Thursday, July 19, 2012

Penat

Penatnye hari nie..

Nak merempuh perjalanan balik selama sejam..adoih..teringat pun da rasa penat..

Lenguh kaki sebab berdiri 4 jam jaga booth..ada laa duduk2 sekejap..jaga booth sebab..erm..orang mintak tolong..dan orang tu hari nie nak mengadu kat lelaki saje..bila aku tanye kenape dia jawab takde pape..bila nak mintak tolong pandai pulak cari aku merayu-rayu..aduannya ialah takde orang jaga booth petang..well, aku dapat agak laa kenape..tapi dunia nie mmg pelik..da tau perangai mcm mana depan mata pun boleh pandang sebelah mata..tak cakap laa jahat..tapi ntah..orang lagi suka menggedik dengan orang macam tu kot..watever lah..asalkan bahagia..aku kesian kat husband dia je..tapi hidup masing-masing, buat ape aku nak sibuk..ntah2 aku pun macam tu jugak nanti..baru-baru nie kan da dapat satu pengajaran: "jangan kondem orang, nanti berbalik kepada kita".

Selain penat fizikal, penat otak berfikir. Orang lain tak suruh pun aku berfikir. Tapi da jenis cepat concern, sume benda pun rasa tanggungjawab atas bahu. Padahal xde pape pun. Byk je aku buat tatau. Pasal future hidup sendiri, hidup orang lain. Argh, dunia..mana dapat lari dari masalah..it's how we manage them..

So aku marah lagi pagi nie. Kalau setiap pagi macam nie mmg penat. Tapi kalau masing2 da boleh faham dan terima kan senang. Masalahnya mungkin dua2 taknak terima. Dua2 nak masing2 ikut kepala dan perangai masing2. Not all, tp certain2 benda tak nak mengalah.

And what I am doing here again? I'm supposed to go back home. But I'm just too tired. Being moving around so much today. Just wanna sit back and relax dan muntahkan sume ape yg aku rasa kat dalam blog nie. Aku tulis nie takde pk pape. Ape aku rasa aku tulis. So sape yg rasa dia terasa, patut ke aku cakap sori?

Risaunya kat rumah. Terbiar beberapa hari. Aku tak pandai manage benda besar2 macam nie. Mujur sokongan mama, keluarga tercinta dan si dia tersayang membantu. Tapi, aku masih risau dgn rumah tu. Tak sedap hati. Usang.

Ade plak gosip tercetus kata aku akan kawen dalam masa dua bulan. Ameen kan sajalah. Walaupun realitinya tidak seindah gosip. Sekejap aku mahu teruskan. Sekejap aku mahu berundur. Dia selalu suruh aku jaga diri kalau tetiba dia takde. Dan setiap kali dia tulis begitu, mata bergenang air. Damn! Mata da berair.

Seperti kebiasaan, aku stress. Tapi aku yang membenarkan stress itu mengalir dalam diri. Hampir setiap masa. Dan bila orang tak faham dan demand lebih, habislah.

What happened today? Bangun dan keluar rumah lambat, hujan lebat, sampai ofis lambat sbb da janji nak tlg masak nasi lemak utk department, gaduh2, jaga booth, jalan2 branch tanya itu ini sambil tunggu officer yang tak reti duduk luar asyik duduk dalam ofis biarkan customer kat luar terumbang-ambing. Aku yg staff pun da hangin apetah lagi external customer. Jalan lagi hantar kek lapis. Dapat order satu lagi alhamdulillah. 

And now I'm just sitting here, resting. Nak buat keje? Esok je lah. 

Ade tak jalan lain balik Shah Alam yg tak jem?


No comments:

Post a Comment