Bismillah,
Pernahkah kalian 'bermimpi'?
Tidak, bukan mimpi tidur, tapi 'mimpi' realiti. 'Mimpi' realiti yang indah, yang termanis pernah terjadi. Kalian 'berpegang' kepada 'mimpi' itu, mengharapkannya berterusan dan tidak 'terjaga' dari 'mimpi' indah itu.
Tapi sampai suatu masa, 'mimpi' itu semakin lama semakin pudar, apabila kalian sedar hanya kalian sahaja yang masih 'berpegang' kepada 'mimpi' itu, sedangkan unsur-unsur lain di dalam 'mimpi' itu semakin menjauh..tiada lagi tangan-tangan yang menolong..
Dan akhirnya, apabila kalian 'terjaga' dari 'mimpi' indah itu, segala-galanya sudah terlambat..
Kalian kembali ke realiti asal..
Namun, biarpun sudah 'terjaga', impak 'mimpi' itu terlalu kuat. Kalian masih tidak mahu melepaskannya kerana 'mimpi' indah itu telah memberi suatu sinar buat kalian. Memberi nyawa dan harapan baru.
"Mengharapkan sesuatu yang baru, itulah impian aku" - Situasi, Bunkface.
Lagu ini selalu aku mainkan di awal-awal 'mimpi'. Mendengar dan mentafsir liriknya dari sudut yang berbeza. Dengan penuh harapan menyanyikannya, ia menjadi doa..
Kini, aku mendengarnya lagi. Tetapi dengan harapan sinar itu tidak hilang kerana aku masih mahu 'berpegang' kepada 'mimpi' itu.
Aku mendoakan yang baik-baik sahaja untuk semuanya. Terima kasih yang tidak terhingga kerana telah dan pernah menarik aku ke dalam 'mimpi' indah itu. Doakan aku tidak tersasar jauh di realiti asal..
Berada di kalangan orang-orang yang berkata-kata hikmah setiap kali perbualan adalah paling dirindui..kini aku hanya mendengar kata-kata yang sia-sia..dan aku, semakin lama terjerat sama..
Wednesday, September 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment