Baru pulang dari ski trip malam tadi. Terima kasih kepada penganjur dan drivers yang sungguh berhemat dan bersemangat, memandu dari awal hingga akhir. Anda semua semestinya penat dek kerana tak cukup tidur. Main ski, kena uruskan itu ini, drive. Jazakillah. Semoga anda semua dirahmati Allah S.W.T.
“Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain.” (HR. Ad-Daruquthni dan Ath-Thabarani)
Salji. Ini bukan pertama kali aku nampak dan merasainya sepanjang di New Zealand. Tapi ini pertama kali aku berada dalam kawasan salji yang lebat dan merasakan sendiri salji turun. Atau mungkin sebenarnya ia adalah hujan ais. Cuaca pada ketika itu memang sangat sejuk dan jalan licin. Ketulan-ketulan ais menampar-nampar muka. Sakit. Itulah pengalaman. Merasa juga salji turun di North Island.
Lihat ini:
Lihat ini:
Walaupun cuaca seperti tidak sesuai dan kelihatan semakin ramai orang turun dari tempat bermain ski, ia masih dibuka. Kami meneruskan jua hasrat bermain. Yea laa, datang dari jauh, macam tak best kalau tak teruskan. Ada jugak yang ambil keputusan tak nak main. Yang penting ketika itu, keselamatan masing-masing perlu dijaga.
Bermula dari situ, masing-masing terpisah mengikut kumpulan-kumpulan kecil. Ada yang nak main ski, ada yang nak main snowboard, ada yang nak start awal, ada yang nak start tengah hari, ada yang nak buat snowman. Aku, as a first timer (da tahun ketiga baru nak main) bermula dengan ski.
Pengalaman bermain? Memang seronok. Kasut berat sampai lenguh kaki. Bayangkan bermain ski melawan arah angin dan hujan ais. Tanpa mafla menutup muka, hanya shades menjadi pelindung mata. Muka memang sentiasa pedih dipukul hujan ais. Saat itu aku terfikir, kalau begini pun tak tahan, apatah lagi azab seksa Allah di akhirat nanti.
Ok, tujuan utama aku menulis ni bukan untuk bercerita tentang perjalanan keseluruhan trip, tetapi untuk bercerita tentang secebis kecil peristiwa yang memberi kesan kepada aku. Aku bersyukur kerana ditempatkan dengan dua orang rakan di dalam van yang sama, di mana dalam perjalanan pulang, kami bertukar-tukar pendapat tentang peristiwa itu.
Hanya satu perkara yang bermain di minda aku daripada terjadinya peristiwa itu, iaitu betapa tersusunnya perancangan Allah S.W.T. dan itu merupakan salah satu daripada banyak nikmat yang aku sendiri jarang sedari betapa Allah sangat mengasihi dan menyayangi hamba-hamba-Nya.

Cerita bermula dengan A, C dan O yang tak nak main. Hanya nak buat snowman dan menjadi pemerhati berdekatan dengan tempat equipment rental. Aku, N dan K satu kumpulan bermain ski yang start awal sebab ambil pakej yang ada lesson. Half way through the lesson, N dah tak larat, lalu mengambil keputusan untuk berehat. Tinggal aku dan K meneruskan pembelajaran kami. Lepas habis lesson, memang habis basah satu badan. Jaket dan seluar kalis air seperti tiada kesan. Kesejukan. Aku dan K mengambil keputusan untuk berehat sebentar memanaskan badan di cafe. Disebabkan aku mengambil masa agak lama, K start main dulu sorang-sorang. Aku menyusul kemudian. Lepas satu round main tanpa instructor, aku rasa dah cukup. Nak berhenti. Aku mengambil masa agak lama untuk buat keputusan berhenti main. Adalah dalam 5 minit aku hanya berdiri tegak. Berfikir.
Glove kain aku dah lencun. Tangan sejuk. Satu badan sejuk. Cuaca masih seperti itu. Teknik main ski pun aku macam dah dapat kuasai. Rasa bosan sikit pun ada jugak. Lagipun aku perlukan masa untuk mengeringkan badan, tukar baju, solat, dan makan sebelum kena berkumpul pada masa yang ditetapkan. Masa ketika itu ada lagi dalam 2 jam.
Tak cukup berfikir di bawah hujan ais, aku sambung termenung di dalam bangunan equipment rental. Agak lama. Equipment pun aku belum pulangkan. Di mana N, C, O, dan A yang tak main? Aku tahu mereka pasti selamat tapi aku mahu bersama-sama mereka.
Aku teringat handphone dalam poket seluar jeans aku. Ouh, tidak! Basah! Aku menekan-nekan butang. Alhamdulillah, masih boleh digunakan. One new message. Dari N. Minta aku bagitahu dia kalau aku dah berhenti sebab kunci locker dan tag kasut ada dengan aku. Aku reply, minta dia turun. A tanya kalau-kalau aku tahu makanan yang disediakan trip ada di mana. Aku tak tahu.

Beberapa lama kemudian, N dan A turun. Pulangkan equipment dan ambil barang-barang. Menurut N, C dan O ada di bangunan medical di atas, kesejukan. Kaki C dah mula kebiruan akibat kesejukan. Aku faham, pasti mereka lapar. A tahu makanan trip ada dalam salah sebuah van yang dipandu oleh L. Nak cari L, tak tahu di mana.
Selesai semuanya, kami bertiga nak ke cafe sebentar. Beli minuman panaskan badan. Bukan setakat badan sejuk, kaki pun sama sebab kasut dah basah. Dalam perjalanan ke cafe, terserempak dengan L. Alhamdulillah, A minta kunci van.
Lepas minum, kami naik. Aku beli glove baru, then ke bangunan medical jumpa C dan O. Dalam hati aku, macam mana aku nak tukar baju, beg aku dalam van yang dipandu K.

"Kunci van K ada dengan saya", kata C.
Alhamdulillah, syukur sangat-sangat.
Kaki C biru. Kesian dia. C dan O lapar. Kesian mereka. Handphone mereka pun dalam van. Kami bergerak, berpegang erat berjalan di atas jalan yang licin dan penuh dengan ais menuju ke van.
Sebaik sahaja masuk ke dalam van, kami settle down, dan masing-masing menarik nafas lega. Keadaan lebih selesa di dalam van. Alhamdulillah, semua selamat :-)

Dapat dilihat di sini, takdir Allah menentukan:
- N berhenti awal dan dapat berkumpul bersama A, C, dan O. Tidaklah N keseorangan. Apatah lagi apabila kaki C biru, O dapat menemani C, dan A si wanita besi dapat menemani N turun mengambil barang dan kunci van. Berdua lebih baik dari seorang.
- Saat keluar dari tempat equipment rental dan terserempak dengan L membolehkan A meminta kunci van. Mungkin juga boleh lihat faktor lamanya aku termenung, berfikir, berbalas mesej dengan N, proses mengambil barang dan memulangkan equipment membolehkan pertembungan kami berlaku. Mungkin kalau lambat atau cepat sedikit, lain takdir-Nya. Subhanallah.
- N bertindak bijak dengan menghantar mesej kepada aku. Handphone aku yang basah masih boleh digunakan. Signal yang kurang memuaskan masih membolehkan kami berhubung.
- Kunci van K ada dengan C membolehkan aku settle down.
- Alhamdulillah kaki C tidak mengalami apa-apa yang teruk, dapat makan dan berada di tempat yang lebih selesa.
Itu adalah antara yang dapat aku fikirkan hasil perbincangan dengan dua orang teman tersebut. Aku pasti banyak lagi. Nampak simple dan biasa berlaku, tapi sebenarnya itu adalah antara daripada banyak nikmat dan hikmah Allah S.W.T. yang tidak terkira.
Alhamdulillah diberi peluang untuk berbincang dan bersama-sama berfikir tentang kebesaran-Nya :-)
Alhamdulillah diberi peluang untuk berbincang dan bersama-sama berfikir tentang kebesaran-Nya :-)
Ini hanya secebis peristiwa dari pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang ski trip di mana aku berada di dalamnya. Aku pasti ada lagi banyak peristiwa yang mana aku tidak berada di dalamnya yang menunjukkan lagi betapa tersusun dan agungnya penyusunan Allah S.W.T.
Di kala kesejukan tanpa glove di tangan. Dengan cuaca begini, berapa keping gambar saja yang dapat diambil
salam inas, fathen's here :)
ReplyDeletekite jumpe blog inas, nice one mashaAllah.
keep it up :)
btw, comey budak kecik yg nyanyi tuh,
"flowers are red, lalala..."
ohh how cute (",
Salam dari kejauhan..hehe...
ReplyDelete..(sblm tu..xmo ikut tqa dtg cn ke bln 11 ni?..)
Subhanallah..hebat kan Allah?
mungkin kehebatan dan kekuasaan Allah tu kita boleh nampak stat dari kite mencelikkan mata ketika baru bangun tidur sebab tu nikmat paling awal di pagi hari.iaitu nikmat nyawa yang masih dipinjamkan...hoho...
Enasz..(btoi ke eja ni?oho)
Kenapa pakai glove kain?try carik glove yang kalis air ala2 glove orang race motor tu?hehe..xde la basah kalau nak main lain kali.
Saya pernah merasakan gak ribut salji time men snowboaRd kat cn last year.hoho..walaupun ribut salji,tapi,bestT.tetap nak main.mujur hidup sampai sekarang.hikhik.alhamdulillah...
Nice knowing u.
alamak..jadi bloG sendiri lak.sory naek lori ye.hehe...
papepun,salam ukhuwah dari sy yang jauh ni.teringin nak g sana tapi,xtahu bila..hoho...^_-
fathen: salam fathen, terharunya fathen jumpe blog kte..jazakillah for stopping by and reading my blog..if ade kekurangan atau kesilapan jangan segan-segan utk tegur k :-)
ReplyDeleteu're blog is nice too..keep writing!
comel kan lagu tuh :-D
cebisanhatiku: salam ukhuwwah kembali(ade ape yea bulan 11?)
betul2! sgt setuju! kebesaran dan kekuasaan Allah itu adalah pada setiap masa..subhanallah..
seronoknya dapat berkenalan!:-D
pakai glove kain sbb glove tu jer yg ade..and x expect akan hujan..org xde pengalaman main salji kan, so cam ingat glove kain pun ok, tp lepas tu beli laa glove yg tahan sket..hehe..
kalau ade rezeki, jom kte main salji atau keluar bersama-sama menikmati ciptaan Allah S.W.T. :-)
dtg laa sini bebile..indahnya Islam bila kita berukhuwwah kerana-Nya, kan? :-)
jgn lupa bgtau ada apa bulan 11 :-D
cak!
ReplyDeleteSalam...
actually sy xtahu kenapa cik tqa tu nak dtg bulan 11..katanya nak menyedut semangat akhwat2 di sini.wallahualam.baik awak tanya die kot.senang sket.hehe...yang sy tahu,die nak datang je.hehe...
Bila la ek dapat kuo men salji sama2....ohho~
Seronok dapat kenal kamu ^_-