Thursday, July 28, 2011

Ada air di hujung mata

Aku rindu mama dan baba.

Being independent is good. But being independent for too long without parents and family is not.

Kawan-kawan ada. Ramai alhamdulillah.

Tapi tidak sama dengan mama dan baba, kerana mereka yang telah menjadikan aku orang. Memantau, memarahi, membebel, menasihati lalu mendidik aku menjadi seorang yang tahu berfikir.

Kini aku rindukan, tidak, aku perlukan mereka memandu aku dalam urusan sekeliling. I have been an independent person for such too long. I need something to hold on.

Alhamdulillah, iman telah membantu aku melalui ranjau hidup.

Sungguh, ALHAMDULILLAH.

Ya Allah, hanya padaMu aku berserah urusan hidupku. Tolong jangan biarkan hidupku ditentukan oleh diriku sendiri, walau dalam kadar sekelip mata atau yang lebih pendek dari itu. Hanya Engkau perancang dan penentu hidup terbaik. Walau di kebanyakan masa aku berdosa, tolong jangan biarkan aku lupa bahawa Kau masih ada untuk mengampunkan dosa-dosa. Ameen.




No comments:

Post a Comment