Alhamdulillah sudah setengah bulan umat Islam berpuasa. Rasa cepat masa berlalu. Tak sedar Ramadhan hanya tinggal lebih kurang 14 hari lagi. Ayuh semua, kita pertingkatkan ibadat di 10 malam terakhir! Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Esok sudah mula sekolah, menandakan spring break telahpun berakhir. Berpuasa ketika cuti sekolah barangkali memberikan satu impression yang baik untuk lebih menumpukan perhatian kepada ibadah puasa, dengan harapan puasa kita lebih berkualiti, insya-Allah.
Tetapi fenomena sedemikian tidak terjadi untuk sebahagian orang, malah berpuasa ketika bercuti sebaliknya menjadi satu ujian yang lebih mencabar.
Untuk aku sendiri, tidak keterlaluan jika dikatakan, permulaan Ramadhan tidak seperti yang aku harapkan. Tapi, semua itu ada hikmahnya kerana insya-Allah bermula pada hari ini, aku dapat berpuasa penuh sehingga penghujung Ramadhan. Masa inilah aku nak guna untuk muhasabah diri balik dan memanfaatkan setiap masa yang ada, insya-Allah. Berusahalah Iynas!
Spring break aku yang lalu bermula dengan mukhayyam 'Footsteps of Badr' di Kaitoke. Ouh sebelum tu, selama 3 tahun berpuasa di New Zealand, inilah pertama kali puasa mula hari yang sama dengan Malaysia. Sebelum nie mesti start lambat sehari tp sambut raya hari sama. Hehe.
"Kami generasi Badar"!
Itulah yang cuba diterapkan sepanjang camp 'Footsteps of Badr'. Alhamdulillah banyak yang aku dapat belajar. Mana-mana majlis ilmu pun, tak rugi kalau join. Untung berlipat kali ganda lagi ada. Paling terkesan ialah ketika Malam Seni, setiap group kena buat performance berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang bermula dengan ayat "Wahai orang-orang yang beriman". Masa group Mimi Napis buat performance, aku dan yang lain-lain terkedu. Tergamam. Kagum melihat bagaimana jiwa dan hati mereka sangat halus menghayati ayat-ayat al-Quran sehingga mengalir air mata dan sampai kepada jiwa yang menonton. Aku sendiri, alhamdulillah masih dapat rasa sesuatu setiap kali baca tafsir, tapi belum sehalus mereka. Masih tumpul. Maka perlu asah lagi. Yosh! Cemburu? Ada laa jugak. Harus laa kan.
Sejenak aku teringat sesuatu. Dalam hati aku, kalaulah..
Ah, jangan! Bulan puasa ni! Biarlah semuanya aman.
Aku suka jugak aktiviti OBH. Kali terakhir buat masa aktif KRS zaman sekolah menengah. Satu lagi yang masih terbawa-bawa sehingga ke hari ini (alhamdulillah, harap-harap berterusan) ialah setiap kali mengeluh (komplen) kene istighfar dan bertahmid 10 kali. Semangat generasi Badar pun alhamdulillah masih terasa lagi.
Habis mukhayyam, esoknya bermulalah misi trip ke South Island selama 9 hari. Banyak jugak buat aktiviti dan tempat-tempat cantik yang dilawati. Sekali lagi aku nak panjatkan kesyukuran yang amat sangat kepada Allah S.W.T. sebab perjalanan kami dipermudahkan sepanjang masa. Flow cantik dan ikut timing. Ada insiden-insiden yang menyedarkan aku lagi dan lagi tentang penyusunan terbaik Allah S.W.T. Lepas tu dapat tengok pemandangan indah sepanjang jalan. Subhanallah.
Berikut adalah sekeping gambar summary untuk setiap hari.
Seronok sebab walaupun bermusafir, kami berbuka bersama, berterawih bersama, bertadarus bersama, bersahur bersama, semuanya bersama. Ada unsur-unsur musyawarah di situ. Ecewah. Applicable tak eh kat sini? Applicable kot kan. Hehe. Seronok bila masing-masing faham tanggungjawab dan peranan masing-masing tapi tetap tidak melupakan tanggungjawab dan peranan bersama. Alhamdulillah. Faham ke ayat berbelit aku nie? Hehe.
Tapi, tidak terlalu jauh dalam hati aku, aku masih tidak puas hati dengan diri sendiri dalam beberapa perkara yang telah berlaku. Aku sedar, faham secara teori tidak cukup, mesti praktikkan teori yang kita faham, baru kita rasa puas. As for me, aku sebenarnya mencabar diri aku sendiri. Aku rasa aku dah cukup faham dan cukup bersedia untuk praktikkannya. Alhamdulillah ada yang aku dapat lakukan, tapi tidak semudah itu. Benteng yang aku bina itu, retak jua sedikit demi sedikit. Alhamdulillah tidak runtuh sepenuhnya. Ya Allah, jauhkanlah. But still, keretakan benteng itu merisaukan aku.
There are some moments where I am not proud of myself. And I don't think that Allah proud of me either. True, we never know, but at least, we can feel.
Maka, harus muhasabah diri dan bergerak semula!
Kepada yang start sekolah esok, selamat belajar! Betulkan niat belajar kerana Allah Taala, semoga menjadi ibadat kepada kita. Berlipat kali ganda pahala di bulan mulia nie, insya-Allah. Kepada yang belum, semoga dapat memanfaatkan masa cuti. Masa lapang juga adalah ujian untuk kita.
Yang penting, selamat beramal~
Teringin nak buat skydiving.
No comments:
Post a Comment