Wednesday, April 15, 2009

Batu yang tidak berapa merah

Semalam, aku kuar berjalan sempena Easter holiday. Walaupun x jauh, sekurang-kurangnya adalah jugak tempat berjalan daripada duduk di rumah atau berjalan di city. Aku pergi dgn Wan Ling, Fatinn, Jiejah dan Najwa. Destinasi impian adalah Red Rocks di Owhiro Bay. Perjalanan dianggarkan mengambil masa selama lebih kurang 30 minit dgn menaiki bas. Dengan hanya berpandukan gambar dan maklumat di internet, kami meredah perjalanan sendiri. Macam x biasa plak kan.

Lepas Zuhur kami bertolak. Tidak sampai 30 minit, kami sampai di perhentian terakhir. Menurut Wan Ling, kami tiba 15 minit awal. Bertanyakan arah kpd pak cik bas, dia kata "It's a long walk to go to the Red Rocks". Kami pun memulakan redahan.

Berjalan di sepanjang bay, kami x nampak di mana Red Rocks yg sebenarnya. Berpandukan peta, masih jauh lg destinasi. Sampai di kawasan org turun untuk scuba, x ingat apa nama kawasan tu, kami ambil gambar dulu di situ. Aku x bawak kamera sbb sesuatu telah berlaku kpd kamera aku membuatkan aku xde mood nak guna lagi. Lgpon Fatinn da ade kamera canggih, hehe.

Kami teruskan berjalan sampai ke Owhiro Bay (bunyi mcm jalan jauh tp xdela jauh sgt). Di situ ada kawasan persinggahan bot dgn batu2 di sekelilingnya. Byk laa batu. Menurut sejarah, Red Rocks tu adalah batu2 serpihan gunung berapi di bawah laut. Kalau ikut peta, kawasan Red Rocks masih jauh di hadapan, tp da tgk kat situ byk jer batu, bleh laa amek gambar kat situ. Lawa jer (walaupun sbenarnye aku bayangkan batu2 berwarna merah). Batu2 pun tajam2, memberi sedikit kesan koyakan kpd beg tangan. Maka, andaian kami, sahlah itu sebahagian dari Red Rocks. Tidak perlu jalan jauh lg.

Terima kasih kpd Cik Fatinn yg berdedikasi sbg jurugambar, byk gambar2 kami yg cantik. Kesian juga tgk die kene langkah batu tajam cepat2 sbb nak ambik gambar. Byk kali pulak tu. Jasa anda dan kamera amat dihargai. Lepas nie amek gambar lg. Ditambah plak dgn kami yg gemar berposing nie (eh, rhyme plak, haha).

Lepas nie nak pergi mana plak. Plan seterusnya nak keluar dari Wellington sket, sbb walaupun dok Wellington, x tau da nak g jalan mana. Red Rocks tu pun aku tau dpd org. Nak harap tau sendiri, mmg xde inisiatif langsung nak cari.

Ouh, akan bercamping di Upper Hutt x lame lg. Dalam Wellington, ok laa tu. X sabar. Looking forward for the contents :-)


Towards the end, rase x puas hati dgn diri sendiri. Walaupun fleksibel, patut menjadi lebih tegas dalam hal tertentu. Hmm, cakap senang, bila berhadapan dgn situasi, kelu seribu bahasa. Akibatnya, malu sendiri.

3 comments:

  1. tengah syok2 bace.. titibe part last tak best plak...

    "Towards the end, rase x puas hati dgn diri sendiri. Walaupun fleksibel, patut menjadi lebih tegas dalam hal tertentu. Hmm, cakap senang, bila berhadapan dgn situasi, kelu seribu bahasa. Akibatnya, malu sendiri."

    ape ni? nak tahu nak tahu! saye ke? huhuhu... jgn segan silu tegur kite.. ok!

    btw, yes, kite senang untuk mengambil gambar kamu2 semua yg sememangnya memang suke amek gambar. hahah! :P

    ReplyDelete
  2. "jgn segan silu tegur kite.. ok!"

    kte yg patut cakap camnie kat awak ;-)

    ReplyDelete
  3. huaaa....x ajak (*_*)

    ReplyDelete