Bismillah,
Sekarang di Malaysia pukul 6 petang. Aku kira keluargaku sudah pun berada di lapangan terbang LCCT, bersiap-sedia untuk berlepas dengan penerbangan Air Asia jam 9 malam.
Esok jam 11.45 malam di Auckland, mahu memastikan diri berada di lapangan terbang antarabangsa Auckland menyambut ketibaan mereka dengan senyuman mesra.
Sungguh, aku tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaanku. Gembira ada, risau pun ada. Gembira kerana aku dapat bersama-sama dengan keluargaku di hari konvokesyen, insya-Allah. Risau kerana aku takut tidak dapat memberikan layanan yang sepatutnya diberikan.
Aku berdoa supaya segala-galanya berjalan lancar. Road trip yang mengambil masa yang panjang, diharapkan tidak begitu meletihkan. Just sit back, relax, and enjoy the view. No rushing. Aku harap aku tak begitu kabut.
Aku hanya menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Serius aku cakap, planning aku hanya ala kadar. Aku still tak tau nak bawak pegi jalan mana sangat. Ikut time tu mana sempat. Prinsip aku, just go with the flow. Memang planning tu penting, tapi aku tak mahu terlalu merancang sebab nanti takut tak jadi, aku kecewa, down, frust sampai rosak mood. Yang penting, aku harap tiada masalah dengan kereta atau accommodation.Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami. Hanya pada-Mu aku bertawakkal.
Tak tahu kenapa aku anxious sangat.
Hari konvo itu, for sure, Baba dalam ingatan.
Dan Mama, impiannya untuk datang ke New Zealand tempatku belajar, akhirnya menjadi kenyataan, alhamdulillah.
Semoga perjalanan mereka selamat dan dipermudahkan.
Meminta sedikit nasihat dari Ain dan Kak Meme. Betulkan niat sedari awal. Apakah niat aku?
Mengeratkan silaturrahim antara keluarga dan menggembirakan mereka sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. New Zealand, full of beautiful sceneries. Subhanallah. Takdelah family aku bosan sangat sepanjang duduk dalam kereta. Paling merisaukan dorg tak tahan dengan perjalanan selama 6 jam dari Christchurch to Queenstown dan vice versa. Semoga cuaca juga menyebelahi kami, aminn.
Esok, bermulalah hari penting. Fizikal, mental, emosi perlu bersedia. Aku mahu percutian bersama keluarga ini menjadi sesuatu yang amat bermakna bagi kami semua.
Tak sangka masa berlalu pantas. Menunggu keluarga datang, bercuti bersama mereka, konvo, dan pulang ke Malaysia. Apapun, manusia hanya berusaha merancang, Allah jua yang menentukan.
Hari konvokesyen nanti pasti meriah dan riuh-rendah dengan kehadiran keluarga pelajar-pelajar. Dapat bayangkan suasana seperti di Malaysia. Keluarga berkenalan dan sama-sama bergembira menghadiri hari bermakna untuk seseorang yang bergelar pelajar. Seronoknya!
Doakan kami..
Friday, December 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ameen. Moga Allah berkati niat Iynas nak gembirakan keluarga. :')
ReplyDeleteSaye harap dan doakan semua pon berjalan lancar. Andai ada yang terjadi di luar jangkaan, ingatlah yg semuanya adalah dari Allah dan Dia sentiasa berikan yang terbaek buat hamba-hambaNya yang sabar dan bersyukur.
Anyways, enjoy your vacation with family, happy graduation, welcome back to Malaysia. :')
congrats iynas!..
ReplyDeletesyukur alhamdulillah kau dah grad, i still have another 5 months to go, send my regards to your family ya..;)