Wednesday, October 22, 2008

P. Ramlee The Musical..a life story

Just finished watching P. Ramlee The Musical (PRTM). Sanggup tu bersengkang mata sampai pukul 4 pg nak abeskan tgk teater nie. Ade user upload teater nie coz teater nie ditayangkan khas sempena Syawal di Astro.

What can i say. It was all WORTH IT!!

MARVELLOUS!!

FABULOUS!!

ENTERTAINING!!

Aku terkesima. Aku terhibur.

Bayangkan satu makanan yg sgt sedap yg cukup segala ramuan yg akan membuatkan kte makan sampai licin. Begitulah yg aku rasa utk PRTM nie. Cukup segala-galanya. His ups and downs. Love, friendship, determination. All in one.

Walaupun teater memakan masa yg lama, tp x sedikit pon rasa bosan utk mengikuti kisah Seniman Agung P. Ramlee sehingga ke akhir hayatnya. Sedangkan aku yg tgk kat YouTube pon da rase terhibur, apetah lg kalau org2 yg menonton secara live di Istana Budaya. Seriously rase mcm nak naek je atas pentas tu dan menari skali dgn dorg. I wish. Hahaha.

Setiap plot cerita diatur dan diolah dgn begitu baek skali, sama ada dalam bentuk lagu (kate pon musical) mau pun skrip. Lirik lagu pon best. Paling ske lirik dan melodi lagu "Cinta Pertama." Lagu laen pon enjoy2. Penghayatan lakonan sgt berkesan. Tambah2 Musly Ramly yg muke dan suara ala2 Seniman Agung tu. Lg laa real. Pelakon2 watak isteri pun best especially Liza Hanim. Terhibur ok adegan cinta dan sweet dorg. Best gilos!! X sangka Emilda Rosmila(Azizah) bleh nyanyi, cuma lakonan Melissa Saila kadang2 nampak agak over sedikit, tp cool!! Chedd Yusof sbg Sukardi, kawan baik P. Ramlee di zaman awal kenaikan beliau juge berkesan!!

Personally, aku da tau lebey sedikit tentang perjalanan kisah hidup P. Ramlee. Dulu masa form 2 yg kene buat projek log book sejarah tu, aku buat pasal P. Ramlee, cume x terlalu detail spt PRTM. Ye laa, they have better access to a more real and detail facts about his story life. Cara penyampaiannya pun menarik dan berkesan. Msg sampai. Baru skarang tau kenapa beliau berpisah dgn Junaidah dan Norizan serta bagaimana personaliti kedua2 bekas isteri beliau. Kedua2 kegagalan perkahwinan bleh dikatakan sbg pengorbanan beliau yg terlalu sibuk sbg seorg seniman yg disegani ramai. Cuma dgn soul mate beliau, biduanita Saloma sahaja bertahan hingga ke akhir hayat beliau. Azizah pula bleh digambarkan sbg cinta pertama yg kekal bertakhta.

"Berkorban apa saja. Adakah itu satu sumpahan?" (ketika di ambang perceraian dgn Norizan)

Satu yg menarik perhatian aku di sini. P. Ramlee berasal dari Penang, berhijrah ke Singapura lalu mencipta nama. Beliau dijulang dan disanjung. Habis era Malay Film Production, beliau ke Kuala Lumpur utk menyambung perjuangan beliau di Studio Merdeka. Sayangnya, beliau disisih, atau tersisih di tanah air sendiri. Daripada keratan2 akhbar lama2 yg dipaparkan, jelas menunjukkan beliau tidak dihargai di bumi sendiri. Beliau menghabiskan sisa2 hidup dalam keadaan sayu, dan terpinggir, seolah-olah dari puncak yg sgt tinggi, terus jatuh tidak dapat berdiri lg. Lalu terhasillah lagu terakhir beliau, "Air Mata di Kuala Lumpur".

Persoalannya, adakah beliau jatuh kerana sikap org2 sendiri?

Bravo to the production team, Enfiniti Production by Datin Seri Tiara Jacquelina!! Very well done!!


Nie yg x sabar nak tgk PGLM nie, hehe.

2 comments:

  1. huaaaa....aku br smp part 6....xsbrnye nk tunggu tonite...

    xsangke kan emelda leh nyanyi...not bad...

    actually aku dh tau plot2 cite nieh from akak aku tyme die p tgk....

    aku pakse die cite...ye r dh xdapek nk tgk kan...

    sedeyh2...besh2...tgkla sape pengarah...hahhahha...lmbtnye nk tunggu...adeyh...

    ReplyDelete