Monday, April 27, 2015

Holiday & Travel


How do you define perfect holiday?

Is it the destination? Is it the people tagged along? Or is it the itinerary? 

It depends jugak kan. Lain orang, lain citarasa. Ada yang nak pergi holiday sebab nak purely relax, ada yang nak pergi holiday sebab nak travel belajar culture negara orang. 

And that for me, makes the people tagged along the top of the list. 

People tagged along. Boleh jadi keluarga. Boleh jadi sahabat handai. Boleh jadi team pejabat.

Ye laa, kita kan nak bersusah-senang bersama-sama masa holiday. Kalau tersalah pilih partner/team boleh makan hati jugak dibuatnya. Contohnya orang jenis tak berkira, kena pulak dengan orang yang berkira, pening pening. 

Untuk langkah selamat, pergi holiday dalam kumpulan genap. 2, 4, 6, 8, 10 and the list goes on. Bukan apa, senang kalau nak naik ride pape. Plus untuk melatih diri supaya lebih bersabar dan bersikap terbuka dengan perbezaan karakter masing-masing dalam kumpulan. Cover kekurangan seorang ahli dengan kelebihan ahli lain. Sorang lupa bawak ubat gigi boleh pinjam orang lain yang bawak. Sorang jenis tak kisah, lagi sorang kene lebih detail. Kalau dua2 tak kisah atau sesama detail pun susah jugak. Complete and back up each other. Develop skill supaya senang nak blend in dengan apa jua suasana. It will make things a lot easier. 

Destination. Penting jugak. Tapi kalau dah nama holiday dan ada fulus, mana-mana destinasi pun kita boleh plan jadi best.

Itinerary - venue to visit, activities to do, accommodation, travel method. Perancangan itinerary pun memerlukan skil bertolak-ansur. Sorang nak gi sini, sorang nak gi situ. Plan well. There's no perfect holiday but the team makes the holiday perfect. It doesn't have to be a 5-star accommodation and proper dining restaurant. Cukup sekadar backpackers bersih untuk berehat dan makan ala kadar untuk alas perut. Itu untuk yang pergi holiday untuk tujuan travel jenis backpacking style laa. Which I find more interesting because while I learn about the different culture of the destination, I can learn about myself and my travel partner/s. 

I've found my holiday travel team. Small but intimate. We always got each other's back. 




These were London 2014. 

2015?


Lunch at Triways TTDI cafe while waiting for the tickets to be purchased. We got our itinerary pretty much sorted out Alhamdulillah. Hopefully all goes well. 

Where to? Tunggu~

Btw, food at Triways TTDI cafe is superbly delicious! 


Sunday, April 12, 2015

Review BB Plus Collagen, Toujours Advanced Collagen Shot & Lameya


Hi uols.

I am fe-feeling gediks tonite. Coz I nak share my personal review on collagen supplements. This review is based merely on my personal experience as consumer.

Well, from this blog itself, uols boleh tahu I start dengan BB Plus Collagen. Why did I take collagen back then and how did I start, I da share in previous posts. Just click on one of the most popular post view belah kanan nie k :)

Ok let us start with:

1. BB Plus Collagen


No doubt, BB Plus Collagen is very good because 90% of the ingredient made of quality hydrolyzed collagen. So bayangkan in every sachet penuh dengan kolagen ikan uols minum every day. Mana tak cerah dan licin kulit uols semua. Bukan takat kat muka, kat buku lali yang merekah dah cantik, sakit sendi lutut pun boleh baik. Kulit muka dah kurang berminyak, jerawat susah nak tumbuh, parut jerawat makin hilang. Begitulah hebatnya BB Plus Collagen nie. Tengok testimoni tuan punya blog nie laa. Ehem.

 Sekotak BB Plus Collagen ada 20 sachets with price at RM180 per box. 

Uols boleh gunakan Mr. Google untuk dapatkan senarai agent BB Plus Collagen seluruh Malaysia :)


2. Toujours Advanced Collagen Shots


I've been following Keknis's blog since long time. I really adore her and she has inspired me to always have a good heart besides being beautiful. I know that Hanis Zalikha and her mom consume the original Toujours collagen. Original here means dalam bentuk serbuk yang bila bancuh minum ada bau ikan tuh. I bancuh dengan jus oren pun jadi rasa ikan. That's how rich it is. Lagi rich dari BB Plus Collagen cuma BB Plus Collagen tak bau ikan sebab ada perisa ribena.

So when Keknis first came out with Toujour Advanced Collagen Shots yang ada gabungan kolagen Toujours, makanan sunnah dan buah-buahan beri, sape tak terpengaruh kan? And considering takde bau ikan, rasa macam candy dan Keknis yang sentiasa cantik dan Hairul Azreen yang semakin hensem, maka diri ini tidak dapat menahan lagi dari mencubanya. 

What I really like about Toujours Advanced Collagen Shots ialah setiap pagi I akan membuang. Bak kata Keknis - 'yak'. Jadi di sini I mengakui kebenaran yang Toujours Advanced Collagen Shots membuatkan badan rasa lebih ringan sebab hari-hari buang toksin - boleh kurus yeay! Honestly I tak rasa perubahan sangat dari segi kecerahan kulit dan sebagainya. Well, bergantung kepada sistem tubuh individu. I tak rasa perubahan pada kulit, ramai orang lain yang rasa perubahan pada kulit - lebih cerah, flawless etc. I je yang unik kot *nak jugak*.

Dengan 30 sachets per box for RM199, memang berbaloi. 

Click here on how to get Toujours Advanced Collagen Shots.


3. Lameya


Ok this is the latest in the market! How do I came across Lameya? Panjang ceritanya. Long story short, I was actively looking for supplement yang lebih kurang macam Toujours Advanced Collagen Shots, tapi ada Habbatussauda. That means kena ada jugak collagen, Vitamin C, buah-buahan beri dan makanan sunnah i.e. kurma, madu dan buah delima. (Habbatussauda pun makanan sunnah tau). 

Dan tadaaa~!! Lameya ialah jawapan kepada apa yang I cari. Surprising enough, selain Habbatus Sauda, kurma, madu dan buah delima, Lameya ada mengandungi makanan sunnah lain i.e. buah zaitun dan buah tin. Not to forget fish collagen, Vitamin C, blueberry, blackcurrant, and apricot. Wow! Perfect!! Don't uols think so?

Kenapa I cari yang ada Habbatussauda? Just recently I discover about the benefits Habbatus Sauda can bring to our health and beauty. Banyak sebenarnya. Tapi yang buat I paling nak ialah when I further discover about this hadith:

Khasiat Habbatus Sauda' diketahui melalui Hadis yang sangat masyhur dalam perubatan Islam. Rasulullah bersabda : "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda' ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)" Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Yeah that's why. And I personally think berubah kepada pemakanan sunnah Rasulullah S.A.W. sedikit sebanyak menggambarkan usaha kita untuk mengikut sunnah baginda yang kian menghilang..walaupun dalam aspek pemakanan insyaAllah..Rasulullah S.A.W. kan role model terbaik kehidupan manusia :) Allahumma solli 'ala saidina Muhammad..

Dengan Lameya, I feel energized every day. Rasa kenyang lebih lama. Serious tak rasa lapar sangat macam selalu, especially time lunch tak menyempat nak makan sebab lapar sangat. Nafsu makan seharian pun berkurangan. Sampai my mom pun pelik malam I tak makan sangat. Bila makan portion biasa tak habis. End up I kecilkan portion makanan I. Benda yang I susah nak buat sebelum nie ialah kecilkan portion makanan I. Sekarang nie takyah susah-susah, sendiri makan sikit.

In terms of perubahan pada kulit, dengan Lameya I dapat rasa dan lihat perubahan. Muka I rasa lebih moist. Beberapa kali I pandang cermin terkejut tengok muka diri sendiri glowing. Adeh. Susah laa macam nie asyik nak pandang muka sendiri. Lol.

Rasa Lameya lebih kurang sama macam Toujours Advanced Collagen Shots. Rasa candy tanpa gula tiruan coz both of them menggunakan gula buah iaitu manisan pura (purasweet). But personally I think Lameya's taste is better.

Sekotak Lameya ada 30 sachets yang hanya perlu koyak sachet dan terus minum macam Toujours Advanced Collagen Shots jugak. Harga Lameya sekarang tengah promosi RM160 sampai 15 April 2015. Lepas tarikh tu Lameya berbalik ke harga asal around RM190-RM199. Post ini ditulis sebelum 15 April 2015 so kalau uols nak dapatkan Lameya pada harga sangat berbaloi baik cepat. I would say sangat berbaloi considering the extra ingredients yang betul-betul berasaskan pemakanan sunnah.

Uols boleh click sini untuk dapatkan Lameya.

Sekian sahaja sharing review I. Again this is merely based on my experience as consumer. Kalau uols perasan, ketiga-tiga yang I share nie mesti ada collagen kan. Such collagen addict! :-p 

Well, sape tak nak maintain cantik uols.

Nite nite!


Friday, April 10, 2015

Official Soundtrack Fast and Furious 7 - See You Again by Wiz Khalifa live at The Voice 2015





I've been bogged down with work & training this week. Then I decided to watch FF7 midnight alone. Since then this song keeps singing in my head every day. And every night before sleep i would just youtube clips on Paul Walker, the movie, the song, and behind the scenes of FF7. And today during break time, a colleague was saying "tengok FF7 sempat nieh". I terus "Jom!". Dengan pantas tuntas ke cinema terdekat, beli tiket, beli popcorn & air, masuk cinema yg movie da start about 10 minutes. And I wonder why, rasa lagi sedih lepas tengok the 2nd time. And I still can't get rid of this scene and the song. Berhantu sungguh.

Besides the official music video, this one is as good. See You Again by Wiz Khalifa feat Chris Jamison live at The Voice 2015. Enjoy!

#ForPaul

The Voice - my favourite show for it never fails to inspire me in every ways especially the journey in making the dreams come true regardless of challenges encountered. 

Saturday, April 4, 2015

Harga kereta selepas GST


Turun? Naik? 

Ok let me share something. 

Around November and December 2014, being in Corporate Banking, I was doing credit review on few of the GLC's accounts that involve in automotive industry. Credit review needs SWOT analysis and hence there are lots of industry/sector reports stating about GST implementation effects. 

The strong founding was that the price of cars would not be affected much, if not slightly lower. Very little mention on price of cars would hike, making the info less reliable. 

Secara ringkas, harga kereta sepatutnya lebih murah selepas GST. 

In March 2015, my stepbrother ajak aku pergi usha Mazda 2 terbaru. So we went to the nearest Mazda showroom and the saleswoman greet us and start selling the car's features. 

Cantik. Serious cantik. Mazda 2 sedan. Bukan nak beli sangat pun. Saje tengok. Layan je laa saleswoman tu. Tapi satu yang menarik perhatian aku ialah selling point dia. 

"You kalau nak beli kereta baru better beli sekarang sebelum GST. Lots of people buying car to avoid price hike due to GST. I dah jual banyak kereta nie. Semua nak keluar kereta sebelum 1st April."

Dalam hati ada sedikit rasa geli. Bijak orang2 sales and marketing guna selling point GST to increase their sales sebanyak mungkin. Tapi takleh nak salahkan penjual atau pembeli. Sama ada salah seorang atau dua2 tak tahu pasal research report tu. So yang salah aku laa kan sebab tak sebarkan awal-awal. 

Pada 3 April 2015, aku dan kakak aku ke showroom kereta Perodua. Kali nie tengok2 memang ada niat nak beli. Terbukti harga kereta lebih murah selepas GST. Walaupun tak banyak beza tapi still~ dalam dok harga barang lain naik selepas GST, harga kereta turun. So kene beli laa nie ye? Lol. 

Ini adalah berdasarkan pengalaman diri sendiri ye. Kalau ade yang mengalami harga kereta naik selepas GST, wallahualam. 




Aku, Madu & Habbatus Sauda


Minggu lepas sakit tekak sangat-sangat. Nak telan air liur pun perit. Nak dekat seminggu macam tu. Sampai demam panas. Makan pun tak lalu. Kaffarah dosa insyaAllah. 

Dalam masa seminggu tu, teringin sangat nak makan madu. Selain aiskrim vanila, rasa macam madu je yang dapat tolong kurangkan sakit tekak pedih nie. Aku nie makan madu boleh dikira dengan jari je berapa kali. Entah nape masa tu teringin sangat. 

Pergi cari madu kat kedai. Tapi tak tau nak beli. Takut tertipu. Sebab ada baca orang terbeli madu gula. Takde ilmu langsung pasal madu kecuali aku tau madu asli semut tak kacau. Tu je aku tau pasal madu. 

Not sure of being ignorant or being patient, aku pun biarkan hasrat itu berlalu pergi ditiup angin. Gitu. Takde usaha langsung nak tanya ke ape madu asli nak beli mana. Alasan - keje busy memanjang. What type of excuse laa. Manja. 

Allah tau aku manja. Dan sebab aku tak usaha, seminggu kemudian baru Allah tunaikan permintaan hambaNya yang manja ini. Alhamdulillah. Rezeki untuk kakak aku sebenarnya ada kawan dia dari Dubai bagi sebotol besar madu FOC. Aku tumpang rezeki kakak aku. Alhamdulillah. Semoga Allah murahkan rezeki kawan kakak aku tu. 


Nie laa madu pemberian seorang yang baik hati. Tak cukup madu free, diberinya pula serbuk Habbatus Sauda (atau Habbatussauda, tak tau mana ejaan yang betul). MasyaAllah. Masa aku sakit seminggu tu, kawan ofis aku ade offer kapsul Habbatussauda. Aku tau Habbatussauda adalah salah satu dari makanan sunnah (madu pun makanan sunnah) dan mempunyai banyak kelebihan tapi aku tak pernah makan. So hari tu first time aku try. Subhanallah. Rasa bertenaga lepas tu. Kawan aku tu cakap, Habbatussauda nie penawar segala penyakit kecuali mati, seperti dikatakan dalam hadis berikut:

"Hendaklah kamu menggunakan Al-Habbatus Sauda' kerana sesungguhnya terdapat padanya penawar segala penyakit kecuali mati" (Al-Bukhari). 


Aku google 'Kalaunji'. Sah Habbatussauda. 

Kawan kakak aku tu bagi tips cara makan kedua-duanya. Mula-mula serbuk hitam Habbatussauda tu blendkan semuanya dan simpan. Setiap pagi campurkan Habbatussauda dengan satu sudu besar madu dan minum. Amalkan setiap pagi sebelum sarapan. InsyaAllah dapat kesihatan berpanjangan. 

Ouh another tips, minum madu guna sudu plastik ye, bukan besi. Belum google untuk tahu secara saintifik tapi menurut kakak aku, khasiat madu boleh hilang kalau guna sudu besi. Wallahualam. Sesiapa ada info pls share ye. Aku nak share jgk. Nanti aku google dan share dalam blog nie insyaAllah. 

Jom perlahan-lahan kita mula amalkan pemakanan sunnah. Selain menjaga kesihatan, secara tak langsung kita menghidupkan Sunnah Rasulullah S.A.W. Semoga usaha kita diberkati oleh Allah S.W.T. Ameen..