Seperti yang diketahui umum (sebab sampai masuk berita tv kat Malaysia), New Zealand raya lambat sehari sebab tak nampak anak bulan.
Masa nak tunggu result bila raya tu (macam tunggu result SPM pulak), masing-masing berdebar. Rasa excited mengenangkan esoknya nak raya tu ada laa gak kan. Tapi takpe, patut rasa bersyukur sebab diberi peluang sehari lagi untuk kumpul pahala banyak-banyak. Lagipun, bukannya tak dapat raya langsung. Sehari lagi jer :-)
Hari nie da 2 Syawal di New Zealand dan 3 Syawal di Malaysia. Aku harap aku tak terlambat untuk nak mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
MAAF ZAHIR BATIN
kepada semua pembaca blog ini. Maafkan segala salah, silap dan kekhilafan sepanjang penulisan blog ini :-)
Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat-Nya selalu, aminn.
Dapat rasakan kesedihan dan kerinduan kepada Ramadhan yang berlalu pergi. Honestly said, this is the 1st Ramadhan in my entire life that I feel something that cannot be described. Terima kasih Ya Allah kerana telah memberikan aku peluang merasakannya di bumi Wellington yang subur ini. Insya-Allah aku sudah buat yang sedaya mampu. Selebihnya hanya serahkan kepada-Nya kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Adil.
Semoga dapat bertemu lagi, Ramadhan! Selamat datang, Syawal! Semoga hati ini sentiasa tetap di jalan-Nya, aminn.
Wellington bumi Allah, u've changed me. I'll miss you~ certainly!
Salam Aidulfitri..
ReplyDeleteagak kecewa jugak la kita x raya hari ahad.. kalau raya hari ahad mesti lagi meriah.. Ditambah pula dgn false hope yg mengatakan dah confirm raya hari ahad.. lagi la kecewa bila final result was raya hari isnin..
tp bersyukur jugak la sbb diberikan lebih 1 hari drp org lain untuk mnikmati rahmat Ramadhan..
=)
salam kak iynas, Alhamdulillah, saya happy sgt untuk akak. Alhamdulillah, Allah pun bagi saya 'hadiah' teristimewa untuk saya dibumi wellington. Subhanallah. semoga Allah terus berikan kita 'hadiah' itu & kekuatan untuk kita terus beristiqamah dijalannya-ain arif
ReplyDeleteFirstly, selamat hari raya 'Aidilfitri juge. Maaf batin zahir, walaupon kita tak penah bertegur sapa pon snanye kan? :')
ReplyDeleteAlhamdulillah, I know that "indescribable feelings" too. This year is the first time I really have learnt to appreciate Ramadhan like I'd never had before.
I think, sometimes we need to get into a different situation to see and experience things differently. Wellington is a good example for us Malaysian Muslims.
As much as it has changed you, this bumi Wellington has changed me too - into the person I once was, and towards a better person. InsyaAllah.
Mudah-mudahan Allah Ta'ala sentiasa mengekalkan hamba-hambaNya yang mahu mendekatkan diri kepadaNya di atas jalanNya yang lurus. Allahumma ameen. :')
yes, true indeed, bumi welington ini dah byk mengubah insan2 yang menghuninye :)
ReplyDeletepokku: Salam Aidilfitri..betul2..rasanya ramai jer org yg merasakan yang sama, kan2..hehe..
ReplyDeleteAin: Salam Ain, jzkk..saya pun gembira Ain mendapat "hadiah" di bumi Wellington..lebih2 lg bila Ain sambut raya pertama di Wellington, cuma sayang saya x dapat meluangkan byk masa dgn Ain masa raya pertama tu..xpe..saya doakan semoga Allah sentiasa tautkan kasih sayang di antara hati kita :-)
Ain nak tahu tak, kemunculan Ain di surau pd malam tu sgt2 menggembirakan saya..spt satu "hadiah" dari Allah buat saya juga..seronok kan selalu dapat hadiah dari Allah :-)
chouji: Salam Aidilfitri, maaf zahir batin..yea, kita tak pernah bertegur sapa selain di alam maya..tadi ade jer peluang sebenarnya..xpelah, nak ambil kesempatan nie utk nak bgtau yg ciskek anda sungguh sedap~ :-)
Yup, what u said is true..sebab tu bler fikir balik, saya rasa syukur sgt2 dgn ketentuan Allah yang telah menghantar saya ke mari..di sini saya mula kenal kembali Tuhan saya dan asal usul saya, Alhamdulillah..cuma agak risau bila balik Malaysia nanti camne..sedang berusaha sedaya-upaya untuk mengumpul kekuatan sebelum pulang :-)
Sama2 kita menegur satu sama lain untuk memperbaiki diri kita..agama itu nasihat..
Aminn utk doa anda :-)
Kak Jenny: yup, certainly!! semoga bumi wellington ini akan terus subur..teruskan usaha Kak Jenny..bumi Wellington memerlukan Kak Jenny sbg penyubur..insya-Allah kalau saya masih ada tahun depan, saya mahu turut serta :-)
Ciskek tadi tue hasil gagal snanye tapi time kaseh atas pujian tue. :'D
ReplyDeleteIye, tadi memang ada je peluang nak bertegur sapa tapi rasa segan pulak tengok Iynas sentiasa dikelilingi gadis-gadis laen. InsyaAllah ada peluang laen nanti aku tego. :')
Dan owh, nak amek kesempatan nie untuk menjemput Iynas ke open house budak-budak TESOL Cohort 4 ari nie. Bertempat di 222A The Terrace, jam 4pm sampai 9pm. InsyaAllah. Jangan tak datang ye?
~p/s: Seorang teman pernah berpesan supaya kita menegakkan Islam itu dalam diri kita terlebih dahulu sebelom cuba menegakkannya di bumi Allah. Jadi insyaAllah, marilah cuba dengan ikhlas untuk membetulkan dan perbaiki diri dengan niat yang suci hanya kerana Allah. InsyaAllah akan dikurniakanNya kekuatan untuk kita menegakkan Islam di penjuru mana dunia jua kita berada andainya Islam itu sudah tertegak di hati. :')
ALhamdulillah, setiap kejadian yg Allah bagi tu pasti ada hikmahnya. saya dtg malam tu ikut gerak hati je, tak sangka ada yg tersembunyi. Alhamdulillah dpt buat kak iynas happy. Sangat banyak kn kasih sayang Allah untuk kita. *terharu kejap. ^_^
ReplyDelete