*Lari dari tajuk sebentar. Pada 9 Februari lalu, aku menerima sekeping kad hari jadi dari Malaysia. Dari tulisan tangannya, aku tahu siapa gerangan pengutusnya. Terima kasih, NWL. Actually i wanna make a short special post with the picture of the card. I da amek gambar, but as i said to u on the phone the other day, lately i malas nak update blog. But u know how much it meant to me. Of course, i akan pinkan kad u on my board :-)*
Yea, sekarang aku malas nak update blog. Blog private tu pun aku x update. Walaupun aku buat blog private utk kurangkan perkongsian yg mungkin org laen tidak patot tahu, but most of the times i feel pointless. Byk kali aku tulis post kat blog private, dan byk kali jgak aku delete post tu. Buat ape aku nak tulis kalau aku sendiri bace skali jer? Lebih baek aku terus mengadu kpd Dia. Sekurang-kurangnya aku tau blog nie ade pembacanya tersendiri. Pembacanya pula ada yg berasa suka dan enjoy baca blog nie, dan ada juga yg x suka dan rasa xde faedah baca blog aku nie. Itu hak masing-masing. Yg penting, aku suka berkongsi. Lgpon bg aku, blog adalah salah satu dari medium komunikasi, walaupun tidak secara langsung.
Kerana itu aku da jarang update blog, kecuali utk perkara2 yg aku rasa berfaedah dan berkaitan kehidupan aku sehari-hari. Pernah aku rasa nak delete jer blog nie, tp aku tau blog nie masih ada kegunaannya. Aku cube utk tidak meluahkan perasaan sedalam-dalamnya dalam blog nie kerana aku pernah merasa padahnya berbuat demikian. Walaupun blog adalah salah satu medium komunikasi, tetapi ia adalah medium yg kurang berkesan utk penerima menerima mesej yg disampaikan oleh penulis. Tetapi hati aku meronta-ronta utk menulis. Menulis utk org baca. Yg laen2 aku hanya mengadu pada Dia.
Aku tidak tahu ke mana hala post ini. Aku cume keliru. Tiba-tiba aku berasa keliru. Air mata jatuh setitik hari ini kerana sesuatu yg aku rasakan remeh. Tetapi aku teringat cerita klasik 'Batu Belah Batu Bertangkup' dan mula merasakan ia bukan remeh dan kerana itu air mata itu jatuh setitik. Setitik. Alhamdulillah, aku menemui kekuatan utk bermula semula, dan aku puas.
Hari-hari aku bukak facebook. Bak kate seseorg, "kte stalk org melalui facebook". However, that's not the point here. Skarang aku rase sume org tgah syok buat tag '25 random things about me'. Hari nie aku baca beberapa org punya. Dua org dpd mereka ada menyentuh satu point yg sama, dan kedua-dua org tersebut walaupun berada di tempat yg sama, tp mereka tidak rapat. Aku pasti tentang itu. Yg menarik, point yg mereka sentuh itu memberi kesan kpd aku, membuatkan aku rasa mereka lebih baik dan aku patut mengikut jejak langkah mereka. Aku rasa aku telah melakukan kesalahan dan rasa rendah diri. Tidak semena-mena aku geram dgn diri sendiri. Mudah terkesan dan tiada pendirian. Kenapa aku perlu memikirkan sgt tentang apa org laen cakap? Kenapa aku x boleh jd spt sesetengah org yg x kesa dgn cakap2 org dan teruskan dgn apa yg mereka rasa dan tau baik utk mereka? Kenapa aku mesti dgr cakap org utk tau apa yg terbaik utk aku?
Itulah aku.
Aku x terkecuali buat tag tu, tp aku da delete beberapa jam lepas aku post tag tu dan tag 25 org laen. Aku x tau brapa ramai da baca. Kenapa aku delete? Itulah yg aku tgah pk skarang patot x aku bgtau sebab musababnya di sini.
Ok, aku nak kongsi salah satu sebab yg utama. Aku seorg yg serius. Walaupun aku x suka dgn kenyataan itu dan cuba sedaya-upaya utk menafikannya, aku tidak berdaya utk menipu diri aku sendiri lg. Aku cuba utk tidak kelihatan serius, tp selalunya gagal. Org tetap nampak aku serius. Yea, aku serius. Bunyi post nie pun serius, betul x?
Itulah aku.
Da byk kali aku nampak kesan sikap aku yg satu ini. Sama ada org menjauhkan diri dari aku, atau aku menjauhkan diri dari org. Byk kali org kata org takut dgn aku. Lepas tau mcm tu, aku pun x suka dgn sikap serius aku nie, tp mcm mana aku nak ubah? Dari kecil aku dididik supaya tidak terlalu bergurau. Apa2 yg kte buat kene serius.
Keluarga aku dan rakan2 aku bagaikan dua dunia berbeza. Sedaya-upaya aku cuba menyesuaikan diri. Tiada siapa yg tahu. Mcm mane aku nak katakan yg aku sgt sedih bler da ade beberapa org menjauhkan diri dari aku. Tambah2 lg aku kini sedang dalam usaha menuju arah jalan yg baru. Aku tahu jalan ini tidak hanya memerlukan kesedaran dan semangat, tp juga pengorbanan yg bukan sedikit. Ya Allah, teguhkan iman dan kuatkan hati hamba-Mu yg lemah ini.
Kerana itu aku amat menghargai kawan2 yg memahami aku, yg sabar dgn aku, yg tahu bahawa jauh di dalam diri aku, walaupun aku seorg yg serius, panas baran, sensitif, aku seorg yg masih tahu bergurau, masih tahu bergelak-ketawa, masih tahu bermanja dan ingin dimanja, masih tahu mengusik dan diusik, masih tahu menyayangi dan disayangi. Walau mungkin dalam cara dan gaya yg berbeza.
Air mata menitis lg. Dua titik. Tiga titik. Kte rindu korg.
Lg satu sbb utama akan aku simpan, kerana bila kita buat sesuatu dgn tujuan tertentu dan kita x dapat hasil yg diharapkan, maka kita akan kecewa. Itu sahaja yg boleh aku katakan.
Aku sedang keliru. Mungkin aku x patut tulis post dalam keadaan aku sedang keliru. Mungkin padah akan berulang.
No comments:
Post a Comment