Friday, July 31, 2009

Terlanjur kata buruk padahnya

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Diberi peluang lagi untuk menulis dan berkongsi sesuatu, sebahagian daripada perjalanan hidupku, yang diharapkan dapat memberi sedikit manfaat kepada yang membacanya, insya-Allah.

Sewaktu berborak dengan housematesku, terpacul ayat ini, keluar laju dari mulutku:

"Kita (aku) kan, kalau kurang berusaha memang laa akan dapat teruk kan, tapi kalau berusaha banyak mana pun, result yang keluar nanti biasa jer, tak hebat sangat pun," -merujuk kepada studies-

Astaghfirullah. Aku terdiam sesaat selepas keluar ayat itu.

Kemudian rakanku menyambung:

"Ye laa, masing-masing ada kelebihan sendiri".

Aku mengangguk tanda setuju. Tapi aku masih tak puas hati. Ayat itu seperti mengganggu hati aku, terngiang-ngiang di telinga aku.

Seperti tak bersyukur. Kenapa aku boleh cakap macam tu? Berdasarkan pengalaman tahun kedua dan semester lalu? Tak sedar ke walaupun dah berapa kali aku frust sebab test, tapi akhirnya Allah dah tetapkan result aku cukup memberangsangkan. Result 1st year? SPM? PMR? UPSR? Peluang dapat belajar oversea? Semua tu tak nak ambil kira ke?

Allah tak pandang kepada hasil, tapi usaha seseorang.

See, aku faham itu. Aku yang gunakan ia untuk motivate diri sendiri dan rakan-rakan yang down.

Nak bagi ingat lagi? Kisah yang diriwayatkan dari hadis bahawa seorang pemuda yang telah membunuh 100 orang, bagaimana akhirnya Allah telah menetapkannya masuk ke syurga hanya kerana usahanya untuk berubah. Cerita ini telah banyak kali diberitahu kepada aku, dan alhamdulillah aku hafal dan dapat mengambil pengajaran daripadanya.

Tapi tengoklah, dalam masa beberapa saat jer aku boleh terlupa. Manusia memang diciptakan pelupa. Ya Allah, ampunkan hamba-Mu yang pelupa dan terlanjur kata ini.

Yea, aku 'ter'cakap begitu mungkin berdasarkan apa yang sedang dan baru berlaku, tapi ingat setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah dah susun yang terbaik untuk kita.

Bercakap pasal penyusunan terbaik, seronok dan terharu betul dapat bersembang dengan pegawai MSD yang baru. Baik sungguh. Aku meminta pandangannya tentang rancangan masa depan aku. Dia yang mengingatkan aku balik bahawa penyusunan Allah adalah yang terbaik. Rasa nak nangis kejap bila cakap dengan dia tadi. Berhikmah sungguh kata-katanya. Dia menceritakan serba-sedikit pengalaman dan latar belakang hidupnya, lantas aku teringat ayat ini:

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
(Al-Baqarah, ayat 216)


Sangat suka ayat ini. Ayat Allah ini telah banyak membantu aku, terutamanya tentang suatu perkara yang aku sangka aku akan mengambil masa yang sangat lama untuk kembali tenang. Ok, itu nanti insya-Allah akan aku kongsikan kemudian. Dah lama menyimpan niat.

Atau mungkin tidak perlu.

By the way, seperti kawan aku cakap, masing-masing ada kelebihan. Dan aku, dengan segera teringat kelebihan yang aku ada. Baru ada. Dalam usia semuda ini, tak ramai yang ada apa yang aku bakal ada, insya-Allah. Dan itu juga, aku anggapnya sebagai ujian dari Allah, sejauh mana akan aku gunakan nikmat yang diberikan-Nya dengan sebaik mungkin.

Jadi pengajaran yang aku dapat hari ini, walaupun aku cuba mengawal kata-kata, tapi apabila rasa terlanjur kata, cepat-cepat beristighfar dan memohon ampun. Anggap ia sebagai teguran dari Allah yang kasihkan hamba-Nya. Jangan sekali-kali jemu memohon kepada-Nya, kerana Dia tidak pernah jemu dengan kita, sedangkan kita yang selalu merintih kepada Dia yang Maha Sempurna yang suka mendengar rintihan hamba-hamba-Nya yang lemah lagi hina.

Malu kan dengan Allah?

Betapa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Subhanallah.

Dengan ini sekali lagi saya memohon, jika didapati yang saya terlanjur cakap atau melampaui batas, sila tegur :-)


No comments:

Post a Comment