Thursday, April 30, 2009
Kali ini ke sekolah rendah
Aku pasti semua orang suka lagu ini :-)
Seperti kembali ke zaman sekolah
Aku sungguh gembira dan teruja! My favourite song masa zaman sekolah menengah. Video klip nie selalu tayang kat NTV7 kalau x silap. Selalu bukak channel tu just becoz of this song.
Tak sangka dapat jumpa lagu dan video nie kat YouTube. Terima kasih kpd yg upload, whoever you are.
Byk lagi yg aku jumpa. Keluarga Bahagia, Suci Sekeping Hati dan Bulan Bintang from Saujana adalah antara yg aku paling suka.
The Question I Can't Answer
I feel like i want to call you a loser, but doing that will make me a loser too.
Always be careful of what you are saying to others, because all those words will eat you back.
Wednesday, April 29, 2009
"Impian"ku
Syabas beti syabbass~ *baca gaya pelakon Hindustan*
Kenapa dgn kerelaan sendiri? Sbb sebelum nie kalau pernah joging pun untuk tujuan pemanasan badan sebelum bermain.
Da byk jugak perkara2 yg pertama kali berlaku sama ada dirancang atau tidak sepanjang aku di sini. Patut buat list dalam buku.
Kebetulan pagi nie x hujan, walaupun basah. Aku da x keje, so salah satu cara supaya aku tak hilang tabiat bgn awal pagi adalah dgn berjogging. Susah tu, sebelum nie liat ok nak jogging! Terima kasih kpd pekerjaan aku sebelum ini yg telah mengajar aku bangun dan berjalan pagi-pagi. Da terbiasa dgn benda baik, jagalah supaya tak hilang, betul x? Hehe. Lgpun makin risau tgk tabiat pemakanan sendiri.
Tp ini baru hari pertama. Akan cuba sedaya-upaya utk maintain. Plg tidak, 3 kali seminggu, 20 minit setiap sesi. Eh, mcm kenal jer ayat nie. Hahaha.
Kalau ada yg tertanya, "kata nak maintain bangun pagi, kalau x jogging buat apa?"
Jawapanku, "Adalah" :-)
Azamku:
-Banyakkan exercise
-Kurangkan makan (which is quite hard due to winter is approaching dan x tahan bler tgk housemates masak sedap2)
-Maintain kesihatan (dalam erti kata lain, berat badan. Haha)
Pesanan khidmat masyarakat ini disebarkan dgn ikhlas oleh,
Aku.
Monday, April 27, 2009
Kesedaran ada. Pengorbanan bila lagi?
"Xde mood nak blaja"
Aku x nafikan blaja di perantauan menjadi satu kebanggaan. Apatah lg dgn jadual yg lebih relax jika nak dibandingkan dgn jadual belajar yg sgt padat di Malaysia. Hal ini aku rasa ramai org tau. Kawan2 aku kat Malaysia ada sampai 6-8 subjek satu semester. Mungkin lebih. Aku kat sini, satu semester x lebih dari 4 subjek aku amek, menimbulkan kecemburuan di kalangan mereka di Malaysia.
Tp ketahuilah, dgn lebih rileksnya aku di sini, momentum utk blaja semakin menurun. Da biasa disuap sama ada penuh atau sebahagian, nak buat research dan suapan sendiri di sini mmg laa agak payah. Lebih terdorong utk melakukan aktiviti2 yg tiada kaitan dgn pelajaran. Kalau di Malaysia, mmg penat blaja, tp momentum blaja sentiasa di'push'.
Itu dari segi momentum blaja. Dari segi pergaulan dan mencari diri, aku bersyukur dihantar ke perantauan. Aku lebih mengenali diri dan blaja utk menguruskan diri sendiri dari pelbagai aspek. Menjumpai tujuan hidup, itulah yg membuatkan perjalanan hidup di perantauan menjadi lebih bermakna utk aku.
Menjadi fitrah manusia utk menjadi lebih baik. Tetapi lebih baik ke arah mana?
Aku x kata di Malaysia x akan jumpa tujuan hidup seseorg. Bergantung kpd individu. Persekitaran memainkan peranan penting dlm hal ini. Lambat atau cepat, proses pembelajaran dan pembesaran berlaku di mana-mana. Yang Maha Esa Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hamba-hambaNya.
Sbb itu, setiap kali aku down tentang penurunan momentum blaja, aku akan cepat2 hapuskan perasaan itu dan sedar akan adanya aspek lain yg boleh membuatkan aku bangga dan bersyukur. Menjumpai tujuan hidup dan usaha-usaha yg boleh dilakukan utk menyumbang kpd arah tujuan hidup tersebut, termasuk mencari semula mood dan momentum utk blaja.
Mood itu hilang kerana aku leka dgn perkara2 yg melalaikan. Hanya kekuatan hati dan pengorbanan sahaja yg dapat mengubahnya.
Persoalannya, bersediakah aku utk berkorban?
Satu lg persoalan yg aku rasa jawapannya sudah jelas. Sbg hamba yg mengaku hati dan dirinya mencintai Yang Maha Esa, saat itu peranan pengorbanan mengambil tempat, sama ada kita bersedia atau tidak. Spt yg tertera di bahagian "Motivasi" di sebelah kanan blog ini:
Kalau kita asyik berkata kita tidak bersedia, sampai bila? Kalau pengorbanan boleh dilakukan utk seorg manusia lain yg kita mengaku mencintainya sepenuh jiwa raga dan sanggup berkorban apa sahaja walaupun tidak pasti dengan kesudahan balasan pengorbanan kita terhadapnya, kenapa kita tidak boleh berkorban yg sama atau lebih terhadap Pencipta yg mesti kita cinta melebihi yg lain? Apatah lagi kita sudah tahu dan pasti akan balasan baik kpd pengorbanan yg dilakukan. Caranya sama sahaja. Berusaha dan berkorban.
Mengikut prinsip Contract Law yg sedang aku blaja skarang nie, aku sendiri da breach contract dgn Dia. Sbb? Antara prinsip Contract Law mengatakan ada contract bila ada agreement dan consideration antara dua pihak. Consideration itu bermaksud harga sesebuah janji. Di saat manusia dijadikan, manusia sudah membuat agreement dgn Dia bahawa tugas manusia sbg khalifah dan tujuan hidup adalah untuk mengabdikan diri kepada Dia. Sbg harga kepada janji tersebut, Dia menjanjikan syurga. There, contract is made!
Jika dilihat segala perbuatan aku sebelum ini, aku sepatutnya sudah byk kali dijatuhkan hukuman di mahkamah Dia kerana melanggar perjanjian. Tetapi hakikatnya TIDAK kerana Dia itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Aku masih diberi peluang utk menunaikan janji aku yg termeterai sejak aku diciptakan.
Dan aku?
Sbg umat di akhir zaman, aku mengaku masih ada perkara2 yg aku tidak mampu utk berkorban lg. Umat di akhir zaman, imannya turun naik. Persekitaran menjadi faktor. Hanya kekuatan iman yg boleh melindungi kita.
Aku malu dgn diri sendiri. Sbb aku tahu, walaupun dgn kesedaran ini, aku masih tidak boleh, atau tidak mahu untuk berkorban tentang banyak perkara.
Rakan2, sila tegur aku demi kebaikan aku.
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)
Sunday, April 26, 2009
Seharian Welly Hujan
Cuti kali nie mmg sesungguhnya BERCUTI dari membuka sebarang buku akademik! Serious and for real! Sbb? Test dan assignment hanya pada minggu kedua selepas habis cuti. So mcm "Ala xpe, ada masa lagi. Lepak dulu. First day bukak skola baru start study".
Sungguh x bagus kan? I know. Itulah masalahnya. Tahu tp buat jugak.
Aku sendiri rasa x bagus sbb org lain da mula bukak buku on the 2nd week of holiday sbg persiapan awal, sedangkan aku? Da laa aku nie jenis slow learner.
Apepun, x guna rasa bersalah skarang kalau dari awal da sedar, kan?
Btw, hari khamis lepas, me and the other 9 friends went on a road trip to Castlepoint. At first nak g 4 tempat, antaranya Castlepoint dan Cape Palleiser. The main destination was Castlepoint. Sampai jer kat sana setiap ceruk ktorang bergambar. 10 org bergambar, mcm2 gaya dari berbagai angle keluar. Castlepoint sgt lawa! Serius cantik! Tak caya? I'm sure da ramai yg tgk gambar dari beberapa buah album di fb, hehe.
Baru satu tempat pegi da lebih dari 3 album gambar, so that should explain kenapa ktorang x sempat pegi ke lg 3 tempat yg dirancang. Haha. Tp xpe, the place is very worth to spend hours in it. Siap picnic bagai. Nak tahu lebih lanjut, Shaza telah huraikannya. Baca sini.
Wednesday, April 22, 2009
Bersama Chasey, pelakon The Lord of The Rings
Kuda yg aku tunggang tu laa Chasey, merupakan salah seekor dari byk2 kuda dlm my all-time-favourite-movie The Lord of The Rings. Bukan setakat kuda tempelan, sbb mengikut pakcik yg membawa kami iaitu pakcik Mac yg juga merupakan salah seorg pelakon tentera Rohan dalam bahagian ketiga filem tersebut, The Return of The King, dia dan Chasey dapat dilihat dgn jelas dalam beberapa scene, berada di belakang sket dpd pelakon utama. Nie yg mcm nak tgk balik movie tu, tp mcm aku kenal jer Chasey yg mane satu. Aku nampak kuda sume same jer, x brape nak cam lg. Lgpun mase tu, umur Chasey baru brape tahun. Skarang umurnya 14 tahun. Yg kelakarnya, masa aku bgtau pakcik Mac aku sgt suke filem LOTR, dia kata dia g tgk movie tu just nak tgk scene dia dgn Chasey. Haha. Terpegun bila dia cite brapa bayaran dia terima utk movie tu, walaupun sekadar watak tambahan. Penggambaran melibatkan Chasey utk scene peperangan tu sahaja mengambil masa 6 bulan.
Aku sungguh excited dapat menunggang kuda LOTR! Apa-apa yg berkaitan dgn LOTR pasti aku suka!
Selain tu, menunggang kuda menimbulkan kesedaran dalam diri aku tentang pentingnya kuda pada zaman dahulu. Bukan sahaja sbg medium pengangkutan, malah digunakan utk peperangan. Kuda merupakan antara haiwan ciptaan Tuhan yg paling lama wujud. Bijak dan pantas, kuda telah byk menyumbang kpd kedua-dua aspek berkenaan. Tak dinafikan, yg paling aku terbayang ketika menunggang Chasey ialah sumbangan kuda dalam peperangan terutama peperangan Islam. Ini berikutan aku ingat kata-kata Kak Farah yg umat Islam digalakkan utk menguasai tiga benda iaitu memanah, berenang, dan menunggang kuda kerana ketiga-tiga ini dapat membentuk kekuatan insan utk membantu persediaan menghadapi rintangan secara amnya dan peperangan secara khasnya. Bg aku, memanah dan menunggang kuda sgt dekat dgn umat Islam kerana ia adalah lambang kekuatan Islam dalam peperangan, selain merupakan sebahagian dpd sejarah Islam yg patut kita hayati.
Utk pengetahuan pembaca sekalian: Berkuda, memanah dan berenang adalah sunnah Rasulullah S.A.W.
Terdapat kebaikan dari segi kesihatan juga. Sila baca artikel yg telah di'copy-paste' ini. Semoga memberi kesedaran kpd kita semua.
FAEDAH BERKUDA, MEMANAH, BERENANG.
Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)
Berkuda
Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
Bentuk lekuk badan belakang kuda - tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.
Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.
Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.
Memanah
Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika emosi pemanahnya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.
Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.
Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)
Pertandingan lempar panah itu bukan sekedar hobby atau sekedar bermain-main saja, tetapi salah satu bentuk daripada mempersiapkan kekuatan.
Allah S.W.T. berfirman: "Dan bersiap-siaplah kamu untuk menghadapi mereka (musuh) dengan kekuatan yang kamu sanggup."
Dalam menafsirkan ayat ini Rasulullah bersabda: "Ketahuilah! Bahawa yang dimaksud 'kekuatan' itu ialah memanah - beliau ucapkan kata-kata itu tiga kali." (Riwayat Muslim)
Berenang
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain merangsang stamina ( sistem kardiovaskular )
Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara:
(1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah).
(2) Seorang yang mendidik kudanya.
(3) Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya.
(4) Belajar berenang.”(Riwayat Thabarani)
Dan berkatalah Umar: "Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda."
Belajar utk menguasai menunggang kuda adalah sebab utama aku menerima ajakan seorg rakan utk aktiviti horse riding nie, walaupun beberapa minit sebelum itu, aku hampir nak cancel sbb ada sesuatu telah berlaku pg sebelum itu membuatkan aku hilang mood. Terima kasih kpd nasihat rakan2, di samping aku percaya kerana niat murni itu juga telah menguatkan keinginan aku utk pergi dan memudahkan urusan -merujuk kpd balingan duit syiling yg menyebelahi aku- walaupun hati tidak berapa senang.
Akhirnya ia berbaloi. Bukan semata-mata kerana gembira dapat menunggang kuda LOTR dan menikmati pemandangan indah dari atas gunung, itu adalah bonus tetapi yg penting apa yg aku hajatkan telah tercapai. Aku pulang dgn rasa tenang, gembira dan bersyukur :-)
Berenang dah, menunggang kuda pun sudah. Walaupun masih merangkak. Memanah belum. Ada masa dan rezeki, insya-Allah.
Erm, main paintball boleh ganti memanah x?
Monday, April 20, 2009
About a Volvo and a spectacle
Tp manusia tidak pernah lepas dari ujian.
Hari ini aku terima berita yg mengejutkan dari kakak ipar aku. Sebelum tu, walaupun mungkin kakak ipar aku x tau akan kewujudan blog ini, aku nak ucapkan terima kasih dan bersyukur dikurniakan kakak ipar yg baik. Sejak aku di kejauhan dan Kak Ham berpindah ke Sarawak, kakak ipar akulah tempat mak aku nak luahkan segala. Ditakdirkan pulak abg aku nie jenis keras sikit, kakak ipar laa yg jadi org tengah. Tambah2 lg abg aku ialah anak lelaki sulung yg harus diminta pendapat kalau mak aku nak buat apa2.
Baru2 nie kakak ipar aku bertanyakan pendapat aku sbb dia da buntu, x tau nak buat apa. Dgn status sbg menantu dan kekerasan abg aku, susah bgnya utk membuat sesuatu keputusan. Alhamdulillah, masalah tu da pun selesai.
Lepas kakak ipar aku update aku ttg keputusan terbaru, dia cite tentang peristiwa yg menyayat hati yg baru sahaja berlaku. Sekeras-keras abg aku, dia menangis. Dan aku, sbg adik yg plg baik dgn dia, turut berasa sayu. Aku faham perasaan dia.
Tak cukup dgn itu, anak-anak buah aku yg berusia antara 1-4 tahun menunjukkan sikap yg luar biasa, mengikut cite kakak ipar aku. Adakah itu satu petanda?
Kemudian hadirlah berita mengejutkan itu. Berita yg menimbulkan kembali konflik dalam diri aku. Mungkin aku boleh terima yg lain2, tp berita yg satu ini, amat susah utk aku terima, walaupun aku cuba utk berlapang dada.
It is not just about an old Volvo. It is more than that.
Kenapa harus org luar yg buat keputusan?
Baki duit RM100 pemberian Baba sebelum meninggal masih belum aku guna. Mungkin TIDAK akan guna kecuali utk kecemasan yg PERLU sahaja!
Aku rasa aku nak start pakai Swatch pertama. Now it is just a watch. Kenapa aku guna cermin mata yg aku sangat sayang, hadiah dari seorg lelaki yg menyumbang kpd kelahiran aku tetapi aku simpan pemberian seorg lelaki yg kini tidak memberi apa-apa makna kpd aku, melainkan saudara sesama Islam?
Lupe plak
Macam mane aku boleh lupe nak selit si dia lg sorg tu. Antara penyebab tuh.
Agak2 kan diorg mimpi yg same dgn aku x? Aku selalu wonder, kan bler mimpi roh kte kuar dari jasad. So kalau kte mimpi dgn seseorg yg kte kenal, adekah sbenarnye roh kte berjumpe dgn roh org tu, dan kalau begitu, dia juga mimpi yg same dgn aku?
Hmm, paham x maksud aku? Kalau x paham, xpe, sila abaikan. Yg pasti, apa yg aku tertanya-tanya tu mcm x penah jadi jer. Kalau ade pun, mungkin satu dalam seribu.
Kalau laa mimpi aku malam tadi tergolong dalam satu antara seribu tu, alangkah puasnya hati aku.
Mungkin sekadar mainan tidur
Walau hanya dalam mimpi.
Sunday, April 19, 2009
Supplication
Here is also the touching and beautiful video of the song, Supplication.
Allahumma salli 'ala,
Sayyidina,
Muhammadin an-Nabiyyi al-ummiyyi,
Wa 'ala alihi wa sahbihi wa sallim.
(Translation: O Allah, send your peace and blessings upon our Master Muhammad, the Unlettered Prophet, and upon his family and companions.)
O My Lord,
My sins are like
The highest mountain;
My good deeds
Are very few
They’re like a small pebble.
I turn to You
My heart full of shame,
My eyes full of tears.
Bestow Your
Forgiveness and Mercy
Upon me.
Ya Allah,
Send your peace and blessings
On the Final Prophet,
And his family,
And companions,
And those who follow him.
Saturday, April 18, 2009
The Kite Runner
Yg penting, movie yg berjaya x buatkan aku tertido di pertengahan jalan. Believe it or not, skarang da kurang daya tahan utk tgk movie yg selalunya cume mengambil masa lebih kurang 2 jam. Cite nie lebih dari 2 jam, dan sekali lg aku tekankan, sungguh terkesan!
Aku pernah bace buku die tp cuma utk beberapa muka surat. So x dapat nak compare dgn novel die. Tp aku rase movie nie da cukup terkesan utk aku, jadi aku dapat bayangkan betapa lebih berkesannya novel, sbb aku percaya buku lebih berjaya utk bercerita dpd filem.
Nak buat review, tp masa sudah time utk tidur.
Bravo utk 'The Kite Runner'. Officially now it is one of my favourite movies.
Terima kasih kpd Wan Ling kerana telah mengesyorkan cerita ini.
Thursday, April 16, 2009
Aku terasa ingin ketawa
Sinis
Tetapi hilang dan terhalang dek membenarkan diriku terus terhanyut oleh kelalaian
Hari ini, aku ingin ketawa lagi
Lebih sinis
Bukan kepada sesiapa
Tetapi kepada diriku sendiri
Wednesday, April 15, 2009
Batu yang tidak berapa merah
Lepas Zuhur kami bertolak. Tidak sampai 30 minit, kami sampai di perhentian terakhir. Menurut Wan Ling, kami tiba 15 minit awal. Bertanyakan arah kpd pak cik bas, dia kata "It's a long walk to go to the Red Rocks". Kami pun memulakan redahan.
Berjalan di sepanjang bay, kami x nampak di mana Red Rocks yg sebenarnya. Berpandukan peta, masih jauh lg destinasi. Sampai di kawasan org turun untuk scuba, x ingat apa nama kawasan tu, kami ambil gambar dulu di situ. Aku x bawak kamera sbb sesuatu telah berlaku kpd kamera aku membuatkan aku xde mood nak guna lagi. Lgpon Fatinn da ade kamera canggih, hehe.
Kami teruskan berjalan sampai ke Owhiro Bay (bunyi mcm jalan jauh tp xdela jauh sgt). Di situ ada kawasan persinggahan bot dgn batu2 di sekelilingnya. Byk laa batu. Menurut sejarah, Red Rocks tu adalah batu2 serpihan gunung berapi di bawah laut. Kalau ikut peta, kawasan Red Rocks masih jauh di hadapan, tp da tgk kat situ byk jer batu, bleh laa amek gambar kat situ. Lawa jer (walaupun sbenarnye aku bayangkan batu2 berwarna merah). Batu2 pun tajam2, memberi sedikit kesan koyakan kpd beg tangan. Maka, andaian kami, sahlah itu sebahagian dari Red Rocks. Tidak perlu jalan jauh lg.
Terima kasih kpd Cik Fatinn yg berdedikasi sbg jurugambar, byk gambar2 kami yg cantik. Kesian juga tgk die kene langkah batu tajam cepat2 sbb nak ambik gambar. Byk kali pulak tu. Jasa anda dan kamera amat dihargai. Lepas nie amek gambar lg. Ditambah plak dgn kami yg gemar berposing nie (eh, rhyme plak, haha).
Lepas nie nak pergi mana plak. Plan seterusnya nak keluar dari Wellington sket, sbb walaupun dok Wellington, x tau da nak g jalan mana. Red Rocks tu pun aku tau dpd org. Nak harap tau sendiri, mmg xde inisiatif langsung nak cari.
Ouh, akan bercamping di Upper Hutt x lame lg. Dalam Wellington, ok laa tu. X sabar. Looking forward for the contents :-)
Towards the end, rase x puas hati dgn diri sendiri. Walaupun fleksibel, patut menjadi lebih tegas dalam hal tertentu. Hmm, cakap senang, bila berhadapan dgn situasi, kelu seribu bahasa. Akibatnya, malu sendiri.
Sunday, April 12, 2009
Character Quizzes Challenge - Me, Shaza & Fatinn
Aku cuba flashback apa yg aku buat since start holiday. Maen nyanyi2, tgk movie abg Louis Koo, spend time dgn housemates tgk cerita mingguan, main tenis. Lagi?
Bila x cuti, nak cuti. Bila da cuti, bosan x tau nak buat apa. Nak pegi jalan2, aku pulak kene keje.
As for tonite, xde keje punye pasal, aku, Shaza dan Fatinn buat kuiz teke2 characters. Alaa, yg mcm aku dgn Fatinn buat utk Gossip Girl tu. But this time bukan setakat buat 1, tp 5 kuiz! Just for fun! ;-)
Spt sebelumnya, syarat2 adalah, di samping letak result kuiz sendiri, kene teka character org laen jugak, dan post di blog pada masa yg sama.
1st quiz: Heroes
Aku teka:
Shaza = Claire Bennet
Fatinn = Peter Petrelli
2nd quiz: Roswell
Aku teka:
Shaza = Liz
Fatinn = Michael
3rd quiz: Charmed
Aku teka:
Shaza = Piper
Fatinn = Prue
4th quiz: Friends
Aku teka:
Shaza = Rachel
Fatinn = Monica
5th quiz: Disney Heroine
Aku teka:
Shaza = Cinderella
Fatinn = Ariel
Hah. Habis jugak. Suka hati jer teka org punya. X tau laa kene ke x kan. Tp antara semua, rasanya kuiz Friends mcm tipu sket. Yg lg 4 mcm ade laa persamaan here n there. Haha.
Amaran: Kuiz2 ini tidak patut digunakan utk mengenali diri. Nak kenal, jom kawan.
Mari kte lihat siapa yg kena~
Tuesday, April 7, 2009
One Tree Hill never fails me
Kenapa aku x bosan tgk OTH?
- Lakonan berkesan para pelakon. Yea laa, da 6 season, mesti laa da terlalu faham dan into watak masing2. Pelakon pun x penah tukar, tambah lg ade. Pelakon yg baru tambah plak x kurang hebat feel.
- Skrip yg bagus. Serius aku sgt suke skrip OTH. Aku selalu ulang part2 yg bg aku sgt inspiring kata-katanya. Silapnya aku x tulis dan buat collection. Byk yg aku da lupe.
- Perkembangan cerita yg sgt bagus. Dari zaman high school sampai da kawen sume. Walaupun agak susah nak caye habes high school jer sume da berjaya dgn karier masing2. Siap tulis buku nak tukar ke movie, ade butik sendiri, jadi produser lagu.
- Setiap episod menjawab persoalan aku. X tergantung. Aku perasan ape yg aku tgah pk akan diluahkan dan dijawab oleh pelakon. Tu yg aku rase real. Sbb aku bleh relate. Dan aku percaya sbb itu jugak laa peminat2 OTH sampai skarang in love with the series. Mcm mane nak cakap ekk perasaan relate tu. Susah laa. Kene tgk sendiri kot baru tau.
- Nilai2 moral yg baik yg disampaikan oleh setiap watak. Yg x bagus jgn amek. Da besar nie bleh tau sendiri laa mane yg bleh kte pegang dan mane yg patut buang.
- Selalu gune lagu2 terkini yg sedap lg best!
- Tipu laa kalau kate x suke dgn pelakon2 die kan. Yg pompuan lawa2, yg laki hensem2. As usual, NATHAN SCOTT will always be my favourite.
As for today, the inspiring words yg sedang melekat di kepala aku skarang ialah:
But beware, the implied terms included in this phrase is that (tetibe masuk subject COML) it only applies when someone is genuinely trying and making an attempt, not merely used as an excuse when you're not really trying, or when you use it as a defence to cover your weakness. You must REALLY TRY and MAKE THE ATTEMPT for this inspiring words to apply.
Dalam OTH nie bukan saja watak berkembang, tugas pelakon pun berkembang. Utk musim yg ke-6 nie, Chad Michael Murray dan Bethany Joy masing2 diberi peluang utk mengarahkan satu episod. Da pun ditayangkan dan of course da pun tgk. Mmg best. X nampak beza pun. Ke sbb aku yg x reti menilai. Haa, ye la tu kan. Haha. Lg sorg akan diberikan peluang. JAMES LAFFERTY! Blom ditayangkan lg. Lg 2 episod. X sabar nak tgk hasil keje die! :-D
TWO THUMBS UP to Mark Schwann as the creator of One Tree Hill. Bukan senang nak maintain 6 seasons. Nak kembangkan watak, jalan cite, masukkan plot baru dan elemen2 segar utk kekalkan penonton di samping menarik minat penonton baru. Susah tu. Apepun, ini menunjukkan betapa ramai peminat OTH, cuma x ketara sgt especially kat Malaysia. Bukti? Kalau g kedai2 video, tv series lain ade jer jual collection cd. Cuba cari OTH. Bleh kira dgn jari.
Ade jer yg da give up dgn cite nie. Aku penah try nak give up mcm aku give up utk lg 2 tv series yg aku penah suke, tp dgn OTH nie aku x berjaya nak give up. Still standing and always standing. Rase mcm xkan abes jer series nie. Tlg laa jgn abes. Please2. Sampai berpuluh-puluh season sampai pelakon2 da tua pun xpe. Aku rase aku bleh feel lg. Haha.
Monday, April 6, 2009
Indahnya perasaan ini
Duduk di meja, menghabiskan masa berjam-jam buat keje skolah sambil ditemani lagu2 di laptop.
The last time rase mcm nie ialah masa SPM dan INTEC years.
Mase SPM xde laptop lg, so slalu buat keje skolah depan tv. Bukan tgk sgt pun, nak bunyi jer.
Kat INTEC da start ade laptop. Memandangkan hari2 INTEC adalah sgt padat, mmg hari2 pun kene dok kat meja dan siapkan keje skolah atau revision.
Mungkin org laen x suke dan anggap aku pelik, tp aku suke sbb da lame x rase macam nie sejak masuk uni. Taking my own sweet time doing my homework sambil menyanyi-nyanyi mengikut lagu di laptop yg telah di'shuffle'kan. Pastu siap keje lambat dari org laen! Haha. Bukan ape, sbb aku suke nak paham satu2. Tu yg lambat tuh. Lepas tu bler kene buat balik x ingat. Haha.
Ha'ah laa, baru perasan. Da lebey dari 4 jam x surf website langsung! Satu peningkatan! Bagus Iynas! *sambil tgn kanan menepuk bahu kiri*
Ok, motivation dan desire utk teruskan buat keje skola dah berkurang. Harus sambung buat dan siapkan segera!
Saturday, April 4, 2009
The simple ones
Semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati Allah S.W.T :-)
Please know that although the celebration last night was also a simple one, it comes straight from our heart. (walaupun time tu saye tgah sakit kepala coz ngantuk sgt. please excuse my not so 'excitedness'. hari jumaat adalah hari plg memenatkan buat saye)
Lgpun nak buek camno, bday kau nak dekat2 dgn test coml & due assignment accy, x dapek laa nak celebrate besar-besaran, hehe :-P
Esok daylight saving starts, or ends? Da nak masuk 3 taun kat NZ pun still confuse lg. Haha. Yg pasti, untung sejam. Yeay! :-D
Thursday, April 2, 2009
Hari Ini Dalam Sejarah
First time ok! Kalau kecik2 dulu maybe laa pernah tp mane ingat kan.
Nak rekod dalam kalendar x?
-2 April 2009, Wellington, New Zealand- (Tick!)