti awal dan dapat berkumpul bersama A, C, dan O. Tidaklah N keseorangan. Apatah lagi apabila kaki C biru, O dapat menemani C, dan A si wanita besi dapat menemani N turun mengambil barang dan kunci van. Berdua lebih baik dari seorang.
  • Saat keluar dari tempat equipment rental dan terserempak dengan L membolehkan A meminta kunci van. Mungkin juga boleh lihat faktor lamanya aku termenung, berfikir, berbalas mesej dengan N, proses mengambil barang dan memulangkan equipment membolehkan pertembungan kami berlaku. Mungkin kalau lambat atau cepat sedikit, lain takdir-Nya. Subhanallah.
  • N bertindak bijak dengan menghantar mesej kepada aku. Handphone aku yang basah masih boleh digunakan. Signal yang kurang memuaskan masih membolehkan kami berhubung.
  • Kunci van K ada dengan C membolehkan aku settle down.
  • Alhamdulillah kaki C tidak mengalami apa-apa yang teruk, dapat makan dan berada di tempat yang lebih selesa.
Itu adalah antara yang dapat aku fikirkan hasil perbincangan dengan dua orang teman tersebut. Aku pasti banyak lagi. Nampak simple dan biasa berlaku, tapi sebenarnya itu adalah antara daripada banyak nikmat dan hikmah Allah S.W.T. yang tidak terkira.

Alhamdulillah diberi peluang untuk berbincang dan bersama-sama berfikir tentang kebesaran-Nya :-)

Ini hanya secebis peristiwa dari pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang ski trip di mana aku berada di dalamnya. Aku pasti ada lagi banyak peristiwa yang mana aku tidak berada di dalamnya yang menunjukkan lagi betapa tersusun dan agungnya penyusunan Allah S.W.T.


Di kala kesejukan tanpa glove di tangan. Dengan cuaca begini, berapa keping gambar saja yang dapat diambil

Saturday, July 18, 2009

Ke Ski Trip

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Sudah lama tidak berkongsi apa-apa. Bukannya tiada apa-apa untuk dikongsi. Ilmu Allah ni banyaknya untuk dikongsi tiada terkira. Tapi entah mengapa, diri ini seperti menahan diri untuk menulis atau berkongsi apa-apa. Subhanallah. Ya Allah, berikan aku kekuatan dan petunjuk.

Dalam masa beberapa minit lagi akan bertolak ke Mount Ruapehu. Ada ski trip bersama kelab MSVUW.

"Ya Allah, berkatilah perjalanan kami, permudahkan urusan kami, dan berikan kami kesegaran hati untuk melihat kebesaran kekuasaan-Mu sepanjang perjalanan kami. Amin."

Main ski, main jugak. Sambil main tu, alangkah indahnya kalau kita dapat menghayati salji dan gunung-gunung itu sebagai sebahagian tanda kekuasaan dan kebesaran Ilahi. Ya Allah, itulah yang aku harapkan. Kesegaran hati agar hati ini terus hidup subur dengan iman dan islam.

Oklah, lebih kurang lagi setengah jam lagi nak kuar rumah, tapi belum packing. Trip dua hari saja, dan kami disuruh travel light untuk jimatkan space. Jadi, express packing!

Insya-Allah lepas balik ski trip akan berkongsi lebih banyak lagi. Doakan keselamatan kami yea :-)

Sunday, July 12, 2009

Menyentuh Jiwa

Coretan Untuk Bakal Isteri



Assalamualaikum wrt. wbt.


Untukmu, Bakal isteriku..

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."


Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku, Bakal suamimu.



Sumber:
www.iluvislam.com

Wednesday, July 8, 2009

Maaf kerana terpaksa mengutarakan kisah teguran sensitif

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Hari ini nak bercerita:

Si A ada kereta. Kereta itu dikongsi bersama 4 lagi kawan A.

Di suatu tempat yang sedang berlangsung upacara untuk beberapa hari, kereta si A menjadi alternatif terbaik bagi sesiapa yang mahu pulang awal atau hendak ke mana-mana. Si A tahu dia mesti selalu menjadi seorang yang adil. Apa-apa hal 4 shareholders kereta harus diutamakan. Kemudian barulah siapa yang mintak nak tumpang dahulu didahulukan. Kerap kali si A terpaksa menolak secara baik kerana kereta da penuh. Yelah, siapa tak nak balik dengan kereta.

Si A nie jenis yang tak kisah dan tak berkira. Orang ajak bawak jalan pun dia layan. Tapi kadang-kadang bila da selalu tu, sikit-sikit nak berjalan ajak si A sebab nak naik kereta, si A geramlah jugak. Rasa macam ambil kesempatan pulak. Shareholders kereta sendiri pun tak banyak kerenah.

Hari terakhir si A nak balik, dah ada beberapa orang tempah nak tumpang. Seperti biasa, si A tak kisah asalkan yang dahulu diutamakan. Bila sampai nak masuk kereta, si B dan si C tengah ragu-ragu nak ikut ke tak. Salah sorang shareholder, si D plak tetibe nak ikut. Walaupun da bgtau kata penuh, si D nak sumbat jugak. Takpelah, dia ada hak, harus diutamakan. Si B dan si C decide nak ikut. Entah macam mana, boleh terlebih dua orang. Si E terpaksa mengalah sekejap balik jalan kaki amek barang tapi tempat dia harus ada sebab dia ikut si A balik. Si F insists kata sumbat jer. Dalam hati si A, kalau kena saman, kau nak bayar?

Si A da mula rasa panas dengan situasi tersebut. Seperti tiada siapa nak mengalah. Apatah lagi bila si B kata dia hairan macam mana si A boleh ajak begitu ramai orang naik kereta.

Si A makin rasa panas. Bila masa si A ajak? Orang nak ikut lagi ada. Yang si A ajak naik ialah yang mana da tempah awal-awal.

Akhirnya si A terpaksa bersuara. Si A ni tak pandai sikit nak bersuara. Apatah lagi bila sebelum itu si A ditegur garang kerana bersikap tegas terhadap si B yang masih was-was nak ikut atau tidak. Dengan rasa bersalah (tak tahu kenapa si A perlu berasa begitu), si A meminta 2 orang mengalah. Si B yang decide nak ikut, tetibe tak nak ikut pulak. Si A tanya betul-betul lagi sekali nak ikut atau tidak. Lepas tu si B nak ikut pulak.

Si A mula hilang sabar dan meninggikan suara.

Da ada seat kosong untuk si E yang mengalah tadi. Tapi seat sebelah si A sebagai driver dibiarkan kosong. Selalunya si A tidak kisah diperlakukan sedemikian. Namun bila kesabaran mula hilang, si A mengeraskan suara suruh sesiapa duduk di bahagian depan. Sampai ke sudah si A diam sabar menahan kemarahan.

Ada sesiapa faham perasaan si A? Adakah si A bersikap terlalu emosional?

Aku rasa si A bukan marah kepada sesiapa, tetapi kepada situasi.

Cerita ini mengingatkan aku kepada pesanan Mama dan arwah Baba:

"Baik-baik sikit bila dah ada kereta ni. Jangan baik sangat dok bagi orang tumpang. Mintak pi sana, pi sini. Kita yang dok bayaq duit minyak. Rosak sana sini pun kita jugak yang bayaq. Depa dok syok. Kalau tak bayaq, satgi segan plak nak mintak."

Dulu aku tak paham. Dalam hati aku, takpe laa buat baik dengan orang. Aku plak jenis yang tak brape nak kisah dan berkira. Tapi lama-lama kalau aku perasan orang nak start pijak kepala aku, siap laa.

Sekarang aku da paham. Memang penat dan makan hati kalau dok asyik layan permintaan orang. Niat di hati nak buat baik dan memenuhi keperluan sesama manusia. Yelah, Rasulullah S.A.W. kata orang yang baik ialah orang yang bermanfaat kepada orang lain. Aku berpegang dengan itu. Tetapi bila dah disalah guna, makan hati jugak.

Pernah sekali,

"Iynas, ingat nanti nak awak hantar dorang dulu pegi sana lepas tu awak balik pulak amek kte dan hantar g situ"

Wah, sepatah perkataan 'tolong' atau 'boleh tak' pun takde. Seperti satu arahan. Kadang-kadang tu terus didahului dengan 'thanks'. Ingat aku ni siapa? Drebar? Kalau aku tak boleh buat masa tu, aku kena buat jugak ke sebab da cakap 'thanks'? Aku suka memandu tak menjadikan aku seorang drebar. Aku tak kisah sangat kalau orang yang ada share kereta cakap macam tu. Mereka ada hak dan aku mesti bersikap adil dengan mendahulukan mereka naik if anything. Tapi yang peliknya, shareholder kereta pun tak ada kerenah macam tu.

Aku ikut tak 'arahan' tu?

Of course tak!

TAK SUKA MENGUNGKIT SEBENARNYA. Alhamdulillah Allah bagi aku nature yang suka tolong orang. Setiap kali ada rasa kepala aku dipijak, cepat-cepat aku buang perasaan itu dan mengatakan pada diri sendiri yang Allah suka orang yang memenuhi keperluan orang lain. Itu lebih baik dan lebih menenangkan.

Mengalah bukan bermakna lemah. Melawan bukan bermakna kuat.

Kadang-kadang kita terpaksa berpura-pura jadi bodoh walaupun sebenarnya kita tahu.


Aku cuba menjadi seadil yang mungkin. Tetapi bila tindakan aku dipersoalkan, itu yang buat aku geram. Tolong TEGUR aku, bukan HUKUM aku.

Aku tak berharap duit siapa-siapa. Harta itu milik DIA semata-mata. Tak perlu berkira sangat dengan harta milik-Nya. Jangan kikir dengan nikmat-Nya. Aku redha dengan rezeki-Nya. Betulkan niat kerana-Nya.

Aku bukan mak sesiapa yang nak tegur suruh bayar itu ini. Bila aku da ada anak nanti, insya-Allah aku akan ajar anak-anak aku sikap yang sepatutnya supaya rakan-rakan tak perlu rasa segan untuk menegur. Aku akan ajar anak aku supaya tidak terlalu berkira atau kedekut.

Seboleh-boleh aku tak nak sentuh pasal ni. Bagi aku hal ni sensitif sebab bukan semua berfikiran serupa. But things have to stop! Sampai masa aku pun rasa aku perlu mula berkira secara bijak.

Penat. Geram. Makan hati.

Tapi aku tak rasa aku boleh sampai ke tahap itu. Dalam penat, geram dan makan hati kepala aku dipijak, aku masih merelakannya, but only to a certain extent.

Bak kata abang ipar aku, susah untuk aku menjadi seorang akauntan yang bagus.

Maaf kepada sesiapa yang terasa. Ini adalah untuk muhasabah diri juga kerana mengingatkan pesanan Mama dan arwah Baba.

Mungkin salah aku juga. Kurang daya tahan diri kerana minggu ini rasa jauh daripada-Nya.

Ya Allah, kalau aku salah, tolong tunjuki aku dan bimbing aku agar menjadi lebih baik.

Friday, July 3, 2009

Cermin Kepada Diri

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

From the previous entry, aku cakap aku nak cite pasal pengalaman cabaran sebaik keluar dari kawasan JUNZ. But I don't think I have to tell every detail. Tidaklah sampai membuka aib orang dan membuka pekung di dada sendiri. Cuma ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang apa yang aku rasa merupakan antara pengalaman berharga bagi diri aku.

Acapkali setelah kefahaman kita bertambah, kita akan diuji dengannya. Atau sebenarnya ia memang sudah ada di sekelililing kita. Cuma perubahan kita membawa kepada ujian tersebut. Maka terpulang kepada kita sama ada untuk mengaplikasikan ilmu yang telah kita dapat atau berterusan menjadi insan yang degil. Tidak dinafikan kebelakangan ini, telah beberapa kali aku mengalaminya. Takut. Memang takut. Saat itu hati perlu dijaga sebaik-baiknya. Jangan mengeji atau mencaci sewenang-wenangnya. Bimbang perasaan riak timbul, dan itulah yang aku sering berdoa kepada Yang Maha Esa supaya dijauhkan perasaan itu, kerana aku juga hanyalah seorang hamba yang hina, yang sering tidak lepas melakukan kesilapan.

Saat keluar dari kawasan JUNZ, aku sedar tugas asal aku sudah kembali bermula. Setiap masa tingkah laku dan tutur kata perlu dijaga. Aku sematkan dalam hati, di kala aku sedang tahan dengan perangai manusia, mereka juga sedang tahan dengan perangai aku, menyediakan makanan untuk orang lain, melayan tetamu dengan baik, bersopan-santun dalam berbicara, bukankah semua itu amalan mulia? Jadi apa bezanya aku dengan mereka?

Begitu panjang aku berkias, sebenarnya aku belum masuk ke point yang aku nak cerita. Bagaimana nak mulakan ya?

Oklah, aku ceritakan secara ringkas. Dan berkias juga.

Ditakdirkan aku dipelawa untuk masuk ke sesebuah keadaan. Pada awalnya, aku teragak-agak untuk menerima pelawaan itu. Tp aku tabahkan hati dan cuba menerimanya sebagai ujian sejauh mana kemampuan aku (x tau laa betul ke x cara aku pk nie, maafkan aku Ya Allah). Pada mulanya berada dalam keadaan itu, aku rasa resah-gelisah. Aku mula mempersoalkan tindakan aku menerima pelawaan itu. Tp lama-kelamaan, aku mula sedar bahawa menerima pelawaan tersebut dan berada di dalamnya merupakan salah satu pengalaman yang sangat berharga bagi aku. Terasa sungguh perubahan dan aku sangat bersyukur dengan itu. Keadaan itu seperti cermin yang menunjukkan siapa dan bagaimana sebenarnya aku dahulu. Ajaibnya, kini aku rasa benci dan salah dengan keadaan itu.

Aku menceritakan perasaan itu kepada rakanku. Dia sependapat denganku. Syukur pada-Mu Ya Allah. Aku mengharapkan perasaan ini berterusan, aminn.

Perubahan itu tidak membebankan, jika kita berterusan percaya kepada hasilnya yang sungguh mengasyikkan.

Wednesday, July 1, 2009

A Winter to Remember

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Back from Christchurch. It was, "A Winter to Remember". Jazakillah kepada semua penganjur dan tenaga penggerak.

This JUNZ, was the winter gathering that i was looking forward to.

Kenapa?

Kerana sebagai seorang muslim yang telah ada sedikit kefahaman, aku teruja untuk melihat persekitaran Islam yang lebih luas, particularly out of Wellington. Menjalinkan ukhuwwah, mendapat pengisian berguna, melihat pengurusan masa, semua itu part of the expectations untuk sesebuah program seperti ini. Alhamdulillah, jika tidak semua, aku mendapat sebahagian daripadanya.

Apa yang menjadi cabaran untuk aku ialah pengurusan diri sendiri. Agak kompleks untuk hurai pasal nie. Mungkin sebab sebelum nie persekitaran aku agak kecil dan terkawal, jadi bila aku keluar dari kepompong itu, aku sedikit terkejut dan terpaksa reorganize diri sendiri.

Jangan salah faham. Aku anggap itu satu pengalaman baru yang banyak mengajar. Aku terima ia sebagai didikan dari Dia. Lagipun keluar dari kepompong ke satu persekitaran yang bagus dan yang lebih luas, adalah sesuatu yang aku nanti-nantikan. Banyak benda yang aku belajar dari kelemahan diri.

Senang kata macam nie. Menurut Ustaz Fauzi (lebih kurang ayat dia + interpretation aku), kita jangan takut menghadapi dunia luar kerana anggapan kita bahawa persekitaran dunia luar tidak sesuai dengan arah perubahan kita. Kita rasa persekitaran kita tidak membantu dan kita lebih suka untuk mengasingkan diri dan melalui perubahan itu sendirian. Sebenarnya apa yang lebih baik lagi ialah kita berhadapan dengan persekitaran itu dan tahan dengan sikap dan perangai manusia yang pelbagai. Itu adalah lebih baik untuk perubahan kita.

Kita takut untuk keluar kerana kita takut buat silap. Yang sebetulnya ialah, kita jangan takut untuk buat silap. Memang fitrah manusia dijadikan untuk selalu buat silap. Bila kita buat silap, anggap ia sebagai didikan dari Allah dan elakkan dari mengulanginya. Sentiasa memohon ampun dari-Nya kerana ampunan Allah itu sangat luas, lebih besar dari dosa hamba-Nya. Seperti lirik lagu 'Munajat Seorang Hamba' oleh Hijjaz:

"Ampunan-Mu Tuhan, lebih besar dari kesalahan insan"

Firman Allah S.W.T.:

"Dan barang siapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampunan kepada Allah, nescaya dia akan mendapatkan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang"

(An-Nisa: 110)

Apatah lagi kita dilarang sama sekali untuk berputus asa dari rahmat Allah S.W.T.

"Katakanlah, 'Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa* semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang"

*Kecuali dosa syirik

(Az-Zumar: 53)

Oklah, nak keluar main badminton jap. Da lama tak beriadah. Terasa badan semakin berat. Betulkan niat beriadah kerana Allah S.W.T.

Later aku cerita tentang pengalaman cabaran yang aku hadapi sebaik sahaja keluar dari kawasan JUNZ.