Ok, seperti yang pernah dinyatakan, aku tgk balik filem Ayat-Ayat Cinta. Aku tgk dari mula sbb aku da x brape ingat the first two parts yg aku da tgk last year. Yes, aku tau aku lambat tgk, tp aku rasa lebih bermakna tgk skarang.
Ada 2 tujuan aku nak tgk balik cite nie:
- Biarlah menjadi rahsia ;-)
- Mengambil seberapa banyak pengajaran yang boleh, di samping sebagai hiburan yang bermanfaat, insya-Allah.
Setakat nie, ada 2 juga pengajaran utama yang aku dapat:
- Sabar dan ikhlas menempuh ujian Allah S.W.T. (merujuk kpd scene Fahri spt berputus asa ketika di dalam penjara dan dinasihati oleh teman penjaranya ttg kisah Nabi Yusuf a.s.). Ketika dalam keadaan sebegini teman yang mampu menasihati dgn baik adalah sangat-sangat diperlukan. Teringat kepada kisah aku pada suatu malam itu. Terima kasih rakan-rakan. You know who you are :-)
- Cinta tidak sama dgn keinginan utk memiliki.
Ada lagi beberapa pengajaran, spt hak org bukan Islam di negara Islam (google balik hadis yg disebutkan Fahri), kisah wanita bertudung yang tercemar akhlaknya kerana menipu - satu isu yang selalu dipertikaikan oleh perempuan tidak bertudung, kononnya tidak bertudung lagi baik dari yang bertudung. Ok, ada kebenarannya. Tapi apa yang cuba kalian yang tidak bertudung buktikan? Cuba mencari alasan supaya terus tidak bertudung dan melanggar perintah Allah?
Ada sesiapa tersentap? Itu pandangan aku. Aku emo sbb aku bosan dgn alasan-alasan tidak munasabah itu. Konon nak bertudung kena ikhlas kerana Allah. Jangan jadikan itu sebagai alasan untuk meringankan perintah Allah S.W.T.
Tentang pengorbanan Aisha, tidak dinafikan besar pengorbanannya. Tetapi aku memilih utk tidak komen apa-apa tentang itu.
Hmm, oklah komen sikit. Aku rasa kalau betul-betul faham konsep pengajaran kedua di atas, diiringi dgn iman yang mantap dan insan bernama lelaki yang betul, tak mustahil dapat menjadi sebaik Aisha. Tp yelah, susah mmg susah. Dan itu kembali kpd kepercayaan bahawa kesusahan yg diberikan Allah adalah utk kebaikan kita sendiri. Seperti salah satu dialog yang diucapkan di dalam filem,
"Segala-galanya terpulang kepada iman"
Mukmin yang kuat imannya akan dapat mengatasi kesusahan dengan bantuan dari Dia, insya-Allah.
Aku tersentuh dan terharu, tetapi aku tidak menangis, kerana aku rasa rugi kalau aku terlampau melayan emosi cerita tanpa mengambil apa-apa pengajaran daripadanya.
Atau ada sesiapa nak kata hati aku keras dan tiada perasaan? Terpulang. Aku da pernah dgr semua itu. Dan aku tidak ada inisiatif utk menafikannya.
Terima kasih Ya Allah. Ada hikmah-Nya aku lambat tgk cite nie.
Ada sesiapa ada novel "Ayat-Ayat Cinta" sekarang, di Wellington, New Zealand? Kalau ada boleh saya pinjam? Tapi kalau ada di Malaysia, xpe, nanti balik saya boleh cari sendiri :-)
MAAF KEPADA SESIAPA YANG TERSENTAP DAN TERASA DENGAN TULISAN SAYA. SAYA JUGA INSAN YANG KURANG SEMPURNA YANG INGIN MEMPERBAIKI DIRI. SEGALA TULISAN SAYA ADALAH DENGAN NIAT UNTUK PERINGATAN KITA BERSAMA DAN SEMOGA KITA SAMA-SAMA MUHASABAH DIRI. YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH, YANG BURUK ITU DATANG DARI DIRI SAYA SENDIRI.
rumah kitorang ada novel ayat2 cinta. Jeni punya.
ReplyDeleteaku ade e novel nye version klu kamu mahu....
ReplyDelete