Saturday, May 30, 2009

Peluang dan Usaha

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Seharian hari ini hampir berlalu. Malam ini aku ingin tidur awal. Tidur awal yang lena. Aku gembira dan bersyukur dengan hari ini. Kenapa? Biar aku dan Dia sahaja yang tahu ;-)

Boleh bagi sikit hint. Dalam hidup ini kalau setiap apa yang kita buat dengan harapan untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T., yang merupakan salah satu dari tujuan hidup manusia diciptakan, maka aktiviti seharian yang biasa akan dirasakan berbeza dan luar biasa. Hati akan berasa lebih tenang, insya-Allah.

Kita sentiasa diberi peluang. Cuma usaha yang membezakan. Juga kefahaman tentang tujuan hidup manusia.

Lumrah sebagai hamba-Nya tidak akan terlepas daripada ujian dan dugaan. Percayalah bahawa ujian dan dugaan diturunkan oleh-Nya untuk menunjukkan betapa sayangnya Dia kepada kita.

Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan"
(Riwayat Al-Bukhari)

Jadi aku mungkin tidak mahu merasai hari yang tenang seperti hari ini sampai bila-bila, kerana aku mahu merasai kasih sayang dari-Nya dan kebaikan yang telah disediakan oleh-Nya untuk aku.

Hari ini juga aku telah mendapat satu lagi peluang. Peluang yang amat rugi jika dilepaskan. Peluang untuk aku meluaskan jalan. Inilah peluang yang aku nanti-nantikan lewat kebelakangan ini. Ini adalah peluang permulaan. Perjalanan itu masih jauh. Dengan peluang itu, makin banyak yang dituntut dari aku. Jangan salah faham. Aku bukan merungut. Malah aku menganggapnya sebagai cabaran, sementelah peluang ini merupakan salah satu tuntutan wajib. Oleh itu, peluang ini menuntut USAHA, DISIPLIN, KOMITMEN dan paling penting, PENGORBANAN yang bukan sedikit. Aku percaya aku mampu, tetapi aku masih memerlukan bimbingan dan dorongan.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Terima kasih Ya Allah. Peluang itu telah melengkapkan hari yang tenang ini.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. bermaksud:
"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama
dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi.
Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,
dia tergolong orang yang dilaknat Allah s.w.t."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Hadis ini membuatkan aku terfikir, adakah selalu aku berada di dalam golongan orang yang rugi? Minta dijauhkan dari golongan ketiga. Golongan yang ingin dituju, mestilah golongan yang beruntung.

Aku perlu mendalamkan kefahaman tentang hadis ini, sebab dalam kotak fikiran aku sekarang ada satu anologi yang aku tidak pasti betul atau tidak.

Ouh, ada satu pepatah yang dapat mematahkan analogi aku:

"Practice makes perfect"


No comments:

Post a Comment