Thursday, August 20, 2009

Berani kerana benar

Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sebelum apa-apa, sila klik link ini:

http://miminapis.wordpress.com/2009/08/20/bina-hubungan/


Alhamdulillah, dikurniakan orang-orang di sekeliling yang sentiasa memberikan kata-kata semangat, yang faham akan kepentingan berjuang di jalan kebenaran. Semoga kita semua sentiasa dilindungi, dirahmati dan diberi petunjuk oleh-Nya. Aminn.

Dengan apa yang sedang terjadi, alhamdulillah diberikan petunjuk oleh-Nya untuk membaca tafsir surah al-A'raf ayat 171-188.

Kepada semua, ambillah tafsir al-Quran dan baca surah al-A'raf ayat 171-188. Selain mendapat pahala mentadabbur al-Quran, semoga mendapat pengajaran daripada ayat-ayat itu yang menceritakan tentang kemurkaan dan perumpamaan Allah terhadap orang-orang yang lengah dan mendustakan kebenaran.

"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah."
(ayat 179)

Aku sendiri, terkena batang hidung ketika membaca ayat 172-174. Sebab dalam salah satu sesi pembelajaran menceritakan tentang bagaimana sebelum dilahirkan, iaitu di alam roh, kita semua sebenarnya sudah bersaksikan bahawa Tuhan kita adalah Allah. Kita telah berjanji untuk patuh kepada Allah.

Kemudian out of curiousity aku bertanya macam mana kalau kita beri alasan bahawa kita tidak sedar yang kita pernah membuat kesaksian itu. Kita tidak tahu kita pernah melakukannya. Sebab itu ringan sahaja jasad berbuat dosa.

Ampunkan aku Ya Allah kerana bertanya soalan seperti itu. Alhamdulillah, diberi petunjuk oleh Allah untuk mendapatkan jawapannya dalam ayat 172-174 surah al-A'raf. Betapa Allah Maha Mengetahui ada antara hamba-hamba-Nya yang akan bertanya seperti itu. Subhanallah. Lebih baik dapat peluang bertanya di dunia daripada memberi alasan di akhirat. Alhamdulillah.

Jawapannya, sekarang sudah tahu. Jadi tiada alasan lagi untuk menjadi degil. Allah benci orang-orang yang degil.

Suapkanlah roh kita dengan ayat-ayat Allah supaya dapat memandu jasad kita ke arah kebaikan. Sebenarnya roh kita rindukan Penciptanya.

Aku mohon perlindungan dari-Mu Ya Allah. Aminn.

1 comment:

  1. assalamualaikum kak iynas,

    terima kasih utk ayat itu.
    terima kasih juga sebab sudi link kan.

    p/s: tu surah bacaan usrah kita sekarang kan? hehe. ;) tapi, belom smpai kat ayat tu lagi. bagus! akak dah explore dulu. ;)

    ReplyDelete