Bismillah. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah tengah hari semalam aku dapat menyaksikan satu lagi penyusunan terbaik Allah S.W.T.
Allah sebagai penyusun terbaik berlaku pada setiap masa. Tidak ada yang dijadikan Allah itu sia-sia. Most of the time tidak nampak dan tidak dapat tercapai dek akal. Tapi bila nampak tu, cepat-cepatlah memanjatkan syukur, semoga dapat menambah kesihatan iman :-)
Hairankah kenapa aku asyik sebut tentang penyusunan terbaik Allah S.W.T.?
Tidak ada apa yang perlu dipelikkan. Cuma ini sebagai salah satu dari banyak cara untuk kita memerhatikan kebesaran Allah S.W.T., agar hati kita sentiasa subur.
Banyak lagi cara. Terpulang kepada cara masing-masing untuk menyuburkan hatinya. Kemudian, berkongsi. Supaya orang lain dapat mempelajari cara lain pula, namun tujuan tetap sama.
Para sahabat dulu, Rasulullah S.A.W. menyampaikan beberapa potong ayat sahaja, kerana ketika itu Al-Quran masih belum lengkap. Tetapi dengan kefahaman beberapa potong ayat itulah, para sahabat berkongsi dengannya, menjadi antara manusia terhebat yang dijanjikan syurga.
Kita? Al-Quran dah lengkap. Namun kefahaman kita masih belum dapat mencapai tahap para sahabat. Malah semakin lemah. Ada yang memberi alasan belum cukup ilmu untuk berkongsi.
Tidak perlu menunggu sampai ilmu betul-betul cukup di dada baru nak berkongsi, kerana ilmu Allah itu terlalu luas untuk kita tahu semuanya.
Tidak penting untuk tahu.
Yang penting ialah FAHAM.
Antara TAHU dan FAHAM. Keduanya berbeza.
Setelah faham, kemudian berkongsilah.
Sharing is caring. *Wink*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment