Monday, March 22, 2010

sekilas

Bismillah,

"Alahai, itulah nasib Melayu di bumi Melayu. Lebih menyedihkan orang Melayu tidak banyak tampil membela Melayu itu sendiri. Menitis air mata memikirkan bila bukan Melayu seperti saya terpaksa membela Melayu hanya dek kerana Melayu beragama Islam, walaupun terpaksa dihina dan dikeji oleh bangsa sendiri termasuk saudara mara saya. Tetapi apakan daya, semangat Islam mengatasi segala-galanya"

- Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Itu adalah antara petikan dari salah satu rencana dalam Mingguan Malaysia. Tak dinafikan, 3 minggu kebelakanagan ini, pada setiap hari Ahad yang aku gelar sebagai 'Newspapers Day', ruangan rencana yang memuatkan isu politik dan agama menjadi perhatian aku.Memang dulu aku seorang yang kurang gemar ambil tahu tentang masalah politik. Memeningkan kepala. Tak tahu nak bezakan yang mana penting, yang mana remeh. Dah laa penulisan rencana panjang-panjang. Jalan senang, baca berita hiburan yang lebih 'menghiburkan' dan 'kurang memeningkan kepala'. Kalau nak tahu masalah politik pun, lagi suka dengar rakan-rakan bercerita daripada baca sendiri.

Isu penggunaan kalimah Allah, ahli keluar PKR, rancangan 16 September, dan isu-isu semasa yang tersembunyi atau kurang diberi perhatian. Menarik. Cukup menarik.

Wah, dah bertambah matang aku. Atau sebenarnya aku memang perlu mengambil tahu. It is time.

"Saya cukup bersetuju dengan kata-kata bahawa negara kita nampak sahaja stabil tetapi sebenarnya tension" - Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Jangan salah faham. Bukan ruangan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah sahaja yang aku baca. Cuma untuk minggu ini, rencana ini yang paling menarik bagi aku. Nak ulas panjang-panjang pun tak pandai lagi. Budak mentah baru nak mula mengambil tahu, belum cukup matang pengalaman untuk berkongsi pandangan. Takut menyentuh sensitiviti. Buat masa ini, simpan untuk sendiri.

Minggu ini juga dah 2 kali ada rencana tentang pengalaman manis rakyat Malaysia di New Zealand. Yang pertama beberapa minggu lepas, aku tak berapa ingat, tapi lebih kurang dia nie walaupun beberapa kali pergi New Zealand dan bernasib malang baik kerana accident, isteri masuk hospital dan beberapa lagi, dia tetap nak pergi New Zealand kerana suasana dan orang-orangnya yang susah ditemui di Malaysia. Minggu ini tajuknya "Budi baik sebuah hospital NZ".

Penulis, Zainuddin Maidin iaitu bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan bercerita tentang kehilangan pasport dan isterinya diserang strok di Christchurch. Beliau bimbang apabila isterinya dimasukkan ke Hospital Christchurch tanpa mempunyai wang yang cukup, takut isterinya tidak diberi rawatan tetapi perasaan beliau menjadi tenteram apabila petugas hospital lebih mementingkan pesakit dari wang dan sangat bertimbang rasa. Motel tempat tinggal beliau juga begitu, apabila mengetahu isterinya masuk hospital dan kurang wang, pegawai motel membenarkan beliau tinggal di situ selama mana isterinya dirawat dan pembayaran boleh diuruskan kemudian. Beliau bagaimanapun memberitahu akan mendapatkan surat jaminan dari syarikat beliau di Kuala Lumpur. Beliau memberitahu perkara yang sama kepada pihak hospital. Isteri beliau dirawat selama sebulan di Hospital Christchurch. Layanan yang beliau terima segera mengingatkan beliau kepada berita yang sering didedahkan perihal hospital swasta di Kuala Lumpur tidak mahu menerima mangsa kemalangan yang cedera parah dan yang di dalam kecemasan tanpa sebarang jaminan.

"Dan sejak memasuki hospital ini sehingga meninggalkannya yang saya temui ialah sifat kemanusiaan dan peradaban manusia yang tinggi dari peringkat serendah-rendahnya hingga kepada doktor dan pegawai-pegawai tingginya. Saya pasti tidak akan mendapat layanan seperti ini di negara sendiri atau mungkin juga tidak di negara-negara maju yang lain".

"Ketika saya membaca al-Quran kepada isteri saya yang dalam keadaan tidak sedar, seorang jururawat telah bertanya apa yang dibaca, saya memberitahu ayat-ayat dari al-Quran kitab suci bagi orang Islam seperti Bible kepada orang Kristian. Dia menyatakan ianya bagus sebagai terapi dan akan membuatkan pesakit senantiasa merasakan ada orang bercakap dengannya."

Jadi tidak salahkan untuk aku selalu merindui New Zealand.

"Sekalipun berada dalam suasana yang menyenangkan, layanan yang baik dan mesra tetapi masa sebulan di hospital ini dirasakan bagai setahun kerana saya telah kehilangan sesuatu, saya sedar akan menghadapi suatu keadaan hidup yang sudah tidak sama lagi. Dalam keadaan ini lebih senang berada di negara sendiri. Setiap hari saya membilang hari untuk pulang. Sesekali kunjungan keluarga Melayu yang telah bermastautin di sini dan juga pelajar-pelajar perubatan dari Malaysia mengubati perasaan".

And here I am, in Malaysia, walaupun tidak dinafikan masih ada keinginan untuk ke New Zealand, suatu hari nanti jika diizinkan oleh Pemilik alam ini.

2 comments:

  1. I can't remember who (I'm really bad with names), but a Muslim Scholar once said "I see Islam in Non-Muslim countries".

    Isn't it sad that the ones that are practicing Islam, are actually the non-believers?Maybe not Islam in theological sense and rituals; but the akhlaq of non-believers surpasses us.

    Where did we went wrong?

    ReplyDelete
  2. syaitan berjanji akan menyesatkan orang2 yg beriman kpd Allah..mungkin syaitan kerja leboh sket utk menghasut org2 beriman dpd org2 tidak beriman, sbb org2 tidak beriman da sah2 akan ikut syaitan masuk neraka..jadi kita yg mengaku beriman nie, kena berhati-hati sgn musuh utama, iaitu syaitan yg byk tipu muslihat khas utk menarik org2 beriman ikut bersama merkea..

    wallahualam

    ReplyDelete