Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja
semakin dibakar oleh keadaan,
semakin dititik oleh cabaran hidup,
semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup.
tetapi,
Seseorang yang berperibadi lemah,
laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup, dia akan berkecai...
Belum sekuat besi
Tiqa sayang, jika kamu baca ini, saya ambil petikan itu dari blog kamu. Terima kasih Tiqa, kerana terus menjadi kuat untuk menjadi salah satu dari sumber penyedar saya. Selamat bermujahadah dan semoga Tiqa sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Allah S.W.T. selalu. Sayang Tiqa sgt2 kerana Allah. Saya masih ingat kata-kata pertama Tiqa kepada saya. Insya-Allah Tiqa, insya-Allah. Doakan supaya hati kita sentiasa tertaut kerana-Nya..
Penah dulu dengar ceramah oleh ustaz Ismail Kamus tentang kelebihan manusia dicipta dari tanah berbanding Iblis dari api (bole dicari di YouTube, ceramah tajuk Alam Jin rasanya).
ReplyDeleteKerana api tidak bole wujud dengan sendiri, ia perlu membakar sesuatu untuk wujud (ie., api perlu bakar kayu untuk menyala) sedangkan tanah itu wujud dengan sendiri.
My two pence:
Tanah itu berubah mengikut keadaan. Ini kelemahan kerana tidak cukup kuat sehingga bole diubah, tetapi juga kekuatan kerna bole dibentuk. Baek tangan yang membentuk, maka baeklah bentuk tanah tersebut (bole dilihat dari perspektif tanah untuk pottery dan tanah untuk bercucuk tanam).
Yang paling penting ialah, mineral yang kuat dan mahal semuanya berasal dari tanah. Mungkin Allah mahu memberitahu kepada kita bahawa dalam diri setiap kita ini ada harga diri yang tinggi dan kekuatan tersebut, cuma kita perlu mencarinya sendiri. Wallahua'lam.
*macam kena tulis satu entry pasal nie je. Ehehe~*
silakan chouji..menarik utk diketahui dan difahami dgn lebih lanjut :-)
ReplyDeleteInsyaAllah, Iynas. Jika ada masa dan kesempatan akan ditulis. :')
ReplyDelete