Monday, February 1, 2010

After a month...

Bismillah..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Pemurah dan Maha Pengampun.

It's been a month.

Bukan bermakna aku lupa. Tetapi aku ingin mengambil masa sebulan itu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, kerana aku mahu perubahan yang aku lalui berterusan, dan perubahan yang lebih baik dapat diusahakan. Alhamdulillah sebelum pulang ke Malaysia, aku diingatkan dengan niat kerana Allah sedari langkah pertama, dan aku berdoa agar niat itu memegang erat perjalanan hidup aku yang seterusnya di tanah air tercinta.

Memang bukan senang untuk kembali menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Keadaan asal dari mana aku datang sebelum aku sedar bahawa masih ramai yang keliru. Aku juga datang dari kelompok yang pernah keliru. Dengan tempoh latihan diri sendiri yang ku kira amat singkat, aku berjuang untuk istiqamah.

Merapatkan semula ikatan kekeluargaan, berhubung semula dengan rakan-rakan amat penting untuk membentuk asas dakwah yang kuat. Tetapi dugaan yang mendatang sepanjang tempoh itu, hanya Allah yang tahu. Aku juga tidak terlepas dari kelalaian, sementelah begitu banyak 'kekacauan' dari keadaan sekeliling. Hiburan terutamanya.

Jika di Wellington aku boleh pilih jenis-jenis hiburan sebab masa aku banyak dihabiskan di depan laptop dan aku boleh pilih apa aku nak tengok dan baca, tapi di Malaysia semuanya sedia terhidang di televisyen. Just click, u got it. Masih boleh pilih, tapi untuk seseorang yang dulunya sangat sukakan dunia hiburan, agak susah bagi aku menolak godaan. Bayangkan kalau beli suratkhabar, bahagian pertama yang aku baca segmen hiburan. Especially hari Ahad. Bintang Popular, Pancaindera adalah yang pertama sekali aku capai.

Tapi alhamdulillah, sekarang dah agak kurang teruja. Kalau tengok cerita lawak bodoh sikit, atau banyak nangis sikit, aku rasa lemas. Aku pilih cerita-cerita yang ada nilai. Daripada dulu tak bukak langsung Astro Oasis, sekarang bukaklah jugak. Kalau beli suratkhabar, latih tangan capai bahagian utama dulu untuk tahu perkembangan semasa (tapi kalau hari Ahad tu terbabas laa jugak capai bahagian hiburan dulu, heh).

Yang aku rasa jahat sikit, aku suka buat perbandingan. Lepas tu aku cakap kat diri aku sendiri "Welcome back to Malaysia". Aku tahu tak elok, tapi aku juga manusia biasa. Daripada simple and easy lifestyle to a very hectic lifestyle. Semua pun tak sabar dan nak cepat. Kereta banyak, kesesakan lalu-lintas dan bunyi hon. Boleh jadi kurang sabar dibuatnya. Betul laa orang kata, bawak kereta kat Malaysia nie mengundang dosa kering (ada ke tak istilah tu aku pun tak tau) sebab rasa marah tak puas hati dengan kereta lain. Lagi satu kes handphone aku hilang sebab kelalaian aku laa jugak pergi cicirkan tapi aku tak perasan sampailah aku sampai rumah (tapi dulu kat Wellington aku cicir dalam bas dapat jer balik). Bila call, mula-mula tu macam dapat tapi lepas tu call lagi banyak kali masuk voicemail. Kalau kat Wellington, barang hilang pergi report polis dorg akan cari dan banyak kali kes kawan aku jumpa balik barang hilang. Tapi aku dah bayangkan kalau aku buat laporan polis kat sini jawapan yang akan aku terima ialah suruh beli yang baru jer sebab handphone berlambak jual kat Malaysia. Bak kata kawan aku, rumah dia kene rompak pun polis susah nak buat kerja. Banyak lagi laa situasi lain tapi aku dah boleh terima kenyataan. I am back to Malaysia, for good. Haha.

Sori laa kalau ada yang kata aku lupa diri. Kerana aku pernah berada dalam situasi di mana kejujuran dan nilai-nilai baik yang kecil tapi sangat dianjurkan Islam diamalkan dengan begitu baik sekali.

Perkara-perkara yang besar dalam Islam memang penting untuk tahu, tapi janganlah sampai perkara-perkara kecil diabaikan begitu sahaja. Kenal keindahan Islam dari yang kecil hatta kebersihan sekalipun, insya-Allah barulah dapat menghayati yang besar.

Dengan pengetahuan dan kefahaman yang amat sedikit ini, aku cuba untuk kekalkan. Dan setiap kali aku memanjat kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T. kerana memberikan "tempoh perubahan" di Wellington. Walaupun amat singkat, tapi bagi aku agak intensif dan amat bermakna. Syukur sangat-sangat. Terasa diri ini dipilih dan disayangi. Terima kasih, ya Allah. Semoga terus diberi peluang untuk hambaMu ini mendekatiMu dan berada di jalan yang lurus. Aminn.

Tak dinafikan kadang-kadang tu aku rasa ada yang kurang. Hari tu tanya kakak-kakak yang dah beberapa tahun balik ke Malaysia masa pergi program Jalinan anjuran ISMA pun mengaku, cabaran untuk istiqamah di Malaysia sangat tough. Kena pandai mencuri masa untuk mentarbiyah diri sendiri disebabkan tanggungjawab lain yang perlu dilakukan. Tarbiyah melalu pembacaan di internet saja tidak cukup. Tarbiyah yang lebih berkesan adalah apabila kita tahu erti kesusahan dan kesabaran. Terima kasih kepada program Jalinan, aku rasa iman dah dicas sikit lepas aku agak terumbang-ambing kerana proses penyesuaian diri. Hehe. Mula-mula tu rasa malas jer nak join jungle trekking. Mula fikir alasan, tapi lepas tu, syukur kepada Allah aku diberi kekuatan dan lebih penting, diberi peluang antara orang yang ditapis untuk hadir program tu. Paling best, sesi talkshow tentang cabaran menghadapi realiti di Malaysia. Aku harap lepas nie, diberi kelapangan masa dan dipilih untuk menyertai apa-apa program yang bermanfaat kepada diri dan perlu lebih pandai membahagi masa antara urusan dunia dan akhirat.

Aku akhiri post kali ini dengan hadis dan kata-kata hikmah berikut untuk dihayati bersama:

Sabda Rasul SAW: `Seandainya aku berjalan bersama saudaraku untuk memenuhi suatu hajat, maka hal itu lebih aku cintai dari ‘iktikaf sebulan dalam masjidku ini.’ HR At Tabrani

 

 

 

No comments:

Post a Comment