Alhamdulillah. Syukur kepada Allah, hari ini aku diberi peluang untuk mengimbas kembali perasaan ketika di awal pencarian. Perasaan ikhlas dalam bersyukur dan sentiasa ada semangat untuk menjadi lebih baik.
Membaca blog rakan-rakan lain menyedarkan aku betapa masih ada yang lebih baik dan lebih ikhlas daripada aku. Lebih berperanan daripada aku.
Aku mahu keluar. Aku mahu berjalan-jalan. Aku mahu berkomunikasi.
Sudah 2 hari aku di rumah. Nak kata kemas rumah pun, taklah kemas sangat. Setakat tolong abang aku basuh baju-baju yang dah lama tertunggak. 2 hari untuk 4 baldi termasuk baju-baju aku. Kesian kat abang aku terlalu sibuk bekerja sampai tiada masa nak basuh baju sendiri. Aku pula lebih banyak menghabiskan masa di rumah kakak ipar aku. Sekurang-kurangnya adalah anak-anak buah menjadi teman aku bergaduh. Haha. Kalau seorang diri macam ni, memang bosanlah. Nak kemas rumah pun, rasa dah kemas untuk kami berdua. Tak guna banyak barang pun. Masak pun sangat jarang. Setakat kemas biasa-biasa macam buang sampah dan sebagainya.
Jadi aktiviti aku, lepas sidai kain, membaca di internet dan membaca novel. Membaca dan membaca. Penat membaca tengok tv.
Ilmu dan ilmu. Tapi ilmu tanpa amal, tiada guna jugak kan. Bila rasa lapar baru cari makan sendiri. KFC, roti telur, goreng pisang. Sungguh bujang.
Ouh, kerja haruslah dicari. Takkanlah rezeki nak datang bergolek tanpa usaha, betul tak? Got a few interviews, tapi inilah aktiviti-aktiviti sementara menunggu hari interview. Selalu orang suruh rehat. Ni memang betul rehat punya laa. Haha.
Baru 2 hari kat rumah dah bising bosan. Ye la, mana tak bosan kalau duduk seorang tanpa teman bercakap. Nak ajak kawan-kawan keluar atau datang rumah, masing-masing ada yang sudah bekerja dan sibuk dengan hal masing-masing. Masa sendirian untuk bermuhasabah itu penting, tapi dah 2 hari ni. Dunia luar tu pun penting. Hidup bermasyarakat itu perlu. Nak berkomunikasi dan bertukar-tukar pandangan. Mahu mencabar kemampuan diri, mengukur potensi diri, dan menambahkan amal.
Mahu kenal orang dan faham mereka.
Ilmu tanpa amal, tiada gunanya. Kita dengan diri sendiri, tak sama dengan bila kita berkomunikasi dan bersabar dengan orang lain. Sebab kadang-kadang kita tahu sabar itu harta yang amat bernilai, tapi bila dengan orang lain, baru kita sedar rupanya kita bukan seorang yang penyabar.
Sebab itu, TAHU dan FAHAM adalah dua perkara yang berbeza!
Tapi bergantung kepada jenis pergaulan jugak laa. Tengoklah kita keluar dengan siapa. Ramai perempuan daripada lelaki tak. Kalau ada lelaki, penting tak pertemuan tu. Yang lebih baik, keluar sesama jantina. Jauhkan ikhtilat.
"Menyendiri lebih baik daripada berkawan dengan yang buruk, dan kawan bergaul yang sholeh lebih baik daripada menyendiri. Berbincang-bincang yang baik lebih baik daripada berdiam dan berdiam adalah lebih baik daripada berbicara yang buruk." (HR. Al Hakim)
“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang lain dan sabar dengan gangguan mereka lebih baik dari mukmin yang tidak mau bergaul serta tidak sabar dengan gangguan mereka” (HR.Ibnu Majah, Tirmidzi, dan Ahmad)
Dalam situasi aku sekarang, aku mahu bergaul, tapi yang lebih baik untuk aku sekarang adalah untuk bersendiri sebab kawan-kawan sesama jantina masing-masing ada hal sendiri.
Mendapat ajakan untuk bermain boling dari seorang rakan lelaki yang tidak berapa kenal. Tapi sangat kenal ke, tak berapa kenal ke, ada kemungkinan keluar berdua jer dan tiada urusan penting. Kalau ikutkan rasa yang bosan, mesti laa nak keluar. Dah lama tak main boling. Tapi ada CCTV Allah sedang melihat dan mencatat amal perbuatan kita, iaitu di kanan dan kiri bahu kita. Akal untuk berfikir, dan hati untuk membuat keputusan kerana Rasulullah S.A.W. kata hati tenang dengan kebaikan, dan resah dengan dosa. Tapi nak minta fatwa hati, hati kena selalu dibersihkan dari titik-titik hitam. Nak tahu bagaimana? Ikuti lagu ini:
Ubat hati ada 5:
- Baca Quran dan maknanya
- Dirikan solat malam
- Berkumpul dengan orang-orang soleh
- Banyakkan berpuasa
- Banyakkan zikir
Peringatan untuk diri sendiri terutamanya dan kepada sesiapa yang dapat mengambil peringatan ini :-)
oh sy suka..peringatan yg byk ;) inaz, ive been telling my students tht there's a (lot of) difference between 'know' and 'understand'...sgt setuju mnda tu..been trying to write more about tht notion tp tak dapat2 jugak feel tuh..huhu
ReplyDeleteanyways, all d best dalam interview2 kerja yaa :D
waze!! insyaAllah one day waze akan dapat feel utk tulis pasal perbezaan 'know' and 'understand' tu utk fahamkan students :-)
ReplyDeletethanx waze! :-D