Thursday, July 28, 2011

Ada air di hujung mata

Aku rindu mama dan baba.

Being independent is good. But being independent for too long without parents and family is not.

Kawan-kawan ada. Ramai alhamdulillah.

Tapi tidak sama dengan mama dan baba, kerana mereka yang telah menjadikan aku orang. Memantau, memarahi, membebel, menasihati lalu mendidik aku menjadi seorang yang tahu berfikir.

Kini aku rindukan, tidak, aku perlukan mereka memandu aku dalam urusan sekeliling. I have been an independent person for such too long. I need something to hold on.

Alhamdulillah, iman telah membantu aku melalui ranjau hidup.

Sungguh, ALHAMDULILLAH.

Ya Allah, hanya padaMu aku berserah urusan hidupku. Tolong jangan biarkan hidupku ditentukan oleh diriku sendiri, walau dalam kadar sekelip mata atau yang lebih pendek dari itu. Hanya Engkau perancang dan penentu hidup terbaik. Walau di kebanyakan masa aku berdosa, tolong jangan biarkan aku lupa bahawa Kau masih ada untuk mengampunkan dosa-dosa. Ameen.




Tuesday, July 26, 2011

Aktifkan diriku!

Oh no, oh no!

My boss dah tanya berapa hari aku MC for the last financial year!

Mujur aku simpan semua surat MC aku dalam laci ofis. Korangs, apa-apa resit atau surat claim dan sebagainya sila simpan untuk rekod yea. Bukan setakat resit jual beli sahaja. Datang waktu-waktu macam nie kalau bos mintak takde, haru uols!

Empat hari MC dalam setahun. Fuh, lega! Tak sampai lima hari. Kalau lebih lima hari, kena justify uols!

Baru ingat nak MC setengah hari. Hikhik. Takpe, simpan dulu bila masa betul-betul memerlukan MC. Hari ni gediks jer sebab badan rasa lemah semacam.

Betul laa, kebelakangan nie rasa lemah jer. Then baru aku teringat dah seminggu aku tak makan supplement. That explains.

For my supplement, I take this:

 
Dr Azimuth's Jus GamatMaxx dengan Spirulina


Kalau nak senaraikan kebaikan GamatMaxx nie, aku tak ingat semua tapi yang penting bertindak sebagai antioksidan yang hebat! Ia juga untuk melancarkan pengaliran darah dan mencantikkan kulit. Aku pun mula-mula tak makan sangat tapi mak aku setiap pagi akan ingatkan aku untuk makan dua sudu besar sebelum pergi kerja. Katanya jus gamat nie kena makan pagi-pagi sebelum sarapan. Dua tiga minggu pertama aku memang liat nak makan dan buat-buat lupa tapi mak aku tak pernah lupa suruh aku makan. Tak baik menderhaka cakap ibu kan haha lagipun benda yang baik kot aku jer liat gediks. Lepas sebulan pertama mak aku tak payah suruh dah. Dan dua tiga bulan lepas tu aku yang ingatkan mak aku makan haha.

The reason why aku semakin menggemari GamatMaxx nie yang paling penting sebab senggugut aku dah kurang sejak mengamalkannya. Itu paling penting. Yang kedua dan seterusnya penting sebab badan memang rasa bertenaga dan sentiasa sihat dan semakin kurang sakit demam. Setakat demam-demam manja tu adalah, tu yang sampai empat hari MC setahun tak campur dengan ada hari malas pegi kerja. Oppsiee kalau ada yang sampaikan kat bos aku nie memang terbaik aku kena. Kulit pun alhamdulillah nampak sihat dan cantik.

GamatMaxx nie kalau beli kat farmasi harganya RM75. Kalau beli kat stokis RM57 tapi agak jauh dan aku tak ingat jalan. Bila mak aku balik sini baru aku ajak dia pergi beli. Mak aku pun bawak bekal GamatMaxx nie balik kampung. Mak aku suruh aku pergi mintak (beli) kat rumah jiran sebab jiran tu rajin beli lebih tapi aku segan. Setiap kali mak aku balik sini mesti dia pesan beli kat jiran. Tapi segan punya pasal tanggunglah sendiri hari nie badan rasa lemah jer dek kerana seminggu tak pekena GamatMaxx.

Jadi task untuk hari ini adalah untuk mendapatkan Jus GamatMaxx! Sama ada di farmasi atau di rumah jiran!

Nantikan!


*Newly added*
 
Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan Jus GamatMaxx, sila klik sini. Jus GamatMaxx berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan pelbagai penyakit lain yang sering melanda orang sekarang. Untuk gaya hidup yang sering dikelilingi asap kereta dan sebagainya yang boleh mengundang penyakit, antioksidan sangat penting!

Walaupun begitu, baru tahu Jus GamatMaxx ini tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan dengan makanan laut. Mungkin boleh klik link di atas untuk maklumat lanjut sebab saya tak jual hehe. Saja kongsi kenapa aku rasa lemah akhir-akhir ini membawa kepada perkongsian produk kesihatan nie. Sharing is caring bukan :-)





Monday, July 25, 2011

True test lies in reality

Ujian sebenar adalah di sekeliling kita. Bagi aku, apa guna kita RASA kita memiliki ilmu yang banyak tetapi tidak dipraktiskan? Cukupkah hanya sekadar berdiam diri di rumah, kononnya mengelak daripada perkara-perkara yang tidak menambahkan iman, dan berkongsi-kongsi di kalangan yang sudah sedia tahu?

Semuanya bermula dengan erti persahabatan dan kasih sayang. Segala-galanya kemudian menjadi mudah.

Namun memang benar, kalau diri belum cukup ditarbiah, ujian itu boleh menghanyutkan. Lautan ujian dunia kini semakin deras. Aku kadang-kala lemas. Berenang sendirian tanpa henti adalah memenatkan. Aku perlukan pelampung sebagai sokongan.

Lalu aku masih mahu terus ditarbiah.


Rasulullah bersabda:


"Menyendiri lebih baik daripada berkawan dengan yang buruk, dan kawan bergaul yang sholeh lebih baik daripada menyendiri..."

(HR. Al Hakim)

Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang saleh dan berkawan dengan orang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi (misk) dan seorang peniup dapur tukang besi. Penjual minyak wangi, dia mungkin akan memberikan kamu atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapatkan aroma harum darinya. Tetapi peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu atau kamu akan mencium bau yang tidak sedap."

(Shahih Muslim)

 

Tuesday, July 19, 2011

Gambar berceritera

Aku meneliti kembali gambar-gambar di telefon.

Banyak juga aktiviti aku sepanjang minggu ini. Belum dicampur dengan aktiviti yang telah dirancang untuk minggu-minggu akan datang.

Biar gambar sahaja yang berceritera. Mari mula dengan hari:

Khamis (14/7/2011)


Apakah ramai-ramai orang Maybank beratur nie?


Ouh..nak collect free tix Chelsea vs Malaysia. Yes! I got two! Thanks Maybank! Tak sia-sia turun awal beratur. Out of 600 pairs of tickets available, I was number 94!


Jumaat (15/7/2011)

Was with these two girls and another girlfriend at Secret Recipe OU. Buat ape? Beli kek laa..


Diarah untuk bergambar ayu. Memang tak cukup.


While waiting for the cake.


Taraa! The cake is ready. But we still have time to spare until the surprise so we went for simple dinner at KFC. I should have taken pictures of four of us at KFC and the creative idea of using the Cheesy Wedges 'plate' as the birthday card.

Cheese and choc cake. Nyummy! 'Sittle and sample' is actually 'settle and simple' mistakenly uttered by the birthday boy in one of our sessions. Yes, lots of laughs. (Credit to Sarah's FB photo)
 
The birthday boy! He used to work at Secret Recipe so he knows the secret way of cutting the cake smoothly. Very smoothly I tell you. With strong determination of course. Happy Birthday and may you have blessed days ahead. Where's the creative birthday card??? And ouh, we celebrated this at FnD Mindspot :-) (Credit to Sarah's FB photo)


Sabtu (16/7/2011)                                        


Had a long meeting in the morning. This Grilled Calamari is my lunch+dinner at Fish & Co, OU.


With my sweet little 'awak'. Auww~ Italian Fish & Chips tuh..nampak bendera tu..thanks for the evening awak! Sori kite abaikan awak kejap tapi awak bagi kite idea yang bernas lepas tu. Love u!


Ahad (17/7/2011)


Sesi menunggu berbuka puasa yang simple


Dalam gambar: Kurma, samosa, cara berlauk.
Tiada dalam gambar: Roti mayo, goreng pisang.
Simple ke?


Air apa ntah yang hijau tu tak ingat nama. Campuran something with something.

Wahh air tebu untuk dia sorang
                                   
Sesi berbuka puasa yang tidak simple di Homst. Alhamdulillah kenyang sungguh.


 Isnin (18/7/2011)

Lepas keje, terus ke talk 'In the Shade of Ramadhan' oleh Sheikh Yahya di KGPA anjuran Young Muslims Project. An awakening talk MasyaAllah.

During Q&A session.



Seronok jugak bagi gambar yang berceritera. Thanks to Sarah sebab selalu suruh aku ambil gambar :-) I almost forgotten the fun of taking pictures..

Sunday, July 17, 2011

Kalau dah bosan

Kalau diri sendiri bosan, kita boleh cuba tenangkan hati dan berkata:

"Takpe, Allah ada."

Untuk diri sendiri, mungkin berkesan. Tapi orang lain mungkin tak dapat menerima.

Natijahnya, aku dikatakan klise atau poyo.

Kalau aku cakap:

"Banyak benda boleh buat untuk hilangkan bosan. Terpulang diri sendiri untuk cari".

Entah-entah sama juga.

Bosannya aku ini sampai menjadi orang yang membosankan.

Terlalu baik adalah membosankan.

Tolong ajar aku macam mana jadi sedikit jahat, sebab aku dah tak tahu macam mana nak interact dengan orang.

Apakah aku kena respon dengan berkata:

"Sama! Bosan jugak! Hidup ini membosankan! Arghhh!!"

Tak cukup. Stop trying.



 

Monday, July 11, 2011

Jadi, kalau dah rasa tak boleh teruskan, baik beritahu dan putus awal-awal. Zaman sekarang, kalau iman tak cukup kuat, perkara teruk dari ini mungkin boleh terjadi. Aku pernah risau.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

pengarang@utusan.com.my

KOTA BHARU 10 Julai - Seorang juruteknik kilang hari ini memfailkan saman ke atas bekas tunangnya di Mahkamah Tinggi di sini, bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM320,000 kerana membatalkan perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung 8 Jun lalu.

Nik Mustafa Nik Daud, 30, dari Kampung Jedok Tua, Tanah Merah yang bekerja di Bangi, Selangor memfailkan saman itu melalui peguamnya, Mohd. Ridzuan Muhamad di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Turut hadir kedua-dua ibu bapanya dan beberapa ahli keluarga terdekat.

Dalam tuntutannya, plaintif yang merupakan anak keenam daripada sembilan beradik menuntut bekas tunangnya, Azlina Mohamed, 27, seorang pengurus restoran makanan segera di Serdang, Selangor dan berasal dari Kampung Nibong, Tanah Merah membayar ganti rugi am dan khas kerana mendakwa menanggung malu di atas tindakan wanita itu.

Ia melibatkan ganti rugi malu RM200,000, ganti rugi teruk atau ganti rugi teladan RM100,000, ganti rugi khas RM4,457.53 dan ganti rugi kos hangus (barang hantaran dan persediaan perkahwinan) RM17,000.

Lelaki itu turut menuntut supaya bekas tunangnya itu memohon maaf di dalam akhbar berbahasa Melayu di atas tindakan membatalkan perkahwinan tersebut, selama tiga hari berturut-turut.

Dia turut menuntut faedah lapan peratus ke atas keseluruhan jumlah saman dari tarikh tuntutan difailkan sehingga kes diselesaikan sepenuhnya.

Nik Mustafa ketika ditemui mendakwa, dia mengalami tekanan perasaan akibat tindakan bekas tunangnya itu kerana telah mengambil cuti kahwin selama seminggu dan rakan-rakannya pula asyik bertanya mengenainya.
Akibatnya, dia terpaksa mengambil cuti sakit selama empat hari sehingga prestasi kerja terjejas.

Menurutnya, mereka bertunang pada 1 Mei 2011 dengan wang hantaran RM6,000 dan tarikh pernikahan ditetapkan oleh pihak perempuan pada 8 Jun 2011 manakala majlis persandingan pada 9 Jun lalu diikuti persandingan di pihak lelaki sehari kemudian.

Dakwanya, dia juga telah membeli dua bentuk cincin berharga kira-kira RM3,000 untuk diserahkan kepada bakal isterinya itu pada hari pernikahan mereka.

"Bagaimanapun seminggu sebelum tarikh tersebut, defendan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan meminta saya menangguhkan perkahwinan," dakwanya yang kali terakhir bertemu bekas tunangnya itu pada 30 Mei lalu.

Menurut Nik Mustafa lagi, berikutan SMS itu wakil bekas tunangnya datang ke rumah ibu saudaranya bagi membincangkan penangguhan itu, tetapi ditolak oleh keluarganya kerana segala persiapan termasuk 1,000 kad jemputan perkahwinan sudah diedarkan.

"Persiapan dulang hantaran sebelah lelaki juga telah diberikan kepada pihak perempuan," dakwanya.
Berikutan itu kata Nik Mustafa, bekas tunangnya itu sekali lagi menghantar SMS memutuskan pertunangan mereka seminggu sebelum tarikh mereka dinikahkan.

Jelasnya, memandangkan kad jemputan telah diedarkan, maka keluarganya terpaksa menggantikan majlis perkahwinan tersebut dengan kenduri kesyukuran.

Sementara itu, Azlina ketika dihubungi enggan mengulas kes tersebut kerana tidak menerima sebarang surat daripada pihak mahkamah.

"Saya nak tengok apa tuntutan mereka dan juga bukti-buktinya dan saya hanya memberi keterangan jika mahkamah memanggil. Kalau nak juga saya akan lantik peguam," katanya.

The Sisterhood of the Travelling Pants

               

Setelah sekian lama teringin nak tengok filem ni, akhirnya berkesempatan jugak menonton di saluran HBO.

Kenapa aku nak tengok filem ni?
  • Salah seorang pelakon ialah Alexis Bledel. Masa tu tengah popular siri Gilmore Girls.
  • Perkataan 'sisterhood' menarik perhatian. Kisah kekeluargaan/persahabatan selalunya worth watching.
Filem ni tahun 2005. Kenapa ambil masa lama baru dapat tengok? Tak boleh download atau beli cd ke?
  • Good question. Aku pun tak tahu kenapa.
Lepas tengok filem ni, AKU SUKA! Walaupun ada skip some parts sebab tukar-tukar channel tengok cerita lain di channel lain, tetap menangkap di hati weyh! (now I should get Astro Beyond PVR). 

Aku suka filem ni sebab:
  • It tells you that when you have found your sisterhood, you can find ways to stay connected although you are far away from each other. In this case, by just passing on the pants. If I'm not mistaken, for every week they have to pass it on to each other. Magically, all the four pairs of pants suit all four of them perfectly, although of different sizes and shapes. And, something magical will happen when they wear them. Well, it's actually not the pants that magical, but coincidentally the pants become the witness for every significant moment happened in their lives during the summer break. When they meet again after the summer, something in their lives have changed, and the sisterhood strengthened.

  • Aku bukan setakat kenal Alexis Bledel seorang sekarang, tapi aku kenal lagi 2 orang i.e. Blake Lively (Gossip Girl) dan America Farrera (Ugly Betty). Lagi seorang aku tak kenal, tapi mesti yang selalu berlakon series jugak.
Looking forward to watch the 2nd part of the movie, and perhaps to read the best-selling novels too. Found out that there are 5 of them. Buku kat rumah banyak-banyak beli masa Pesta Buku tahun lepas pun tak habis baca lagi. Ah! Tekanan!

Tetiba emo.

Friday, July 8, 2011

Kedekut sementara

Sesak kejap dada pagi-pagi baca berita pasal price hike. Astro nak naik harga, telcos nak pass on 6% tax to prepaid consumers (walaupun aku guna postpaid) and currently TNB pun dah revise electricity charges. Bil elektrik aku bulan lepas naik 2 kali ganda ok!

Tak kisahlah orang nak kata apa, aku bising tapi orang lain tak bising ke apa. Aku yang bayar all the expenses ok! It's all on me!

Selain belanja rumah, aku bayar pinjaman kereta dan kad kredit. Seriously lepas aku dah settle hutang kad kredit dalam masa beberapa bulan lagi, kad kredit itu akan ku gunakan untuk isi minyak sahaja. Sebab nak dapat points. Lagipun mengisi minyak kereta adalah satu keperluan.

Yes it's true that I don't have to pay house rent as currently I'm living at my family house, only my parents are now living in Kedah and I am staying with my brother here. By right, we should share the expenses right? Don't ask. He does help but I still pay the bigger portion of it.

Me living in elite area (that's what people say) doesn't mean that I am rich enough to bear the currently high cost of living. I still need to do my savings. After all, I am still single.

Single is good, in some ways. But with this current situation, I prefer to have someone else in my life that not only to share my life with, but to share the expenses as well. No, I am not gonna ask from my parents. Let them use their money for their own sake now.

Aku bukan seorang yang berkira. But I have enough of lending my money to others. No more. Aku kena belajar untuk tidak terlalu bermurah hati.

Sebenarnya kalau nak tahu, dengan sikap sentiasa bermurah hati dan bersyukur, alhamdulillah aku sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada. Tapi dengan semua benda harga dah naik, dah sampai masa aku fikirkan tentang diri aku dan masa depan aku.

No more.

Aku nak jadi kedekut buat sementara waktu.

Sedekah?

Thursday, July 7, 2011

Tuesday, July 5, 2011

Thanks Farah


"You could be wrong; a person whom you think is your soul mate could be not your soul mate. Maybe he/she would just be someone who will open up a different direction in life for you. Who will teaches you something. But not going to be someone who'll spend the whole life with you."






Monday, July 4, 2011

Baca balik

“Musa berkata: Tuhanku, lapangkanlah dadaku, mudahkan urusanku, hilangkan simpulan pada lidahku, agar yang mendengar memahami perbicaraanku” [Taha 20: 25-28]


Doa ini familiar di kalangan pelajar sekolah, terutamanya dalam subjek Pendidikan Agama Islam, di mana setiap kali sebelum mula pembelajaran, doa ini dibaca beramai-ramai. Well, at least for my case.

Itu semasa di sekolah menengah. Semakin meningkat tahap institusi pendidikan, doa ini kurang dibacakan bersama-sama, melainkan inisiatif sendiri.

Apatah lagi apabila masuk alam pekerjaan, berkemungkinan besar doa ini dilupakan terus.

Padahal sebenarnya kalau diikutkan maksud doa dan practicality, doa ini lebih sesuai dipraktikkan ketika bekerja sebab pada masa itulah kita deal dengan ramai orang, rakan sekerja dan clients.

Betul tak? Sebenarnya aku pun baru terfikir akan hal ini. Cukup saja dimulakan kerja harian dengan bismillah, tapi lebih baik andai kita lebihkan dengan doa yang terkandung di dalam al-Quran yang disediakan untuk kita mengamalkannya.

Masih belum terlambat. Mari mulakan esok!


Apabila Ali Setan tidak mahu lagi menjadi 'setan'

mStar Online : Sukar Menjadi Mukmin Sejati Dalam Dunia Artis - Azmil Mustafa

Sunday, July 3, 2011

Hanya Kerana Dia

Hadirnya aku hanya kerana Dia,
Bernafasnya aku hanya kerana izinNya
Mata ini salah satu bukti wujudnya Dia
Bibir ini ku kumat-kamitkan untuk menyebut khalimahNya
Tubuhku ini anugerah terindah dari Dia

Hanya kerana Dia,
Aku bisa menikmati keindahan dunia
Hanya kerana Dia,
Perjalanan sejauh ini tertempa
Hanya kerana Dia,

Aku terlalu redha dengan semuanya
Dan hanya kerana Dia,
Aku sanggup kehilangan segalanya tetapi aku tidak pula sanggup kehilangan cinta dari Nya kerana hanya cinta dari Nya yang aku dambakan.

Aku bersujud hanya kerana Dia,
Aku berdoa hanya kerana Dia,
Ibadatku juga hanyalah kerana Dia,
Semuanya hanya kerana Dia,
Kerana Dia adalah kekasihku, sahabatku dan Tuhanku..

(Taken from iLuvislam.com)

Ya Allah, jika ada aku tersasar, padaMu jua aku berbalik Ya Allah..hanya padaMu aku ingin berbalik..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, July 2, 2011

Emo tengok bola

Bukan emo yang terjerit "Ahhh" atau "Oh no!!" atau "Gol!!" lalu terbangun atau terlompat dari sofa, atau yang sewaktu dengannya.

Tapi emo yang rasa macam nak nangis. Hebatnya Malaysia main. Terharu tengok mereka berjuang habis-habisan sama ada menyerang atau bertahan sampai wisel penamat. Dulu aku antara peminat bola yang mengecam pemain-pemain Malaysia sangat cepat berpuas hati bila dah mendahului walaupun dengan satu gol sampaikan pihak lawan boleh menjadikan seri atau menang!

Terharu melihat kesungguhan mereka. Lima minit terakhir pemain dibawa masuk pun masih sempat untuk melancarkan serangan.

Emo kan, nangis tengok bola.

Go Harimau Malaya!

I think I have a thing with goalkeepers laa. From Peter Schmeichel, Iker Casillas, and now Khairul Fahmi Che Mat.

Mungkin sebab tu kot kalau aku main futsal aku lagi suka jadi penjaga gol. Jap. Bila kali terakhir aku main futsal?

Ada sesiapa nak ajak I?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.