Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)
Saling menegur dan saling menasihati ke arah kebaikan. Itulah antara komposisi ayat ini.
Aku selalu kata, tegur aku kalau aku salah. Serius aku tak kisah. Mungkin aku akan tersentap sekejap pada awalnya, tapi insya-Allah dgn izin-Nya, aku lapangkan dada. Teguran itu bermakna orang sayangkan kita dan ingin melihat kita menjadi lebih baik.
Tapi kenapa aku susah nak buat yang sama untuk orang lain? Untuk keluarga aku ok sikit, tapi antara kawan-kawan, aku tengok jenis orang. Kalau aku rasa dia jenis yang boleh terima teguran, then aku tegur, kalau tak, aku senyap. Takut dia benci kat aku.
Kenapa harus ada perasaan itu? Sedangkan ayat itu sudah jelas. Allah S.W.T. Maha Mengetahui yang perkara seperti ini selalu terjadi, maka sesiapa yang kuat imannya akan berpegang dengan ayat ini. Aku kagum dengan sesiapa yang dapat mengamalkan ayat ini, kerana aku mengaku aku di antara orang yang susah untuk melakukannya. Persoalannya sekarang, siapa yang mahu meletakkan dirinya dalam kerugian?
Berikut adalah alasan yang biasa aku guna bila rasa susah nak tegur:
- Siapalah aku untuk menegur, aku bukan mak dia.
- Asalkan dia tak kacau aku, sudahlah. Dia tak kacau aku, aku tak kacau dia.
- Dulu aku buat macam tu jugak, mungkin sekarang aku masih buat lagi tanpa disedari. Takkan aku nak tegur dia plak. Macam cakap tak serupa bikin.
- Aku bukan mak dia, tp aku saudara seIslam dia. Menjadi tanggungjawab aku untuk menegur kalau aku rasa dia buat salah. Tegur dulu, kalau dia perlukan nasihat, baru nasihat panjang sikit. Hak seorang muslim kepada muslim yang lain adalah memberi nasihat apabila dia memerlukan. *Terima kasih kepada buku hijau Fatinn :-)*
- Salah berfikiran seperti ini. Sekali lagi, sebagai saudara seIslam harus menegur. Ayat di atas pun sudah jelas. Lagipun, kan selalu kata, sharing is caring? Jadi tak salah berkongsi teguran dan nasihat kan? ;-)
- Ada dua orang kawan aku bagi dua point ini:
- Kalau nak tunggu semua orang jadi betul-betul baik baru nak tegur, sampai bila-bila pun manusia berada dalam kerugian.
- Jangan tengok kepada siapa yang memberi teguran atau nasihat, tetapi dengar kepada teguran dan nasihat yang diberikan. Mungkin orang itu sedang melakukannya untuk dirinya sendiri juga.
Semua orang tahu guna ayat ini. Ada nilai atau tidak kepada diri sendiri, terpulang kepada integriti seseorang. Betul. Tak dinafikan manusia dijadikan lemah oleh Allah. Tetapi Allah juga sayangkan hamba-Nya yang kuat. Mesti kita nak Allah sayang kita kan? Macam mana nak jadi kuat? Salah satu caranya adalah mengikut perintah Allah, walaupun kita merasa susah.
Firman Allah:
- "Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang
kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu.
Dan, boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."'
(al-Baqarah: 216)
kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu.
Dan, boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."'
(al-Baqarah: 216)
Walaupun setelah mengetahui ayat-ayat ini, aku masih lagi rasa susah. Aku kan asyik fikir tentang pandangan orang terhadap aku. Takut orang tak suka aku. Siapa tak nak diri kita disenangi oleh semua orang kan?
Ah, itu semua hanya alasan! Alasan yang bisa mematikan hati! Berpegang kepada kebenaran, kerana fitrah manusia suka kepada kebenaran dan kebaikan. Cuma memerlukan sokongan, dan teguran itu sebagai sokongan.
Tak puas hati itu perkara biasa bagi manusia yang serba kekurangan. Tapi tak perlu dipanjangkan. Luahkan, tapi jangan sebarkan. Sebaik-baiknya luahkan kepada orang yang kita percaya dan tahu amanahnya.
Percayalah, kalau kita tegur kerana Allah, kita akan rasa tenang selepas itu. Rasa macam terlepas satu bebanan. Macam mana aku tahu? Sebab aku pernah buat. Tapi tak selalu. Sebab tu lagi sekali aku tekankan ia susah, sebab masa aku nak tegur tu, memerlukan kekuatan yang jitu. Ye laa, tak pasal-pasal nanti kata aku kecoh laa, mind your own business laa, ape laa. Kang aku marah plak. Hilang sekejap rasa nak lapang dada. Elok-elok nak tegur, aku plak kena marah kan. Sebab tu laa, selain berlapang dada, kekuatan iman itu amatlah penting. Kalau lepas itu dia menjauhi kita tanda protes sebab ditegur dan tetap melakukannya, berdoalah kepada Allah. Dengan izin-Nya, lambat-laun dia akan sedar juga.
Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya, dan apabila tidak mampu maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadits riwayat Imam Muslim).
(Hadits riwayat Imam Muslim).
Selemah-lemah iman adalah mengecam dalam hati. Cukupkah bila kita tahu kita mampu? Mampu atau tidak, sekali lagi terpulang kepada integriti seseorang.
Oleh itu, aku tidak jemu-jemu meminta kalian agar menegur aku ke arah kebaikan. Sama-samalah kita berkongsi teguran. Sama-samalah kita menuju kebaikan.
Aku sedar aku nie bukanlah baik sangat nak tegur orang atau menulis tentang ini semua. Itulah cabaran orang yang mahu berubah tetapi belum berubah sepenuhnya, iaitu berdepan dengan pandangan skeptikal. Yang dekat dengan aku insya-Allah sedar yang aku sedang cuba untuk berubah, walaupun progress amat perlahan. Jangan kata kita tidak boleh atau tidak mampu untuk berubah. Itu semua alasan. Jangan terlalu selesa. Kerana masa sudah tidak terlalu lama.
*Selalu ingat 'hadis kotak'*
No comments:
Post a Comment