Thursday, June 25, 2009

Just a short entry

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Alhamdulillah semalam da habis exam.

Terima kasih kepada rakan-rakan di Stafford kerana telah menerima penghijrahan sementara aku. Jasa anda amat dihargai. Saya sangat seronok bersama anda berdua. Insya-Allah kita akan bersama-sama lagi. Bukan sempena exam semata-mata :-)

Ok, this is just a short entry before I fly to somewhere. Aku dapat rasakan aku akan masuk ke dunia baru yg agak asing, tp aku akan berasa amat tenang.

Apa yang aku dah dapat, aku tidak mahu lepaskan. Aku tidak mahu menjadi insan yang degil.

Ya Allah, lindungilah perjalananku.

Tuesday, June 16, 2009

Exams and You

Sleep

It is important to be well rested. Make sure to get a good night's sleep in the few days before the test. If you don't sleep well the night before the test, don't worry about it! It is more important to sleep well two and three nights before. You should still have the energy you need to perform at your best.

Diet

Don't change your diet right before the test. Now's not the time to try new foods, even if they are healthier. You don't want to find out on test morning that yesterday's energy bar didn't go down well. In the few weeks before the test, try to work a light, healthy breakfast into your daily routine. If you already eat breakfast, good for you - don't change a thing.

Stress

Try to be aware of whatever anxiety you're feeling before test day, the first thing to remember is that this is a natural phenomenon; your body is conditioned to raise the alarm whenever something important is about to happen. However, because you are aware of what your body and mind are doing, you can compensate for it.

Spend some time each day relaxing. Try to let go of all the pressures that build up during your average day.


Visualize a successful test day experience. You already know what to expect on test day: when you'll get each test section, how many questions there are, how much time you'll have, etc. You also know where you are strong and where you are weak. Picture yourself confidently answering questions correctly, and smoothly moving past trouble spots - you can come back to those questions later.


Find a family member or trusted friend with whom you can talk about the things that stress you out about the test. When this person tells you that everything is going to be OK, believe it!




Verbal Questions

For passage-based questions, first work on detail questions that you can easily locate the answer to. Then move on to inference questions, questions that ask what the author intended, and main idea questions.


If a question involves a tough vocabulary word, use the surrounding clues in the text to determine what it means.

Writing Questions

Remember that a few spelling or grammar mistakes are tolerable, but you want to try to eliminate as many of those as you can. Try to vary your sentence length and word choice. Before you begin to write, spend a few minutes brainstorming ideas and outlining the argument you want to make. Planning will help you to write a well-organized and cohesive essay.

Practice and Review

Whatever you do, don't cram for the test! It is a bad strategy because you aren't going to remember most of what you "learn" while cramming, and the odds are slim that the few things it will help you to remember will happen to be on the test. Save the energy you would have used to cram for test day.


In the few days before the test, do a review of the skills and concepts in which you are strong. Be confident as you review everything that you know - and remember that confident feeling as you take the test.

Good luck from edu@Iluvislam!

Sumber: iLuvislam


Jangan lupa amal ibadah jugak yea. Ramai-ramai berdoa semoga Allah S.W.T. mempermudahkan urusan kita semua. Usaha semampunya tetapi ingat bahawa kejayaan itu hanyalah milik-Nya semata-mata *wink*

All The Best!


Tuesday, June 9, 2009

The Exam-Around-the-Corner-Dedication Delivery

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Ok, firstly, x tahu laa ayat macam tajuk di atas wujud atau tidak. Tapi macam sedap and i hope orang faham and i hope mmg ada. Haha. Apa-apalah aku nie.

The important thing here is that aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada yang hantar dedication kat aku.

Kepada yang tidak tahu dedication apa yg aku cakapkan nie, ia berkaitan dengan usaha sekumpulan manusia yang mengambil berat akan kepentingan ukhuwwah. Bermula dengan kecil-kecilan, insya-Allah ada rezeki dan kemampuan akan buat besar-besaran pula.

Maaf kepada yang aku tidak hantar dedication kepada mereka tetapi aku dapat dedication daripada mereka. Tidak bermakna aku lupakan kalian. Kalian sentiasa di dalam doaku, insya-Allah.

Tautkan hati kerana Allah S.W.T.

Monday, June 8, 2009

Hadiah dari Dia

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Aku dan W baru saja tiba di rumahnya. Singgah sebentar utk solat sebelum keluar semula. Kelihatan A, yang baru tiba dari utara bersama rakannya K.E. sedang menyudahkan solatnya. Mereka baru tiba, dan aku belum kenal mereka. Selesai solatnya, A menegur aku dengan mesra. Sangat mesra. Bukan setakat bersalaman, malahan memeluk aku dengan erat. Katanya gembira dapat berjumpa, sedangkan itulah pertama kali kami bertentangan mata.

"Habis solat, awaklah orang pertama yang saya nampak dan saya rasa seronok".

Begitulah lebih kurang kata-katanya. Hati aku tersentuh. Katanya mukaku nampak berseri. Bagi aku, mukanya lagi berseri dengan senyuman dan kemesraannya. Mungkin aku nampak berseri kerana baru pulang dari sebuah majlis sebelum itu. Tapi bagi aku, keserian aku tidak mungkin menandingi keseriannya.

Aku rasa diterima. I feel belong. Padahal aku penduduk setia di sini. Sepatutnya aku yang buatkan A sebagai tetamu berasa begitu. Tetapi sebaliknya berlaku. Ini baru di tempat aku. Kalau di tempat dia, mesti lagi hebat rasanya. Aku percaya begitu, kerana itulah yang W ceritakan kepadaku kerana dia baru pulang dari sana. Cerita W seperti menarik-narik aku untuk pergi bersamanya di lain hari jika diberikan kesempatan.

Kami bersembang. Selama demikian, tiada satu pun kata-kata yang sia-sia keluar dari mulutnya. Setiap patah perkataan adalah berhikmah. Bertambah rasa kagum dan hormat aku pada A.

Sambil memegang erat kedua tanganku,

"Insya-Allah, dengan izin-Nya, kita akan bertemu di syurga Allah. Seronoknya dapat jumpa awak".

Cair hatiku. Sungguh, kata-kata seumpama itu seingat aku pertama kali diucapkan kepadaku, terus menusuk ke kalbu.

Malam itu, 6 lagi rakan tiba. Sungguh, perasaan itu tiada kurangnya. Seperti sudah lama berkenalan. Mesra. Lalu aku mengambil keputusan untuk meluangkan masa sepenuhnya dengan mereka, sementelah masa mereka juga singkat di sini, untuk aku mengambil apa sahaja yang boleh sebagai santapan jiwa dan rohaniku yang sedang meronta-ronta minta diisi.

Alhamdulillah, pencarianku dikabulkan oleh-Nya. Aku menerima pertemuan kami sebagai antara hadiah yang tidak ternilai dari-Nya. Aku sangat bersyukur dengan hadiah ini dan tidak ada hasrat di hatiku untuk mensia-siakannya.

Byk mutiara yang bermanfaat yang aku dapat. Sebelum tidur telinga dan hati kami diisi. Cuma sayang keadaan kesihatan aku pada malam terakhir itu membataskan penyerapanku. Saat mata celik telingaku mendengar lagi, terus ke hati yang sentiasa bersedia mendengar pelbagai mutiara yang keluar dari mulut mereka. Tidak pernah berhenti.

Satu kelainan yang aku rasakan, aku tidak terlalu terkejar-kejar menyiapkan assignment seperti sebelum ini. Alhamdulillah telah dipermudahkan urusan oleh-Nya. Insya-Allah niat untuk mencari dan berbuat kebaikan akan dibalas dengan kebaikan berkali ganda dari-Nya. Dapat dirasakan kelancaran menyiapkannya. Masa tidak lagi menjadi penghalang. Ada tekanan, tetapi tidak terlalu hebat. Rupanya aku tidak perlukan hiburan lain untuk merehatkan diri saat tertekan menyiapkan assignment di waktu-waktu akhir. Ada cara lain yang lebih efektif. Sungguh aku merasakan kebesaran-Nya. Tetapi aku tidak berani menjangkakan keputusan assignment itu. Insya-Allah kalau keputusan tidak memuaskan hati aku, aku menerima dengan hati terbuka dan tidak akan bersedih hati lagi.

Nampak tak, walaupun masa itu kelihatan seperti singkat, tetapi sekali Dia membenarkan urusan kita dipermudahkan, masa singkat itu tidak langsung menjadi penghalang.

Kini aku faham, semua urusan di dunia ini dipegang oleh-Nya. Tidak perlu terlalu menyibukkan diri mengejar hal-hal dunia. Jika tidak, kita akan masuk dalam perangkap kitaran bodoh seperti robot.

Hari ini mereka semua pulang. Sedih, aku tidak dapat menghantar mereka semua pulang. Aku sudah mula rasa rindu. Sungguh, ukhuwwah atau tautan hati kerana Allah S.W.T. itu amat kuat.


Thursday, June 4, 2009

Terganggu

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Ini adalah antara kisah yang pernah aku dgr tentang kisah hidup Imam Hassan al-Banna:

"Beliau memberikan surat layang kepada pemuda-pemuda yang tidak pergi solat Jumaat"

Itu adalah antara usaha Imam Hassan al-Banna sbg salah satu cara utk menegur dan memperbaiki akidah dan akhlak umat Islam. Bagus kan?

Tapi kalau cara yang sama digunakan pada zaman sekarang, mesti akan dicop sebagai overreacted, kecoh, lebih-lebih, tunjuk baik dan sewaktu dengannya. Selain surat layang yang tak berapa nak layang, aku ada jugak fikir cara-cara lain, tp setakat tu jer laa.

Tak kisah laa kalau niat baik pun. Niat tidak menghalalkan cara. Kalau betul niat baik, banyak lagi cara boleh buat. Sekali dua mungkin aku boleh pejam sebelah mata dan mengecam di dalam hati sebagai selemah-lemah iman. Tapi kalau da pernah tegur sebelum nie, tp masih buat yang sama beberapa kali, boleh bikin panas.

Jantung aku berdegup kencang menahan marah. Nak mintak tlg org pun, mesti org suro aku rilek. Sbb aku pun ade rase sket mcm aku overreacted. Tapi aku mmg TAK SUKA! Aku rasa ini semua berbalik kepada kisah lama. Adakah ini dendam? Mintak dijauhkan.

Please faham aku bukan nak tunjuk baik atau apa. Ini adalah aku yang sedang nak berubah ke arah yang lebih baik. Please faham.

Aku sedar salah satu cara adalah untuk memperbaiki hubungan. Insya-Allah bila ukhuwwah baik, senang sikit nak memberi dan menerima. But as I said before, aku rasa susah. Sebab aku da mula rasa tak suka dan tak senang. Astaghfirullah.

Seseorang yang aku hormati dan sayangi telah memberi aku nasihat ini:

"kalu rase marah kt die sendiri, ingat kebaikan die dan doakn die, then betulkan niat kite blk, n clearkan blk hati kite, kite marah dan benci pada perbuatan, bukan pada org nye cume kalu org tu akan membawa kite ke jalan yg salah tu, kite tak nk terlibat dgn menjauhkan diri/tunjukkan rase tak suke dgn perbuatan tu"

"Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam al-Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah." (al-Kahfi:54)

Wednesday, June 3, 2009

The 3rd post of the night

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.

Ok, 3 posts in a night!

Hmm, camne nak describe perasaan aku ketika ini?

Down? Sedih?

YES!

Ini baru beberapa org da mula fikir pasal future. Hari tu mase aku amek buku graduation utk apply keje kat Malaysia tu pun aku da rasa semacam. Aku sudah mula membayangkan masa hadapan.

Bukan takut, tp macam tak bersedia untuk menghadapi realiti itu.

Kami datang bersama-sama. Ramai. Dari tidak kenal kepada menjadi kawan. And things happened within the 3 years. Balik nanti mungkin tidak bersama-sama lagi. Lepas tu, masing-masing akan mula sibuk merencana masa hadapan. Ada masa, pasti akan berhubungan. Tetapi tidak akan sama lagi. Betullah kata orang, gunakan tahun-tahun belajar dgn sebaiknya. Bukan sahaja akademik, tetapi ketika itulah kita belajar menjadi lebih dewasa dan mengenalpasti teman-teman di sekeliling kita. Bila masuk alam pekerjaan dan alam seterusnya yang lebih dewasa, hanya semangat ukhuwwah bisa menjadi penghubung.

Ok, aku admit. Sepanjang hari nie aku agak sensitif. Tadi last tutorial accy dgn Wai Loong pun, aku cam rasa sedih sikit. Even though masa awal-awal dapat tau dia tutor aku, aku cam "apekah?", tp aku tak nafikan dialah antara tutor terbaik yang pernah aku dapat. Tadi dia ada buat evaluation dgn cara yang sangat kreatif. Being extra sensitive, idea keluar mencurah-curah tetibe, aku pun tulis laa macam-macam. Tp jangan salah faham, sesuai dengan batas-batas seorang pelajar yang menghargai jasa gurunya. I even called him "teacher" in the evaluation, how cool is that?

Ouh, did I mention that he mentioned my name on my way out? He was standing at the doorway, sending his students for the last time, and when I passed by, he mentioned my name and smile :-) Am I his favourite student? Who knows? Haha. Ntah2 dia sebut nama students lain dan senyum kat dorang jugak, aku jer yang perasan.

Pengajaran di sini ialah, jangan kutuk tutor dalam blog, atau di mana-mana sahaja. Tutor juga adalah cikgu. Hari tu baru cakap kan jgn kutuk-kutuk cikgu. Tak berkat ilmu. Sape tah yang cakap macam tu. Tp kutuk-kutuk tu masa dulu, sekarang da faham insya-Allah tak akan kutuk mana-mana cikgu lagi :-)

Back to the future planning. Ini baru planning. The start of the planning. Belum tahu apa akan terjadi dalam masa beberapa bulan akan datang ini. But the tension is already there. I can feel it. Honestly, masa enrol utk 2nd sem dgn rakan-rakan tadi, aku rasa cuak semacam. Mungkin sebab aku baru sedar masa tu yang aku hanya ada beberapa bulan saja lagi utk bersama-sama mereka. Keberatan itu lebih terasa. Mesti kena jaga ukhuwwah dan silaturrahim betul-betul. Hanya itu yang dapat menjaga hubungan kami di masa hadapan. Silap langkah, aku pasti rasa bersalah. Argh! Seriously I can feel it now.

Kita hanya mampu berusaha, yang menentukan, adalah Dia, Yang Maha Esa.


Sony, pilihanku

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Ok, tetibe nak blog pasal nie.

Kami bebudak yang amek subjek ACCY308 ada assignment tentang Corporate Social Responsibility (CSR). Actually ada 2 soalan but most of us pilih no 2 sbb cam senang sket. No 2 nie kena cari company yang buat CSR report coz for your information, CSR report nie is not compulsary.

So aku pun google. Then i found a website yang listkan companies in Australia and New Zealand yang dapat top ranking in CSR report. Out of them in the list, aku tertarik dgn NZPost. Sbb mcm, NZPost? Wow. Aku pun x tau kenapa aku wow, tp aku wow.

Then on the other tab (biasalah suka bukak tab byk2), aku jumpa Sony. Sony buat separate report on CSR. Interesting!

Aku baca dua-dua report sebelum aku memutuskan untuk memilih Sony. Yea laa, sbb cam byk sket bleh hurai. Aku tak sedar apa-apa sampailah kat list of products, aku teringat once upon a time aku pernah kata nak jadi pengguna setia Sony. Siap sign up as a loyal customer tu. Haha. Mana taknya, masa tu mp3 aku Sony (aku panggil Sony Kacang), kamera aku Sony, handphone aku Sony, laptop baru pun aku nak beli Sony (tapi abg ipar dan cousins aku tak bagi). Cuma Sony PS2 jer aku xde. Haha.

Tp sekarang, mp3 Sony da bertukar kepada Apple iTouch. Laptop Dell. Kamera Sony? Menjadi simpanan laci. Hanya handphone Sony yang masih survive.

Jadi, adakah Sony masih menjadi pilihanku? Mungkin tidak lagi. Terima kasih Sony kerana pernah menjadi pilihan utamaku :-)

Salah satu dari bermacam halangan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Bicara hati ke hati dgn seorang teman semalam telah membuka mata aku tentang beberapa perkara. Yang paling penting, hasil dari pertemuan semalam, aku dapat discover salah satu dari banyak halangan utama. Aku pasti banyak lagi halangan yg aku belum sedar. Perlahan-lahan Iynas, perlahan-lahan :-)

Menurutnya, selemah-lemah iman adalah berlapang dada dan setinggi-tinggi iman adalah melebihkan orang lain.

Kalau aku sangka aku sudah mula melebihkan orang lain, mungkin aku silap. Itu mengalah namanya. Samakah? Sedangkan yang berlapang dada tu pun susah nak maintain. Alhamdulillah aku berjaya melapangkan dada dalam banyak perkara. Tetapi tidak untuk satu perkara ini.

Satu halangan itu.

Macam mana nak atasinya? Aku harus menganggapnya sebagai cabaran, tp susah sbb aku rasa aku tak boleh. It's in me. Takkan aku nak mengalah selalu. Ok, x elok fikir mcm tu. Macam laa org lain tak pernah mengalah utk aku, kan? Selalu rasa diri sendiri da buat itu ini, cuba ingat balik apa yang orang tu da pernah buat utk kita.

Ok, macam mana nak buat nie? Susahnya. Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini. Berikan aku kekuatan.

Harus melatih ego supaya bertempat, agar ukhuwwah sentiasa terpelihara.


Monday, June 1, 2009

Tentang Ayat-Ayat Cinta

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Ok, seperti yang pernah dinyatakan, aku tgk balik filem Ayat-Ayat Cinta. Aku tgk dari mula sbb aku da x brape ingat the first two parts yg aku da tgk last year. Yes, aku tau aku lambat tgk, tp aku rasa lebih bermakna tgk skarang.

Ada 2 tujuan aku nak tgk balik cite nie:
  1. Biarlah menjadi rahsia ;-)
  2. Mengambil seberapa banyak pengajaran yang boleh, di samping sebagai hiburan yang bermanfaat, insya-Allah.

Setakat nie, ada 2 juga pengajaran utama yang aku dapat:
  1. Sabar dan ikhlas menempuh ujian Allah S.W.T. (merujuk kpd scene Fahri spt berputus asa ketika di dalam penjara dan dinasihati oleh teman penjaranya ttg kisah Nabi Yusuf a.s.). Ketika dalam keadaan sebegini teman yang mampu menasihati dgn baik adalah sangat-sangat diperlukan. Teringat kepada kisah aku pada suatu malam itu. Terima kasih rakan-rakan. You know who you are :-)
  2. Cinta tidak sama dgn keinginan utk memiliki.

Ada lagi beberapa pengajaran, spt hak org bukan Islam di negara Islam (google balik hadis yg disebutkan Fahri), kisah wanita bertudung yang tercemar akhlaknya kerana menipu - satu isu yang selalu dipertikaikan oleh perempuan tidak bertudung, kononnya tidak bertudung lagi baik dari yang bertudung. Ok, ada kebenarannya. Tapi apa yang cuba kalian yang tidak bertudung buktikan? Cuba mencari alasan supaya terus tidak bertudung dan melanggar perintah Allah?

Ada sesiapa tersentap? Itu pandangan aku. Aku emo sbb aku bosan dgn alasan-alasan tidak munasabah itu. Konon nak bertudung kena ikhlas kerana Allah. Jangan jadikan itu sebagai alasan untuk meringankan perintah Allah S.W.T.

Tentang pengorbanan Aisha, tidak dinafikan besar pengorbanannya. Tetapi aku memilih utk tidak komen apa-apa tentang itu.

Hmm, oklah komen sikit. Aku rasa kalau betul-betul faham konsep pengajaran kedua di atas, diiringi dgn iman yang mantap dan insan bernama lelaki yang betul, tak mustahil dapat menjadi sebaik Aisha. Tp yelah, susah mmg susah. Dan itu kembali kpd kepercayaan bahawa kesusahan yg diberikan Allah adalah utk kebaikan kita sendiri. Seperti salah satu dialog yang diucapkan di dalam filem,

"Segala-galanya terpulang kepada iman"

Mukmin yang kuat imannya akan dapat mengatasi kesusahan dengan bantuan dari Dia, insya-Allah.

Aku tersentuh dan terharu, tetapi aku tidak menangis, kerana aku rasa rugi kalau aku terlampau melayan emosi cerita tanpa mengambil apa-apa pengajaran daripadanya.

Atau ada sesiapa nak kata hati aku keras dan tiada perasaan? Terpulang. Aku da pernah dgr semua itu. Dan aku tidak ada inisiatif utk menafikannya.

Terima kasih Ya Allah. Ada hikmah-Nya aku lambat tgk cite nie.

Ada sesiapa ada novel "Ayat-Ayat Cinta" sekarang, di Wellington, New Zealand? Kalau ada boleh saya pinjam? Tapi kalau ada di Malaysia, xpe, nanti balik saya boleh cari sendiri :-)

MAAF KEPADA SESIAPA YANG TERSENTAP DAN TERASA DENGAN TULISAN SAYA. SAYA JUGA INSAN YANG KURANG SEMPURNA YANG INGIN MEMPERBAIKI DIRI. SEGALA TULISAN SAYA ADALAH DENGAN NIAT UNTUK PERINGATAN KITA BERSAMA DAN SEMOGA KITA SAMA-SAMA MUHASABAH DIRI. YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH, YANG BURUK ITU DATANG DARI DIRI SAYA SENDIRI.