Monday, April 27, 2009

Kesedaran ada. Pengorbanan bila lagi?

Ada, tapi belum cukup.

"Xde mood nak blaja"

Aku selalu bg alasan tu, dan setiap kali aku cakap mcm tu, aku rasa ia x sepatutnya menjadi alasan yg berterusan. Mood utk blaja perlu dicari, kerana itu tujuan aku dihantar ke sini. Menjadi tanggungjawab aku utk mencari dan membina mood itu.

Aku x nafikan blaja di perantauan menjadi satu kebanggaan. Apatah lg dgn jadual yg lebih relax jika nak dibandingkan dgn jadual belajar yg sgt padat di Malaysia. Hal ini aku rasa ramai org tau. Kawan2 aku kat Malaysia ada sampai 6-8 subjek satu semester. Mungkin lebih. Aku kat sini, satu semester x lebih dari 4 subjek aku amek, menimbulkan kecemburuan di kalangan mereka di Malaysia.

Tp ketahuilah, dgn lebih rileksnya aku di sini, momentum utk blaja semakin menurun. Da biasa disuap sama ada penuh atau sebahagian, nak buat research dan suapan sendiri di sini mmg laa agak payah. Lebih terdorong utk melakukan aktiviti2 yg tiada kaitan dgn pelajaran. Kalau di Malaysia, mmg penat blaja, tp momentum blaja sentiasa di'push'.

Itu dari segi momentum blaja. Dari segi pergaulan dan mencari diri, aku bersyukur dihantar ke perantauan. Aku lebih mengenali diri dan blaja utk menguruskan diri sendiri dari pelbagai aspek. Menjumpai tujuan hidup, itulah yg membuatkan perjalanan hidup di perantauan menjadi lebih bermakna utk aku.

Menjadi fitrah manusia utk menjadi lebih baik. Tetapi lebih baik ke arah mana?

Aku x kata di Malaysia x akan jumpa tujuan hidup seseorg. Bergantung kpd individu. Persekitaran memainkan peranan penting dlm hal ini. Lambat atau cepat, proses pembelajaran dan pembesaran berlaku di mana-mana. Yang Maha Esa Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hamba-hambaNya.

Sbb itu, setiap kali aku down tentang penurunan momentum blaja, aku akan cepat2 hapuskan perasaan itu dan sedar akan adanya aspek lain yg boleh membuatkan aku bangga dan bersyukur. Menjumpai tujuan hidup dan usaha-usaha yg boleh dilakukan utk menyumbang kpd arah tujuan hidup tersebut, termasuk mencari semula mood dan momentum utk blaja.

Mood itu hilang kerana aku leka dgn perkara2 yg melalaikan. Hanya kekuatan hati dan pengorbanan sahaja yg dapat mengubahnya.

Persoalannya, bersediakah aku utk berkorban?

Satu lg persoalan yg aku rasa jawapannya sudah jelas. Sbg hamba yg mengaku hati dan dirinya mencintai Yang Maha Esa, saat itu peranan pengorbanan mengambil tempat, sama ada kita bersedia atau tidak. Spt yg tertera di bahagian "Motivasi" di sebelah kanan blog ini:

"Perubahan tidak hanya memerlukan kesedaran dan semangat, tetapi pengorbanan yang bukan sedikit"

Kalau kita asyik berkata kita tidak bersedia, sampai bila? Kalau pengorbanan boleh dilakukan utk seorg manusia lain yg kita mengaku mencintainya sepenuh jiwa raga dan sanggup berkorban apa sahaja walaupun tidak pasti dengan kesudahan balasan pengorbanan kita terhadapnya, kenapa kita tidak boleh berkorban yg sama atau lebih terhadap Pencipta yg mesti kita cinta melebihi yg lain? Apatah lagi kita sudah tahu dan pasti akan balasan baik kpd pengorbanan yg dilakukan. Caranya sama sahaja. Berusaha dan berkorban.

Mengikut prinsip Contract Law yg sedang aku blaja skarang nie, aku sendiri da breach contract dgn Dia. Sbb? Antara prinsip Contract Law mengatakan ada contract bila ada agreement dan consideration antara dua pihak. Consideration itu bermaksud harga sesebuah janji. Di saat manusia dijadikan, manusia sudah membuat agreement dgn Dia bahawa tugas manusia sbg khalifah dan tujuan hidup adalah untuk mengabdikan diri kepada Dia. Sbg harga kepada janji tersebut, Dia menjanjikan syurga. There, contract is made!

Jika dilihat segala perbuatan aku sebelum ini, aku sepatutnya sudah byk kali dijatuhkan hukuman di mahkamah Dia kerana melanggar perjanjian. Tetapi hakikatnya TIDAK kerana Dia itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Aku masih diberi peluang utk menunaikan janji aku yg termeterai sejak aku diciptakan.

Dan aku?

Sbg umat di akhir zaman, aku mengaku masih ada perkara2 yg aku tidak mampu utk berkorban lg. Umat di akhir zaman, imannya turun naik. Persekitaran menjadi faktor. Hanya kekuatan iman yg boleh melindungi kita.

Aku malu dgn diri sendiri. Sbb aku tahu, walaupun dgn kesedaran ini, aku masih tidak boleh, atau tidak mahu untuk berkorban tentang banyak perkara.

Rakan2, sila tegur aku demi kebaikan aku.

"Hidup mesti sentiasa di bawah rahmat Allah S.W.T."


Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)


No comments:

Post a Comment