Kata-kata memanipulasi. Kata-kata melindungi. Kata-kata menyenangkan. Kata-kata menyakitkan.
Ketika org lain sudah menulis kata-kata hampir setengah buku baru, aku masih belum mahu membungkus buku lama. Ya, aku juga sudah membuka buku baru, sudah pun mula menulis kata-kata segar, tetapi aku masih menyelak setiap helaian buku lama, mencari kesalahan tatabahasa, dan memperbetulkan kosa kata, supaya buku baru aku kelak lebih tersusun rapi dan sedap dibaca.
Malam tadi aku cengeng kembali. Sedaya upaya aku cuba menaikkan harga "senjata wanita", supaya lebih eksklusif hanya utk perkara-perkara tertentu, bukan utk sesuatu yg aku sepatutnya sudah lama tutup buku. Malam tadi ia menjadi murah kembali, tetapi tidak terlalu murah kerana sebahagian daripadanya sudah terkumpul sejak petang, khas utk teman yg aku rindui.
Aku marah dgn diri sendiri. Sekuat mana aku cuba menelan dan melawan, akhirnya memakan diri.
Strategi aku utk membuang segalanya dgn cepat, kurang efektif kerana kini ia dtg mengejar aku, walaupun tidak bertubi-tubi, tetapi sekali ia dtg, menjadikan aku lemah kembali. Walau bagaimanapun, aku bersyukur memilih strategi itu kerana sekurang-kurangnya dapat menahan aku sekejap utk menumpukan perhatian kepada pelajaran. Bygkan kalau aku biarkan perasaan mengawal diri ketika itu, aku tidak dapat membayangkan apa yg akan terjadi bila tibanya musim peperiksaan. Pelajaran bg aku, lebih penting dpd perasaan aku, dan mungkin, lebih penting dpd perasaan org lain, kerana harapan Mama dan Baba adalah semangat yg harus aku pegang sampai bila-bila.
Kini, aku redha apabila dipersalahkan dgn strategi itu. Mungkin benar salah aku, kerana aku begitu mudah melepaskan.
Kata-kata itu, seorg teman menyedarkan aku akan sakitnya. Tetapi tentang mengapa aku berkata demikian, tidak mungkin aku akan hebahkan kerana ia membuka aib.
Akibat terlalu ingin mendalami kesan kata-kata yg dikatakan menyakitkan itu, aku lupa tentang kata-katanya yg bg aku menjadi permulaan kpd segala-galanya. Jika aku memberitahu tentang kata-kata itu, adakah kesan sakitnya dapat juga diselami? Atau hanya aku sahaja? Sbb bg dia, kata-kata yg dilafazkannya seperti tiada apa-apa.
Jadi dapat dilihat di sini, kata-kata aku yg dikatakan menyakitkan, bg aku tidak perlu jadi begitu. Kata-katanya yg bg aku menyakitkan, dikatakan pula tidak perlu menjadi satu isu.
Apabila persefahaman sudah goyah, ditambah dgn faktor luaran spt orang ketiga, maka sudah dijangka ia akan musnah di tengah jalan.
Aku tidak mahu memanggilnya org ketiga, tetapi bila dulunya dikatakan tidak mahu ada apa-apa, dalam waktu yg sama ke sana ke mari, dan kini ada apa-apa, maka adakah dijangka aku hanya mampu berdiam diri tanpa perasaan negatif? Apatah lg dgn seseorg yg aku kurang kenali menambahkan istilah "insecurity" dalam diri. Kini, menyedari perasaan itu adalah sekadar hasutan, perlahan-lahan aku beristighfar menenangkan diri. Aku mengingatkan diri bahawa itu adalah qada' dan qadar Allah, dan kita sebagai hamba harus akur dengan ketentuan-Nya. Aku doakan yg terbaik utk kalian juga. Terima kasih kerana menggembirakannya. Mungkin kau lebih memahaminya berbanding aku yg dikatakan terlalu mendesak kerana tidak memahami. Sesuatu yg aku tidak boleh faham sampai sekarang, walaupun dipersetujui oleh seorg teman, dan mungkin beberapa org teman.
Aku harap ini yg terakhir, kerana sebenarnya aku sudah redha dan tidak mengharap apa-apa lagi selain yg terbaik utk aku. Cuma itulah, mungkin aku perlu kuatkan lagi hati aku supaya tidak menyelak lagi helaian buku lama dan membungkusnya.
Tetapi, kalau aku berhenti menyelak, aku pasti ia akan dtg kembali menghantui dan membuat aku kembali cengeng dan akibatnya, aku akan tidak berhenti-henti marah dgn diri sendiri kerana terlalu lemah. Apatah lg apabila mengenangkan yg dia terlalu disayangi keluarga, sampai ada di antara kaum keluargaku menyalahkan aku kerana melepaskannya. Perit, bukan?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
-Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
-Surah Al-Baqarah ayat 286
"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139

sy sgt suke entri ni...krn sy mampu me'relate' kn nye dgn pengalaman sy juga (^_^)
ReplyDeleteiynas...be str0ng girl...ade hikmah nye setiap kejadian tu brlaku...org yg selalu menyalah kn sesuatu prkara tu org yg xmampu nk menerima takdir..jgn jadik org yg mcm tu ok (-_^) kamu berhak utk rasa gembira dlm hidup lg...