Monday, April 20, 2009

About a Volvo and a spectacle

Alhamdulillah, lama jugak aku berada dalam keadaan tenang, tanpa konflik dalam diri. Aku sedang belajar melapangkan dada atas apa-apa yg berlaku. Berlapang dada amalan mulia, insya-Allah. Ada jugak org kata kalau kita terlalu berlapang dada, org akan pijak kepala kita. Well, that is true in some ways. So kalau da tau org tu jenis yg ambil kesempatan begitu, jauhkanlah diri, tp jgn sampai memutuskan tali silaturrahim.

Tp manusia tidak pernah lepas dari ujian.

Hari ini aku terima berita yg mengejutkan dari kakak ipar aku. Sebelum tu, walaupun mungkin kakak ipar aku x tau akan kewujudan blog ini, aku nak ucapkan terima kasih dan bersyukur dikurniakan kakak ipar yg baik. Sejak aku di kejauhan dan Kak Ham berpindah ke Sarawak, kakak ipar akulah tempat mak aku nak luahkan segala. Ditakdirkan pulak abg aku nie jenis keras sikit, kakak ipar laa yg jadi org tengah. Tambah2 lg abg aku ialah anak lelaki sulung yg harus diminta pendapat kalau mak aku nak buat apa2.

Baru2 nie kakak ipar aku bertanyakan pendapat aku sbb dia da buntu, x tau nak buat apa. Dgn status sbg menantu dan kekerasan abg aku, susah bgnya utk membuat sesuatu keputusan. Alhamdulillah, masalah tu da pun selesai.

Lepas kakak ipar aku update aku ttg keputusan terbaru, dia cite tentang peristiwa yg menyayat hati yg baru sahaja berlaku. Sekeras-keras abg aku, dia menangis. Dan aku, sbg adik yg plg baik dgn dia, turut berasa sayu. Aku faham perasaan dia.

Tak cukup dgn itu, anak-anak buah aku yg berusia antara 1-4 tahun menunjukkan sikap yg luar biasa, mengikut cite kakak ipar aku. Adakah itu satu petanda?

Kemudian hadirlah berita mengejutkan itu. Berita yg menimbulkan kembali konflik dalam diri aku. Mungkin aku boleh terima yg lain2, tp berita yg satu ini, amat susah utk aku terima, walaupun aku cuba utk berlapang dada.

It is not just about an old Volvo. It is more than that.

Kenapa harus org luar yg buat keputusan?


Aku sangat sayang cermin mata nie, sbb selain duit, inilah hadiah pemberian baba sebelum aku fly. Aku x tau ape akan jadi pd aku kalau apa-apa terjadi pd cermin mata nie. Cermin mata ini penuh dgn sentimental value. Walaupun sekarang da agak senget dan calar2 sket, selagi aku bleh pakai, aku pakai. Aku da bayangkan, kalau da xleh gune cermin mata nie, aku xkan buang mcm cermin mata aku yg sbelum2 nie. Akan kusimpan di tempat khas.

Baki duit RM100 pemberian Baba sebelum meninggal masih belum aku guna. Mungkin TIDAK akan guna kecuali utk kecemasan yg PERLU sahaja!

*kakak ipar*: volvo tu la antara peninggalan baba yg plg baba sayang kan?


Aku rasa aku nak start pakai Swatch pertama. Now it is just a watch. Kenapa aku guna cermin mata yg aku sangat sayang, hadiah dari seorg lelaki yg menyumbang kpd kelahiran aku tetapi aku simpan pemberian seorg lelaki yg kini tidak memberi apa-apa makna kpd aku, melainkan saudara sesama Islam?

2 comments:

  1. syahdu kjap....

    u r a strong girl iynas...

    start ur day wid smthg sweet n end it wid smthg sweeter...

    ReplyDelete