Wednesday, December 31, 2008

Setahun Aku

Lg beberape jam 2008 akan melabuhkan tirai dan 2009 bersedia utk membuka tirai baru. Masih kosong dan putih. Tiada siapa tahu gabungan warna apa yg akan dicorakkan.

Secara jujur, aku tiada perasaan langsung dgn tahun baru, apetah lg utk menyambutnya. Tulis blog pasal nie pon just for the record of this blog. Ouh, did i mention that this is my very 1st New Year outside Malaysia? Mungkin itu laa sbb aku xde perasaan nak sambut. Selalu kalau kat Taman Tun, berdentum-dentam bunga api sekeliling rumah dari due tige tempat. Tgk dgn anak2 buah. Pastu tv plak berlumba-lumba siarkan konsert tahun baru. Masing2 nak tunjuk power jemput artis ternama utk menarik penonton. Tu kire aku sambut tahun baru ke? Mcm x jer kan. Cume ade laa perasaan tu. Skarang? None.

Tp kat sini pon ade bunga api. Ade celebration. Kalau nak, bleh jer g sambut kat city tu. Ouh yea, dkat tv hari nie ade Shrek 2. Ahh, tgk sorg2 buat ape.

Lgpon aku da sematkan azam baru dalam hati aku, dan sempena Maal Hijrah tempoh hari, aku kuatkan lg azam tu. Insya-Allah, aku harap, segala-galanya berjalan dgn lancar. Aku tidak mintak sempurna, kerana tiada apa yg sempurna kecuali Dia. Ketika ini pon, aku masih bertatih. Doa dan pintaku agar aku kuat melawan segala cabaran yg menghalang aku utk berjalan, dan kemudian terus berlari di satu jalan yg lurus, tanpa menoleh ke belakang lg.

Rakan2, jika ada salah silap dari pihak aku, minta jgn segan silu menegur utk kebaikan aku.

Jika ada yg tertanya-tanya tentang sepi dan diam aku kebelakangan ini, sesungguhnya aku tiada jawapan yg bernas utk itu.

Spt kebanyakan org laen, telah byk yg berlaku selama setahun ini. Cuma bezanya gabungan warna yg mewarnai setahun seseorg itu. Utk aku, setahun aku telah byk dicalit oleh warna2 gelap. Corak2 yg memeningkan dan bersimpang-siur. Sudah tentu ada perkara2 yg berlaku spjg setahun aku yg menjadi titik tolak kepada siapa aku sekarang. Peristiwa2 yg mencatat sejarah penting dalam kamus hidup aku.

Kehilangan.

"People Always Leave" (Peyton, One Tree Hill)

Tidak perlu aku huraikan dgn panjang lebar. Cukuplah org di sekeliling aku tahu apa yg berlaku.

Cuma satu, aku tidak akan lupakan sampai bila2. Ia adalah salah satu peristiwa terpenting yg berlaku sepanjang setahun aku. Aku hampir kehilangan kawan2 yg aku sayang. Semua kerana silap aku sendiri. Alhamdulillah, aku mendapatnya semula, dan itu adalah hadiah yg paling bernilai buat aku. Terima kasih sahabat. U know who u are.

Oleh itu tiada apa2 berlaku pada tahun baru, kecuali satu. Ketibaan 'teman istemewa' baru aku. Aku masih sedang mengenalinya dgn lebey dekat.


1 comment:

  1. perenggan petame tu sebijik dgn yg kite plan nk buat kat latest blog. tp tak jadi. hehehehe. karya agung awak la =)

    ReplyDelete