Tuesday, April 20, 2010

Inspirational

Bismillah,

I have been inspired by this one person, because of his success and determination to contribute to ummah.

Rasanya dia nie sebaya, tapi langkah kemajuannya melangkaui rakan-rakan sebaya, bahkan yang lebih tua daripadanya.

Mari sama-sama kita berdoa untuk kejayaan beliau dan iLuvislam yang lebih lagi di masa hadapan, dan harapan agar kita sama-sama tergolong di dalamnya.

Demi semangat untuk memberi.

_________________________________________________________________________________

Alhamdulillah, iluvislam.com 'Live' di TV9
Im Koyube
Editor : Im Koyube

 
"Saya Azean dari TV9 nak jemput Imran untuk ditemuramah untuk program Nasi Lemak Kopi O esok pagi. Ia tentang usahawan muda yang telah berjaya. Boleh ke?"



Begitulah lebih kurang soalan yang diberikan oleh Puan Azean (kakitangan TV9) kepada saya. Ketika itu, saya sedang 'meeting' dengan Encik Zakaria (Pengurus Karangkraf Network Sdn. Bhd.) pagi semalam (16 April 2010).


Alhamdulillah, saya bersyukur sambil terkejut dengan panggilan itu. Selepas pertemuan dengan Encik Zakaria, saya terus hubungi abang ke-2 saya, Md. Fairuzzani Bin Koyube untuk meminta bantuan esok pagi (hari ini) kerana kaki saya masih 'kurang sihat' untuk bawa motosikal. Tambahan pula, apabila naik kereta, boleh berborak-borak dengan dia sebab adik-beradik saya semua pernah join program iluvislam.com kecuali dia.


Kebetulan, petang semalam (selepas solat Jumaat), En. Fitri ('full time programmer' iluvislam.com), En. Lukman dan saya mempunyai 'meeting' dengan Dato' Hussamuddin Yaacob. Pelbagai perkara kami bincangkan termasuk perancangan Lukman dan saya untuk menulis novel berkenaan sejarah hidup Dato' supaya novel itu mampu memberikan inspirasi kepada orang lain. Mohon doakan usaha kecil kami diberkati Allah.


Syukur alhamdulillah, pagi tadi, abang saya dan saya bergerak ke Sri Pentas, Damansara. Usai kami tiba, kami disambut baik oleh Puan Azean. Sepanjang saya di dalam Sri Pentas, saya melihat kemudahan-kemudahan yang ada. Saya sentiasa teringat akan visi iluvislam :



'To be the world's leading ISLAMIC media of choice.'



Saya berkata kepada diri sendiri :



'InsyaAllah dalam 10 tahun dari sekarang, saya berharap iluvislam akan menjadi sehebat Media Prima dan Karangkraf.'



Alhamdulillah, inilah kali pertama saya keluar di TV secara 'live' dan saya sangat bahagia kerana saya mewakili iluvislam. Saya bertambah bahagia kerana saya mampu membuatkan abah dan mak saya menangis kerana melihat anaknya berjaya.


Selepas saya keluar secara 'live' di TV9, orang pertama yang saya hubungi adalah mak saya. Mak saya kata :



"Terima kasih Im.."


Dan ibu saya menangis. Saya merasa sungguh bahagia dan tenang. Alhamdulillah. Allahuakbar.


Jutaan terima kasih kepada TV9 kerana memilih dan memberi ruang kepada iluvislam dan saya.

Sesungguhnya, masih banyak impian saya dan iluvislam yang belum dicapai. Saya sentiasa ingatkan diri saya bahawa saya belum lagi berjaya. Jadi, saya perlu teruskan belajar dan bekerja secara 'smart' serta kuat. Jika saya merasa bahawa diri saya dan iluvislam sudah berjaya, saya pasti saya dan iluvislam tidak mampu 'grow.'


Di iluvislam, kami yakin bahawa Islam dan Muslim adalah 'rahmatan lil 'alamin.' Islam adalah solusi kepada segala masalah di dunia. Muslim perlu menjadi contoh kepada yang lain. Maka, di iluvislam, kami perlu terus bekerja kuat dan 'smart' supaya ia berterusan memberi 'rahmat' kepada alam semesta.


Ketika sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW :



"Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling berguna di muka bumi?"



Maka, jawab Baginda :

"Manusia yang paling berguna adalah mereka yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.



Dengan memahami apa itu fitrah kehidupan, yakinlah bahawa apabila kita membantu orang lain, pada masa yang sama, kita turut membantu diri sendiri.





Yakinlah wahai Im dan sahabat-sahabatku bahawa :



"Memberi tidak akan mengurangkan apa yang kita ada."



Semoga iluvislam terus-menerus memberi manfaat kepada ummah dan mampu melahirkan generasi Muslim Super!



Mohon jangan lupa doakan kami ya! ^_^

 
"All praises to Allah."

Luv Everybody. Hate Nobody.



Mohd Nurul Imran Bin Koyube

_______________________________________________________________________________


Untuk mendalami dengan lebih lanjut tentang pemuda berjaya ini, klik sini

Diriku masih jauh dari kejayaan.

Motivasi untuk hari ini:

"Memberi tidak akan mengurangkan apa yang kita ada."