Friday, October 1, 2010

Imaginasi

Bismillah,

Aku tengah buat group assignment bila tetiba roommate aku, Cik S gelak2 sambil tgk laptop. Aku pun busy body nak gi tgk jugak. Rupanya dia tgah tgk video kat Facebook yang seorang perempuan bergelar Teacher Shida menyanyi dan menari macam nak rak lagu Shakira (Waka waka).

Aku macam 'apehal laa minah nie..semangat sungguh'. Aku pernah tengok kat wall FB aku ada orang post video ni tapi guna lagu Stacy tapi aku xde hati nak tgk. Kali ni aku saja nak tgk dan cari kat YouTube. Ada dua video, satu lagu Jahat, satu lagi lagu Pakai Buang. (Lagu Jahat tu nak suruh orang jadi jahat agaknya, asyik sebut 'jahat' jer..selalu sebut nanti jadi doa kan susah).

Adoi, sakit dada aku tgk dia nyanyi. Bersungguh macam nak keluar dari skrin video tu dan terkam orang yang tgk (kalau dalam cite hantu atau bunuh2 ada mesej "sape suruh kau tgk video nie, kan da tak bangun2"). Dengan mimik muka, gaya bagai. Siapa nak tgk, sila cari kat YouTube sendiri ok. Aku tak tahan nak tgk sampai habis pun. Sebab dia tau dia akan dihentam dengan begitu banyak, dia 'disable comment'. Ditulis kat bawah video tu katanya tak kisah dengan apa orang nak kata, yang penting enjoy. Hmm..malas nak komen. Biar dalam hati jer.

Aku terus klik kat video lain yang berbaris di sebelah kanan tu. I chose one of my favourite songs "Yang Terindah" by Dakmie, OST Adamaya.

Aku memang dah suka lagu ni, pastu video yang aku klik ni pulak ada orang buat sendiri tapi cantik dan meaningful. For Abah katanya, so sweet..

Ok video nie aku boleh post kat sini:



It somehow meaningful to me in some ways. I mean, currently. Paling penting, suka dengan doa yang dimasukkan sekali pada bahagian akhir video tu. Sama-sama kita aminkan ok :-)

Aku cakap kat Cik S,

"Kite nak buat lagu ni jadi lagu tema kahwin kite laa"

Cik S: "Aaa comelnya..sesuai sangat"

"Ni kite tengah tgk lirik dia ni sesuai ke tak. Nak pasang masa pengantin masuk ataupun lagu latar untuk video kahwin"

Cik S: "Haa untuk video kahwin sesuai..suka suka"

"Haa..haa..awak jangan ambik tau, ni lagu kahwin kite"

Cik S: "Hahaha"

Amboih, awal-awal dah pilih lagu kahwin ni. Bila nak kahwin pun tak tau.

Ni lagu kedua yang aku pilih. Lagu pertama "Barakallah" oleh Maher Zain. Tapi tak tau nak pasang masa bila. Mungkin masa orang da datang, duduk dan makan sambil tunggu pengantin masuk.

Wah, imaginasi tak tahan..

Esok ada kelas. Da lewat. Sila tido.

Selamat malam.

2 comments:

  1. awk sambung blaja lagi ke iynas? amik master ek?

    insyaAllah, sampai masa nanti kahwin jugak awk..jgn lupa jemput tau bila da jadi..hehe.. doa2 kan kita sekali^_-

    ReplyDelete
  2. bukan sambung blaja sarah..maybank hantar training sebulan.. siap dgn group presentation and individual assignment lagi..

    ada gak terfikir nak sambung master..insyaAllah kalau ada rezeki :-)

    ameen..ameen utk doa awak..insyaAllah akan jemput semua..mari sama2 kita doa untuk masing2 :-)

    ReplyDelete