Monday, June 20, 2011

The Support

Tak sangka campur terharu bila mendapat komen dari seorang pembaca setia yang terus memberi sokongan untuk aku menulis. Terima kasih atas sokongan. Aku akan cuba mengembalikan rentak dengan menulis apa-apa yang berlaku di sekeliling yang aku rasakan memberi kesan kepada aku sekaligus juga memberi manfaat kepada orang lain, insyaAllah. Lain orang lain penerimaannya. Bergantung kepada bagaimana kita melihat dan mentafsir sesuatu itu.

Kalau ada pandangan dan kritikan membina, dialu-alukan untuk meninggalkan jejak. Mungkin ada ketikanya entri aku entah apa-apa.

The truth is, aku dah lama memasang impian untuk kembali berblog. Sejak aku pasang Unifi di rumah sekitar bulan Mei lepas. Fuh, serius best Unifi. Macam Telstra di New Zealand. Tak payah tunggu buffer kalau nak tengok YouTube dan seumpama dengannya. Download, memang seronok!

Sejak dari bulan Mei, macam-macam aku nak ceriterakan dalam blog ini. Setiap kali itu juga, ada saja benda lain aku nak buat dulu sampai aku terlupa atau tiada masa. Selalunya, Facebook atau YouTube dululah. Macam perkara wajib plak dua laman itu menjadi yang utama. Kalau rasa dah berlebihan sangat dan rasa lain macam, beralih kepada iLuvislam atau Saifulislam. Bila dah lama mengadap laptop, buat kerja-kerja rumah, tak pun, cari makan, tak pun, tengok tv, tak pun, keluar dengan kawan. Akhirnya, blog tak berjalan, walaupun draft dah ada dalam kepala.

Dan hari ini, aku nak mulakan dengan sesi lunch bersama one of my beloved housemates semasa di Wellington. Housemate saya seorang ini dah slim. Jealous! Nak tahu apa rahsianya? Mari kita minta pendapat si dia dulu, boleh tak kongsi dalam blog. Kalau boleh, insyaAllah saya tulis. Simple jer cara dia. With just one word :-)

So here she is:


Gambar kami sama-sama approve sebab dari sisi pipi nampak kurang tembam :-p tapi nampak plak bekas jerawat sebijik baru sembuh
 Nak tau kurus macam mana?

Aku ceritera kemudian ok :-)




No comments:

Post a Comment