Monday, September 13, 2010

My passion

Bismillah,

Salam Aidilfitri buat semua. Harap tak terlalu lewat ucapan ini.

“Kullu ‘am, wa antum bi khair” - "Semoga sepanjang tahun ini, kamu berada dalam kebaikan"


Semoga Ramadhan yang telah berlalu adalah bermakna mengikut diri masing-masing, dan sama-sama kita berdoa semoga dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang.

Sebenarnya, sebelum raya lagi rasa macam nak buat perubahan kat blog nie. Dari segi layout dan macam-macam. Tapi kesuntukan masa membataskan. Tapi macam sayang pulak layout nie. Putih dan cantik. Mungkin nak tukar hiasan sekeliling, insyaAllah bila ada masa nanti. Nak buat semua tu bukan bleh sekejap, berjam jugak.

Apa yang membuatkan aku nak buat perubahan kat blog nie?

First, aku rasa boring. Aku rasa, aku sendiri sebagai pembaca pun rasa boring baca blog sendiri. Sikit-sikit sedih, sikit-sikit tak puas hati itu ini. Aku dah tak tahu macam mana nak luahkan rasa happy dah kot. Rasa happy semua aku bleh share dgn orang lain, tp kalau bab-bab sakit hati nie, konon nak simpan sorang pastu luah kat blog pastu boring sendiri bila baca.

Time to change and be more proactive!

Second, dalam perjalanan balik dari kerja minggu terakhir sebelum cuti raya, aku dengar radio IKIM (aku dengar jugak Riuh Pagi Era setiap pagi dan HOT FM), kebetulan ada temubual tentang seorang penulis muda bernama Hilal Asyraf yang dikenali melalui blog beliau iaitu Langit Ilahi. Hmm, macam pernah baca. Menarik laa temubual tu. Beliau baru berusia 21 tahun kalau tak silap tapi dah berjaya hasilkan beberapa buah karya novel, cerpen dan puisi.

Sepanjang temubual tu, aku tersedar. Somehow aku dah lupakan 'my passion'.

Menulis karya.

If you browse through my previous entries yang lama-lama, fuhh, ayat tak tahan. Especially ayat-ayat cinta. Ayat-ayat penuh perasaan. For me, berkarya mesti datang dari hati. Baru terkesan orang yang membaca.

Apa yang membuatkan aku sort of berhenti berkarya?

Nak kata tiada perasaan, masih ada, tapi kurang. Bak kata kakak aku, aku kini berhati kering. Punca? Tidak diketahui. Atau aku malas nak mencari punca. Sebab sekarang, I think I've found my passion again. Tapi kosa kata dah berkarat laa. Dengan kesuntukan masa kerja etc, masa yang lama diperlukan untuk polish semula. Nak banyak membaca sekarang pun susah, nak update apetah lagi. Ada mata-mata sedang memerhatikan apa yang aku buat di pejabat. Di rumah, ada kerja jugak menanti (walaupun kebanyakan masa rehat duduk di depan tv membuat justifikasi sendiri dengan cerita-cerita melayu kini, takleh ambil bulat-bulat semua benda, menonton sambil berfikir). Aku dah tak rasa bebas untuk membaca dan berkarya lagi dengan mata-mata yang suka memerhati dan mengacau.

That explains kenapa post aku sekarang byk copy and paste. Boring.

Tapi kalau dah kata nature tu, nak buat macam mana kan, nak jugak cari peluang. Asalkan tak mengganggu kerja, sudah.

Sedang membaca entri-entri menarik di blog Langit Ilahi, aku terjumpa satu entri yang aku tercari-cari jawapan untuk justifikasi aku selama ini.




Honestly, aku rasa something wrong bila aku asyik baca entri-entri keras di laman-laman lain yang mengatakan couple itu haram dan sebagainya. Membaca "Aku Terima Nikahnya" merungkai sedikit persoalan, tapi itu dari seseorang yang telah berkahwin dan beranak. Bagaimana dengan insan-insan muda lain yang masih belum berkahwin? Adakah semuanya menentang sekeras-kerasnya perasaan anugerah Ilahi itu sebelum berkahwin? Sometimes, aku rasa tak fair. Zina mata, zina hati dan lain-lain. Kita manusia, bukan maksum! Sebaik-baik manusia, kita masih ada nafsu, cuma perlu pandai kawal. Bukan menafikan terus!

Kerana cinta, aku tahu potensi diri aku. Kerana cinta, aku mula berkarya dari hati. Kerana cinta, aku belajar mengenal diri.

Kerana cinta, I've found 'my passion'.

Maybe ada yang akan kata aku nie tak sabar nak bercinta, nak membolehkan sesuatu yang tak boleh dan sebagainya. Terpulang kalau kamu sebagai manusia biasa sudah pandai nak menghukum. Biasalah. Cepat melatah. Aku dulu pun sama jugak. Sekarang pun mungkin masih cepat melatah.

Baca entri di atas baru kalian tahu apa yang aku fikirkan adalah sama dan sudah dijelaskan dengan baik oleh saudara Hilal Asyraf.

Ya, aku sudah ada perancangan. Terpulang kepada usaha manusia dan keizinan Allah yang membenarkan, kerana perancanganNya adalah yang TERBAIK.

I wonder when I can write my next post. Nak curahkan dan sambung balik 'my passion'.

2 comments:

  1. iynas, dont stop writing please!! u have great talents in writing for da'wah.. lembut je sentuhannya tapi bermakna dan menusuk-tak semua orang ada kelebihan mcm tu.. and sesungguhnya ble kita mengingatkan orang lain, kita mengingatkan diri kita sendiri juga.. so i am behind u 100%!! =))

    about love, for me, sometimes ppl love to justify things based on wat they feel suits them.. kadang2 konfius gak boleh ke tak.. in the end kite balik pada quran dan sunnah, and the most basic thing to know whether its the right thing or not- check ada getaran atau x dlm hati, x gitu? mcm kita, kita boleh rasa benda tu salah bila kita try nk justify kat diri sendiri sbb ape kita buat benda2 tu. but dats me

    apa2 pun, keep writing gud stuff ok and i'll keep reading=))

    ReplyDelete
  2. thanks sarah! terharunya u still bg support..

    mmg nak teruskan menulis, tp nak tulis dakwah nie, kte kena pasti..xleh main agak2 selalu..pastu kena selalu refer dan konsisten tambah ilmu..which sekarang nie kte x tau nape, tp dah kurang yakin nak menulis..persekitaran sekeliling yang mengelirukan dah mula mengintai-intai nak tembus pertahanan diri..akibatnya, selalu rasa takut nak menulis, takut salah..takut nanti jadi macam org yg konon2 pandai pulak..

    takut, takut, takut..how ironic, bila apa yg perlu kita takut hanyalah dosa2 kpd Allah..

    (sigh..)

    sesungguhnya manusia itu bersifat mengeluh..semoga Allah tetapkan hati..

    love u sarah <3

    ReplyDelete