Wednesday, April 22, 2009

Bersama Chasey, pelakon The Lord of The Rings


Kuda yg aku tunggang tu laa Chasey, merupakan salah seekor dari byk2 kuda dlm my all-time-favourite-movie The Lord of The Rings. Bukan setakat kuda tempelan, sbb mengikut pakcik yg membawa kami iaitu pakcik Mac yg juga merupakan salah seorg pelakon tentera Rohan dalam bahagian ketiga filem tersebut, The Return of The King, dia dan Chasey dapat dilihat dgn jelas dalam beberapa scene, berada di belakang sket dpd pelakon utama. Nie yg mcm nak tgk balik movie tu, tp mcm aku kenal jer Chasey yg mane satu. Aku nampak kuda sume same jer, x brape nak cam lg. Lgpun mase tu, umur Chasey baru brape tahun. Skarang umurnya 14 tahun. Yg kelakarnya, masa aku bgtau pakcik Mac aku sgt suke filem LOTR, dia kata dia g tgk movie tu just nak tgk scene dia dgn Chasey. Haha. Terpegun bila dia cite brapa bayaran dia terima utk movie tu, walaupun sekadar watak tambahan. Penggambaran melibatkan Chasey utk scene peperangan tu sahaja mengambil masa 6 bulan.

Aku sungguh excited dapat menunggang kuda LOTR! Apa-apa yg berkaitan dgn LOTR pasti aku suka!

Selain tu, menunggang kuda menimbulkan kesedaran dalam diri aku tentang pentingnya kuda pada zaman dahulu. Bukan sahaja sbg medium pengangkutan, malah digunakan utk peperangan. Kuda merupakan antara haiwan ciptaan Tuhan yg paling lama wujud. Bijak dan pantas, kuda telah byk menyumbang kpd kedua-dua aspek berkenaan. Tak dinafikan, yg paling aku terbayang ketika menunggang Chasey ialah sumbangan kuda dalam peperangan terutama peperangan Islam. Ini berikutan aku ingat kata-kata Kak Farah yg umat Islam digalakkan utk menguasai tiga benda iaitu memanah, berenang, dan menunggang kuda kerana ketiga-tiga ini dapat membentuk kekuatan insan utk membantu persediaan menghadapi rintangan secara amnya dan peperangan secara khasnya. Bg aku, memanah dan menunggang kuda sgt dekat dgn umat Islam kerana ia adalah lambang kekuatan Islam dalam peperangan, selain merupakan sebahagian dpd sejarah Islam yg patut kita hayati.

Utk pengetahuan pembaca sekalian: Berkuda, memanah dan berenang adalah sunnah Rasulullah S.A.W.

Terdapat kebaikan dari segi kesihatan juga. Sila baca artikel yg telah di'copy-paste' ini. Semoga memberi kesedaran kpd kita semua.

FAEDAH BERKUDA, MEMANAH, BERENANG.

Allah SWT berfirman: "Kuda, keledai dan himar adalah supaya kamu naiki dan sebagai perhiasan." (an-Nahl: 8)

Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Berkuda

Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.

Bentuk lekuk badan belakang kuda - tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.

Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

Memanah

Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika emosi pemanahnya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.

Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

Di antara hiburan yang dibenarkan oleh syara' ialah bermain memanah dan perang-perangan. Sebab di satu saat Nabi pernah berjalan-jalan menjumpai sekelompok sahabatnya yang sedang mengadakan pertandingan memanah, maka waktu itu Rasulullah SAW. memberikan dorongan kepada mereka dengan sabdanya: "Lemparkanlah panahmu itu, saya bersama kamu." (Riwayat Bukhari)

Pertandingan lempar panah itu bukan sekedar hobby atau sekedar bermain-main saja, tetapi salah satu bentuk daripada mempersiapkan kekuatan.

Allah S.W.T. berfirman: "Dan bersiap-siaplah kamu untuk menghadapi mereka (musuh) dengan kekuatan yang kamu sanggup."

Dalam menafsirkan ayat ini Rasulullah bersabda: "Ketahuilah! Bahawa yang dimaksud 'kekuatan' itu ialah memanah - beliau ucapkan kata-kata itu tiga kali." (Riwayat Muslim)

Berenang

Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain merangsang stamina ( sistem kardiovaskular )

Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.

Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara:

(1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah).
(2) Seorang yang mendidik kudanya.
(3) Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya.
(4) Belajar berenang.”

(Riwayat Thabarani)

Dan berkatalah Umar: "Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda."


Belajar utk menguasai menunggang kuda adalah sebab utama aku menerima ajakan seorg rakan utk aktiviti horse riding nie, walaupun beberapa minit sebelum itu, aku hampir nak cancel sbb ada sesuatu telah berlaku pg sebelum itu membuatkan aku hilang mood. Terima kasih kpd nasihat rakan2, di samping aku percaya kerana niat murni itu juga telah menguatkan keinginan aku utk pergi dan memudahkan urusan -merujuk kpd balingan duit syiling yg menyebelahi aku- walaupun hati tidak berapa senang.

Akhirnya ia berbaloi. Bukan semata-mata kerana gembira dapat menunggang kuda LOTR dan menikmati pemandangan indah dari atas gunung, itu adalah bonus tetapi yg penting apa yg aku hajatkan telah tercapai. Aku pulang dgn rasa tenang, gembira dan bersyukur :-)

Berenang dah, menunggang kuda pun sudah. Walaupun masih merangkak. Memanah belum. Ada masa dan rezeki, insya-Allah.

Erm, main paintball boleh ganti memanah x?


1 comment:

  1. wah....nieh dh mcm reading kak wani bg dh nieh...

    bgs2...sgh informatif=)

    ReplyDelete