Sunday, October 18, 2009

Sukan dan makan, balik rumah pengsan

Bismillah,

*Maaf atas tajuk yang pelik, da tak tau nak letak tajuk ape*

Semalam adalah hari yang mana pasti Mama akan kategorikan sebagai "tak berhenti langsung".

Aku keluar rumah seawal pukul 9 pagi. Ada aktiviti main badminton di Rec Centre yang bertujuan untuk mengeratkan kemesraan antara pelajar-pelajar tajaan JPA dengan pegawai-pegawai JPA dan orang-orang Hicomm yang lain. Datuk pun ada. Tak ramai pelajar JPA yang datang. Mungkin sebab faktor kena bangun awal pagi. Wan Ling selaku orang yang bertanggungjawab menguruskan aktiviti ini bertindak bijak dengan menjemput Kay, Acap dan Ajip yang bukan pelajar tajaan JPA untuk bermain. Kalau tak, memang tak ada wakil lelaki langsung sebagai lawan Datuk, Encik Zul dan lain-lain. On behalf of Wan Ling, thanks to Kay, Acap and Ajip :-)

But on the other side, ok gak tak ramai datang (tetiba bahasa pasar balik, layan~). Sume orang ada peluang untuk main sampaikan masa satu jam yang diperuntukkan rasa tak cukup. Satu jam jer sebab ada kelab badminton uni da book lepas tu. Sebab tak puas, sambung main ping pong kat luar plak for about an hour.

Pukul 11 ada open house WMSO-UMNO. Actually aku nak balik rumah dulu salin baju, tapi Pn Siti kate tak perlu dan ajak pegi skali naik kete. Hmm, sounds tempting. Haha. Padahal bukan jauh pun dengan umah, kat Everton jer. But then, Eka ingatkan ade slot VicMuslim plak petang tu. So nak senang, g makan dulu then sambung main. Aku pun dengan selambanya pegi laa open house dengan baju sukan tu. Haha. First time nieh pegi open house tak proper. Pn Siti main tipu sarung baju jer kat luar. Hehe. Ampun Pn Siti :-D

Seperti yang dirancang, lepas open house, g sambung main badminton kat Rec Centre. Walaupun badan rasa penat, tapi masih ada kekuatan yang tersimpan, khusus untuk aktiviti yang telah dirancang untuk malam itu :-)

Balik rumah, bersiap dan menyiapkan apa-apa yang patut, then g open house lg. Kali nie, proper sket. Haha. Alhamdulillah, rezeki open house masih ada dan itu merupakan open house yang terakhir untuk raya. I think I heard someone said "Good food, good closing". Tak dinafikan, raya di Wellington tahun nie memang meriah. Thanx everyone!

Dan, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Sambutan hari lahir permata hati kami, Kak Wani. Actually birthday Kak Wani hari nie, tp ktorang sambut malam semalam. Aku tak terlibat secara langsung dalam birthday planning nie, dari pilih hadiah, beli kek dan acara memujuk Kak Wani untuk datang. Aku just datang bawak food dan makan. So thanx byk2 kpd yang bertungkus-lumus. Bukan senang nak convince Kak Wani suruh datang dengan alasan saje2, but being Kak Wani, of course Kak Wani da dapat agak. Quote favourite aku dari Kak Wani setiap kali kalau tanya Kak Wani dapat agak tak apa-apa:

"Akak tak tahu sama ada apa yang akak fikir nie sama dgn apa yang awak fikir atau pun tak"

Kenapa favourite? Aku pun tak tau. Maybe sebab cara Kak Wani cakap.

Lepas potong kek dan sesi makan2, Kak Wani diminta untuk memberi sedikit ucapan. Rules katanya. Hehe. Tapi malangnya, masa Kak Wani tgah bg ucapan, aku tgah tulis wish kat kad birthday dalam bilik Ain. Sempat dgr yg last2 jer. Kalau tak silap aku yang dgr last2 jer, Kak Wani kata, dalam apa-apa yang kita buat pun, sorg2 atau beramai-ramai, mestilah menetapkan redha Allah sebagai tujuan. Tapi xpe, ada org record. Alhamdulillah, still dapat dgr nanti :-)

Pastu Kak Wani request untuk setiap seorang dari kami buat ucapan pulak. Honestly, aku tak tau apa nak cakap. Apa yang aku rasa terhadap Kak Wani, tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Ditambah pula dengan faktor aku yang sedang mengantuk, lagi laa tak dapat nak fikir ayat. Tapi aku bersetuju dan bersependapat dengan semua orang yang memberi ucapan. Rata-ratanya amat berterima kasih kepada Kak Wani yang telah membawa perubahan dalam hidup kami. Benar, hidayah itu milik Allah. Hak Allah nak bagi kat siapa2 pun, tp tanpa ada usaha dari kedua belah pihak untuk menarik dan keinginan untuk mendapatkannya, mungkin jalannya lebih berliku. Kak Wani datang Welly sama time dgn kami datang masa 1st year. Dalam masa tiga tahun, tak perlu orang lain, kami sendiri dapat merasakan perubahan dalam diri kami.

Aku hanya meringkaskan ucapan aku dengan ucapan terima kasih. Aku kata apa yang aku nak cakap semuanya terangkum dalam ucapan tu. Lepas tu dengan 'blurr'nya aku tambah:

"Akak, ape yang saye nak cakap kat akak, hanya Allah yang tahu"

Betapa mengantuknya aku. Baru terasa letih sejak pagi.

Sedang yang lain bagi ucapan penghargaan, Amnah comes out dgn ucapan yang lain sket. Doa dan harapan untuk Kak Wani. Amnah kata, nie hari Kak Wani, jadi cakap laa sesuatu untuk Kak Wani.

Ha'ah kan. Maaf Kak Wani :-D

Kami berkongsi doa dengan Amnah supaya akak sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah S.W.T. serta mencapai kejayaan dalam setiap apa yang akak cita-citakan.

Ouh, Kak Wani akan jadi pakar bius! Insya-Allah. Sume orang da cop nak g hospital tempat Kak Wani keje. Hehe.

Banyak lagi ucapan. Terima kasih, maaf dan segala-galanya. Biarlah kami dan Allah sahaja yang tahu :-)

Kak Wani suka hadiah yang ktorang beli, alhamdulillah. Semoga bermanfaat. Kak Wani da imagine camne nak guna hadiah tu. Hehe. Tahniah kepada majlis syura yang memilih :-D

Hmm, tgah pk nak express feeling dan ucapan aku terhadap Kak Wani kat sini tak. Hmmm...

Takpelah, nanti bgtau sendiri. Masa nak dekat2 balik Malaysia ke. Kak Wani pun balik tahun nie. Sedih dan sayu, tp bila memikirkan yang kami masih akan berhubung di Malaysia, insya-Allah, tak laa sedih sangat. Bertemu dan berpisah kerana Allah, kan Allah suka :-)

Cuma mungkin saya nak cakap jugak, Kak Wanilah pemangkin dan penggerak kpd siapa Iynas hari ini. Iynas yang mula kenal semula Allah, kenal semula Rasulullah, kenal semula Islam, sehingga jatuh cinta, dan harapannya semoga cinta ini tidak akan padam. Summer 2008 di Wellington, tidak mungkin akan saya lupa. My turning point dan segala-galanya bermula tika dan saat itu, kerana Kak Wani, dan semestinya, kerana Allah yang mengizinkannya dan menetapkannya untuk berlaku.

Terima kasih Ya Allah, kerana telah mempertemukan aku dgn Kak Wani, dan atas hidayah yang diberi. Dengan mengharapkan petunjuk dan bimbingan dari-Mu, akan aku cuba sedaya-upaya untuk menjaga dan memelihara hidayah ini, dengan sebaik-baiknya.

1 comment:

  1. *Chouji likes this entry, very much*

    Rasa terharu pule bila bace walaupon saye bukan kak Wani. :'P

    Memetik kata-kata sorang lecturer Faculty of Humanity and Social Sciences (FHSS) yang juga merupakan pakar in dealing with young people and their problems iaitu Chris Bowden:

    "At one point of our lifetime, we will find one person who bring a lot of changes into us. Someone who, if we open up, can lead to the very turning point of our better life."

    Okay, ini bukan his exact (Chris sangat casual, suke dia!) words but something along these lines.

    Benar seperti kata Chris jika dilihat dari perspektif bukan Islam. Tapi very much related dengan Islamic belief jugak especially part "open up" tue.

    Pada pendapat saya, Allah tak penah henti memanggil kita untuk sentiasa mendekatiNya. Kita je yang hanyut dalam duniawi kekadang sampaikan we are deaf to the constant calls. Tapi akan tiba masa kita tersedar dan open up (keinginan mengubah diri/nasib, [Qs, 13:11]) dan masa itulah kita akan jumpa orang yang mengubah kita (dengan Kuasa, Rahmat dan Kasih Allah yang sentiasa dekat dengan kita [Qs, 2:186]). Dan insyaAllah, bila kita jumpa orang tue kita memang akan hormati, kaseh dan hargai dia sepenuhnya sebagaimana kita kasihi parents kita. *tersenyum bila teringat orang-orang yang membantu saye mengubah diri dengan Rahmat Allah*

    ReplyDelete