"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, Seandainya telah engkau catatkan Dia milikku, tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ke tepian yang sejahtera dan abadi. Maka jodohkanlah kami. Tetapi ya Allah, Seandainya telah engkau takdirkan...Dia bukan milikku bawalah dia jauh dari pandangan ku. Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti, Berikanlah aku kekuatan menolak bayangannya jauh ke dada langit dan hilang bersama senja yang merah agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya. Ya Allah yang tercinta, pasrahkanlah aku dengan takdirMu. Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini. Ya Allah… Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah engkau biarkan aku bersendirian di dunia ini mahupun di akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah. Ya Allah, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Amin. Ya rabbal ‘aalamiin".
Haa okay, okay. Aku tau ada yang akan rasa teruja bila aku post doa nie. Hehe.
Indahkan doa ni. Kenapa indah? Mungkin sebab ikut protokol doa.
Protokol doa? Apa tu? Doa pun kena ada protokol ke?
Nak jumpa pegawai berjawatan besar kena ada protokol, nak jumpa raja lagi banyak protokol. Bila nak memohon dengan Yang Mencipta, haruslah lagi protokol, kan? Walaupun argument yang akan kedengaran Allah itu Maha Mengetahui, memang betul, tak cakap apa-apa pun, Allah tahu semua dalam hati kita. Tapi bagi aku, protokol ketika berdoa membuatkan kita lebih sedar siapa diri kita di hadapan Pencipta, dan lebih jelas dengan apa yang kita mahu bila kita berdoa dengan bersungguh-sungguh bersaksikanNya.
Pendek kata, it feels good emotionally and spiritually.
Please let me share this with you, from iLuvislam.com:
_________________________________________________________________________________
Protokol Doa
Setiap kali saya berdoa, saya jadikan doa buat kekasih sebagai panduan berdoa. Bagi saya doa buat kekasih adalah doa yang terbaik susunan doanya.
Doa buat kekasih mempunyai protokol doa iaitu:
1. Tawasul
2. Khusus
3. Sebab atau alasan
4. Tawasul
5. Pasrah
Cuba saudara perhatikan contoh doa buat kekasih di akhir artikel ini dan bacakanlah untuk sekali. Terasa ketenangannya. Saudara boleh mengubahkannya untuk memohon hajat lain yang tertentu. Namun setiap doa mesti mengikut protokol.
1.Tawasul :
Sebelum memohon perlulah memuji Allah SWT. Allah suka dipuji. Sesungguhnya memang berhak Allah dipuji kerana rahmat yang Allah berikan kepada kita ini tidak mampu ditandingi.
2. Khusus :
Kebiasaan doa adalah terlalu umum seperti, “Ya Allah murahkanlah rezekiku”. Kita menganggap Allah mengetahui apa yang kita inginkan walaupun hakikatnya Allah memang mengetahui.
Tetapi sifat kita ini tidak bersungguh di dalam memohon lalu untuk memudahkan diri kita, kita meminta secara umum. Apabila kehendak dan keinginan kita tidak dimakbulkan, kita menyalahkan Allah. Sedangkan kita lupa doa kita adalah memohon kepada Allah agar murahkan rezeki. Maka nikmat kehidupan dan masih bernyawa juga merupakan salah satu rezeki.
Di dalam memohon semestnya mempunyai protokol yang tersendiri iaitu;
SMART
1. Specific (khusus)
2. Measurable (boleh dikira)
3. Achievable (mampu dicapai)
4. Realistic (Realistik)
5. Timeline (Tempoh masa)
Di dalam berdoa, kita perlu khusus. Jika ingin meminta duit, sebut sahaja berapa jumlah yang kita inginkan. Jika kita mempunyai 10 keinginan, sebutkan satu persatu tetapi mesti SMART.
Jika kita ingin pergi menunaikan haji hujung tahun ini sedangkan wang yang terkumpul hanya RM100 , adakah ia SMART? Walaupun bukanlah mustahil kita mampu mencapai tujuan tersebut tetapi seboleh-bolehnya biarlah ia adalah 'Achievable' dan 'Realistic' di dalam 'Timeline' yang kita inginkan.
Sebagai contoh, jika saudara mula mengumpul RM100 untuk pergi menunaikan haji mulai bulan ini dan bercadang untuk menunaikan haji 2 tahun lagi, kemudian saudara kini sedang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan juga mempunyai sumber pendapatan dari pelbagai sumber, maka ia boleh dikatakan SMART. Hanya saudara yang tahu samada apa yang saudara inginkan itu memenuhi SMART atau tidak.
3. Sebab atau Alasan :
Di dalam berdoa, kita perlu ada alasan. Mengapa kita inginkan sesuatu itu. Contohnya jika kita ingin pergi haji, kita perlu beri alasan kenapa kita ingin pergi haji. Walaupun Allah memang mengetahui tetapi jika kita beritahu Allah, maka sebenarnya diri kita akan lebih bersemangat untuk berusaha mencapai tujuan itu dengan bersaksikan Allah yang mendengar sebab dan alasan kita.
4. Tawasul :
Di dalam setiap doa, kita hendaklah menyelanginya dengan tawasul. Kita boleh menggunakan firman-firman Allah untuk mengukuhkan permohonan kita seperti berkata;
“Ya Allah, bukankah Engkau berfirman jika aku berdoa, pasti Engkau makbulkan ya Allah”
Inilah tawasul yang dimaksudkan di protokol ke-4 ini.
5. Pasrah :
Menyerahkan 100% kepada Allah doa yang telah dipohon. Jangan tertanya-tanya, bilakah Allah akan makbulkan ini, bilakah Allah akan memberi rezeki ini, bilakah Allah nak buat itu dan ini. Pasrah bermakna bukan tidak melakukan apa-apa kerja atau usaha, tetapi pasrah menerima samada dimakbulkan atau tidak. Keizinan Allah di dalam permohonan kita diberi tanpa kita sedari.
Yang pasti kita hendaklah terus berusaha dan insyaallah jika Allah mengizinkan pilihan yang kita buat itu, maka dimudahkan kita di dalam segala urusan.
Perniagaan kecil-kecilan kita semakin membesar. Jika kita belum pandai berdoa dan cara mengerjakan haji, ada sahaja jalan ke arah itu yang Allah akan berikan. Contoh di atas adalah satu contoh iaitu hajat mengerjakan haji. Namun protokol itu sama untuk memohon apa sahaja keinginan dan hajat. Kita manusia yang lemah di mana sentiasa mempunyai hajat walaupun hajat yang kecil.
Sepertimana yang biasa saya katakan, HIDUP INI PENUH DENGAN PILIHAN.
Masalah utama kita tidak tahu apa akan terjadi walaupun sesaat kehadapan. Sebab itulah kita memerlukan Allah SWT yang maha mengetahui agar dapat memberi panduan kepada kita agar pilihan yang dipilih merupakan yang terbaik di sisiNya. Setiap yang terbaik disisi Allah pasti terbaik untuk diri kita.
Elakkan berdoa seperti mengarahkan Allah melakukan kerja seperti, “Ya Allah murahkanlah rezeki aku” atau “Ya Allah, panjangkanlah umur aku”. Bukankah bunyi doa itu seperti mengarahkan Allah melakukan kerja. Seharusnya doa yang baik adalah dengan meminta permohonan.
“Ya Allah, Yang Maha Pemberi, Yang Maha Mengasihani, Yang Maha Kaya. (Tawasul)….Aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku dimurahkan rezeki …. (sambung dengan permohonan yang khusus)….(beri alasan kenapa memohon)…. Aku ini lemah ya Allah, aku perlukan pertolongan diriMu ya Allah. ….ya Allah Jika keinginan aku ini baik ya Allah, aku memohon agar Kau makbulkan permohonan aku ini ya Allah. Bukankah Engkau berfirman, jika aku berdoa kepada Engkau, akan Engkau makbulkan permohonanku ya Allah (Tawasul). Tetapi ya Allah, jika ini bukan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, maka buangkan keinginan ini dari hati aku ya Allah. Agar aku tidak akan mengingati keinginanan ini lagi ya Allah. Agar aku sentiasa tenang ya Allah. (Pasrah)….. ya Rahman, Ya Rahim. Amin".
Ini adalah satu contoh doa yang ringkas mengikut protokol doa. Saudara boleh menyusunnya semula dengan lebih baik dengan tawasul yang lebih banyak. Doa yang umum tidak melihatkan kita bersungguh di dalam mendapatkan sesuatu. Maka susunlah doa mengikut protokol doa yang dinyatakan. Semoga segala hajat, impian, keinginan, cita-cita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
________________________________________________________________________________
Akhir kata, protokol doa ni bukan khas untuk pasangan hidup saja okay, semua jenis doa dan permohonan sebaik-baiknya ikut protokol nie. Baru laa indah doa kita kepada Allah kan, Allah pun suka nak dengar :-)
hueheuhue...yup..jmp artikel nieh jgk...
ReplyDeleteread twice insyaAllah msk dlm kpale...tq mak...
assalamualaikum
ReplyDeleteiynas, thank you for posting this! i really2 like this entry..tula, kadang2 terlepas pandang utk benda yang sgt penting! berdoa pun kadang2 rase da mcm ade template, bace je , tak sedar (eh, da habis da bace doa?) padahal Allah rindu nak dgr kita bercakap dgn Dia..
i pray that you are doing great, dari semua sudut-iman, physical, mental, rohani..
anddddd.. i miss youuu=(
shaza: your most welcome :-)
ReplyDeletesarah: waalaikumussalam..thank you for liking this entry walaupun amek dari iluvislam jer..hehe..betul tu, kadang2 laju jer kte baca doa yg da biasa dibaca, tetapi sebenarnya byk lagi kte bleh mengadu dan memohon padaNya..contohnya in my case, pernah kte doa supaya bos x marah bler hantar keje dan etc2 pasal keje..hehe
hope u're doing great too..excited tgk korg punya pasar malam..
ouh tadi kat surau ter'excited' kejap nampak someone macam ernie, walaupun tau tu bukan ernie..that shows how much i miss all of u..sampai kat sini pun komen panjang2..curi waktu lepas habis keje..fb pun da x aktif macam dulu..huhu
till then, jaga iman, diri dan amal..keep in touch always ok! ;-)
i like this post. read this before, been told about it pon. but still bila berdoa x specific most of the times. maybe i should write this down somewhere.
ReplyDeletethx for reminding iynas :)