Tuesday, August 25, 2009

'Checklist' Amalan di Bulan Ramadhan

Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ramadhan tiba! Alhamdulillah. Bersyukur dipertemukan dengannya.

Macam mana puasa? Ok? Insya-Allah :-)

Jom, kita buat 'checklist' Ramadhan. Dipetik dari iLuvislam.com.


4.00 pagi

1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:


“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”

2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.


4.20 pagi

1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


5.00 pagi

1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.


5.30 pagi

1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.


7.00 pagi

1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.

2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.

3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi

1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja


12.45 tengah hari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 petang

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA


5.30 petang

1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!



6.30 petang

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :


“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.


8.00 malam

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 malam

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :


"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."


Nama pun 'checklist'. Kadang-kadang penuh, kadang-kadang tidak. Yang penting kita berusaha. Sebab usaha yang Allah lihat!

Selamat beramal~ :-)


Akan bermusafir selama 10 hari, insya-Allah. Doakan keselamatan kami yea :-D

Thursday, August 20, 2009

Hari yang penuh dengan kemesraan

Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sudah lama rasanya tak berjalan-jalan di Oriental Bay bersama-sama teman serumah. Kalau tak silap kali terakhir adalah ketika tahun pertama.

Masih ingat ketika mula-mula sampai sini, Oriental Bay adalah tempat kami menghabiskan masa bersama hampir setiap hari, kerana ketika itu kami ditempatkan di backpackers selama 10 hari sebelum dapat masuk ke tempat penginapan yang sekarang ini.

Hari ini, tidak mahu mensia-siakan matahari yang memancar terang, kami mengambil keputusan untuk meluangkan masa petang kami di Oriental Bay sambil menikmati aiskrim.

Duduk, makan aiskrim, ambil gambar sambil melihat matahari terbenam, ditemani lautan, bukit dan makhluk-makhluk lain ciptaan Tuhan. Indahnya perasaan itu. Seperti ada sesuatu yang baru, yang erat di antara kami. Mungkin juga kerana faktor sudah lama tidak ke Oriental Bay, persekitaran yang sungguh menenangkan. Subhanallah. Angin juga tidak terlalu kuat hari ini, alhamdulillah, walaupun salah seorang daripada kami mengadu kesejukan. Tu laa, siapa suruh tak pakai tebal sikit dah tau nak pergi Oriental Bay. Macam tak biasa jer dengan istilah 'jangan tertipu dengan kecerahan Wellington tidak bermaksud tidak terlalu sejuk'. Haha.

"Eh, jom pegi New World besar. Apa cite die eh? Lama tak jenguk. Last time pergi masa 1st year. Mesti da banyak perubahan", salah seorang daripada kami mengajak. New World besar memang agak jauh dari rumah kami.

Haha. Comel sungguh. Aku perasan hobi salah seorang teman serumahku ini ialah suka berjalan-jalan di supermarket. Dia pun mengaku. Dia sungguh teruja kalau nampak benda-benda baru terutama makanan. Pantas akan digodeknya. Daripada packaging luaran sampailah ke ingredients dalaman. Haha. Comel comel. Kerana dia aku dah tahu akan kewujudan satu jenis makanan bersumberkan daging lembu dan kambing yang diiktiraf halal oleh FIANZ. Sayangnya daging ayam pulak tidak diiktiraf halal.

Kami teman hobi dia sampai dia rasa puas. Enjoy tengok gelagat dia. Haha.

Malamnya pula kami diundang untuk meraikan hari lahir teman seperjuangan. Sederhana tetapi berwarna-warni dan penuh kemesraan. Kepada anda teman seperjuangan yang sudah meningkat setahun dewasa, semoga anda sentiasa tabah mengharungi cabaran dan menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Walaupun bertubuh kecil (sangat kecil mungkin), tetapi jiwa anda besar. Sungguh besar. Bagaikan tidak sepadan dengan saiz tubuh. Itulah antara ciri seorang muslim yang diinginkan. Berjiwa besar dan pandai menggunakan potensi diri. Semoga anda terus bermujahadah dan dilimpahi rahmat Allah S.W.T. selalu. Aminn.

Video tu, memang best ok. Tak sangka kami yang mendapat kejutan. Haha. Mesti akan rindu punya bila tengok balik beberapa tahun akan datang. Saat itu akan tergambar kembali ikatan ukhuwwah yang terjalin mesra antara kita. Ikatan yang terjalin kerana Allah hendaknya, insya-Allah.

Maaf tiada hadiah dari kami.

Harapannya agar kemesraan yang terjalin erat ini akan terus berkekalan, insya-Allah.

Indahnya berkasih-sayang kerana Allah.

Berani kerana benar

Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sebelum apa-apa, sila klik link ini:

http://miminapis.wordpress.com/2009/08/20/bina-hubungan/


Alhamdulillah, dikurniakan orang-orang di sekeliling yang sentiasa memberikan kata-kata semangat, yang faham akan kepentingan berjuang di jalan kebenaran. Semoga kita semua sentiasa dilindungi, dirahmati dan diberi petunjuk oleh-Nya. Aminn.

Dengan apa yang sedang terjadi, alhamdulillah diberikan petunjuk oleh-Nya untuk membaca tafsir surah al-A'raf ayat 171-188.

Kepada semua, ambillah tafsir al-Quran dan baca surah al-A'raf ayat 171-188. Selain mendapat pahala mentadabbur al-Quran, semoga mendapat pengajaran daripada ayat-ayat itu yang menceritakan tentang kemurkaan dan perumpamaan Allah terhadap orang-orang yang lengah dan mendustakan kebenaran.

"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah."
(ayat 179)

Aku sendiri, terkena batang hidung ketika membaca ayat 172-174. Sebab dalam salah satu sesi pembelajaran menceritakan tentang bagaimana sebelum dilahirkan, iaitu di alam roh, kita semua sebenarnya sudah bersaksikan bahawa Tuhan kita adalah Allah. Kita telah berjanji untuk patuh kepada Allah.

Kemudian out of curiousity aku bertanya macam mana kalau kita beri alasan bahawa kita tidak sedar yang kita pernah membuat kesaksian itu. Kita tidak tahu kita pernah melakukannya. Sebab itu ringan sahaja jasad berbuat dosa.

Ampunkan aku Ya Allah kerana bertanya soalan seperti itu. Alhamdulillah, diberi petunjuk oleh Allah untuk mendapatkan jawapannya dalam ayat 172-174 surah al-A'raf. Betapa Allah Maha Mengetahui ada antara hamba-hamba-Nya yang akan bertanya seperti itu. Subhanallah. Lebih baik dapat peluang bertanya di dunia daripada memberi alasan di akhirat. Alhamdulillah.

Jawapannya, sekarang sudah tahu. Jadi tiada alasan lagi untuk menjadi degil. Allah benci orang-orang yang degil.

Suapkanlah roh kita dengan ayat-ayat Allah supaya dapat memandu jasad kita ke arah kebaikan. Sebenarnya roh kita rindukan Penciptanya.

Aku mohon perlindungan dari-Mu Ya Allah. Aminn.

Wednesday, August 19, 2009

KALAU DAN KALAU...

Kalaulah Allah lihatkan amalan kita. Berapa banyak dosa. Berapa banyak pahala??

Kalaulah dosa itu macam batu. Berapa berat perlu kita angkat?

Kalaulah pahala itu bagai duit. Berapa banyak boleh simpan dalam akaun??

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa, dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri.
Adakah kita akan berkawan dengan mereka? atau takut dan memusuhi mereka? atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan.. (tetap sama seperti biasa kita buat)

Kalaulah, Muhammad hidup bersama kita.
Adakah kita layan baginda selayaknya sebagai seorang nabi.
Malu berbuat dosa depan mata banyak nya bertimbun-timbun.
Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.
Malu sebab tinggalkan risalah baginda.
Malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita saudara.
Hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.

Pada hal dah tahu tak bawak ke manapun harta berlambak sedunia!!
Pada hal dah tahu pegangan kita sama!!
Pada hal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!

Kalaulah kita nampak syurga dan neraka.
Tempat dan rupa nya bagaimana? Apa ada dalam syurga?
Apa isi dalam neraka?
Dan setiap Ahmad,Abdullah dan ar-rijal dicop dia munafiq, kufur, islam atau beriman...
Masihkah aku dan kau lari dari tanggungan amalan..
Masihkah kita berdalih dan beralasan??

Kalaulah Allah menampak kan wajahNya pada kita masihkah kita sanggup syirikkan dia? Agungkan cinta manusia lagi tinggi dari cinta Dia!!


Berkalau-kalau tu amalan syaitan.. tapi "kalau" yang ini aku tulis untuk keluarkan kau,aku dan dia dari terus teruk daripada syaitan.



(Ihsan: iLuvislam.com)

Tuesday, August 18, 2009

ABP - bukan Anugerah Bintang Popular, tetapi Ayuh Bantu Palestin!

Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

*pembetulan nama website: www.ismanewzealand.blogspot.com

Bersempena dengan Roadshow Aman Palestin NZ 2009 ini, kami melancarkan Tabung Bersamamu Palestin. Pemberian sumbangan boleh diberikan samada dalam bentuk bantuan kewangan ataupun barangan. Antara barang yang boleh disumbangkan termasuklah hasil karya lukisan, barangan elektrik, gadet elektronik atau apa sahaja yang dirasakan sesuai untuk disumbangkan. Hasil kutipan barangan akan dilelongkan pada hari kemuncak Ayuh Bantu Palestin (ABP) di Wellington yang bakal berlangsung pada 29 Ogos 2009. Hasil duit lelongan akan disalurkan ke dalam tabung Bersamamu Palestin. Segala penyerahan barangan boleh dilakukan pada bila-bila masa sehingga tarikh 25 Ogos 2009. Ayuh rakan-rakan, sama-samalah kita menghulurkan bantuan, walaupun nilainya kecil dimata kita tetapi amat bermakna buat saudara kita di sana.

(Ihsan: Seed of Islam)


Dalam surah al-Baqarah banyak disebut tentang kepentingan dan kelebihan infak. Antaranya:

195. "Dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik".

219. "...Dan mereka menanyakan kepadamu (tentang) apa yang harus mereka infakkan. Katakanlah, 'kelebihan (dari apa yang diperlukan)'. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya agar kamu memikirkan,


245. Barang siapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.


254. Wahai orang-orang yang beriman! Infakkanlah sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari ketika tidak ada lagi jual beli, tidak ada lagi persahabatan dan tidak ada lagi syafaat...


261.
“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui".

267. Wahai orang-orang yang beriman! Infakkanlah sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untukmu...


Jadi, tunggu apa lagi! Marilah kita berkejar-kejaran berbuat kebaikan!

Dalam salah satu sesi 'pembelajaran', ade seseorang tanya, kalau kata kita betul-betul tak mampu dari segi harta benda, takkanlah berdoa saja. Macam tak cukup.

Memang benar doa itu adalah senjata orang mukmin. Allah suka kepada hamba-Nya yang berdoa.

Dan jawapan yang diberikan kepada persoalan itu senang saja.

"The least that we could do is to be a better person."

Lebih baik yang macam mana?

Sudah tentulah yang lebih baik ke arah-Nya.

Wallahualam.

Ujian Tanda Rahmat Allah

Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Takdir Allah telah menetapkan segala-galanya berlaku. Tiada apa pun yang berlaku di dunia ini tanpa Allah terlepas pandang dan tahu tentang akan berlakunya sesuatu.

Anggap ini semua sebagai ujian dan dugaan dari Allah untuk melihat siapa di antara hamba-hamba-Nya yang benar-benar beriman. Anggap juga ini sebagai didikan dari Allah yang mengajar kita agar bersabar dan berlapang dada.

Orang Islam mesti berjiwa besar!

Ingat setiap yang berlaku ada hikmah-Nya.

Ingat juga Allah Penyusun Terbaik! Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.

Monday, August 17, 2009

Just what I have expected

Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Aku sendiri terfikir, adakah aku tidak mengambil pengajaran atas apa yang berlaku tahun lalu? Isunya lebih kurang sama juga. Menegur melalui blog.

Kesan dari isu tahun lalu, aku lihat dan aku rasa sendiri.

Aku tak nafikan, aku seorang yang akan selalu berfikir dengan pandangan orang. Aku mengambil masa yang lama untuk menulis dan menekan butang 'publish post', dan membiarkan orang membacanya.

Selama aku berfikir dan teragak-agak itu, tangan menggigil. Sebab aku pernah berada dalam situasi yang sama. Dan aku pasti akan menimbulkan ketidakpuasan hati ramai orang.

Namun aku kuatkan hati, kerana pandangan Allah lebih penting daripada pandangan manusia. Syafaat dan rahmat Allah yang akan menyelamatkan kita di akhirat nanti, dan itu apa yang aku harap dan inginkan. Aku takut jika sudah terlambat untuk menyesal.

Nah! Sekarang semua orang sudah tahu, Iynas dah lain. Jadi sekarang Iynas perlu lebih berhati-hati.

Tapi Iynas tak berubah. Iynas tetap Iynas makhluk Allah yang banyak kekurangan, cuma Iynas sedang berusaha untuk menjadi lebih baik dan hidup dalam rahmat Allah.

Kita hidup di bumi siapa? Bumi Allah. Jadi ikutlah hukum Allah.

Tegur saya jika saya juga buat silap dan tidak mengamalkan apa yang saya cakap. Kadang-kadang saya juga terlepas pandang. Jahiliyyah diri masih banyak belum dibuang.

Wallahualam.

Saturday, August 15, 2009

Mencari jalan keluar

Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

'Mereka'...lebih dahulu mendapatkan kita.

'Mereka'...lebih dahulu menangkap perhatian kita.

Sejak kecil, kita didedahkan dengan 'mereka'.

Lemas, hanyut dengan 'mereka' sehingga menyukarkan kita mencari ruang untuk bernafas.

Seperti di lautan dalam.

Baru seketika muka dapat dikeluarkan ke permukaan laut untuk menghirup udara segar, kedua-dua kaki seperti ditarik-tarik semula, kuat masuk ke dalam semula.

Ketika itu hanya kekuatan dan kesabaran yang memisahkan di antara permukaan dan dasar.

Tidak boleh disalahkan, kerana 'mereka' itu sudah terlalu sebati dalam diri.

Sejak kecil dibiasakan. Maka mengambil masa untuk keluar dari kebiasaan itu.

Teruskan berusaha dan bermujahadah.

Kerana itu yang dilihat dan dinilai.

Yang berjaya keluar, alhamdulillah. Bayangkanlah diri seperti terselamat bersama-sama dengan bahtera Nabi Nuh.

Di atas bahtera itu, lihatlah ke bawah semula. Adakah ingin menjadi lemas semula bersama-sama yang masih belum mendapat kekuatan?

Adakah ingin lihat sahaja, atau menurunkan diri dari bahtera dan membantu?

Bimbang jika demikian, akan termasuk dan lemas semula.

Maka perlu mempersiapkan diri dan berstrategi.

Menyampaikan. Ya, perlu menyampaikan! Bagaimana? Menjerit dari atas bahtera? Dapat dengarkah mereka?

Yang mendengar akan dengar, yang tidak mendengar mungkin sudah tidak dapat dengar kerana terlalu lemas.

Atau...

Sementara itu, yang masih mencari jalan untuk keluar sepenuhnya dari kelemasan itu, bertahanlah! Minta kekuatan dan keampunan dari-Nya.

Firman Allah:

"Katakanlah (Muhammad), 'Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)."

(Al-Kahfi: 109)

Ketahuilah sesungguhnya keampunan dan rahmat Allah itu sangat luas.

Perlukah ada rindu kepada lautan yang pernah melemaskan itu?

Sebagai manusia yang asalnya lemah lagi hina namun telah diangkat darjatnya dan dimuliakan oleh-Nya,

Aku, tidak dapat, tidak berhak berkata apa-apa.

Kerana takdirku jua di tangan-Nya, Yang Mencipta.

Yang sentiasa mengharapkan peliharaan dan perlindungan terbaik dari-Nya.

Siapakah 'mereka'?

Itulah jahiliyyah diri kita.

Friday, August 14, 2009

Ketentuan

Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Hari ni ade kelas pagi. Cuaca sangat baik. Cerah. Alhamdulillah. Tapi aku rasa kurang sihat. Maka ambil keputusan untuk tidak pergi kelas dan minta tolong housemateku rekodkan lecture.

Pastu bila kawan-yang-pergi-kelas-bersama datang, dia menjerit dari bawah kata ada parcel. Untuk Iynas katanya.

Wah, apa lagi! Terus bangun nieh! Terus rasa sihat! Tak sangka agak cepat juga sampai. Tapi dah tak sempat laa nak siap g kelas. Hehe.

Maka terus ambil dan terus godek isi-isinya. Seperti biasa ada ikan bilis, rempah-rempah dan sedikit juadah persiapan untuk raya.

Tapi yang specialnya, paling special sekali, ialah 3 pasang baju raya baru! Wee~ Sebelum ni balik Malaysia mesti da buat siap-siap pastu datang bawak terus awal-awal. Kali ni dapat rasa macam orang lain, dihantar terus dari Malaysia menjelang raya (walaupun puasa pun belum lagi). Tu yang perasaan lain sikit kot. Hehe.

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Daripada tak bermaya terus menjadi aktif. Risau juga sebab hari ni memerlukan aku bergerak lebih aktif. Ada aktiviti menanti. Itulah berkat kasih sayang seorang ibu barangkali. Dan perasan tak timing sangat bagus? Sebab apa? Sebab Allah S.W.T. yang dah tentukan segala-galanya. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Allah S.W.T. Penyusun Terbaik. Subhanallah. Allahuakbar.

Rasa hairan timbul di hati, hari tu ada hantar surat kat mama. Surat penting. Tapi sampai sekarang tak sampai-sampai. Pelik betul. Sampai kena marah dengan mama sebab tak guna registered post walaupun mama suruh. Tu la, degil! Hikmahnya di sini ialah, jangan degil cakap ibu! Walaupun rasa yakin sampai, kalau Allah kata tak sampai, maka tak sampai juga. Sebab Iynas degil cakap mama! Dah minta maaf kat mama. Huhu.

Ok, nak sambung susun barang-barang pemberian mama tersayang.

Terdiam mendengar berita Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia. Masih muda, 40 tahun. Beliau jatuh pengsan ketika sedang buat program 'Syahadah' di sebuah stesen tv dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Betapa Allah lebih menyayanginya. Tak tahu berapa banyak beliau telah berjuang untuk agama. Semoga roh beliau dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminn.

Ingatlah wahai diri sendiri dan rakan-rakan tersayang, mati tidak mengenal masa dan tempat. Dah ada 2 contoh yang paling recent, iaitu arwah Yasmin Ahmad, dan kini Ustaz Asri.

Sentiasalah bersiap-sedia.

Al-Fatihah.

Ya Allah, pertemukanlah aku dengan Ramadhan kali ini. Aminn.

Wednesday, August 12, 2009

Kelebihan dan Kekurangan

Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"I only got what God has given me" (Bilal bin Rabah in 'The Message')

Bilal bin Rabah dikurniakan suara yang lunak untuk melaungkan azan.

Saat dialog ini terucap, ketika itu aku baru sahaja selesai berbual dengan seorang sahabat yang menyedarkan aku tentang fungsi manusia.

Bagaimana manusia dapat berfungsi dengan baik?

Melalui kelebihan masing-masing. Kelebihan yang telah dikurniakan dan dipinjamkan sementara oleh Allah S.W.T. Kita tidak tahu jika Allah akan menariknya kembali. Bersyukurlah kerana kita masih dikekalkan dengan pinjaman itu, sedangkan kita tidak sedar betapa banyak dosa yang telah dilakukan.

Betapa Allah itu bersifat ar-Rahman dan ar-Rahim.

Gunakan kelebihan masing-masing ke jalan yang betul. Yang pandai bercakap, bercakaplah sewajarnya. Yang pandai menulis, menulislah sewajarnya. Yang pandai mengurus, uruslah perkara-perkara yang baik. Yang pandai mencipta, ciptalah benda yang bermanfaat. Yang pandai bawa kereta, pandulah ia ke tempat yang betul.

Banyak contoh dari para sahabat. Antara yang termasyhur, Abdul Rahman bin Auf yang dikurniakan harta yang sangat banyak dan melimpah-ruah, telah membelanjakan kesemuanya ke jalan Islam. Manakalah Khalid bin al-Walid yang dikurniakan kepandaian berlawan telah menggunakannya untuk berperang di jalan Islam.

Sesuai dengan fitrah, setiap kelebihan ada kekurangannya. Manusia bukanlah manusia jika tiada kekurangan.

Manusia melengkapi satu sama lain dengan kelebihan dan kekurangan tersebut. Yang kurang pandai bercakap akan meminta tolong yang pandai bercakap untuk cakapkan sesuatu.

Oleh sebab itu, penting, sangat penting untuk kita berbuat baik dengan semua orang, agar kita dapat sama-sama memanfaatkan kelebihan masing-masing.

Tentang kekurangan pula, ia mengajar kita erti bersabar dan berlapang dada.

Proses menyesuaikan diri dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing ini, insya-Allah akan menjadikan kita manusia yang lebih baik di sisi Allah S.W.T.

Bertanggungjawab dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Malu nanti depan Allah bila ditanya apa kita lakukan dengannya, jawapan yang diberikan kurang memuaskan.

Usahakanlah!

Wallahualam.

Thursday, August 6, 2009

Penawar

Bismillah. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Hari nie rase mcm ade sumthing wrong.

Lalu jumpa ayat nie:

70. kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

71. Dan barang siapa bertaubat dan mengerjakan kebajikan, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya,

72. Dan orang-orang yang tidak memberikan kesaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka berlalu dengan menjaga kehormatan dirinya,


73. Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidak bersikap sebagai orang-orang yang tuli dan buta,


74. Dan orang-orang yang berkata, "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa."


75. Mereka itu akan diberi balasan dengan tempat yang tinggi (dalam syurga) atas kesabaran mereka, dan di sana mereka akan disambut dengan penghormatan dan salam,

76. Mereka kekal di dalamnya. Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.

(Al-Furqan)


Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.



Wednesday, August 5, 2009

Monolog

Bismillah. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Usah dilayan perasaan itu. Perasaan yang melalaikan.

Biasalah, waktu-waktu macam ni, perasaan sebegitu datang.

Perasaan sebegitu yang bagaimana?

Perasaan yang sebegitu laa.

Tidak perlu dinafikan perasaan seperti itu. Ia hadir sebagai fitrah bagi manusia. Nikmat dari Allah.

Cuma tidak perlu dilayan berlebihan. Bimbang makhluk kejam bernama syaitan mencari peluang, mengambil kesempatan.

Tadi aku rasa aku dah buat apa yang patut. Aku yakin, pasti. Insya-Allah. Dia lebih mengetahui.

Mungkin dia juga buat apa yang dia rasa patut buat.

Dia Maha Mengetahui.

Aku pasti ini yang terbaik. Maka tidak perlu aku bersedih hati.

Ingat, Allah Penyusun Terbaik!

Sharing is Caring. U reckon?

Bismillah. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah tengah hari semalam aku dapat menyaksikan satu lagi penyusunan terbaik Allah S.W.T.

Allah sebagai penyusun terbaik berlaku pada setiap masa. Tidak ada yang dijadikan Allah itu sia-sia. Most of the time tidak nampak dan tidak dapat tercapai dek akal. Tapi bila nampak tu, cepat-cepatlah memanjatkan syukur, semoga dapat menambah kesihatan iman :-)

Hairankah kenapa aku asyik sebut tentang penyusunan terbaik Allah S.W.T.?

Tidak ada apa yang perlu dipelikkan. Cuma ini sebagai salah satu dari banyak cara untuk kita memerhatikan kebesaran Allah S.W.T., agar hati kita sentiasa subur.

Banyak lagi cara. Terpulang kepada cara masing-masing untuk menyuburkan hatinya. Kemudian, berkongsi. Supaya orang lain dapat mempelajari cara lain pula, namun tujuan tetap sama.

Para sahabat dulu, Rasulullah S.A.W. menyampaikan beberapa potong ayat sahaja, kerana ketika itu Al-Quran masih belum lengkap. Tetapi dengan kefahaman beberapa potong ayat itulah, para sahabat berkongsi dengannya, menjadi antara manusia terhebat yang dijanjikan syurga.

Kita? Al-Quran dah lengkap. Namun kefahaman kita masih belum dapat mencapai tahap para sahabat. Malah semakin lemah. Ada yang memberi alasan belum cukup ilmu untuk berkongsi.

Tidak perlu menunggu sampai ilmu betul-betul cukup di dada baru nak berkongsi, kerana ilmu Allah itu terlalu luas untuk kita tahu semuanya.

Tidak penting untuk tahu.

Yang penting ialah FAHAM.

Antara TAHU dan FAHAM. Keduanya berbeza.

Setelah faham, kemudian berkongsilah.

Sharing is caring. *Wink*

Mesej

Iynas,





SABAR

Sunday, August 2, 2009

Michael Jackson's last song

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Aku dapat email, berkaitan kehidupan dan saat-saat kematian Michael Jackson atau nama Islamnya Mikaeel. Aku bukanlah peminat besar Michael Jackson, tapi aku tahu lagu-lagunya. Siapa yang tak pernah dengar lagu Beat It, Black and White, You're Not Alone.

Dikatakan punca kematiannya berkait rapat dengan tindakannya memeluk Islam. Aku tidak pasti akan kesahihannya sebab secara jujur, email ini adalah yang pertama aku baca penuh selepas kematian Michael Jackson. Betul atau tidak, hanya Dia yang lebih mengetahui.

Untuk aku copy paste email itu di sini, agak panjang. Aku ada forward email itu kepada rakan-rakan dalam list email aku. Kalau ada siapa-siapa yang nak, boleh roger.

Tapi apa yang aku nak kongsikan di sini ialah tentang lagu yang dikatakan adalah rakaman terakhir oleh Michael Jackson, "Give Thanks To Allah" ciptaan Zain Bhikha (yang nyanyi lagu "Flowers Are Red" dalam playlist di sebelah kanan blog ini). Dikatakan juga MJ ingin menyanyikan lagu ini dalam konsertnya yang tak sempat tu.

Aku pernah dengar lagu ni, tapi aku tak tahu penyanyinya Michael Jackson. Ada juga yang argue, mengatakan penyanyi sebenar lagu ini ialah penciptanya sendiri, Zain Bhikha. Ada yang kata Yusuf Islam. Tapi bila aku dengar, macam memang Michael Jackson yang nyanyi. A friend pun cakap suara macam Michael Jackson. Kalau betul, bestkan. Wallahualam.

The song is nice. Very nice.

Here it is.




Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas rohnya. Aminn.