Tuesday, September 29, 2009

Struggle

Bismillah,

So here I am

Struggling

Aku berharap agar kasih sayang Allah tidak hilang. Aku takut kehilangan nikmat rasa bersalah dan sentiasa menginginkan untuk hidup di bawah rahmat Allah, walaupun aku sedar, telah beberapa kali aku usir perasaan bersalah itu, hanya untuk mengikut kehendak aku.

Di saat aku rasa aku sudah agak jauh, pagi ini kasih sayang Allah datang dalam bentuk lain yang lebih besar, yang lebih melengkapi aku sebagai hamba-Nya yang hampir selalu terlupa. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Dia yang menjadikan, Dia jua yang tahu apa yang hamba-Nya ini perlukan.

Maafkan aku Ya Allah. Terima kasih kerana masih memberi aku peluang untuk merasakan kasih sayang-Mu yang pastinya tidak pernah padam untuk hamba-hamba-Mu yang sering melampaui batas.

Bawa aku kepada-Mu
Keindahan yang tak semu
Peluk aku
Jangan pernah
Kau biarkan ku terlupa kepada-Mu
Kasihku tempatku mengadu
Takkan ada cinta yang bisa sempurna
Selain kepada-Mu

(Cinta Yang Sempurna - 6th sense & Neo Letto)


Still struggling

Tidak tahu adakah ini petunjuk dari Allah atau mainan nafsu. Perlu lebih banyak istikharah. Ya Allah, jika ia baik untukku dan agamaku, maka permudahkanlah aku untuk mengenalpasti pentunjuk-Mu, tetapi jika sebaliknya, maka Kau lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Mu yang lemah ini. Aminn.

5 comments:

  1. "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
    "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
    kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
    mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg
    dusta." -Al-Ankabut,ayat 2-3


    Hugs* utk kak iynas. Semoga beroleh tidak lain melainkan hanya yang terbaik. slmt bermujahadah ;)

    ReplyDelete
  2. *hugs yg sgt lama* utk ain..jzkk ain atas ayat peringatan tu..terasa ingin menangis dengan kelemahan diri..

    ReplyDelete
  3. salam... my dear iynas,

    manusia mmg tak mgkin sepi dr melakukan kesilapan... tp syukur kite krn atas rahmat dr-Nya... kite diberi peluang utk bertaubat, kembali memperbaiki kesilapan diri... atas limpah dan kasih-sayang-Nya juga... kita tidak dibiarkan begitu sahaja... dibekalkan kite dengan pedoman sepanjang hidup... Al-quran dan as-sunnah yg mana terkandung segala panduan, penawar dan peringatan buat kita sbg manusia yg lemah...
    Teruslah bermujahadah dan yakinlah dengan janji Allah....inshaAllah pertolongan Allah sentiasa dekat bersama kita... amin.. (^_^)

    ReplyDelete
  4. Salam Nadiah dearie..

    Jzkk..aku sgt bersyukur dan beruntung dikelilingi rakan2 yg selalu mengingatkan aku..da lame sgt rasanya aku tak berborak dgn kau..aku nak kau tau yang kau adalah salah satu hadiah dari Allah utk aku pg ini..

    Semoga tautan hati kita sentiasa kuat kerana agama Allah..

    *Hugs*

    ReplyDelete
  5. kak iynas dear, setiap dari kita ada kelemahan tersendiri dan tak akan lari dari buat kesilapan,yang paling penting sekali kita dapat sedar=) dan cuba memperbaiki keadaan. cube baca artikel ni; semoga dapat pujuk hati ;)

    http://drmaza.com/home/?p=406

    ReplyDelete