Tuesday, October 28, 2008

Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".



7 comments:

  1. hahahhahahahah!!
    lawaks sungguh!!!

    kite rase kalau kite kat negara tu mesti kite pon menang gak..

    ReplyDelete
  2. kte pon rase begitu jue :-P

    hahahahahahhahaha!!!

    ReplyDelete
  3. xde xde...

    ana la juare...

    kompem!!

    ReplyDelete
  4. bagaimana tahap kemalasan anda shaza?

    jawab jgn x jawab..nak tentukan pemenang nie..hahaha!! :-P

    ReplyDelete
  5. tahap malas i : nak fikir pon malas!

    a good one iynas :D

    ReplyDelete
  6. wahh..farahmexx..mcm mane i nak lawan tahap kemalasan u tu..

    ermm..nak bgn dari katil pon malas

    ishh..cam xleh lawan jer..

    sape nak lawan farahmexx?? kalau xde, farahmexx menang!!

    hahaha!!

    ReplyDelete