Tuesday, October 27, 2009

D.U.I.T.

Bismillah,

D.U.I.T. = Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal

Lagi beberapa hari nak final exam. I mean, really, FINAL!

Two final papers. Doakan kejayaan aku dan rakan-rakan. Juga kejayaan untuk semua yang akan menghadapi final exam di mana-mana saja. Semoga kita semua beroleh kejayaan yang diberkati Allah S.W.T., aminn.

Semalam call mama. Lega sket rasa.

Tiada kejayaan tanpa usaha dan tanpa Allah sebagai penentunya..jadi teruskanlah berusaha di samping sentiasa menjaga hubungan baik dengan Pencipta..insya-Allah kejayaan milik bersama :-)

Thursday, October 22, 2009

Cerita Pendek

Bismillah,

Suatu hari, satu persoalan telah diajukan:

"Apakah matlamat perkahwinan?"

Jawapan masih samar-samar.

Alhamdulillah, hari ini, Allah bagi jawapan. Terima kasih Ya Allah.

Jawapannya hadir dalam bentuk cerita pendek (cerpen), supaya nampak ringan, namun insya-Allah, mesej yang ingin disampaikan adalah jelas. Didapati dari notes di FB, kemudian dari sebuah blog.

Semoga terhibur.

___________________________________________________________________

Untuk kali kesembilan, hari ini, Munirah meneliti senarai tetamu jemputan. Setiap nama diteliti dan kemungkinan ada beberapa nama baru hendak ditambah. Setelah itu dibelek-beleknya pula contoh"potpourri" yang bakal dijadikan cenderahati untuk dibawa pulang oleh para tetamu nanti. "Hai tak tidur lagi?" Terkejut, Munirah berpaling. "Mama ni, buat terkejut orang je. Tak boleh nak lena lah mama. Banyak hal yang belum selesai.' "Ala ... Bukan nak kenduri esok. Dua bulan lagi. Tidurlah.

Esok nak kerja. Nanti lena pulak depan pelajar," nasihat ibunya dengan lembut. "Oklah Mama tidur dulu. Sekejap lagi Irah tidur." Rahimah berlalu meninggalkan Munirah terkebil-kebil menatap potpuri yang masih di tangannya. ,Walaupun masih ada masa dua bulan untuk menyempurnakan persiapan perkahwinannya, namun Munirah cukup cemas. Dia tidak mahu kendurinya nanti ada sebarang kekurangan atau cacat cela yang bakal mengundang umpat keji saudara mara.

Dia perlu jaga statusnya sebagai seorang pensyarah. Munirah terkenangkan bakal tunangnya, Razak yang kini sedang berkursus di Selatan tanahair. Dia telah menjalinkan hubungan dengan Razak sejak di tahun pertama waktu sama-sama menuntut di sebuah universiti yang sama. Hanya setelah masing-masing tamat pengajian dan memulakan karier, barulah mereka mengambil kata sepakat untuk mendirikan rumahtangga. Setelah bertahun-tahun berhubungan, Munirah yakin dia telah cukup mengenali hati budi Razak.

Baginya Razaklah lelaki yang sesuai dijadikan suami kerana sikapnya yang sangat bertanggungjawab dan penyayang, Munirah membayangkan hari-hari depan yang indah setelah diijabkabulkan nanti. Munirah dan Razak bercadang untuk berbulan madu di Bali. Mereka juga telah membeli sebuah rumah sebagai persediaan untuk hidup bersama, sebaik sahaja mengikat tali pertunangan. Masing-masing bersetuju untuk menimang 4 orang cahaya mata sahaja. Takut kalau ramai sangat anak, tidak mampu pula untuk biayai pelajaran mereka.

Maklumlah era cyber ini, sernuanya memerlukan duit. Itulah perancangan akal cetek mereka. Terlupa bahawa perancangan Tuhan mengatasi perancangan manusia. Sejak bertunang setahun lalu Munirah mula membuat persiapan perkahwinan secara berdikit-dikit. Hampir setiap hari dia membelek majalah yang memaparkan pakaian pengantin, gubahan hantaran, contoh rekaan pelamin serta serba mak nenek yang berkait dengan kenduri kahwin mengikut trend semasa. Melalui temannya yang bercuti ke luar negara, dia mengirimkan beberapa barangan berjenama untuk dijadikan hantaran.

Setiap hujung minggu pula dia menjelajah dari satu butik ke satu butik untuk mencari pakaian yang sesuai untuk majlis berkenaan. "Ala, sekali seumur hidup. Lagipun kan Irah anak bongsu mama. Lepas ni dah tak payah buat kenduri kahwin lagi. Apa salahnya berhabis habisan untuk kenduri Irah ni," jawab Munirah bila ditegur ibunya. Rahimah bukan tidak bersetuju dengan perancangan Munirah untuk mengadakan kenduri besar-besaran. Memang dia berkemampuan pun. Cuma hatinya masih sedih mengenangkan perkahwinan kakak Munirah, Salasiah 5 tahun yang lalu.

Waktu itu kendurinya memang besar. Jadi sebutan orang. Bagaimanapun, rumahtangga yang dibina hanya bertahan selama dua tahun. Selepas mendapat anak seorang, mereka bercerai dan masing-masing membawa haluan sendiri. Kini dialah yang membela anak mereka. Bukan dia keberatan untuk membela cucu sulungnya itu, cuma hatinya pedih bila mengenang nasib budak itu yang kehilangan kasih ibu bapa. Manakala ibu dan bapanya masih ingin hidup bebas dan enjoy macam orang bujang. Kerana itulah bila mengingatkan perkahwinan Munirah, dia mendoakan agar Munirah tidak menerima nasib yang sama. Rahimah menganggap apa yang berlaku kepada Salasiah adalah kerana kesalahannya juga.

Memang Rahimah pening kepala memikirkan anak-anak perempuannya yang enggan memberi sepenuh komitmen pada rumahtangga. Masing-masing hendak jadi macam orang Barat yang mahu berumahtangga tetapi tidak mahu memikul amanah dan tang-gung Jawabnya. Tidak seperti orang dulu-dulu. Rahimah terkenang, dia dulu kahwin atas pilihan orang tua. Bila bergelar isteri, seluruh hidupnya diabadikan untuk suami dan keluarga. Orang dulu-dulu jarang nak bercerai-berai. Orang sekarang, bercinta bertahun-tahun tetapi bila kahwin, sekejap sahaja sudah bercerai.

Tak serasilah, sudah tidak sehaluanlah. Padahal masa hendak kahwin, masing-masing rasakan itulah pasangan paling tepat untuk dunia Akhirat. Mungkin salah Rahimah juga kerana gagal mendidik anak-anaknya dengan baik sehingga masing-masing mahu membentuk rumahtangga mengikut selera sendiri. Agama dan adat, sernuanya ditolak ke tepi. Itulah yang berlaku kepada kebanyakan pasangan yang berkahwin hari ini. Sebab itu fail perceraian bertimbun-timbun di pejabat-pejabat agama.

Rumahtangga itu ibarat bahtera yang berlayar di tengah lautan. Waktu tenang, mudahlah, tapi bila lautan bergelora, dilanda ribut, memang tak mungkin bahtera itu dapat diselamatkan kalau tidak dikemudi dengan iman dan taqwa. Inilah yang tidak mampu Rahimah sampaikan kepada anak-anaknya kerana dia sendiri bukan mendalarn sangat pengetahuan agamanya. Cuma dulu, waktu aruah Pak Adam masih hidup, Rahimah mampu jadi isteri yang taat kerana memang begitu asuhan orang tuanya.

Taatnya pada suami bukan bertitik tolak dari iman. Rahimah tahu, kalau dia cuba syarahkan tentang rumahtangga yang baik, pasti anak-anaknya akan berhujah kembali untuk mempertahankan pendapat dan pendirian mereka. Akhirnya yang terdaya dilakukan hanyalah berdoa untuk kebahagiaan mereka dunia Akhirat. Pada suatu petang Munirah pulang dari kampus dengan wajah ceria. Rahimah yang menyambutnya di pintu, tertanya-tanya kerana selalunya Munirah akan tiba di rumah dengan wajah letih, tidak bermaya. "Ada berita baik ke. Semacarn aje senyum tu." "Memang ada berita baik. Kak Sarah call tadi. Dia balik bercuti sebulan. Bolehlah minta tolong dia siapkan hantaran." "Dia balik seorang ke?" Terbayang wajah anak saudaranya yang telah bertahun-tahun di luar negara. "Balik satu family. Cuti musim panas.

Tapi tak sempat tengok tengok Irah bersanding sebab bulan depan, dia balik ke UK semula." "Lama tak jumpa Sarah. Macam mana rupa anak dia agaknya. Maklumlah, kahwin dengan orang putih." "Tentulah cute. Tapi anak Irah nanti lagi cantik sebab Razak muka macam mamak, Irah pulak macam Cina," jawab Munirah bersahaja sambil berlenggang ke biliknya. Rahimah hanya tergelak kecil. Macam-macarn angan-angan Munirah. Hari minggu, Sarah muncul di rumah Rahimah bersama suami dan anaknya. Penampilannya cukup mengejutkan Munirah. Dulu sewaktu meninggalkan tanahair untuk menyambung pengajiannya, sepupu-nya itu lebih selesa berseluar jeans dan berkemeja.

Adakalanya dia gemar juga menampilkan imej yang agak seksi. Bagaimanapun had ini dia muncul dengan berjubah dan bertudung labuh. Suaminya, Abu Bakar bin Abdullah pula berseri-sen dengan kopiah di kepala. Satu pernandangan yang agak aneh buat Munirah. Sangka Munirah, setelah bertahun-tahun di London, Sarah tentu akan tampil lebih elegant dengan fesyen terkini dari kota fesyen itu. "Assalamualaikum. Apa khabar bakal pengantin kita?" sapa Sarah sambil bersalaman dan memeluk Munirah. "Waalaikumussalam. Insya-Allah OK," jawab Munirah dengan sedikit rasa kekok. Rahimah terus mengambil anak Sarah dari dukungan Abu Bakar. "Comelnya cucu, Tok Tam." Abu Bakar yang dari tadi hanya tersenyum, menghulurkan ole-ole dari Kota London. Rahimah menyambut dengan senyuman. Hatinya cukup tertarik dengan wajah bersih Abu Bakar.

"Dah lama kamu masuk Islam?" tanya Rahimah dengan nada ingin tahu. "Dah hampir sepuluh tahun," jawab Abu Bakar dengan bahasa Melayu berslanga. "Eh, boleh cakap Melayu, kamu. Mak Tam tak pernah lagi jumpa" Sarah dan Abu Bakar tertawa. "Untunglah kamu dapat kahwin dengan Mat Salleh. Dapat duduk luar negeri. Dapat anak comel" Kata-kata Rahimah sedikit sebanyak mengundang rasa cemburu di hati Munirah. "Saya beruntung sebab dapat Mat Salleh yang soleh, Mak Tam. Itu lagi penting.

Saya memang malu dengan dia ni sebab dia yang banyak bimbing saya untuk beramal dengan Islam. Mak Tam bukan tak kenal Sarah dulu-dulu. Teruk." "Memang untung kalau dapat suami soleh. Suami tu, pernimpin rumahtangga. Kalau suami soleh, selamatlah rumahtangga," luah Rahimah sambil fikirannya terbayang-kan wajah Salasiah. Terlupa dia pada Munirah yang sedari tadi hanya diam membisu.

Selang beberapa hari selepas itu, Munirah mengajak Sarah shopping di KL. Dia inginkan penda-pat Sarah tentang pakaian yang hendak ditempah untuk malarn akad nikah. Seingat Munirah, 'taste' Sarah memang bagus. "Masa Sarah kahwin kat UK dulu. siapa yang uruskan persiapan kahwin?" tanya Munirah waktu mem-belek-belek beberapa pasang baju kurung moden bersulam di sebuah butik. "Kami kahwin ala kadar saha-ja. Yang wajib akad nikahnya. Kenduri pun kawan-kawan yang tolong. Masak sikit-sikit, lepas tu makanlah sama-sama." "Tak glamourlah gitu. Kahwin kan sekali seumur hidup," tingkah Munirah dengan dahi berkerut. "Mana Munirah tahu kahwin tu sekali seumur hidup? Jodoh, ajal maut, kan di tangan Tuhan. Entah-entah esok lusa, suami mati.


Tak kan tak kahwin lain. Tak pun macam Kak Salasiah. Dah bercerai. Dengar kata, dah dapat calon suami baru. Nanti nak kahwin lagi untuk kali kedua," jawab Sarah dengan lembut sambil matanya turut memerhatikan sulaman yang cantik pada baju kurung yang dipegang Munirah. "Tapi, ini kan kali pertama Irah kahwin. Kenalah buat semeriah mungkin," balas Munirah. "Ah, perut pun dah berkeroncong ni . Jom kita makan dulu." Sarah menurut tanpa banyak soal. Sewaktu makan dia cuba untuk memberi panduan kepada Munirah dalam menempuh alam baru. "Sarah nak tanya pada Irah satu soalan. Apa tujuan Irah kahwin?' "Aiik! Soalan cepu emas ke ni? Anyway, bagi Irah, kahwin itu adalah untuk menghalalkan per-hubungan antara seorang lelaki clan wanita. Betul tak. One more thing, memang fitrah manusia itu ingin dikasihi dan mengasihi. Sebab itu Allah ciptakan Hawa untuk Nabi Adam, right?" balas Munirah dengan penuh yakin. "Itu saja matlamat perkahwinan?" "What else?" "Kalau sekadar nak lepaskan naluri seks, buat apa sampai nak berkenduri kendara besar-besaran. Tak berbaloilah macam tu." "So what?" "Sebenarnya tujuan perkah-winan itu sangat besar. Niat awal kah-win itu sangat penting untuk men-jamin lahirnya satu rumahtangga yang diberkati Tuhan. Nanti perjalanan rumahtangga tu, akan dibantu.

Tuhan akan pelihara rumahtangga kita sam-pai rumahtangga tu boleh jadi syurga dunia sebelurn Allah beri Syurga di Akhirat." "Tak sangka pulak engineer boleh jadi ustazah." "Bukan begitu. Islam itu untuk semua orang dan ia mesti jadi pandu-an setiap orang," balas Sarah tersenyum, "sebelum Irah melangkah ke alam perkahwinan, eloklah Sarah bagi peringatan dulu. Janganlah bayangkan kahwin tu pada yang indah-indah clan romantik-romantik saja. Nanti akan ada ujiannya, akan ada pahit yang terpaksa di telan. Kalau tak buat persediaan yang tepat, memang rumahtangga tak akan boleh bertahan lama. Rumahtangga boleh jadi neraka tau!" Munirah menyedut minuman dari gelasnya.

Masuk juga dalam fiki-rannya kata-kata Sarah itu. Cukuplah apa yang dialami oleh kakaknya Salasiah menjadi bukti kebenaran kata-kata Sarah itu. "Irah tahu tak, dalam Islam kahwin tu matlamatnya besar dan mulia. Betullah yang Irah cakap tadi. Nak halalkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Itu memang antara tujuan perkahwinan, supaya kita tak terjebak dengan zina. Selain tu, ada lagi yang tidak kurang pentingnya. Kita kena niat kahwin untuk lahirkan generasi Islam seterusnya. Zuriat kita tu adalah aset untuk Islam. Lagipun Rasulullah suka umat yang ramai." "Tapi rasa-rasanya mak bapak kita dulu tak adalah pasang niat macam tu, tapi kita lahir pun, tetap jadi orang Islam."

"Islam setakat pada nama, apa ertinya? Sedangkan pada peri-badinya langsung tak melambangkan peribadi mukmin. Kita tengok sekarang macam mana masyarakat kita. Macam-macam masalah sosial. Kronik betul. Mucla lagi dah terlibat dengan dadah, seks bebas, jenayah, sampai budak 12 tahun pun dah pandai rogol dan bunuh orang. Itu bukan aset agama namanya. Puncanya dari rumahtangga yang rosaklah tu.

Kes-kes sumbang mahram tu. Tahu tak apa puncanya? Something wrong masa akad nikah-nya atau semasa proses perkahwinan tu. Mungkin sebelum kahwin mak ayahnya dah bergaul bebas, dah biasa buat maksiat. Memang rosaklah keturunan selepas itu." Munirah termenung. Kegembiraannya untuk menjadi pe-ngantin baru seperti terganggu. Sebelurn ini fantasinya hanya yang indah-indah, terutama apabila mem-bayangkan keindahan berbulan madu. Tapi rupa-rupanya banyak lagi per-soalan yang menunggu di hadapan. "Macam tu ke?" "Iya. Kalau kita rancang perkahwinan kita dengan betul mengikut apa yang Islam gariskan dan kita jaga supaya setiap step ke arah perkahwinan itu sesuai seperti-mana yang Tuhan kehendaki, insya-Allah, rumahtangga kita akan berjaya.

Bayangkan kita dapat lahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Bukan saja anak-anak tu boleh bantu kita di Akhirat, di dunia lagi anak-anak tu akan jadi manusia yang berjasa pada agama, pada negara. Anak-anak kita boleh menjadi manusia-manusia yang akan membangunkan empayar Islam." "Tingginya angan-angan. " Ini bukan angan-angan tapi cita-cita. Kan Islam pernah menguasai tiga suku dunia. Islam diperjuangkan oleh peribadi-peribadi hebat yang lahir hasil didikan Rasulullah. Sekarang kita simpanlah niat dan cita-cita untuk mengulangi sejarah tu." "Irah tak layaklah nak buat kerja besar macam tu." "Memanglah kita ni tak layak. Tapi kita niatlah nak lahirkan peribadi-peribadi yang layak melalui perkahwinan kita kerana nak dapat keredhaan Tuhan.

Sampai bila hidup kita nak terus terjajah dengan budaya bukan Islam yang sekarang terbukti sangat merosakkan dan merugikan kita. Kalau setakat rugi di dunia, tak apalah. Rugi di Akhirat, siapa nak tolong?" "Salah ke cara Irah buat persiapan kahwin ni?" "Tak salah. Tapi ini cuma persiapan lahir. Tak payahlah sampai membazir. Yang lebih penting, tambah ilmu agama sebagai persediaan. Baiki diri, betulkan sembahyang. Kuatkan hubungan dengan Tuhan. Kalau hati sentiasa berhubung dengan Tuhan, apa-apa problem pun kita boleh atasi. Especially bab nak taat suami. Bukan mudah tau. Lagilah kalau kita rasa kita lebih pandai dari dia. Nanti mulalah nak tunjuk 'power'. Dalam setiap hal kita akan challenge dia. Habislah rumahtangga kalau isteri pun nak jadi ketua.

Dalam rumahtangga ada seni-seninya. Itupun nak kena belajar." "Sarah ni menakutkan Irahlah. Rasa macam kahwin itu suatu yang complicated sangat." "Bukan niat nak takutkan Irah. Tapi nak Irah bersedia untuk menerima realiti perkahwinan tu. Sementara ada peluang. Nak kahwin pun perlu ada persiapan yang cukup. Bukan setakat pandai masak, pandai bersolek dan hias rumah. Duit atau cinta tak akan mencukupi. Bekal yang paling utama, iman." "Sempat ke nak dapat iman tu. Masa tinggal dua bulan lagi." Sambil tersenyum, Sarah menepuk-nepuk lengan Irah. "Insya-Allah. Tahu tak orang dulu-dulu, sebulan sebelum kahwin, memang kena berkurung. Sebab nak dapat seri muka.

Sekarang, Irah buatlah perkara yang sama. Masa dua bulan ni, manfaatkan untuk tingkatkan ilmu Islam, untuk dapat iman. Insya-Allah, nanti Razak akan rasa kahwin dengan Irah ni seolah-olah dia dapat permata berharga. Berbaloilah dengan hantaran kahwin lapan ribu ringgit yang dia terpaksa beri tu." Munirah tersenyum. Sedikit sebanyak, cakap cakap Sarah itu memberinya satu persepsi baru tentang perkahwinan.

Dalam hati dia menyimpan matlamat untuk menimba ilmu dari Sarah sementara Sarah masih di tanah air. Mudah-mudahan rumahtangga yang akan dibinanya itu lebih bermakna lagi.

Petikan dari Majalah Mar atul Saliimah


Monday, October 19, 2009

Tangled Up In Me

Bismillah,

Honestly, I don't like what is happening to me.

Privatize this blog, deactivate Facebook, signing out of YM.

I feel better. Relieved?

I wanted to constrain myself. But now here I am, exposed, again.

I realized I should learn how to control myself.

And after what happened yesterday, I am very thankful to Allah that I've learned something. Something valuable.

What's past is past.

Tiada yang lebih baik dari apa yang telah berlaku.

Ya Allah, jika ini adalah didikan dari-Mu, maka aku redha dan aku bersyukur. Aku sedar neraca-Mu adalah lebih penting dari segala-galanya.



Selepas beberapa lama keliru dgn apa nak buat untuk masa depan, now I have clearer vision. I can see and feel something good about it. Aku hampir yakin dengan pilihan ini. Therefore, I would like to thank someone for reminding me of those words, which indirectly burst the spirit in me, although you might not know who you are. Biarlah hanya Allah yang tahu. Just, thanx :-)





Sunday, October 18, 2009

Sukan dan makan, balik rumah pengsan

Bismillah,

*Maaf atas tajuk yang pelik, da tak tau nak letak tajuk ape*

Semalam adalah hari yang mana pasti Mama akan kategorikan sebagai "tak berhenti langsung".

Aku keluar rumah seawal pukul 9 pagi. Ada aktiviti main badminton di Rec Centre yang bertujuan untuk mengeratkan kemesraan antara pelajar-pelajar tajaan JPA dengan pegawai-pegawai JPA dan orang-orang Hicomm yang lain. Datuk pun ada. Tak ramai pelajar JPA yang datang. Mungkin sebab faktor kena bangun awal pagi. Wan Ling selaku orang yang bertanggungjawab menguruskan aktiviti ini bertindak bijak dengan menjemput Kay, Acap dan Ajip yang bukan pelajar tajaan JPA untuk bermain. Kalau tak, memang tak ada wakil lelaki langsung sebagai lawan Datuk, Encik Zul dan lain-lain. On behalf of Wan Ling, thanks to Kay, Acap and Ajip :-)

But on the other side, ok gak tak ramai datang (tetiba bahasa pasar balik, layan~). Sume orang ada peluang untuk main sampaikan masa satu jam yang diperuntukkan rasa tak cukup. Satu jam jer sebab ada kelab badminton uni da book lepas tu. Sebab tak puas, sambung main ping pong kat luar plak for about an hour.

Pukul 11 ada open house WMSO-UMNO. Actually aku nak balik rumah dulu salin baju, tapi Pn Siti kate tak perlu dan ajak pegi skali naik kete. Hmm, sounds tempting. Haha. Padahal bukan jauh pun dengan umah, kat Everton jer. But then, Eka ingatkan ade slot VicMuslim plak petang tu. So nak senang, g makan dulu then sambung main. Aku pun dengan selambanya pegi laa open house dengan baju sukan tu. Haha. First time nieh pegi open house tak proper. Pn Siti main tipu sarung baju jer kat luar. Hehe. Ampun Pn Siti :-D

Seperti yang dirancang, lepas open house, g sambung main badminton kat Rec Centre. Walaupun badan rasa penat, tapi masih ada kekuatan yang tersimpan, khusus untuk aktiviti yang telah dirancang untuk malam itu :-)

Balik rumah, bersiap dan menyiapkan apa-apa yang patut, then g open house lg. Kali nie, proper sket. Haha. Alhamdulillah, rezeki open house masih ada dan itu merupakan open house yang terakhir untuk raya. I think I heard someone said "Good food, good closing". Tak dinafikan, raya di Wellington tahun nie memang meriah. Thanx everyone!

Dan, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Sambutan hari lahir permata hati kami, Kak Wani. Actually birthday Kak Wani hari nie, tp ktorang sambut malam semalam. Aku tak terlibat secara langsung dalam birthday planning nie, dari pilih hadiah, beli kek dan acara memujuk Kak Wani untuk datang. Aku just datang bawak food dan makan. So thanx byk2 kpd yang bertungkus-lumus. Bukan senang nak convince Kak Wani suruh datang dengan alasan saje2, but being Kak Wani, of course Kak Wani da dapat agak. Quote favourite aku dari Kak Wani setiap kali kalau tanya Kak Wani dapat agak tak apa-apa:

"Akak tak tahu sama ada apa yang akak fikir nie sama dgn apa yang awak fikir atau pun tak"

Kenapa favourite? Aku pun tak tau. Maybe sebab cara Kak Wani cakap.

Lepas potong kek dan sesi makan2, Kak Wani diminta untuk memberi sedikit ucapan. Rules katanya. Hehe. Tapi malangnya, masa Kak Wani tgah bg ucapan, aku tgah tulis wish kat kad birthday dalam bilik Ain. Sempat dgr yg last2 jer. Kalau tak silap aku yang dgr last2 jer, Kak Wani kata, dalam apa-apa yang kita buat pun, sorg2 atau beramai-ramai, mestilah menetapkan redha Allah sebagai tujuan. Tapi xpe, ada org record. Alhamdulillah, still dapat dgr nanti :-)

Pastu Kak Wani request untuk setiap seorang dari kami buat ucapan pulak. Honestly, aku tak tau apa nak cakap. Apa yang aku rasa terhadap Kak Wani, tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Ditambah pula dengan faktor aku yang sedang mengantuk, lagi laa tak dapat nak fikir ayat. Tapi aku bersetuju dan bersependapat dengan semua orang yang memberi ucapan. Rata-ratanya amat berterima kasih kepada Kak Wani yang telah membawa perubahan dalam hidup kami. Benar, hidayah itu milik Allah. Hak Allah nak bagi kat siapa2 pun, tp tanpa ada usaha dari kedua belah pihak untuk menarik dan keinginan untuk mendapatkannya, mungkin jalannya lebih berliku. Kak Wani datang Welly sama time dgn kami datang masa 1st year. Dalam masa tiga tahun, tak perlu orang lain, kami sendiri dapat merasakan perubahan dalam diri kami.

Aku hanya meringkaskan ucapan aku dengan ucapan terima kasih. Aku kata apa yang aku nak cakap semuanya terangkum dalam ucapan tu. Lepas tu dengan 'blurr'nya aku tambah:

"Akak, ape yang saye nak cakap kat akak, hanya Allah yang tahu"

Betapa mengantuknya aku. Baru terasa letih sejak pagi.

Sedang yang lain bagi ucapan penghargaan, Amnah comes out dgn ucapan yang lain sket. Doa dan harapan untuk Kak Wani. Amnah kata, nie hari Kak Wani, jadi cakap laa sesuatu untuk Kak Wani.

Ha'ah kan. Maaf Kak Wani :-D

Kami berkongsi doa dengan Amnah supaya akak sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah S.W.T. serta mencapai kejayaan dalam setiap apa yang akak cita-citakan.

Ouh, Kak Wani akan jadi pakar bius! Insya-Allah. Sume orang da cop nak g hospital tempat Kak Wani keje. Hehe.

Banyak lagi ucapan. Terima kasih, maaf dan segala-galanya. Biarlah kami dan Allah sahaja yang tahu :-)

Kak Wani suka hadiah yang ktorang beli, alhamdulillah. Semoga bermanfaat. Kak Wani da imagine camne nak guna hadiah tu. Hehe. Tahniah kepada majlis syura yang memilih :-D

Hmm, tgah pk nak express feeling dan ucapan aku terhadap Kak Wani kat sini tak. Hmmm...

Takpelah, nanti bgtau sendiri. Masa nak dekat2 balik Malaysia ke. Kak Wani pun balik tahun nie. Sedih dan sayu, tp bila memikirkan yang kami masih akan berhubung di Malaysia, insya-Allah, tak laa sedih sangat. Bertemu dan berpisah kerana Allah, kan Allah suka :-)

Cuma mungkin saya nak cakap jugak, Kak Wanilah pemangkin dan penggerak kpd siapa Iynas hari ini. Iynas yang mula kenal semula Allah, kenal semula Rasulullah, kenal semula Islam, sehingga jatuh cinta, dan harapannya semoga cinta ini tidak akan padam. Summer 2008 di Wellington, tidak mungkin akan saya lupa. My turning point dan segala-galanya bermula tika dan saat itu, kerana Kak Wani, dan semestinya, kerana Allah yang mengizinkannya dan menetapkannya untuk berlaku.

Terima kasih Ya Allah, kerana telah mempertemukan aku dgn Kak Wani, dan atas hidayah yang diberi. Dengan mengharapkan petunjuk dan bimbingan dari-Mu, akan aku cuba sedaya-upaya untuk menjaga dan memelihara hidayah ini, dengan sebaik-baiknya.

Saturday, October 17, 2009

A dream, a wish, a prayer

Bismillah,

*This is taken from www.iLuvislam.com


I remember it was winter in England and I was catching a train back to the city where I lived. It was cold, I looked out, White snow was falling lightly from the gloomy sky. The train was moving fast, and as it moved I could see grounds in white all covered up by snow. ‘Covered up?’ the word rang in my head. Images of hijab and headscarf flashes on my mind.

For the two hours journey, I couldnt sleep even once. There was too much on my mind. I was born as a Muslim. And I didn‘t pray five times a day like everybody else. I hardly could read the Quran. People could say I was illiterate in a way. Because at times, it took me a long while to finish even a short verse from the Quran. It was in Arabic and I was never taught Arabic, that was my excuse of not reading. I thought as long as you have a good heart that‘s good enough. And if you don’t commit huge sins, you’ll be fine. But what she said, made my whole perspective looked, vain.

I was from London and on my way back home to the North West region. My heart wasn’t at ease. What she said had made me thinking, and I was thinking real hard. She was a nice girl. ‘Be a true Muslim, and not just a Muslim by name,’ she said politely with a smile, but the meaning was intense. She was merely quoting and was not saying it to me but my heart was touched. What kind of Muslim, had I been all these while? I don’t want to be a Muslim and only by name. It doesn’t sound good either. As the train moved, heading to North West where I lived, I let out few sighs.

Few months after later.. ‘Bismillahi Rahmani Rahim..,’ I read out loud before starting to read the Quran. My web-cam was on. That night We were in the middle of Quranic circle. It’s an activity that we do once a week. Through this circle, we read the Quran in turns. All were ladies. Sometimes we get to discussed about the meaning behind the Quran verses and some Hadith from Rasulullah. It was amazingly fun and I never thought I would actually had fun doing religious activity. I was very thankful to Siti and her older sister because now I can read the Quran much better. And since then, I keep on gradually changing, I realised. How I view life has changed too, a bit if not much.

At nights before I slept, I thought of going to a place. Somewhere faraway and seemed hard to reach but I knew its reachable. And if possible, I wanted to go there with someone that I loved. Of course that’s still remain as a wish and I hope it’ll come true one day. My life is never this calm! I now wear headscarf everywhere I go. It doesn’t feel right without it. Sometimes that leads to guilt, when people sees my hair. So I wear headscarf whenever I go out. My social activity especially when interacting with men has also changed. I used to be friendly and outgoing, even with the opposite gender. Now I feel sort of afraid. Sometimes I limit myself from being too ‘friendly’ with men. Sometimes, I think twice before I talked to them. Is it necessary or not to talk now? Because Women can be a fitnah to men, I don’t want to build up sins.

I used to look for a romantic boyfriend before. I searched high and low but funny that I never really had a boyfriend until now. I used to ask why? The question is why. Because I’m not unpretty. But now I understand the reason behind. Having a romantic relationship outside marriage can lead to something that breaks the law of Syariah. All praise to Allah, I’m glad I never had boyfriends before. I’m not worried if I don’t find a guy any sooner. I’m not looking for a relationship anymore. And definitely not looking for someone based on how romantic he is. I’m going with the flow, after all everything about humans has been written. I want to fix myself first.

I read somewhere about ‘Mencintai kerana Allah’ or ’Loving you because of God’. It was a nice Malay blog entry. I am aiming for that kind of love now. It sounds more pure than romantic love, to me.

‘What’s your dream guy like?’ a friend asked me one day while we ride on a taxi.

I didn’t replied him immediately though, ‘and have you found him?’ he added quickly.

‘Why do you want to know’ I politely asked with a smile.

‘Well, only asking,’ he replied calmly. Then there were silent. The road was wet due to the rain. It was soon before the taxi reached my home.

‘Was he like me?’ he then added. He was hinting something, I knew. I’ve been waiting for this moment all this year. And this could be a dream come true, but..

‘My dream guy is,’ I began ‘Someone who can guide me, you know, he leads and I follow,’ Then I paused.

‘I can be the guy,’ He said confidently.

There was silence again, a long one. The taxi finally reached my home. I said goodbyes to him and walked to my front door. I wave before the taxi accelerated again. He smiled to me even though I didn’t gave him the answer. He was a nice guy but he couldn‘t be the guy. Because…

I want to live with a guy who could guide me, so that I can get closer to My Creator. I want a man who can lead as an Imam, in every prayers that we’re gonna do together as married couple. A man who would tell Islamic history as a bed-time-stories to our children in the future. I want a man who’ll read the holly Quran to me, to cheer me every time I’m down. That is my dream guy and before I can meet him, I knew I need to fix myself first.

One beautiful spring afternoon, I was at a function. There were many Malays all gathered. That’s when I met him. He’s not just decent but he has the characteristic of my dream guy. Every time our eyes met accidentally during the event, he quickly moved away his stare. That convinced me, even more. I knew he’ll be a good amir, a leader of a family. Secretly I prayed: O‘ Allah, I want that kind of guy as a partner in life. At nights before I slept, I thought of going to a place. Somewhere faraway and seemed hard to reach but I knew its reachable. And if possible, I wanted to go there with someone that I loved. I want to go to Jannah (the heaven) with him! I’ll wait here and I know the wait is worthy.


Friday, October 16, 2009

Monday, October 12, 2009

Ya Allah, sudilah pandang kami..

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan namaMu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi hamba-hambaMu
Ingin aku berbicara denganMu di setiap masa yang aku ada dan di setiap tempat aku berada
Ingin aku meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati ini
Walau aku tahu Engkau sangat-sangat memahami dan mengetahui,
Tanpa aku bicarakannya kepadaMu
Malah Engkau lebih tahu segalanya tentang aku daripada diriku sendiri
Kerana Engkau yg memiliki sekeping hati ini
Kerana Engkau lebih dekat denganku daripada urat leherku sendiri

Ya Rabbi, sudilah pandang aku
Ya Rabbi, izinkan aku menghadapMu berulang kali sehingga ke akhir hayatku.
Aku tahu..
Aku sering menghadapMu dengan wajah yang kelam, tidak berseri
Aku sering berhadapan denganMu tika jiwaku berkeluh kesah
Aku mencariMu hanya di waktu susah dan derita.
Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku melupakanMu.
Aku lupa bahawa hidup ini hanya untukMu
Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara untuk aku mencari bekal sebanyaknya

Namun, di saat ini aku hadir untuk menghadapMu
Bersama dosa dan noda yang tak terhitung banyaknya
Disebabkan kelalaianku menurut hawa nafsu
Dan tertipu dengan dunia dan syaitan
Allah, pandanglah aku dengan kasih sayangMu
Pandanglah aku dengan keampunanMu
Aku sangat mengharapkan kasih sayang dan redhaMu
Kerana aku benar-benar menagih syurgaMu dan aku takut nerakaMu
Tapi, layakkah aku Ya Allah?

Ya Rabbi, seandainya di saat ini Engkau menjemputku pulang,
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu?
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini?
Bagaimanakah keadaanku waktu itu??
Hitamkah wajahku bila berhadapan denganMu?
Berseri dengan sinar cahayakah wajah ini?
Berlarikah aku menujuMu kerana rindu untuk menemuiMu?
Atau menggigil ketakutan kerana takut dan malu denganMu?
Allah, aku bimbang..
Aku gusar dan takut Ya Allah..
Apabila memikirkan saat itu
Kerana banyaknya dosa aku terhadapMu.
Allah, sukarnya untuk aku meredahi cabaran dunia ini
Ingin ku buang jauh duniaku yang melalaikan
Tapi ia selalu menarik-narik hatiku untuk tetap mengulangi kesilapan terhadapMu
Kadang-kadang aku terlupa, kadang-kadang aku sengaja

Aku takut padaMu Allah tapi kenapa aku seringkali mengulangi dosa-dosa terhadapMu?
Aku sering berjanji di depanMu untuk menyerahkan hidup matiku hanya untukMu
Namun sering aku memungkiri janji-janjiku itu tanpa rasa berdosa
Aku pernah menangis keranaMu kerana takutkan azabMu
Kemudian aku ketawa semula di saat aku lupa tentangMu
Semudah itu Ya Allah aku sebagai hamba yg sebenarnya tidak layak melakukan sebegitu
Tapi Engkau Ya Allah, tetap memberi peluang untuk aku kembali padaMu
Engkau sentiasa bersedia mengampuniku...

Aku takut Ya Allah, seandainya waktu aku tiba untuk kembali padaMu
Aku dalam keadaan tidak bersedia dan penuh dengan hitam noda
Apakah yang mampu aku persembahkan di hadapanMu kelak?
Mampukah aku memulangkan segala pinjaman yang Engkau beri kepadaku dalam keadaan yg terbaik?
Allah, aku mohon dengan sangat..
Sucikanlah hati aku dengan maghfirahMu
Agar tersenyum aku pulang mengadapMu
Allah, terimalah taubatku
Agar bercahaya wajahku dengan nuurMu bertemu denganMu
Allah, pimpinlah aku dengan hidayahMu
Agar mudah jalanku ke JannahMu...

Tuhan, pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat denganMu
Aku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapanMu kelak
Ya Allah, dengarkanlah rintihan & permohonan hatiku ini
Hadiahkanlah cahayaMu kepadku sehingga saat aku dipanggil pulang olehMu
Amiin Ya Rabb..

Aku mohon dengan sangat..Perkenankanlah.

:: Ya Allah, maafkanlah bila hati tidak sempurna mencintaiMu ::


*Diambil daripada: www.cahayamukmin.blogspot.com

Sunday, October 11, 2009

Di Saat Bergelar Isteri

Bismillah,

Tanggal 10/10/2009, dengan secara rasminya gelaran 'Cik' yang dimiliki oleh saudari Farhana Hashim aka Fana telah bertukar status kepada 'Puan'.

Fana, kalau ada rezeki utk awak bace entri nie, kte nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kpd awak dan Syuk. Moga berbahagia selalu dan perkahwinan kalian diberkati Allah S.W.T. sehingga ke akhirnya :-)

Kte tau kte tak banyak memori dgn awak, tp jujur kte cakap, awak adalah salah satu memori Wellington yang kita takkan lupa, insya-Allah.

Kte cam nak imbas balik camne kte start kenal sume tp cam, ok, sedih laa plak kan. Sepatutnya kenalah happy utk Cik, opss, Puan Fana kte nie. Hehe.

One thing for sure, kte da xleh nak kongsi katil tidur dgn awak sambil bercerita lagi.

Tapi, kte nak kongsi sesuatu dgn awak dan sume yang bergelar wanita (ok, 'wanita' bunyinya mcm sgt dewasa, perempuan laa) yang berada di luar sana:

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

'Taat kepada suami' - macam senang faham, tapi sebenarnya susah sebab kaum perempuan selalu mudah dipengaruhi emosi.

Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.

“Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun,
walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya.”
(Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)


Go Fana! Berusahalah dan berdoa agar menjadi isteri solehah! Dan semoga mendapat anak2 yang comel dan mithali juga~ :-D


Impianku: Untuk menjadi isteri terbaik sebaik Khadijah, setabah Sumayyah dan penyayang seperti Fatimah. Andai diberi peluang, mampukah aku?


Tapi itulah antara impian aku. Andai diberi peluang, aku ingin mencuba semampuku. Ya Allah, permudahkanlah.

Friday, October 9, 2009

Untitled

Bismillah,

Hari nie jalan2 kat city. Takde laa city mane pun, area2 Willis St tu jer. Da agak lama tak jalan kat situ. Ada laa tujuan, walaupun sebelum tu rasa nak balik jer sebab hujan agak gembira turun hari nie.

"Ngantuk laa, nak balik laa, bukan takleh call"

"Tp nanti otw balik bleh singgah New World, beli barang2 nak buat benda utk habiskan krim (Krim Pams kat umah ade lg 2 botol utk dihabiskan, expired 12hb). Lagipun F tgah tak lalu makan sekarang, semalam dia mintak buat trifle, baik buat semua benda yang boleh menggemukkan dia balik (menaikkan berat badan yang sekarang agak membimbangkan)"

"Hujan nie, best tido"

"Ahh, xde2. Jalan sket jer kat depan tu. Lagi satu, kalau tanya depan2 terus lagi senang. Bukan utk sape2 pun, utk family nanti nak dtg jugak"

"Rase nak demam nie"

"So?"

"Fine.." (sambil membetulkan niat)

Masa tu kaki da pun melepasi cable car. Jadi haruslah teruskan perjalanan.

Sampai di N (aku tak tau nape aku rasa nak rahsiakan destinasi aku), aku pun tanya perkara2 yg berkaitan kat Akak A. Aku rase Akak A tu baru keje kat situ, so dia cam tak tau sgt. Aku nampak Akak B yang berbangsa Melayu dan beragama Islam yg pernah jumpa kat masjid yg keje kat situ dari dulu, tp dia dok dalam bilik tgah sembang2 dgn kawan dia. Then Akak A nie mintak tlg Akak B.

Akak B: "Awat?" (sambil senyum)

Aku pun cite itu ini, campur2 sket English dan BM.

Akak B: "Ouh, boleh2" (sambil suruh Akak A click kat komputer)

Akak A: "What language is that? So beautiful"

Aku: "It is Bahasa Melayu. Malay Language" (bangga jap org Kiwi puji bahasa kebangsaan)

Akak B: "Ok dik, nanti yang lain2 tu kita bincang kemudian (sambil buat gaya 'faham2 sendiri laa'. Dalam erti kata lain, bleh dapat harga diskaun)

Tersenyum lebar aku. Yeayy! Alhamdulillah. Tengok, kan bagus tanya sendiri. Ada rezeki jumpa dengan Akak B. Ouh, aku mintak kad dari dia. Senang aku nak tanya apa2. Da jadi General Manager rupanya. Hebat~

Otw balik dari New World, nampak ada beberapa org kat sepanjang jalan pegang tabung kaler pink dan ade belon2 kaler pink. Aku tau pasal derma tp tak tau pasal apa, tak amek inisiatif nak baca pun (ignorant jugak aku nieh). Then ade sorg minah nie berenti letak duit. Org yg pegang tabung tu pun offer something. Aku rasa, korg mesti dapat agak apa yang terdetik dalam hati aku.

Ok, on 2nd thought, aku tak tau kenapa aku nak cite pasal nie sume hari nie. I just feel like I want to. Kot2 bleh dapat sesuatu. Tapi kalau takde apa2 manfaat kat pembaca sekalian, minta maaf byk2 yea.

Tuesday, October 6, 2009

Bersangka Baik

Bismillah,

[Cerita ini tentang penting dan indahnya bersangka baik. Bersangka baik sesama manusia, dengan Allah apetah lagi. Cerita ini diambil dari blog seorang kawan, Atiqah :-)]






يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah sebanyaknya dari prasangka, kerana sebahagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah di antara kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah kamu suka memakan daging saudaramu yang mati? Tentu kamu berasa jijik. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah maha menerima taubat, maha penyayang.
(Al-Hujurat:12)

Dikisahkan pada suatu ketika dahulu, pada zaman kegemilangan Islam wali Songo di Indonesia masyarakatnya dikhabarkan sangat taat kepada ajaran dan cara hidup Islam. Mereka mempraktikkan Islam dalam semua aspek kehidupan, dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara. Hatta bersangka baik (husnu dzon) terhadap manusia lainnya juga diberi perhatian dan menjadi gaya kehidupan mereka.

Dikisahkan juga pada zaman ini, hidup seorang pemuda kacak anak kepada kiyai di satu kawasan di tanah Jawa. Walau bapanya adalah kiyai dan ibunya adalah seorang yang solehah, namun pemuda ini tidak pula mewarisi kewarakan ibu bapanya. Dia hidup sebagai seorang Muslim yang nakal dan lalai. Dia banyak menghabiskan masanya dengan perkara sia-sia, mengusik orang di tepi jalan dan bersuka ria dengan pria-pria sebayanya di kampung itu. Puas ibu bapanya memujuk dan mengingatkan dirinya untuk berubah ke arah gaya hidup Islam yang sebenar namun dia menolak dan selesa dengan gaya hidup santainya. Ibu bapanya terus-terusan menasihati dan berdoa agar anak lelaki mereka ini diberikan hidayah oleh Allah dan menjadi orang yang soleh.

Pada suatu hari ketika pemuda ini sedang duduk-duduk di jalanan bersama dengan rakan-rakannya, dia terlihat seorang gadis bertudung labuh berjalan pulang dari pengajian di surau. Dia terus terkesan dengan keanggunan dan akhlak gadis tersebut, hingga dia lupa usikan-usikan nakal yang sering dilontarkannya kepada pejalan-pejalan kaki yang sering lalu di hadapannya. Hatinya terpaut dengan gadis itu. Lantas dia bergegas pulang ke rumah dan memberitahu ibunya yang dia sudah punya calon untuk bernikah dan ingin berkahwin segera.

Cerah wajah si ibu melihat perubahan pada anaknya. Lantas dia memberitahu si bapa pula perihal anakanda mereka yang seorang itu. Mereka mengucap hamdalah dan gembira dengan keinginan anak mereka itu. Jauh di sudut hati, mereka mendoakan moga perubahan anak mereka ini berterusan dan terus-terusan berada dalam kebaikan.




Maka bertanya si bapa, “wahai anakku, siapa yang ingin kamu nikahi ini? Beritahulah agar aku dapat meminangnya untukmu”. Si anak menjawab, “ perempuan sekian-sekian bertudung labuh. Aku baru ketemunya pulang dari surau tadi”.

Si bapa pun menyelidik dan akhirnya mendapati bahawa gadis itu adalah anak kepada kiyai kampung seberang, teman sepengajiannya dahulu. Dia memberitahu isterinya, “Wah, ini sudah bagus. Orang tuanya adalah saudara sepengajianku. insyaAllah urusan peminangan dan penikahan anak kita ini akan menjadi lebih mudah”. “Ya, bapaknya. insyaAllah, kita doakan saja”.

Si bapa pun pergi berjumpa saudara sepengajiannya itu dan menyampaikan hasrat hati anaknya. Huluran peminangan itu disambut gembira oleh si kiyai kampung seberang. Setelah diberitahu kepada puterinya akan peminangan itu, si puteri diam dan tersenyum tanda setuju pada ayahandanya. Melihat si gadis setuju menerima pinangan itu, kedua kiyai itu terus menetapkan hari pernikahan anak mereka berdua. Masing-masing gembira menunggu hari di mana persaudaraan mereka berdua diperkukuhkan lagi atas pernikahan anak-anak mereka. Si kiyai kampung seberang, keluarganya dan masyarakat kampung seberang tidak tahu tentang kenakalan dan kelalaian si pemuda. Mereka menyangka bahawa anak kiyai itu pastinya orang yang soleh, malah pasti tinggi ilmu agamanya.

Hari pernikahan pun tiba. Pernikahan berlangsung pada malam jumaat, selepas solat isya’. Kedua-dua anak kiyai itu selamat diijabkabulkan dalam satu lafaz oleh si bapa gadis. Selesai akad, seluruh hadirin yang hadir di majlis itu mendoakan keberkatan rumahtangga mereka. Berbunga hati si kiyai kampung seberang melihat menantunya itu. Berdetik hatinya, “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana anakku bukan saja dianugerahi dengan suami yang soleh, malah kacak dan manis wajahnya”. Dia tersenyum sendiri. Dia tidak tahu yang menantunya itu “nakal” orangnya.




Selesai majlis, kedua mempelai masuk ke kamar –sunnah pengantin baru. Si pemuda merapati isterinya. Pun begitu, si isteri berkata, “Mas, solat sunnat dahulu. Kita ikut jejak langkah Rasul dalam hal ini. Agar rumah tangga kita lebih barakah”. Terkedu si suami. Walau dia “nakal” selama ini, dia tidak pula membiasakan dirinya berbohong. Dia dengan jujur membalas, “Bagaimana mahu solat ya sayang? Aku sudah lama meninggalkan perkara itu. Malah, bacaannya juga aku tidak tahu”.

Terkejut si isteri. “Bukankah kau ini orang yang soleh anak kepada seorang kiyai?” “Ya, aku anak seorang kiyai namun aku tidak mewarisi kesolehan ibu bapaku,” balas si pemuda, kaget. Si isteri terkejut dan berisighfar. Oleh kerana dia gadis yang solehah, maka dia tidak panik dan tenang berucap, “wahai suamiku, ini adalah keaibanmu. Tidak ada seorang pun di kampung ini yang tahu perihalmu. Dan keaibanmu adalah keaibanku juga. Jangan kau biarkan perkara ini diketahui orang lain. Hanya Allah dan kita berdua saja tahu tentangnya.” Si suami mengangguk setuju.

“Mari ke sini biar aku ajarkan mas tentang solat, cara dan bacaannya,” pinta si isteri. Si suami mengikut. Maka penuhlah malam pertama mereka itu dengan pengajian tentang wudhu, solat dan bacaannya. Dari malam hingga ke pagi, si isteri gigih mendidik dan membimbing suaminya. Si suami pula tekun mengaji dan memahami apa yang diajarkan si isteri. Berakhir malam pengantin si pemuda itu dengan dia sudah menguasai wudhu, solat dan bacaannya (al-fatihah). Si isteri pun berkata, “Mas, sebentar lagi subuh. Bapa pasti akan ke masjid untuk solat subuh berjamaah. Kau ikut dia ya. Amalkan apa yang sudah aku ajarkan tadi. Sama jua dengan solat Jumaat nanti ya.” Si suami mengiyakan dan tersenyum.

Solat subuh itu, si bapa mengimami solat dan pemuda itu menjadi makmum di barisan pertama di belakang mertuanya. Sampai waktu zohor, maka si bapa sebagai kiyai pun naik menjadi khatib dan menyampaikan khutbahnya. Di akhir khutbah itu, dia memperkenalkan menantunya yang baru, anak kiyai saudara pengajiannya. Dia juga meminta si pemuda itu mengimamkan solat jumaat pada hari itu. Orang-orang kampung mengucap hamdalah dan masing-masing tertunggu-tunggu untuk solat berimamkan menantu kiyai itu.

Si pemuda kecut perut. Dia tidak menyangka yang dia akan diminta untuk mengimami solat sebesar solat Jumaat, walhal dia baru saja tahu selok belok solat itu. Oleh kerana tidak tahu untuk menolak, dia maju kehadapan lantas mengimami solat Jumaat itu. Dimulai dengan takbir, si pemuda membaca Al-Fatihah dengan suara yang merdu seperti yang diajar oleh isterinya:

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

Sampai ke ayat ke-6, pemuda itu terhenti. Ayat seterusnya, dia terlupa! Dia beristighfar, puas dia mengingat tapi ayat terakhir itu tidak menjelma di ingatan. Dia cuba mengingat dan mengingat hingga menangis, namun ayat terakhir ummul kitab itu tidak juga keluar.

Makmum sekaliannya menunggu imam dalam diamnya. Apabila si imam mula menangis, mereka pun menangis juga. Sangka mereka si imam sangat menghayati ayat-ayat yang dibacanya hingga menangis, maka mereka pun turut menangis. Seluruh masjid menangis dalam solat Jumaat pada hari itu.

Si pemuda dalam tangisnya mencari jalan. Dia perlu melakukan sesuatu. Akhirnya dia terlihat pintu di sebelah mihrab yang menghala keluar masjid. Akhirnya, dia berlari keluar dari masjid melalui pintu itu. Dia malu dengan seisi kampung. Dia berlari sekuat-kuatnya agar dia dapat lepas dari perhatian jemaah masjid itu.

Makmum seluruhnya apabila melihat si imam berlari keluar, maka mereka pun turut mengikut berlari dan mengejar imam tersebut. Mereka akhirnya berhenti di padang berhampiran masjid apabila si imam berhenti berlari gara-gara kepenatan. Mereka tertanya-tanya mengapa imam itu berbuat demikian. Belum sempat mereka bertanya, mereka dikejutkan oleh satu bunyi.



(gambar hiasan: sebuah masjid di tanah Jawa)

Kaboom!!! Semua mata di padang itu tercatuk kepada bangunan masjid yang runtuh. Masing-masing menelan liur. Andai mereka masih berada di dalam masjid itu sebentar tadi, tertimbuslah mereka di bawah runtuhan bangunan kayu itu. Semua mengucap hamdalah dan berterima kasih kepada si pemuda kerana berlari keluar dari masjid sejurus sebelum runtuhan itu dalam solatnya. Mereka bersyukur kerana pada sangkaan mereka, Allah memberi ilham kepada pemuda itu tentang runtuhnya masjid itu di dalam solatnya dan menyelamatkan mereka dari bencana itu.

Pemuda itu pucat dan keletihan. Si kiyai yang melihat wajah menantunya yang pucat itu,lantas menyambung dan mengimami solat Jumaat yang tergendala itu. Hari itu, mereka solat Jumaat di atas padang. Dalam solat itu, mereka mengucap syukur pada Tuhan yang Esa yang menyelamatkan mereka dari bencana itu. Selamatlah si pemuda dari terbuka keaibannya pada orang ramai.



Pemuda dan mertuanya pulang ke rumah. Si pemuda lantas menceritakan apa yang terjadi kepada isterinya. Isterinya mengucap hamdalah dan memuji-muji Allah atas apa yang terjadi. Si suami pun berkata, “demi Allah, aku ingin belajar agama. Aku tidak akan menyentuhmu hingga aku selesai belajar agama dan menguasainya.” Keesokannya, si pemuda pun memberitahu bapa mertuanya, “Ayahanda, anakanda ingin keluar menuntut ilmu. Anakanda ingin belajar untuk menampung kekurangan yang ada dalam diri anakanda.” Si bapa yang masih tidak tahu perihal menantunya itu pun mengizinkan dan menggalakkan. 5 tahun selepas itu, si menantu pulang dengan ilmu yang mantap dan fikiran yang faqih. Dia menjadi salah seorang ulama terbilang di zamannya, menggantikan bapa dan bapa mertuanya. Subahanallah.






Pendapat sesetengah ulama’ tentang runtuhnya masjid itu, adalah kerana Allah ingin menyimpan aib si pemuda dan keluarganya. Juga kerana Allah redha dan suka dengan penduduk kampung itu yang sentiasa bersangka baik dalam semua perkara. Lantas Allah mengutus malaikat untuk menekan masjid itu hingga runtuh, bagi menyimpan keaiban pemuda itu dan keluarganya, juga menyelamatkan seluruh isi kampung yang sangat bersangka baik sesama mereka. Wallahualam.

p/s: kisah benar rakyat ini di petik dari syarah Ustaz Muslim Mubarak di Curtin Musolla. Ustaz Muslim merupakan imam Masjid Hepburn, Padbury WA.

cerita asal dari:http://ibnsyaaban.blogspot.com/2009/10/hikmah-bersangka-baik.html (klik disini)


Monday, October 5, 2009

Ujian Kefahaman

Bismillah,

Aku date dgn someone tadi. Ktorang agree yang bila kita dah dapat sesuatu kefahaman tentang sesuatu perkara, Allah akan uji kita dengan kefahaman tu. Allah tahu yang cara manusia faham adalah berbeza, sebab itu cara kita diuji pun adalah berbeza mengikut kefahaman kita.

Yang penting, sejauh mana kita dapat mengaplikasikan kefahaman itu untuk membuktikan kita ke arah mana. Ke arah Dia atau ke arah lain.

Sebab itu apa-apa yang terjadi pun, berbaliklah ke arah-Nya.

Dan sebab itu jugalah, ujian itu menguji keimanan kita. Walaupun di mata orang lain ianya adalah remeh dan kecil, tetapi mungkin tidak bagi yang sedang menghadapinya.

Paling penting, jaga hubungan baik dengan Allah, sebab Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya ini.

Bersangka baik dengan Allah.

Wallahualam.


“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Surah Ali ‘Imran, ayat 200)


“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah, ayat 45)


“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
(Surah At-Taubah, ayat 129)


Sunday, October 4, 2009

BESI

Bismillah,

Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja
semakin dibakar oleh keadaan,
semakin dititik oleh cabaran hidup,
semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup.
tetapi,
Seseorang yang berperibadi lemah,
laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup, dia akan berkecai...



Belum sekuat besi


Tiqa sayang, jika kamu baca ini, saya ambil petikan itu dari blog kamu. Terima kasih Tiqa, kerana terus menjadi kuat untuk menjadi salah satu dari sumber penyedar saya. Selamat bermujahadah dan semoga Tiqa sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Allah S.W.T. selalu. Sayang Tiqa sgt2 kerana Allah. Saya masih ingat kata-kata pertama Tiqa kepada saya. Insya-Allah Tiqa, insya-Allah. Doakan supaya hati kita sentiasa tertaut kerana-Nya..

Friday, October 2, 2009

Khas buat teman-teman

Bismillah,

Aku ingin berkongsi sesuatu dengan teman-temanku.

Hayatilah, puisi ini..

UNTUKMU TEMAN
Ingatkah engkau wahai teman?
Bertemu. Tidak kerana nama.
Berkasih. Tidak kerana harta.
Sayang. Bukan kerana rupa.
Ingatkah?

Teman,
Di kala bergema seruan dari Tuhanmu
MengesakanNya, menyembah Yang Maha Satu.

Sudikah teman, kau sambut tanganku?
Sudikah teman, kau duduk di sisiku?
Sudikah teman, kau sambut jatuhku?

Izinkan aku teman, menghulur tanganku.
Izinkan aku teman, meneguhkan dirimu.
Izinkan aku teman, menyentuh hatimu.

Teman, walau ada beza di antara kita,
Yakinlah! Yakinlah temanku
Titik persamaan hanya satu!
Yakinlah teman! Ia pada iman di hatimu.

Teman,
Ingatlah kembali wahai temanku.
Siapa yang menyatukan di antara hati-hati kita?
Siapa yang mendekatkan antara yang jauh dipisah benua?
Siapa yang menerangkan di kala hati kita gelita?
Siapa? Siapa temanku?

Teman,
Tali ini, sambutlah!
Jalan ini, susurilah
Sesungguhnya syurga itu terlalu indah..

Jika hari ini terasa perit pedihnya terluka hati,
Jika hari ini ada yang merajuk memencil diri,
Yakinlah! Yakinlah dengan iman di hatimu,
Bahawa syurga itu terlalu indah untuk dibazirkan dengan sengketa ini.

Teman, sambutlah!
Asyhadu an laa ila ha illallah,
Wa asyhadu anna muhammadarrasulullah.
Pergilah kamu teman
Pergilah dalam keadaan tunduk kepadaNya.

-Nukilan sahabat istimewa untuk teman-teman yang istimewa-

Puisi ini,

Aku tidak tahu siapa yang menulisnya. Tetapi di saat aku membaca kembali puisi ini selepas Kak Jenny post di laman Facebook, serta-merta terngiang-ngiang di kepala dan telingaku penyampaian yang sungguh berkesan oleh pembaca puisi ini ketika program "Footsteps of Badr" di Kaitoke hari itu. Puisi ini kemudian disusuli dengan firman Allah dalam surah al-Imran ayat 102-103 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."

Inilah persembahan berkesan yang aku katakan dalam salah satu post aku tempoh hari, yang membuatkan hampir semua kami tersentuh, terkedu, tergamam, terkesima, terharu, dan semua ter- sampai ada yang mengalirkan air mata.

Masih lagi meremang bila membacanya.

Jazakillah kepada penulisnya. Semoga ukhuwwah dan tautan hati kita teguh kerana-Nya :-)