Monday, July 25, 2011

True test lies in reality

Ujian sebenar adalah di sekeliling kita. Bagi aku, apa guna kita RASA kita memiliki ilmu yang banyak tetapi tidak dipraktiskan? Cukupkah hanya sekadar berdiam diri di rumah, kononnya mengelak daripada perkara-perkara yang tidak menambahkan iman, dan berkongsi-kongsi di kalangan yang sudah sedia tahu?

Semuanya bermula dengan erti persahabatan dan kasih sayang. Segala-galanya kemudian menjadi mudah.

Namun memang benar, kalau diri belum cukup ditarbiah, ujian itu boleh menghanyutkan. Lautan ujian dunia kini semakin deras. Aku kadang-kala lemas. Berenang sendirian tanpa henti adalah memenatkan. Aku perlukan pelampung sebagai sokongan.

Lalu aku masih mahu terus ditarbiah.


Rasulullah bersabda:


"Menyendiri lebih baik daripada berkawan dengan yang buruk, dan kawan bergaul yang sholeh lebih baik daripada menyendiri..."

(HR. Al Hakim)

Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang saleh dan berkawan dengan orang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi (misk) dan seorang peniup dapur tukang besi. Penjual minyak wangi, dia mungkin akan memberikan kamu atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapatkan aroma harum darinya. Tetapi peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu atau kamu akan mencium bau yang tidak sedap."

(Shahih Muslim)

 

No comments:

Post a Comment