Saturday, July 25, 2009

Husnul Khotimah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Husnul Khotimah, bermaksud "kesudahan yang baik". Begitulah nama yang menggambarkan 'keluarga' baru aku. Insya-Allah, semoga perjuangan secantik namanya. Bersama-samalah kita berusaha mencapai Husnul Khotimah! :-D

Hari ini seperti hari pertama persekolahan di semester kedua. Kedatangan penuh dan masing-masing bersemangat berjumpa dan berkenalan semula dengan ahli keluarga baru. Semoga prestasi hari ini berkekalan, insya-Allah. Sekali lagi, mari kita sama-sama beristiqamah! :-D

Yea, aku sungguh gembira hari ini. Alhamdulillah. Seperti berfungsi semula.

Untuk menambahkan kegembiraan, aku sudah nampak spring break akan datang bakal terisi. Selain mukhayyam Badar, baru lepas plan road trip ke South Island. Ketika itu Ramadhan juga baru sahaja menjelma, insya-Allah. Ya Allah, panjangkan umurku agar aku dapat menghayati Ramadhan kali ini dengan sebaiknya. Dan semoga perjalanan road trip mendapat berkah dari-Mu, aminn. Betulkan niat masing-masing kerana Allah Taala :-)

Namun tidak dapat kunafikan, di sebalik kegembiraanku, masih terselit sedikit kekesalan terhadap diri sendiri. Sedikit? Adakah aku pasti? Sedikit itu mungkin besar maknanya di akhirat nanti.

Bagaimana?

Ustaz kata, jangan putus asa. Tak bermakna kita dah buat sekali, maka terus lepas tanggungjawab kita. Harus cuba lagi. Usaha itu yang penting, kerana Allah melihat kepada usaha.

Adakah aku berusaha?

Masih ada perasaan tidak yakin. Iynas, itu bukan alasan! Allah kan ada. Mohon kekuatan dari-Nya.

Baik!

No comments:

Post a Comment