Saya ada seorang kawan ofis berpangkat kakak. Hobi beliau bukan setakat membaca novel-novel Melayu, tetapi juga mengumpulnya. Tak cukup dengan baca dan kumpul, yang mana ada adaptasi ke drama tv semuanya pun tengok. Yang kagum, boleh habiskan bacaan dalam masa yang amat singkat, siap ulang lagi. Yang lagi kagum, novel lama yang baru diadaptasi pun beliau masih boleh ingat jalan ceritanya.
Itulah namanya penangan bila dah minat tu, ada je cara nak buat sampai dapat :-)
Dah lebih 3 kali ikut akak nie ke kedai buku tolong pilih novel. Sebab yang tukang pinjamnya I laa jugak. Kedai yang kami selalu tuju adalah Kedai Buku 1 Malaysia di UTC (juga dikenali sebagai Puduraya) sebab sini ada diskaun 15% dan boleh bayar guna kad kredit. Kedai buku Pustaka Minerva kat Jalan TAR tu diskaun sampai 20% tapi hanya bayaran tunai sahaja diterima.
Bila dah selalu ke Kedai Buku 1 Malaysia sebab boleh bayar dengan kad kredit, agak-agak uols berapa banyak novel akak nie beli sekali pegi?
Mana taknya akak nie jadi supplier novel Melayu untuk I? |
Nie kira sikit. Sekejap je habis nie. Usually beliau akan buat sedikit research dan review tentang mana novel yang best. Siap ada list ok. Ada laa jugak tersasar dari list bila I tolong suggest novel yang nampak menarik lepas baca sinopsis dan jugak suggestions novel bestseller di kaunter bayaran. Masa tu mulalah rambang mata nak pilih mana satu untuk cukupkan bajet.
Dalam 9 buah novel di dalam gambar, salah satunya I yang punye. Kalau rajin, tekalah yang mana satu.
same with me kak Iynas :)
ReplyDeleteShaja..yeay kita geng! :-D
Delete