Thursday, December 15, 2011

Susah?

Susah! Susah!!

Ape yang susah sangat nie?? Ape?? Susah sangat ke haaa??? Susah sangat???

Tak tau nak marah kat sape. Marah kat diri sendiri pun tak gune. Akan protect diri sendiri jugak.

Jadi, nak marah sape??

Sape???

Ape yang susah sangat???

URGHHH!!!

Aku nak start putus asa. Takde sape halang aku kan? Good!

(When I actually need someone to say or do the opposite towards me. This song Adinda by Lah Ahmad soothes me a bit).

Tuesday, December 13, 2011

Comfort Zone

I'm supposed to do my Call Report when I received a news that another friend of mine has left the Bank.

Berturut-turut. Dua orang dalam masa sebulan. Seorang lagi dalam dua bulan lepas. Itu belum termasuk orang-orang dalam department aku ada laa dalam 3 ke 4 orang blah dalam masa sebulan, bulan lepas.

Ironinya, semakin ramai juga teman-teman sekolah join this bank. Ouh but one of them also left last June after more than 3 months joining the Bank. So I can say that the staff turnover here in the Bank is quite high.

Turn sape pulak lepas nie?

Aku?

Tak nampak lagi kemungkinan itu dalam masa terdekat.

Terfikir yang aku tidak se'adventurous' teman-teman sebaya. Mereka masih muda, tenaga banyak. Ape kelas duduk je kat ofis buat keje-keje akaun dan finance. Kalau nak dikira dari segi gaji dan benefit, it's the largest Bank! Shouldn't be because of that.

Perhaps it's because of the work scope and the career development itself. Tapi kalau nak dikira pasal adventurous, work hard and everything, where is your work/life balance? Yes, I do admit that I am a conservative type of person, I do not believe working until late at night is good for the surroundings, for people.

But as my sis-in-law said, "Sampai satu tahap, tak dapat elak". Coz both of them seriously working till late at night. Mujur anak-anak da besar dan ada pembantu. But still, for me it's not a guarantee. New Zealand lifestyle is the ideal one (NZ lagi. Nak buat canne, negara tu je selain Malaysia aku pernah tinggal lama).

Which comes to the main point, COMFORT ZONE. I don't deny that I've found my comfort zone. I found my work/life balance here (I hope so). But being in comfort zone too long, is not good for self-development right? People would want to see my progress, my contribution.

Tapi takkan sampai kena kerja macam robot?

Di Malaysia orang keje macam robot sebab gaji tak setimpal dengan keje. Orang kene kerja lebih nak dapatkan duit lebih tapi masih tak setimpal.

Aku pulak macam mana? Dah rasa setimpal sampai tak perlu bekerja keras sangatkah?

Persoalan menarik.

Lebih menarik, nak ke aku tinggalkan comfort zone aku? Aku kena tinggalkan aktiviti malam, tiada masa untuk diri, keluarga, rakan-rakan. Hanya untuk menjadi seorang orang muda yang banyak tenaga, aktif, adventurous?

Monday, December 12, 2011

A year from 12/12/11

*Currently listening to Penghujung Cintaku by Pasha & Adele*

Today is 12/12/11.

Let's see what I'll be having today at work. Meeting at 3.00pm. Nothing interesting. Another request from my client to install ATM machines at their new premise.

What's interesting, even for myself, is to see whether TODAY I can stop dreaming and start put actions after year by year, I failed to do so (for different mission anyhow).

So let's see what I'll be achieving by 12/12/12.

One year mission:
  1. Finished reading books that I've bought in PWTC and Big Bad Wolf.
  2. Something to do with my appearance.
  3. To be united with my soul mate
Note to self: Please remind myself to check this mission continuously.



Thursday, October 13, 2011

Allah, please don't let me drifted away..







I hate it when he treated me that way. Then, he'll disappeared..of no news..like nothing happened..









Wednesday, September 28, 2011

Tired & Stupid

Waking up early this morning, I feel so stupid. Yes I am stupid but I also acted stupid! Started losing to my inner self. Seriously you have more 'inner work' to do Iynas!

Yes, I admit. I do get carried away most of the times now. Alhamdulillah I can feel it, so I can do something about it. If I didn't feel anything, then that's dangerous!

"...coming at this point, seriously I wish I have someone (to feel protected and be taken care of)"


"My protector, please step forward"


*these are my status in FB. Amended and deleted few times*


Ape sume nie? Such a desperado? Haha. Seriously I don't like this part of me.

What has triggered my stupid actions posting such status?

THIS:


Penyamun mati ditembak ketika cuba samun rumah anggota polis
28/09/2011 2:58am
Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
KUALA LUMPUR 28 Sept. - Percubaan enam penyamun cuba merompak rumah seorang supritendan polis ternyata membawa padah apabila salah seorang daripada mereka ditembak mati di Medan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail, malam tadi.
Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, enam suspek terbabit cuba menyerang pegawai polis yang bertugas di Bukit Aman itu, di hadapan rumahnya ketika dia baru pulang dari makan malam.
Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa terlebih dahulu telah melihat enam suspek yang menaiki tiga buah motosikal sedang bersembunyi di kawasan berdekatan, dan menembak mati salah seorang daripada mereka apabila telah diserang dengan parang. - Utusan




Read carefully. Medan Burhanuddin Helmi. Yes! My house street! I saw the after-incident with my friend who send me home. Thankful there was a friend with me.

She was sending me home when there was a roadblock. Pastu ada yang polis gantung benda kuning macam dalam cite CSI tuh. Pastu ade orang keluar tengok ramai2. Saw a dead body on the street. Being busy body, (ye laa takleh lalu kan), we made a u-turn to the other side of my house area and ask the neighbours around who were looking to the incident as well. Cite punye cite, rupanya da ade orang nampak penyamun2 tu pernah sembunyi belakang pokok depan rumah orang nak usha2 dulu. Perghh cuak gile weyh dengar. Da laa lately aku selalu balik lambat. But thanks to my Bora-Bora friends, mmg adat dorang selalu tunggu orang yang dorang hantar masuk rumah. Cuma cam ada laa jugak aku yang drive hantar orang then balik rumah sorg2 tu, fuhh..nauzubillah..ALHAMDULILLAH xde pape jadi..Ok suddenly teringat kat one of my Bora-Bora friends, da dua kali aku drive sorang2 balik rumah tengah2 malam (or pagi?) then senyap2 rupanya dia ikut belakang escort aku dan tunggu aku sampai masuk rumah. So sweet of him :-) Alhamdulillah kawan sumenye caring2 belaka.

Balik tu aku da bersedia tahan telinga sbb mak aku baru sampai dari Kedah. Ntah2 dia dgr ape jadi.  Masuk rumah da get ready nak kena leter sebab selalu balik lambat dan berani sangat keluar malam. Tapi senyap je..apparently she didn't hear anything..YET..da masuk paper hari nie, siap dengan jiran2 cite lagi, siaplah aku malam nie. Perisai telinga dihidupkan!

So yeah, aku tak cite lagi ape kene-mengene dgn aku bertindak bodoh. Out of sudden, I feel like, "Please, I need someone to protect me! With what just happened, I need to be extra careful with myself and I am tired of taking care of myself! Cukup2 laa. Please God, please send me my protector.."

I know Allah is the Best Protector..but..do you know what I mean?

Again, I'm very THANKFUL to have those such caring friends. I love them. Bora-bora muah-muah.

For once, please let me mention this in here.

I AM TIRED. (Ok, sekali je k. Jgn mengeluh dah k.)

Thus, the status. And today, I feel stupid. And I want to redeem myself today.

Nonetheless, He is the Best Protector. To Him shall I seek protection..




Wednesday, September 14, 2011

Currently listening to Terhenti Di Sini by Asfan

Dalam dilema. Nak tukar department ke tak nak? I love the team that I am having now but in terms of work performance, perhaps I need something more challenging to challenge myself. I have started to lose my focus. Dan benda-benda yang aku buat seperti tidak mendatangkan hasil seperti yang sepatutnya. Not up to expectation. Tak tau mana silap. I've done what I should and what I could, but when it comes to the result, frustrating.

Actually aku nak tulis pasal benda lain. Urgh, how I wish I can express it here or somewhere where people can't read it!

People, I am ready! At least that is what I feel and think.





Wednesday, September 7, 2011

Takut untuk Gembira

**lagu latar Nur Fatima - Tiada Ertinya yang diulang-ulang tak ingat berapa kali**

*this will be a sentimental post*


Ouh before kita start senti-sento (perkataan cipta sendiri), Salam Eid Mubarak dan maafkan semua salah silap diri ini. Harap tak terlambat lagi untuk wish Taqabballahu minna wa minkum, semoga Allah menerima amalan kamu dan saya. Yang mana baik kita maintain ok. Tak nak ulas panjang lebar pasal puasa sebab diri ini pun belum betul-betul baik lagi dan masih berharap akan bertemu Ramadhan akan datang. Cumanya kalau terasa diri tu masih  nak terus beramal, petanda baik insyaAllah. Alhamdulillah.

Haih, lagu nie membuai betul laa. Asyik ulang jer. Teringat zaman seronok tgk Gol & Gincu dulu.

So, apa yang sentimental sangat diri ini?

Saya nak buat pengakuan:

"Saya rasa saya tak boleh mengaku atau bagitahu sape2 yang saya suka sape2 sebab selalunya takkan jadi. Maka saya hanya akan mendiamkan diri dan berdoa dan suka dari jauh je."

Yes it's true. It's been happening to me like always.

My sis once said:

"Kita nie tak layak ke mendapat cinta seorang lelaki?"

Terdiam.

I feel you sister!

Sebagaimana sedih pun aku, tak sepedih kakak aku.

However, aku bersyukur sbb aku rasa aku dah makin happy sekarang with my life. It's not easy, but it's not impossible. With friends yang menerima aku seadanya insyaAllah. At least now I don't feel alone at my area anymore sbb sebelum nie kawan2 satu uni sume tinggal jauh2. But how can I forget that I still have my childhood friends! They're awesome! Thanks for making my life happier.

Tapi aku sedar, segembira mana pun aku, tiada yang lebih gembira dan selamat dari mencari rahmat dan redha Allah. Jadi aku perlu sentiasa berhati-hati. Tak tergelincir, malaikatlah aku. Tak berdosa, maksumlah aku. Sedangkan nak mencapai kualiti hidup sebagaimana para sahabat Rasulullah S.A.W. pun payah. Mujahadah perlu tinggi! It's not easy, but it's not impossible. But I can't live alone right?

Nak upload pic pun, dalam phone aku takde gambar yang beramai-ramai. But in my facebook, akan tahulah dengan sape aku selalu hang-out.

Honestly, nak tulis pasal kawan2 pun aku takut. Aku takut hilang mereka. Aku takut untuk gembira. Sebab gembira akan meninggalkan aku. Dan aku sudah penat sakit, sedih dan pedih. Aku percaya kebahagiaan yang hakiki adalah di syurga, dan jalan ke syurga tidak mudah, tapi mesti ada sekelumit kegembiraan yang disediakan untuk aku di dunia kan? Allah tidak kejam.

Bertemu dan berpisah kerana Allah S.W.T., ok Iynas?

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Bagindabersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)


InsyaAllah. I almost forgot. Thank you Allah...

Wednesday, August 17, 2011

Puti Bungsu Batam

It's the name of the Nasi Padang restaurant that me and my uni friends went for Iftaar last week.



LOVE this collage -done by fatinnRahman-


For full review of the restaurant/food and the pictures please click here.





Wednesday, August 10, 2011

H.E.R. 2

Perhaps I miss her SO TOO MUCH that I purposely do wrong things to get scolded by her.

Who?

My mother :-)

Wednesday, August 3, 2011

The Lift

I was in the same lift with him. Again!

Smile all the way.


Nota kaki: Tak guna berlagak baik. Sendiri tahu sudah.

Selamat berpuasa kepada semua. USAHALAH untuk menjadi yang terbaik dan melaksanakan ibadah yang berkualiti berbanding kuantiti. Puasa kita ALLAH S.W.T. sendiri yang memberi ganjaran.


Thursday, July 28, 2011

Ada air di hujung mata

Aku rindu mama dan baba.

Being independent is good. But being independent for too long without parents and family is not.

Kawan-kawan ada. Ramai alhamdulillah.

Tapi tidak sama dengan mama dan baba, kerana mereka yang telah menjadikan aku orang. Memantau, memarahi, membebel, menasihati lalu mendidik aku menjadi seorang yang tahu berfikir.

Kini aku rindukan, tidak, aku perlukan mereka memandu aku dalam urusan sekeliling. I have been an independent person for such too long. I need something to hold on.

Alhamdulillah, iman telah membantu aku melalui ranjau hidup.

Sungguh, ALHAMDULILLAH.

Ya Allah, hanya padaMu aku berserah urusan hidupku. Tolong jangan biarkan hidupku ditentukan oleh diriku sendiri, walau dalam kadar sekelip mata atau yang lebih pendek dari itu. Hanya Engkau perancang dan penentu hidup terbaik. Walau di kebanyakan masa aku berdosa, tolong jangan biarkan aku lupa bahawa Kau masih ada untuk mengampunkan dosa-dosa. Ameen.




Tuesday, July 26, 2011

Aktifkan diriku!

Oh no, oh no!

My boss dah tanya berapa hari aku MC for the last financial year!

Mujur aku simpan semua surat MC aku dalam laci ofis. Korangs, apa-apa resit atau surat claim dan sebagainya sila simpan untuk rekod yea. Bukan setakat resit jual beli sahaja. Datang waktu-waktu macam nie kalau bos mintak takde, haru uols!

Empat hari MC dalam setahun. Fuh, lega! Tak sampai lima hari. Kalau lebih lima hari, kena justify uols!

Baru ingat nak MC setengah hari. Hikhik. Takpe, simpan dulu bila masa betul-betul memerlukan MC. Hari ni gediks jer sebab badan rasa lemah semacam.

Betul laa, kebelakangan nie rasa lemah jer. Then baru aku teringat dah seminggu aku tak makan supplement. That explains.

For my supplement, I take this:

 
Dr Azimuth's Jus GamatMaxx dengan Spirulina


Kalau nak senaraikan kebaikan GamatMaxx nie, aku tak ingat semua tapi yang penting bertindak sebagai antioksidan yang hebat! Ia juga untuk melancarkan pengaliran darah dan mencantikkan kulit. Aku pun mula-mula tak makan sangat tapi mak aku setiap pagi akan ingatkan aku untuk makan dua sudu besar sebelum pergi kerja. Katanya jus gamat nie kena makan pagi-pagi sebelum sarapan. Dua tiga minggu pertama aku memang liat nak makan dan buat-buat lupa tapi mak aku tak pernah lupa suruh aku makan. Tak baik menderhaka cakap ibu kan haha lagipun benda yang baik kot aku jer liat gediks. Lepas sebulan pertama mak aku tak payah suruh dah. Dan dua tiga bulan lepas tu aku yang ingatkan mak aku makan haha.

The reason why aku semakin menggemari GamatMaxx nie yang paling penting sebab senggugut aku dah kurang sejak mengamalkannya. Itu paling penting. Yang kedua dan seterusnya penting sebab badan memang rasa bertenaga dan sentiasa sihat dan semakin kurang sakit demam. Setakat demam-demam manja tu adalah, tu yang sampai empat hari MC setahun tak campur dengan ada hari malas pegi kerja. Oppsiee kalau ada yang sampaikan kat bos aku nie memang terbaik aku kena. Kulit pun alhamdulillah nampak sihat dan cantik.

GamatMaxx nie kalau beli kat farmasi harganya RM75. Kalau beli kat stokis RM57 tapi agak jauh dan aku tak ingat jalan. Bila mak aku balik sini baru aku ajak dia pergi beli. Mak aku pun bawak bekal GamatMaxx nie balik kampung. Mak aku suruh aku pergi mintak (beli) kat rumah jiran sebab jiran tu rajin beli lebih tapi aku segan. Setiap kali mak aku balik sini mesti dia pesan beli kat jiran. Tapi segan punya pasal tanggunglah sendiri hari nie badan rasa lemah jer dek kerana seminggu tak pekena GamatMaxx.

Jadi task untuk hari ini adalah untuk mendapatkan Jus GamatMaxx! Sama ada di farmasi atau di rumah jiran!

Nantikan!


*Newly added*
 
Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan Jus GamatMaxx, sila klik sini. Jus GamatMaxx berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan pelbagai penyakit lain yang sering melanda orang sekarang. Untuk gaya hidup yang sering dikelilingi asap kereta dan sebagainya yang boleh mengundang penyakit, antioksidan sangat penting!

Walaupun begitu, baru tahu Jus GamatMaxx ini tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan dengan makanan laut. Mungkin boleh klik link di atas untuk maklumat lanjut sebab saya tak jual hehe. Saja kongsi kenapa aku rasa lemah akhir-akhir ini membawa kepada perkongsian produk kesihatan nie. Sharing is caring bukan :-)





Monday, July 25, 2011

True test lies in reality

Ujian sebenar adalah di sekeliling kita. Bagi aku, apa guna kita RASA kita memiliki ilmu yang banyak tetapi tidak dipraktiskan? Cukupkah hanya sekadar berdiam diri di rumah, kononnya mengelak daripada perkara-perkara yang tidak menambahkan iman, dan berkongsi-kongsi di kalangan yang sudah sedia tahu?

Semuanya bermula dengan erti persahabatan dan kasih sayang. Segala-galanya kemudian menjadi mudah.

Namun memang benar, kalau diri belum cukup ditarbiah, ujian itu boleh menghanyutkan. Lautan ujian dunia kini semakin deras. Aku kadang-kala lemas. Berenang sendirian tanpa henti adalah memenatkan. Aku perlukan pelampung sebagai sokongan.

Lalu aku masih mahu terus ditarbiah.


Rasulullah bersabda:


"Menyendiri lebih baik daripada berkawan dengan yang buruk, dan kawan bergaul yang sholeh lebih baik daripada menyendiri..."

(HR. Al Hakim)

Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang saleh dan berkawan dengan orang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi (misk) dan seorang peniup dapur tukang besi. Penjual minyak wangi, dia mungkin akan memberikan kamu atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapatkan aroma harum darinya. Tetapi peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu atau kamu akan mencium bau yang tidak sedap."

(Shahih Muslim)

 

Tuesday, July 19, 2011

Gambar berceritera

Aku meneliti kembali gambar-gambar di telefon.

Banyak juga aktiviti aku sepanjang minggu ini. Belum dicampur dengan aktiviti yang telah dirancang untuk minggu-minggu akan datang.

Biar gambar sahaja yang berceritera. Mari mula dengan hari:

Khamis (14/7/2011)


Apakah ramai-ramai orang Maybank beratur nie?


Ouh..nak collect free tix Chelsea vs Malaysia. Yes! I got two! Thanks Maybank! Tak sia-sia turun awal beratur. Out of 600 pairs of tickets available, I was number 94!


Jumaat (15/7/2011)

Was with these two girls and another girlfriend at Secret Recipe OU. Buat ape? Beli kek laa..


Diarah untuk bergambar ayu. Memang tak cukup.


While waiting for the cake.


Taraa! The cake is ready. But we still have time to spare until the surprise so we went for simple dinner at KFC. I should have taken pictures of four of us at KFC and the creative idea of using the Cheesy Wedges 'plate' as the birthday card.

Cheese and choc cake. Nyummy! 'Sittle and sample' is actually 'settle and simple' mistakenly uttered by the birthday boy in one of our sessions. Yes, lots of laughs. (Credit to Sarah's FB photo)
 
The birthday boy! He used to work at Secret Recipe so he knows the secret way of cutting the cake smoothly. Very smoothly I tell you. With strong determination of course. Happy Birthday and may you have blessed days ahead. Where's the creative birthday card??? And ouh, we celebrated this at FnD Mindspot :-) (Credit to Sarah's FB photo)


Sabtu (16/7/2011)                                        


Had a long meeting in the morning. This Grilled Calamari is my lunch+dinner at Fish & Co, OU.


With my sweet little 'awak'. Auww~ Italian Fish & Chips tuh..nampak bendera tu..thanks for the evening awak! Sori kite abaikan awak kejap tapi awak bagi kite idea yang bernas lepas tu. Love u!


Ahad (17/7/2011)


Sesi menunggu berbuka puasa yang simple


Dalam gambar: Kurma, samosa, cara berlauk.
Tiada dalam gambar: Roti mayo, goreng pisang.
Simple ke?


Air apa ntah yang hijau tu tak ingat nama. Campuran something with something.

Wahh air tebu untuk dia sorang
                                   
Sesi berbuka puasa yang tidak simple di Homst. Alhamdulillah kenyang sungguh.


 Isnin (18/7/2011)

Lepas keje, terus ke talk 'In the Shade of Ramadhan' oleh Sheikh Yahya di KGPA anjuran Young Muslims Project. An awakening talk MasyaAllah.

During Q&A session.



Seronok jugak bagi gambar yang berceritera. Thanks to Sarah sebab selalu suruh aku ambil gambar :-) I almost forgotten the fun of taking pictures..

Sunday, July 17, 2011

Kalau dah bosan

Kalau diri sendiri bosan, kita boleh cuba tenangkan hati dan berkata:

"Takpe, Allah ada."

Untuk diri sendiri, mungkin berkesan. Tapi orang lain mungkin tak dapat menerima.

Natijahnya, aku dikatakan klise atau poyo.

Kalau aku cakap:

"Banyak benda boleh buat untuk hilangkan bosan. Terpulang diri sendiri untuk cari".

Entah-entah sama juga.

Bosannya aku ini sampai menjadi orang yang membosankan.

Terlalu baik adalah membosankan.

Tolong ajar aku macam mana jadi sedikit jahat, sebab aku dah tak tahu macam mana nak interact dengan orang.

Apakah aku kena respon dengan berkata:

"Sama! Bosan jugak! Hidup ini membosankan! Arghhh!!"

Tak cukup. Stop trying.



 

Monday, July 11, 2011

Jadi, kalau dah rasa tak boleh teruskan, baik beritahu dan putus awal-awal. Zaman sekarang, kalau iman tak cukup kuat, perkara teruk dari ini mungkin boleh terjadi. Aku pernah risau.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

pengarang@utusan.com.my

KOTA BHARU 10 Julai - Seorang juruteknik kilang hari ini memfailkan saman ke atas bekas tunangnya di Mahkamah Tinggi di sini, bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM320,000 kerana membatalkan perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung 8 Jun lalu.

Nik Mustafa Nik Daud, 30, dari Kampung Jedok Tua, Tanah Merah yang bekerja di Bangi, Selangor memfailkan saman itu melalui peguamnya, Mohd. Ridzuan Muhamad di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Turut hadir kedua-dua ibu bapanya dan beberapa ahli keluarga terdekat.

Dalam tuntutannya, plaintif yang merupakan anak keenam daripada sembilan beradik menuntut bekas tunangnya, Azlina Mohamed, 27, seorang pengurus restoran makanan segera di Serdang, Selangor dan berasal dari Kampung Nibong, Tanah Merah membayar ganti rugi am dan khas kerana mendakwa menanggung malu di atas tindakan wanita itu.

Ia melibatkan ganti rugi malu RM200,000, ganti rugi teruk atau ganti rugi teladan RM100,000, ganti rugi khas RM4,457.53 dan ganti rugi kos hangus (barang hantaran dan persediaan perkahwinan) RM17,000.

Lelaki itu turut menuntut supaya bekas tunangnya itu memohon maaf di dalam akhbar berbahasa Melayu di atas tindakan membatalkan perkahwinan tersebut, selama tiga hari berturut-turut.

Dia turut menuntut faedah lapan peratus ke atas keseluruhan jumlah saman dari tarikh tuntutan difailkan sehingga kes diselesaikan sepenuhnya.

Nik Mustafa ketika ditemui mendakwa, dia mengalami tekanan perasaan akibat tindakan bekas tunangnya itu kerana telah mengambil cuti kahwin selama seminggu dan rakan-rakannya pula asyik bertanya mengenainya.
Akibatnya, dia terpaksa mengambil cuti sakit selama empat hari sehingga prestasi kerja terjejas.

Menurutnya, mereka bertunang pada 1 Mei 2011 dengan wang hantaran RM6,000 dan tarikh pernikahan ditetapkan oleh pihak perempuan pada 8 Jun 2011 manakala majlis persandingan pada 9 Jun lalu diikuti persandingan di pihak lelaki sehari kemudian.

Dakwanya, dia juga telah membeli dua bentuk cincin berharga kira-kira RM3,000 untuk diserahkan kepada bakal isterinya itu pada hari pernikahan mereka.

"Bagaimanapun seminggu sebelum tarikh tersebut, defendan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan meminta saya menangguhkan perkahwinan," dakwanya yang kali terakhir bertemu bekas tunangnya itu pada 30 Mei lalu.

Menurut Nik Mustafa lagi, berikutan SMS itu wakil bekas tunangnya datang ke rumah ibu saudaranya bagi membincangkan penangguhan itu, tetapi ditolak oleh keluarganya kerana segala persiapan termasuk 1,000 kad jemputan perkahwinan sudah diedarkan.

"Persiapan dulang hantaran sebelah lelaki juga telah diberikan kepada pihak perempuan," dakwanya.
Berikutan itu kata Nik Mustafa, bekas tunangnya itu sekali lagi menghantar SMS memutuskan pertunangan mereka seminggu sebelum tarikh mereka dinikahkan.

Jelasnya, memandangkan kad jemputan telah diedarkan, maka keluarganya terpaksa menggantikan majlis perkahwinan tersebut dengan kenduri kesyukuran.

Sementara itu, Azlina ketika dihubungi enggan mengulas kes tersebut kerana tidak menerima sebarang surat daripada pihak mahkamah.

"Saya nak tengok apa tuntutan mereka dan juga bukti-buktinya dan saya hanya memberi keterangan jika mahkamah memanggil. Kalau nak juga saya akan lantik peguam," katanya.

The Sisterhood of the Travelling Pants

               

Setelah sekian lama teringin nak tengok filem ni, akhirnya berkesempatan jugak menonton di saluran HBO.

Kenapa aku nak tengok filem ni?
  • Salah seorang pelakon ialah Alexis Bledel. Masa tu tengah popular siri Gilmore Girls.
  • Perkataan 'sisterhood' menarik perhatian. Kisah kekeluargaan/persahabatan selalunya worth watching.
Filem ni tahun 2005. Kenapa ambil masa lama baru dapat tengok? Tak boleh download atau beli cd ke?
  • Good question. Aku pun tak tahu kenapa.
Lepas tengok filem ni, AKU SUKA! Walaupun ada skip some parts sebab tukar-tukar channel tengok cerita lain di channel lain, tetap menangkap di hati weyh! (now I should get Astro Beyond PVR). 

Aku suka filem ni sebab:
  • It tells you that when you have found your sisterhood, you can find ways to stay connected although you are far away from each other. In this case, by just passing on the pants. If I'm not mistaken, for every week they have to pass it on to each other. Magically, all the four pairs of pants suit all four of them perfectly, although of different sizes and shapes. And, something magical will happen when they wear them. Well, it's actually not the pants that magical, but coincidentally the pants become the witness for every significant moment happened in their lives during the summer break. When they meet again after the summer, something in their lives have changed, and the sisterhood strengthened.

  • Aku bukan setakat kenal Alexis Bledel seorang sekarang, tapi aku kenal lagi 2 orang i.e. Blake Lively (Gossip Girl) dan America Farrera (Ugly Betty). Lagi seorang aku tak kenal, tapi mesti yang selalu berlakon series jugak.
Looking forward to watch the 2nd part of the movie, and perhaps to read the best-selling novels too. Found out that there are 5 of them. Buku kat rumah banyak-banyak beli masa Pesta Buku tahun lepas pun tak habis baca lagi. Ah! Tekanan!

Tetiba emo.

Friday, July 8, 2011

Kedekut sementara

Sesak kejap dada pagi-pagi baca berita pasal price hike. Astro nak naik harga, telcos nak pass on 6% tax to prepaid consumers (walaupun aku guna postpaid) and currently TNB pun dah revise electricity charges. Bil elektrik aku bulan lepas naik 2 kali ganda ok!

Tak kisahlah orang nak kata apa, aku bising tapi orang lain tak bising ke apa. Aku yang bayar all the expenses ok! It's all on me!

Selain belanja rumah, aku bayar pinjaman kereta dan kad kredit. Seriously lepas aku dah settle hutang kad kredit dalam masa beberapa bulan lagi, kad kredit itu akan ku gunakan untuk isi minyak sahaja. Sebab nak dapat points. Lagipun mengisi minyak kereta adalah satu keperluan.

Yes it's true that I don't have to pay house rent as currently I'm living at my family house, only my parents are now living in Kedah and I am staying with my brother here. By right, we should share the expenses right? Don't ask. He does help but I still pay the bigger portion of it.

Me living in elite area (that's what people say) doesn't mean that I am rich enough to bear the currently high cost of living. I still need to do my savings. After all, I am still single.

Single is good, in some ways. But with this current situation, I prefer to have someone else in my life that not only to share my life with, but to share the expenses as well. No, I am not gonna ask from my parents. Let them use their money for their own sake now.

Aku bukan seorang yang berkira. But I have enough of lending my money to others. No more. Aku kena belajar untuk tidak terlalu bermurah hati.

Sebenarnya kalau nak tahu, dengan sikap sentiasa bermurah hati dan bersyukur, alhamdulillah aku sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada. Tapi dengan semua benda harga dah naik, dah sampai masa aku fikirkan tentang diri aku dan masa depan aku.

No more.

Aku nak jadi kedekut buat sementara waktu.

Sedekah?

Thursday, July 7, 2011

Tuesday, July 5, 2011

Thanks Farah


"You could be wrong; a person whom you think is your soul mate could be not your soul mate. Maybe he/she would just be someone who will open up a different direction in life for you. Who will teaches you something. But not going to be someone who'll spend the whole life with you."






Monday, July 4, 2011

Baca balik

“Musa berkata: Tuhanku, lapangkanlah dadaku, mudahkan urusanku, hilangkan simpulan pada lidahku, agar yang mendengar memahami perbicaraanku” [Taha 20: 25-28]


Doa ini familiar di kalangan pelajar sekolah, terutamanya dalam subjek Pendidikan Agama Islam, di mana setiap kali sebelum mula pembelajaran, doa ini dibaca beramai-ramai. Well, at least for my case.

Itu semasa di sekolah menengah. Semakin meningkat tahap institusi pendidikan, doa ini kurang dibacakan bersama-sama, melainkan inisiatif sendiri.

Apatah lagi apabila masuk alam pekerjaan, berkemungkinan besar doa ini dilupakan terus.

Padahal sebenarnya kalau diikutkan maksud doa dan practicality, doa ini lebih sesuai dipraktikkan ketika bekerja sebab pada masa itulah kita deal dengan ramai orang, rakan sekerja dan clients.

Betul tak? Sebenarnya aku pun baru terfikir akan hal ini. Cukup saja dimulakan kerja harian dengan bismillah, tapi lebih baik andai kita lebihkan dengan doa yang terkandung di dalam al-Quran yang disediakan untuk kita mengamalkannya.

Masih belum terlambat. Mari mulakan esok!


Apabila Ali Setan tidak mahu lagi menjadi 'setan'

mStar Online : Sukar Menjadi Mukmin Sejati Dalam Dunia Artis - Azmil Mustafa

Sunday, July 3, 2011

Hanya Kerana Dia

Hadirnya aku hanya kerana Dia,
Bernafasnya aku hanya kerana izinNya
Mata ini salah satu bukti wujudnya Dia
Bibir ini ku kumat-kamitkan untuk menyebut khalimahNya
Tubuhku ini anugerah terindah dari Dia

Hanya kerana Dia,
Aku bisa menikmati keindahan dunia
Hanya kerana Dia,
Perjalanan sejauh ini tertempa
Hanya kerana Dia,

Aku terlalu redha dengan semuanya
Dan hanya kerana Dia,
Aku sanggup kehilangan segalanya tetapi aku tidak pula sanggup kehilangan cinta dari Nya kerana hanya cinta dari Nya yang aku dambakan.

Aku bersujud hanya kerana Dia,
Aku berdoa hanya kerana Dia,
Ibadatku juga hanyalah kerana Dia,
Semuanya hanya kerana Dia,
Kerana Dia adalah kekasihku, sahabatku dan Tuhanku..

(Taken from iLuvislam.com)

Ya Allah, jika ada aku tersasar, padaMu jua aku berbalik Ya Allah..hanya padaMu aku ingin berbalik..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, July 2, 2011

Emo tengok bola

Bukan emo yang terjerit "Ahhh" atau "Oh no!!" atau "Gol!!" lalu terbangun atau terlompat dari sofa, atau yang sewaktu dengannya.

Tapi emo yang rasa macam nak nangis. Hebatnya Malaysia main. Terharu tengok mereka berjuang habis-habisan sama ada menyerang atau bertahan sampai wisel penamat. Dulu aku antara peminat bola yang mengecam pemain-pemain Malaysia sangat cepat berpuas hati bila dah mendahului walaupun dengan satu gol sampaikan pihak lawan boleh menjadikan seri atau menang!

Terharu melihat kesungguhan mereka. Lima minit terakhir pemain dibawa masuk pun masih sempat untuk melancarkan serangan.

Emo kan, nangis tengok bola.

Go Harimau Malaya!

I think I have a thing with goalkeepers laa. From Peter Schmeichel, Iker Casillas, and now Khairul Fahmi Che Mat.

Mungkin sebab tu kot kalau aku main futsal aku lagi suka jadi penjaga gol. Jap. Bila kali terakhir aku main futsal?

Ada sesiapa nak ajak I?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, June 30, 2011

The Living Proof

I can feel the difference. And I LOVE it!

Muka dah SANGAT kurang berminyak, walaupun di tengah panas.

Foundation + blusher (basic make-up) pun tak cair, walaupun di tengah panas.


Kenapa tiba-tiba?


Hari ini ada latihan fire drill. Kami semua dikehendaki berkumpul di tempat letak kereta belakang bangunan. It's an open space and we were there for around one hour (10-11 am approximately).

It's a normal thing semua orang berasa panas dan berpeluh, terutamanya perempuan. Muka dah mula rasa panas terbakar, berminyak, mekap cair etc.

But me, still maintain.

ALHAMDULILLAH, I REALLY LOVE MY SKIN IMPROVEMENT! It really feels like protecting instead of menyusahkan dan rasa rendah diri seperti sebelum ini :-)


Ramai yang perasan, ada antaranya yang tegur. Segelintir daripadanya sedang membuat pemerhatian yang berterusan. Silakan. My life is being enriched.




Friday, June 24, 2011

H.E.R.

She is sleeping. Very soundly.

She is not well. Having fever and keep coughing.

She is lonely. I can feel it.

But she said  "It's okay, I'm used to it. As long as I can be here with my children".

Every morning, she will make me breakfast, open the gate and send me to work with her eyes and smile.


And every time I got back from work, the gate is already opened for me to step into.


She'll wait for us having dinner together and we'll have some conversation.


What have I done for her? Have I been a great daughter for her? I don't think so. Though I always pray for her health, wealth and safety, I'm not good in showing my love to her. Most of the times I'm acting like not really entertaining her, while she'll do everything she can, as a MOTHER.


And after an incident today, I just hope, and really pray, that I will have ample time to give her what she wants and make her happy. What she wants is what I want too, and I am working towards it, for her. 

I need Your blessings, Allah..

One more wish, I hope to get married while she still in good health. She was there for my convo, when my father was unable to. I want her to be the main person behind my wedding day, like what she did for my other siblings. My wedding without my father, is already a tough reality.

Please give us more time, Allah..

I'll just keep praying.


*Forgot to give her panadol before she went for sleep. A bad daughter, I am.



Thursday, June 23, 2011

Selamat Tinggal

I'll have goosebumps every time I listen to this song, but only on Dina's part :-p

Good job Dina! I like this song because of you!

But I like Zizan too :-p










GLC Open Day




It's been a while since I participate in a big event. Yes, BIG! Corporates will be there!

Chup, when is the last time I involved?

Erm, in Wellington. Asean Night Market is the biggest so far.

How do I involved in GLC Open Day?

Because I work in one of the participants.

Who are the participants and what are the objectives of this event?

Basically it's to educate the public on the unique roles played by GLCs and how they have contributed towards the development of the nation's economy. Please click here to know in details and to know who are the participants.

What are the activities?

There will be prizes and giveaways in contests, booths and forums.


Kalau ada yang nak kenal orang-orang atasan dan berpengaruh, di sinilah tempatnya. Tapi itu bukan tujuan aku. I just enjoy involve with events yang melibatkan ramai orang *tapi tengok jugaklah event yang macam mana*. Banyak benda boleh belajar. About people, surroundings, behaviour. Also for my own experience.

Details of the event:

Date: 24th-26th June 2011
Time: 10 am - 8 pm (Friday & Saturday), 10 am - 6 pm (Sunday)
Venue: Kuala Lumpur Convention Centre

So do come! Boleh jumpa saya juga. Ada masa terluang kita lepak sekejap di Suria KLCC. *Kalau ada laa orang nak jumpa aku*

Get ready Iynas! It's a 3-day event! Just enjoy yourself!




Wednesday, June 22, 2011

New word

Lately, I always bumped into this one new word:

"AMBIENCE"

"Ambience is the atmosphere of a place" (The Free Online Dictionary, 2011)

Di mana aku pernah mendengar perkataan baru ini?

Yang paling aku ingat, dalam Akademi Fantasia 9, bilamana Ogy Ahmad Daud sebagai pengkritik tetap mengkritik persembahan Azri, salah seorang pelajar yang membawakan lagu Luar Biasa (my favourite song) by Shahir (AF8).

"Ambience tidak membantu anda untuk lagu ini" - cewahh, ingat pulak kritikan AF. Petikan hadis ingat tak?

Itu pertama kali aku dengar perkataan 'Ambience'. The next two or three times, I think I saw it when I was reading articles or newspapers.

I took it as a sign that I have learnt one new word and I shall practice it. Yes, knowledge must be practiced. Although just one new word. Thank you Allah..

Jadi, bila nak guna?

Tuesday, June 21, 2011

11.11.11

Alkisah tiga orang dalam perjalanan ke parking space i.e. Iynas (I), F (perempuan), dan A (lelaki).


   I: A, you pergi kursus kahwin kat Zura's Academic eh?

   A: Camne you tau?

   I: BBM status kot..

   F: Bila you kahwin?

   A: Bulan 11

   I: 11.11.11 eh?

   A: (Senyum)
   F: Sama laa plak kte kan..

   A: Ye ke? Si N (another guy) pun tarikh sama. 
Dan perbualan seterusnya berkisar kepada ramai akan kahwin tarikh itu, ramai yang tak boleh attend semua majlis, bila start booking dewan, and the list goes on.

Aku hanya mendengar. Tarikh itu sememangnya cantik untuk diabadikan. Pernah menjadi impian aku juga. Kalau bukan 11.11.11, 20.11.2011 pun menarik.

Tapi kini impian hanya tinggal sebagai impian. *teringat filem Impian by Amy Mastura dan Azhar Sulaiman. Tiada kaitan*

I'll find a new nice date :-)

Congrats girl and guys! I hope everything will go on smoothly, insyaAllah..


 

Monday, June 20, 2011

The Support

Tak sangka campur terharu bila mendapat komen dari seorang pembaca setia yang terus memberi sokongan untuk aku menulis. Terima kasih atas sokongan. Aku akan cuba mengembalikan rentak dengan menulis apa-apa yang berlaku di sekeliling yang aku rasakan memberi kesan kepada aku sekaligus juga memberi manfaat kepada orang lain, insyaAllah. Lain orang lain penerimaannya. Bergantung kepada bagaimana kita melihat dan mentafsir sesuatu itu.

Kalau ada pandangan dan kritikan membina, dialu-alukan untuk meninggalkan jejak. Mungkin ada ketikanya entri aku entah apa-apa.

The truth is, aku dah lama memasang impian untuk kembali berblog. Sejak aku pasang Unifi di rumah sekitar bulan Mei lepas. Fuh, serius best Unifi. Macam Telstra di New Zealand. Tak payah tunggu buffer kalau nak tengok YouTube dan seumpama dengannya. Download, memang seronok!

Sejak dari bulan Mei, macam-macam aku nak ceriterakan dalam blog ini. Setiap kali itu juga, ada saja benda lain aku nak buat dulu sampai aku terlupa atau tiada masa. Selalunya, Facebook atau YouTube dululah. Macam perkara wajib plak dua laman itu menjadi yang utama. Kalau rasa dah berlebihan sangat dan rasa lain macam, beralih kepada iLuvislam atau Saifulislam. Bila dah lama mengadap laptop, buat kerja-kerja rumah, tak pun, cari makan, tak pun, tengok tv, tak pun, keluar dengan kawan. Akhirnya, blog tak berjalan, walaupun draft dah ada dalam kepala.

Dan hari ini, aku nak mulakan dengan sesi lunch bersama one of my beloved housemates semasa di Wellington. Housemate saya seorang ini dah slim. Jealous! Nak tahu apa rahsianya? Mari kita minta pendapat si dia dulu, boleh tak kongsi dalam blog. Kalau boleh, insyaAllah saya tulis. Simple jer cara dia. With just one word :-)

So here she is:


Gambar kami sama-sama approve sebab dari sisi pipi nampak kurang tembam :-p tapi nampak plak bekas jerawat sebijik baru sembuh
 Nak tau kurus macam mana?

Aku ceritera kemudian ok :-)




Thursday, June 16, 2011

Salam again to all readers, if you still do and want to

Almost 8 months.

Fuh, nak tulis ape nieh? Macam mana nak tulis blog nie? Aahhh~

Ok, over.


I want to write again. Thus, the new blog title and layout.