Thursday, March 12, 2015

Hadith Guide #2


Senyum itu Sedekah

Riwayat:  Bukhari dan Muslim

Hadith: 
 
Daripada Aishah RA katanya, “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW ketawa kuat sehingga nampak anak tekaknya, (tetapi) Baginda hanya tersenyum sahaja.”
 
Huraian Hadith: 
 
Rasulullah SAW merupakan contoh yang paling tepat dan baik di dalam semua perkara.

Seseorang itu dilarang ketawa sehingga terbahak-bahak. Banyak ketawa menunjukkan seseorang itu lalai daripada mengingati Allah dan menghilangkan rasa hormat daripada orang lain.

Islam sentiasa menggalakkan seseorang itu senyum, kerana senyuman itu merupakan satu sedekah.


No comments:

Post a Comment