Bismillah,
I can't stop from feeling uneasy with what is happening.
Begitu salahkah tindakan aku, atau sememangnya aku tidak layak?
Tampak remeh untuk yang biasa, tetapi bukan perkara biasa untuk seorang yang mempunyai impian untuk bergelar da'ie terjebak dengan perkara-perkara sebegitu.
Justifikasi aku: Asalkan aku tahu mengawal 'stereng'. Tapi nampaknya acapkali 'stereng' itu seperti bersambung dengan 'stereng' lain yang berada di luar kawalan aku.
Memang ia bukan datang dari pihak aku. Tapi aku sendiri telah menyumbang ke arahnya. Aku akur itu dan aku ambil bahagian kesalahan aku.
Aku cemburu. Cemburu dengan mereka yang benar-benar kuat dan berusaha untuk mengelak dari cuba untuk memegang 'stereng' itu. Seringkali aku merasakan cara mereka yang paling tulus. Tapi aku sedar takdir yang tertulis untuk setiap orang adalah berbeza. Aku juga boleh menjadikannya tulus jika kena dengan caranya. Kadang-kala aku terfikir, mungkin Allah sedang uji aku supaya aku dapat tunjuk bahawa ada cara lain untuk menjadikannya tulus.
Tapi setelah terjadinya begini, setelah merasakan aku gagal untuk membawa imej da'ie, adakah cara itu masih tulus?
Mungkin tidak.
Sungguh hati aku tidak senang. Getaran hati kerana dosa gamaknya. Kabur.
Jalan ini sungguh indah, dan aku tidak mahu mencemarkan keindahan jalan ini.
Walaupun tidak datang dari aku, tapi aku telah menyumbang ke arahnya, dan itu sudah cukup untuk aku berasa kecewa dengan diri sendiri. Tidak cukup bernafas dalam jiwa seorang hamba agaknya.
Memang. Aku sedang kecewa. Dan aku mahu berhenti. Cukup hati ini aku mahu penuhi dengan cinta kepadaNya sahaja seperti suatu ketika dahulu.
Di saat aku sangkakan aku boleh bertahan sendiri, aku sedar sebenarnya aku rindukan kakak-kakak untuk menegur aku, rakan-rakan untuk berkongsi pandangan, dan adik-adik tempat aku curahkan sedikit pengetahuan. Agar aku tidak terus lupa. Agar aku tahu aku tidak sendiri.
Aku mahu usrah.
Monday, February 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kite rase kite boleh paham situasi iynas. sbb kite pun slalu rase macam tu. kekadang rase kecewa dgn diri sendiri yang iman bagaikan setipis kulit bawang. ble dekat dgn org yang baik2 senang mahu jadi insaf, jadi zuhud, jadi mengutamakan Allah dari yang lain2 nya. tapi ble jauh, kadang2 diri pun rase makin jauh juga darinya. Im struggling with myself in maintaining my imaan. and sometimes it seems so hard it is so frustrating.
ReplyDeletetapi la tahzan dan jgn putus asa iynas, yang penting terus berusaha
mendekatkan diri kepadaNya. ingatlah firman Allah :
"jika kamu dtg kepadaKu dgn berjalan,nescaya aku dtg kepadaMu dgn berlari. Jika kamu dtg kepadaKu selangkah, Aku akan dtg menghampirimu seribu langkah" (Hadis Qudsi)
subhanallah... sayangnye Allah kepada kita kan??
betul2..Allah sangat sayangkan hamba2Nya..cuma Iynas jer selalu lupa :-(
ReplyDeletethanx for being understanding, for the words and the hadith..semoga kita sama2 terus berusaha mendekatkan diri kepadaNya dan sentiasa di bawah rahmatNya..
teruskan perjuangan di welly sarah..really wish i'll be there too :-)