Betul. Aku letak ruangan reaction tu pun bukan saje2. Dalam erti kata lain, aku yg bg peluang utk org react positif ke negatif. After all, 2 pilihan tu jer yg aku bg pun. Mmg limited. Persepsi setiap org utk kedua-duanya pun berbeza. Apa yg org lain anggap positif x semestinya aku akan terima anggapan yg sama. Itu yg menarik utk aku tgk. Mcm kes post malam tadi laa, aku hairan kenapa dapat reaksi negatif. Adekah saje nak bg reaction for fun or mmg kecewa sbb aku tulis hanya 2 baris ayat? Haha. Sekadar meminjam tanggapan seseorg utk dibuat sbb. Kalau ade sbb lain, x dapat difikirkan plak skarang.
Ok, enough of that. Xde pape faedah pun hurai pjg2. Saje nak meluahkan kehairanan di hati. Maksud sebenar di sebalik 2 baris ayat tu biar aku saja yg tahu. Dua baris, seribu makna.
Lg mengenai 2. Hmm, the two things i did during my 2-hour work. Cleaning tu xyah laa kire kan, mmg dalam requirement pun. Sampingannya adalah dgn:
- mendgr lagu sbg peneman diri
- berangan dan berfikir tentang mcm2 perkara.
Berangan dan berfikir ttg macam2 perkara. Hmm, macam2 laa. Most of the times aku bawak diri aku kembali ke masa2 lalu. Mengimbau semua kenangan. Jarang sekali aku pk ttg masa depan mase tgah buat keje cleaning. Buat ape pk pasal bende yg blom pasti. Aku da rancang dan biar Allah yg menentukan sama ada usaha aku berhak mendapat pulangan sewajarnya. Aku keje nak enjoy. So dgn ingat balik masa2 lalu yg menjadikan aku skarang ini, membuatkan aku rasa lebih tenang mengatur hidup menuju ke arah misi aku.
Hari nie mase aku tgah cleaning atau mengelap pintu to be exact, aku terfikir ttg ayah aku dan beratnya tanggungjawab sbg seorg lelaki. Dikatakan bahawa:
"Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh"
Hmm, yg aku paham kalau pompuan da baligh, dosa tanggung sendiri. Kurang puas hati, aku google dan jumpe nie:
Firman Allah S.W.T.:
Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap tiap orang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain [al-An'am 6:16]
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab. Pemerintah adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia bertanggungjawab. Seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia bertanggungjawab. Seorang hamba adalah pemimpin harta tuannya dan dia bertanggungjawab. Ketahuilah bahawa kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab." - Dikeluarkan Imam Bukhari di dalam Sahih Bukhari.
Dalam konteks ini bukan dosa yang dilakukan oleh anak perempuan atau isteri. Itu si perempuan tanggung. Tetapi dosa yang akan dijatuhkan kepada si suami atau ayah adalah dosa kerana gagal mendidik si isteri atau anak perempuan.
EMPAT GOLONGAN LELAKI DITARIK WANITA
Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka:
- Ayah
- Suami
- Abang
- Anak lelaki
Berat kan tanggungjawab seorg lelaki. Gerun bler membayangkannya. Jadi kita sbg perempuan yg mengaku Islam, kasihanlah pada diri sendiri dan golongan2 lelaki di atas.
Wallahualam.
Aku x kata aku baik, tetapi semua org ada peluang utk memperbaiki diri.
Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 26:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
Pegang janji Allah, sambil aku sendiri berusaha utk menjadi baik kerana aku nak yg baik utk aku.
"Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu."
Sekian.
Towards the end, tajuk "Dua" tu x sesuai plak, tp malas nak pk tajuk lain. Isi post asal yg nak tulis pun lain. Haha.
No comments:
Post a Comment