Bismillah,
"Iynas, selalu masa lapang buat apa? Makan dan tidur je?"
Gedegang!!
Itu adalah soalan yang aku rasa tamparan besar buat aku. Semacam ada nada sinis.
Tak bolehkah kalau soalan tu hanya setakat "Iynas, selalu masa lapang buat apa?" dan biarkan aku jawab selebihnya tanpa terdiam?
Aku rasa soalan itu hadir sebab aku nampak macam tak buat apa-apa sepanjang hari ini. Aku boleh beri alasan untuk itu. Senggugut. Tapi untuk hari ini sajalah. Esok lusa, tiada maaf bagi diriku.
Takkanlah aku nak bagi alasan itu kepada seorang lelaki walaupun dia sudah beristeri dan mempunyai anak.
Masa lapang aku banyak dihabiskan di hadapan laptop ataupun hobi yang kini menjelma semula iaitu membaca novel. Of course lagi satu, mencari kerja (dah pergi 5 temuduga tapi masih belum ada rezeki). Tetapi berada di persekitaran 'keluarga baru' di hari cuti membuatkan aku rasa tidak sesuai untuk meluangkan masa sendirian. Nanti dikatakan 'tak campur orang' pula. Tak tolong di dapur. Tak pandai sembang. Tapi perut dan emosiku yang kurang stabil membataskan tindakan dan percakapanku. Dalam masa yang sama, aku tak nak tunjuk sangat yang aku sakit. Aku mahu menjadi seseorang yang bermanfaat untuk orang lain. Maka aku ketepikan kesakitan dan emosi 'mengada-ngada' aku.
Masa aku menulis ini, mak aku panggil suruh tolong di dapur. Aku tahu, mak aku nak aku jadi contoh yang baik supaya tidak dikatakan anak dara yang hanya terperuk di bilik.
Salah juga aku.
Mungkin yang bertanya tu tak nampak aku ada menolong di dapur dan usaha untuk cuba bercampur dengan 'keluarga baru'.
Jadi aku perlu mengadap laptop dan membaca di hadapan diakah baru nampak macam aku buat sesuatu?
Memang hari ini aku mengaku agak diam kerana ketidakseimbangan hormon yang sedang berlaku. I need attention during this period of time, not me giving people extra attention. At least, not today. Lagipun takkanlah aku nak tunjuk mengada-ngada kat depan 'keluarga baru'. Kalau kat Wellington bolehlah aku cari rakan-rakan tempat aku selalu bermanja. Imej aku di mata mereka adalah seorang yang matang.
Aku rindu rakan-rakan tempat aku menunjukkan sisi lain aku.
Harapan seorang ibu supaya aku menjadi contoh yang baik bukan tanggungjawab yang senang. Dan soalan yang ditanyakan itu, aku bagi peluang untuk diri aku supaya ada asasnya untuk hari ini sahaja kerana kesakitan yang aku alami. Sebagai seorang yang ada kefahaman, aku tidak mahu kelihatan sebagai seorang yang malas kerana itu bukan ciri-ciri seorang muslim yang baik. Tanggungjawab melebihi masa. Sebab itu aku rasa marah bila soalan itu diajukan sebab aku tahu aku ada usaha cuma usaha itu sangat sedikit sampai orang tak nampak.
Jadi, aku usaha untuk orang nampakkah atau ikhlas kerana Allah?
Astaghfirullah.
Aku niatkan setiap tindakan dan pertolonganku ikhlas kerana Allah tetapi bila soalan berbaur sinis itu diajukan, aku goyah semula.
Aku dapat rasakan mak aku kecewa dengan aku hari ini.
Ya Allah, ampunkan hambaMu yang lemah ini.
Semoga esok menjadi lebih baik. Aminn.
Sunday, February 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
u'll be getting a lot of that...ppl asking you what u do all day at home..
ReplyDeletesape keluarga baru nih? *blur* hehe
about the job, dont worry...tuhan bagi rezeki sama rata...insyaAllah ada..tunggu masa ja...lebih baik ambik masa cari yg sesuai dan berbaloi daripada main ambik je job yang ada.
I tink a lot of companies tengah hire sekarang...it'll take ages, for sure...but itll all be worht it in the end :) stay strong!
hi sue!! lama tak dengar cite u!!
ReplyDeletetak kisah kalau orang luar yg tanya..tp nie da dianggap family, duduk serumah sepanjang hari, sembang elok jer memula tetiba tanya sinis mcm tu..maybe dia xde niat pun and i yg terasa lebih..biaselah, hormon..haha salahkan hormon lagik :-P
my mother remarried :-)
itu laa..i percaya Allah da tetapkan rezeki masing2 tp kte bleh berusaha untuk dapatkan job yg sesuai..tu pun tgah dilema gak nieh..ada satu keje nie, i dapat sbb my parents yg tolong tp xde kaitan sgt dgn accounting and my mom suro amek jer sementara xde keje but i agree with my sis-in-law that we must be choosy from the first step..nanti in future susah..mmg byk jer org yg keje lari dari course dan berjaya tp tak salah kan kalau nak cuba sehabis mampu..besides i have my own vision..degil gak i nieh kan sue..ntah2 degil sgt nanti i end up dgn company kawan parents i tu jugak..hehe
yup, byk companies tgah hire..kat dalam starjobs byk keje accounting tp tu laa..belum ada rezeki lagi..hehe
wow, panjangnya i balas..i think i need someone to talk to now, and thanks sue for 'hearing' me out, even though through blog..how you're doing, sue?
Iynas!
ReplyDeleteTime period ni memang nak mengada-ngada sikit. Takpe, teruskan mengada untuk today. TODAY JE TAU...heheh
I know you need to adjust to your new family. Sabar je, I don't think they mean any harm by saying that. Dah lama kenal you, taulah derang your true colours =)
Halo!
ReplyDeletei see i see...ada new family la ni :) congratsss!
i'm alrite..been working. it's really tiring, very true what people say... hehe.. oh dpt kerja yg takde kaitan? well on one hand, takut u get comfortable with the job then u give up pulak nak cari kerja lain yg lagi sesuai..
that's what i did la..i tak kerja pun sementara tunggu..of course everyone made a big fuss out of it...i set my mind on what i want and what i dont want...and cari sampai jumpa hehe..
of course we cant afford to be too picky. give urself a target time la...if sampai that time pun tak dapat lagi then maybe u settle to the best u can get :)
u tak nak jd mgmt trainee kat banks ke? mcm your seniors? or auditor? u cari kerja camne? :)
nak jadi trainee kat banks..da mintak tp xde yg reply..x nak jadi auditor..prefer lagi keje kat private co jadi account assistant..huhu..
ReplyDeletetu laa, i give myself time limit..kalau da sampai time limit pun xde, amek jer laa ape yg ade..huhu..
thanx for the advice sue..really appreciate :-)